Rabu, 21 Januari 2009

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG!!!

Hiks..mcm lagu imran ajmain plk. Memula aku dgr lagu ni, tang korus tu. Habis aku laki bini kutuk kaw2. Macam suara lelaki nak jadi pompuan. Pastu dok pikir2, mcm suara imran ajmain plk. Rupanya betul.

Eh, termelalut pulak.

6 Tahun yg lalu, pada tarikh ini, jam 5.31 minit ptg lahirlah putera kesayangan mama dan abah Muhamad Danish Azran.

Walopun kelahirannya tdk dijangka (usia kandungan hanya 30 minggu) namun kehadirannya memberikan seribu makna buat KV n co.

Mcm2 perasaan ada. Risau, tension, gusar, sedih. Mengenangkan danish dlm inkubator yg hanya seberat 1.25kg. 2 hari kemudian susut 1.1kg.

Dah la masalah susu takde. Penat jumpa doktor mintak ubat. Siap jumpa kaunselor. Tp hanya beberapa oz je yg dpt. Sedih sungguh. Nak makan ubat kampung tak berani sbb danish masih dlm rawatan. Takut bercampur. Last2 aku yg meraung. Huhu. Tension sungguh. Misi pun naik heran napa susu aku tak keluar. Mcm2 pesen dan gaya penyusuan misi ajar. Masih gagal. Sampai ke hari ni aku rasa terkilan. Mungkin ada sebab Allah menguji aku sebegitu.

Alhamdulillah, setelah 42 hari di tahan dalam wad (mcm bertahun rasanya) danish dibenarkan keluar dari wad dgn berat 1.7kg.

Ni kad jemputan yg kami terima dr husm. Majlis reunion anak2 pra matang. Masih tersimpan kemas dalam album. Suka sungguh dpt jumpa misi2 yg jaga danish dulu.



Gegambar ni aku snap masa bersama danish dlm wad. Masa ni dh keluar inkubator. Beratnya lbh kurang 1.5kg









Masa ni dh bawak balik rumah. Nak mandikan pun rasa gerun. Tp, tetap aku usahakan mandikan sendiri. Kena kuatkan semangat.



Masa ni dh tembam. Rasanya umur dia belum setahun kut.


Ni aku snap mlm td. Tgh lalok. Mengantuk. Dia mmg tido awal sedari baby. Tak mcm dina.



Buat putera mama dan abah, selamat ulangtahun kelahiran ke 6. Dah besar panjang pun. Rasa baru je berulang alik dari usm menjenguk abang.

Moga abang menjadi anak yg taat perintah agama, rajin belajar, bertimbang rasa dan mendengar nasihat.

Mam ngan abah dok marah2 tu bukan benci. Tapi nak suruh abang jadi yg terbaik. JUga, mama dan abah harap, abang sayangkan adik dan jaga serta lindungi adik seperti yang abang dok buat sekarang. Jangan ada benci sbb mama dan abah sayang abang dan adik sama rata je.
(harapnya, abang akan baca en3 mama ni suatu hari nanti)

24 ulasan:

nanonano berkata...

hepi bday danish !
mintak adiah manyak2 dr mama ehh
:p

rina berkata...

happy 6th birthday danish...

cendawanintim berkata...

hepi besday danish...

nok, takder ker gambo dia masa dia mula2 lahir dulu..

MrsMama berkata...

seronok kan bila anak dah besar. Apapun selamat ulangtahun sayang yang ke6, semoga sihat selalu.Mintak adiah besh tau.

Mak Su berkata...

setiap kejadian ada hikmahnya, moga semuanya baik2 sahaja, happy birthday danish

alia elena berkata...

Eppy Birthday Danish..
semoga senantiasa menggembirakan hati mama & abah yach..

Intan berkata...

Selamat Ulang Tahun yang ke 6 buat Danish!

:D

Zareda Norman berkata...

happ birthday Danish..
sama tarikh dengan ariff anak kak sya ni...

Belajar rajin rajin dan semoga jadi anak yang soleh.

Hadiah mintak kat mama wokeh.. hehhe :)

oren berkata...

hepi birthday Danish!

KV berkata...

nana,
tatau lak nak beli adiah apa.

rina,
tq (mama wakilkan)

cen,
takde noks, frust sungguh. Misi tak bagi ambik gambar. Yg ada tu pun ambik curi2.

mas,
tp rindu plk masa dia kecik2 dulu.

maksu,
insyaallah ada hikmah di setiap kejadian.

bat,
tq yang!

intan,
tq auntie!

KV berkata...

kak zar,
owh sama ngan anak kak sya yer?

oren,
tq babeh!

Su Hana berkata...

hepi besday danish!!! dah 6 thn ye.. besar dah tu.. moga danish jd anak yg soleh ...erkkkkmama ada beli adiah besh x??? hehehe

marinahunny berkata...

selamat ulang tahun ke 6 utk danish..

- tety - berkata...

Happy 6th Bday big brader Danish.. Alhamdulillah danish dah sihat + membesar ngn jayanya...

Ungku Nor berkata...

happy besday danish..
dapat adiah besday apa tahun ni?
hehe

CuTeMiUt78 berkata...

selamat ulangtahun utk danish.. semoga menjadi anak yg soleh..

aNIe berkata...

HAPPY BIRTHDAY DANISH...
semoga membesar dengan sihat dan jadi anak kebanggai KV n Co

Kecik sungguh dia masa lahir ye KV...kalau akak pun takut nak mandikan...tgk tu pampers pun hambir sama besar dengand ia...hehehe

Tapi alhamdulillah dia membesar seperti yang diharapkan...

Sya berkata...

Wah sama birthday ngan Arif ek?

Irfa berkata...

hepi bday abg danish.jd good boy yer

kakLuna berkata...

wah! terserlah keremajaan ko masa tu..hihi..

danish, makcik luna doakan danish membesar mnjadi anak yg baik, taat pd ibu bapa, menjaga adik dgn baik,pandai di sekolah dan sentiasa dilindungi keselamatan dan kesihatan oleh Allah Ar-Rahman...

Ummi berkata...

happy birthday danish!

auntie ummi doakan yang terbaik untuk danish :)

edyan7 berkata...

happy birthday Danish... ! bila tgk terbaru tu, macam tak caye je dia lahir sekecik 1.25kg kan... masa tu pun mamanya nampak langsing sekali! fuyooo...

Yuswani Effendy bin Yusof berkata...

selamat hari lahir danish

KV berkata...

wahaha..lawak baca komen ttg keremajaan ku. Maklum la, masa tu umur nya masih 24 thn. Kakakaka
Lani dah 15 kilo bertambah.
Huhu..sadis!!

TQ to every one yg mendoakan danish. Amin.