Ahad, 12 April 2009

KETIKA DANISH PERGI SEKOLAH

Semalam danish sekolah. Sekolah ganti untuk aidilfitri nanti. Makanya, aku dan hubby terpaksa berlakon yg kami pun kerja. Hik hik. Tipu sunat. Nanti dia mengamuk takmo pergi sekolah kalo tau kami cuti. Sebelum aku bertukar hijau baik aku tipu sunat.

Tp pergi sekolah ngan tak pakai kasut. Aku pun tatau nak komen lah danish ni. Mlm sebelum, dia dah siap mandi bagai makan semua. Tgh lepak kat tangga depan. Aku perasan jari hantu kaki dia hitam dan membengkak. Bila aku tegur dia cakap dia tersepak batu.

Bila abahnya check (walopun dia tak bagi), terkejut si bapak sbb kuku dia dah hilang. Langsung takde. Korang bayangkan apa peraaan aku? Ngeri okeh! Cemana dia boleh wat tatau, siap join jiran blkg rumah main wau bagai ptg tu. Siap mandi bersabun lagi (dia mandi sendiri) tapi aku tak dengar pun dia merungut sakit. Aku yg tgk dr jauh pun rasa ngeri. Mati rasa kah budak ini?

Semalam, gi sekolah tanpa kasut lah dia. Hari ini pun. Harap cikgu prihatin. Aku malas nak bitau cikgu. Pesan suh danish ckp sendiri.

Ok berbalik cerita semalam. Bila hantar danish ke sekolah, kami gi cari sarapan. Aku makan karipap jer. Hubby wajib nasik berlauk.

Lps tu aku ajak hubby gi taman orkid (semalam penutup) Mana tau ada org melelong bunga kan. Tp hubby ckp dia nak cari etok dulu dlm tali air depan rumah (lupa snap gambar).

DIa balik tu terus siap gi kb. Tp malas lah plk nak gi tmn orkid. Kami terus gi pasar cari lauk. Hihi. Beli telur ikan, sotong bertelur dan ikan tongkol. Beli gak kerabu kaki ayam, jala emas, ubi keladi dan kacang rebus.

Sampai ruma,h danish dh balik. MIL yg gi ambik. Kemain happy dia tgk kami dh balik. Mati2 dia ingat kami gi kerja tapi bawak adik sama. hahaha

11 ulasan:

Mummy Dasy berkata...

Ish seram..terus xde ke kukunye..makna isi jek ah..aduh klu kite yg tua bangka ni mesti sakit camne dialeh relax?... hikhikhik me pun selalu tipu sunat klu nak berjalan diorg tny "Mummy nak g mana?"jawab "Keje" padahal berjalan..

Mama-Danish & Sarah berkata...

hahaha, ain selalu buat perkara yang sama kalau ambik cuti emergency. Berlakon konon-kononnya kita nak gi kerja. kalau tak dia tak nak gi skull.

ain masa kecik-kecik dulu selalu ikut ayah gi sungai cari etok. best dapat berendam dalam sungai. paling best bila dapat etok yang besar-besar. lama dah tak makan etok ni. dulu selalu goreng letak rempah. rebus pun sedap jugak kan.

KV berkata...

mummyDasy,
ngeri tau!
Hik hik..bab tipu sunat tu 'harus'.

Ain,
oh, nama ain ek? Hik hik. Kv takut ah nak turun, lintah byk ooo. Mau aku pengsan dlm air tu. Haha

Mama-Danish & Sarah berkata...

kv, ada lintah ke? issh, ain pun takut dan geli geleman ngan lintah ni. sungai tempat ain carik etok dulu takde lintah. sungai tu dalam hutan, banyak ranting kayu jerk.

KV berkata...

ain,
kalo kt sungai ok sikit kut. Ni tali air dasarnya berlumpur. Dulu dh pernah terkena, tu yg serik giler. Hahaha

SUZIE APAI berkata...

adui...gitu la kalu ader anok! hehehe...dan2 tipu sunat tuh...

eedany berkata...

teringat zaman dulu2 pernah gak rasa kehilangan kuku... sakitttt....

happy weekend to you and family...

:)

De' Sal berkata...

eeeeee ngerinya,dia takut nak bagitaulah tu, takut kena marah.

MushroomCute berkata...

Pagi td bangun kul 10 pg (setelah bergolek2 malas atas katil sebab arini ahad). Time masuk bilik air, tetiba terpikir plak, uish, kalau dah kawin nanti, dah ada anak nak g sekolah, kenalah Mush bangun pepagi buter kan. Adushlaaaa..

KV, etok tu apa?

atie berkata...

hihi...taktik yang sangat berkesan.kv ni cam pakar motivasi lak

Zareda Norman berkata...

KV

kak zar pun kengkadang tipu jugak dengan Ika kata nak pi kerja.. padahal nak pi berpoya poya dengan geng ..