Khamis, 29 Januari 2009

RONDA KAMPUNG

Ptg2 kan, aku slalu lps dina main kt laman. Ye lah, aku ni hati daun kayu. Mudah kesian ngan anak. Dah lah kat rumah kak long (pengasuh) dina dok berkurung dalam rumah jer. Apsal ek kalo kt rumah kak long dina disiplin jer. Kak long tak bagi turun dia ok jer. Kalo kt rumah mmg grill dia panjat sampai atas tau. Konon2 nak bukak kunci sendiri. Kalo aku dok kt dapur lah. Gerun aku nengok takut jatuh terhempas. Kalo kt hall harus dia dok ngintai mek (nenek) dia kut celah2 cermin pintu. Sambil menangis nagis merayu rayu. Hoho..sungguh tak tahan aku


Tapi bila main kat laman harus dia buas overdose. Dah la pagar blom siap. Sesedap rasa je dia lari ke depan. Nak main kat jalan. Bahaya wo. Pastu main tepi longkang. Bahaya woo. Kalo dia main ok-ok, boleh lah aku sesambil cabut rumput ke, siram bunga ke tgk dia. Ni tdk buas semacam. Lelaki ke pompuan budak ni?. Haish

Pastu bila aku laki bini dah tensyen dok kejar dina yg tak penat2 tu, hubby pun start motor. Mula nak ronda kampung. Aman sikit aku rasa.

Best woo. Sbb sejuk jer. Saujana mata memandang. Tgk tali air yg bertali tali tu. Tgk sawah padi. Tgk bird. Dina mmg excited kalo tgk bird. Pastu tgk org menjala. Memukat ikan. Menembak burung dan mcm2 aktiviti kampung. Jugak tgk org bercucuk tanam. Macam2 sayur ada. Boleh beli jer kt tepi tali air tu.




Gambar kt atas tu bukan main dina nak dok depan. Padahal dia mmg kena dok blkg. Tak berani nak bagi dia dok depan. Tu dia lps gian before motor bergerak. Haha

20 ulasan:

MrsMama berkata...

hehe seronok gak naik moto ronda kg. Tambah best kalu kampong dekat ngan sg atau laut.

Angah berkata...

Jangan la bagi dia dok depan.. ada kes kat kampung aku, mak baby tu brake mengejut, baby tu jatuh ke depan dan dilanggar mak sendiri..huh trauma meks..

Anak aku pun sama la KV.. kengkadang aku pun pelik sebab abangnya tak la sebuas dia.. jantan ka pompuan tatau ahahaha

tapi bila demam duduk diam lembik aku naik risau pulak.. fenin!

UnGu VioLet berkata...

salam kenal.. salam ziarah... nice blog!!.. ade mase, singgahlah blog mar pulak.. thanks...

Ungku Nor berkata...

dia tunggu sampai dapat adik baru dia stop membuaskan diri kot..lalalala ;p

Sitie BUm BUm berkata...

bdk2 mmg suka naik vroom vroom!

cendawanintim berkata...

dah lama aku tak ronda2 cenggitu..moto asyik kena kidnap jer..huhuhuhu

Pnut berkata...

alamak..kita tulis komen kat entry lama..eheheh sila baca..

AppleB berkata...

masa kecik je dia buas tuh. kang besar sure dah ok. dun worry la.

*dina active sbb masa ko pegnen pun active jugak..asik ke kbmall manjang kan kekekekeke*

hug hug kiss kiss utk dina yach..comei betul walaupun tak dok diam

Wanpetunjuk berkata...

Salam...cuti2...seronok bawak anak2 kan...

Klu nak biar anak dok belakang...pastikan dia peluk kita kuat2...dan jgn sampai tertido sudah...ramai mak ayah tak sedar yang anak dah tercicir sbb bawak motor dgn syik sgt....hehehe

Wish u have a blessing friday...

Sastri berkata...

ok la tu... kat rumah orang bersopan santun, kat rumah sendiri membuaskan diri... keskeskes... janji dina sihat dan hepi... :)

Intan berkata...

Budak buas ni petanda budak cerdik!

:D

CRAZY BEAUTIFUL88 berkata...

waduh seronoknyer dapat naik motor ronda kampung. mesti tenang aje kat kampung ni

eedany berkata...

dah lama tak naik motor ronda2 di kg.

seronok walaupun saya tak reti nak pandu motor. selalu membonceng jer...

:)

Sya berkata...

Nasib baik tak buas masa naik motor.. nanti dah besar tak le buas tu

alia elena berkata...

bebudak gitewwlah gamaknya.. ada ajor yg nak dibuat.. n kalau dpt ronda2 agi suka..

Mak Su berkata...

mmg tak tahan, budak2 pempuan mmg gitu, buas.

CuTeMiUt78 berkata...

yup.. sama ler cam mirul.. adooi tak terkawal rasanya.. tapi bila ayah dia start moto..berdesup je dia nak ikut..

Shumierain berkata...

salam,
eeeii beesh yer dpt jenjalan kat tepi sawah..hijaooo jer..sejuk rasenyer..nape xsnap sawah padi kak..

Zareda Norman berkata...

dah besar nanti pandailah dina tu kontrol ayu.. hehheh kekecik buas sikit.. agaknya ikut sapa ek? wink wink

KV berkata...

ntah lah, dina tu menurun sapa agak nya. Haha
dina dok belakang (tgh) Kv yg pegang dia. Takde lah kami nak biar dia dok belakang sorang2. Bahaya woo!!