Weekend lps kv nak potong kuku danish. Dah jadi mcm kuku hantu.
Bila nak potong kuku kaki mmg dia selalu tak bagi. Geli.
Tapi dia tahan. Menggelupur kegelian.
Tetiba, muka dia terhantuk kt lantai. Menangis la puloks. Adeh.
Bila dia bengah (bgn) Kv perasan bibir dia berdarah. Ingat kan bibir dia pecah akibat terhantuk tu.
Check punya check. Rupanya gigi kapak dia yg tinggal tunggul tu yg berdarah.
Benornya gg kapak dia dah lama goyang. Cuma kv jer tak berani nak cabut. Sbb dia mmg penakut. Dah jadi gitu kv try cabut. Dapat separuh. Dia dah mula panik. Sbb makin berdarah. Meraung tak hengat. Haha. Kelakar pun ada. First time cabut gigi kan.
Pastu pujuk2 tak nak kasi gak. Kv suh dia buat sendiri. Tak jalan. Last2 kv pegang gg dia dan sentap kuat sket. Mudah jer. Heran dia gigi dah tanggal. Mmg kelakar lah wajah dia!
Pastu gigi nan sebatang tu kv simpan dlm botol. Biar besok2 dia tgk gigi buruk dia tu. Siap letak dlm lemari tau.
Besoknya ahad. Dia tgh main2 kt laman sambil tgk pak cik Din tgh buat pagar. Kv panggil dia nak tgk gigi yg sebatang lg tu. Dah goyang jgk.
Dia dah takut dah. Sekali kv sentap terus tanggal. Terpelanting gg tu tatau ke mana. Lawak giler mencari gigi buruk dia dia. Haha
Akhirnya kv yg jumpa. Siap basuh dan simpan dlm botol bersama gg yg sebelum nya. Hihi
Tu lah pengalaman danish cabut gigi.
Lps tu semua org kena tgk gusi dia bekas gg tercabut tu. Lupa nak snap gambar!
15 ulasan:
budak2 mmg susaah nak ptg kuku..
Along pun baru patah gigi kapak last week. Semalam sebelah lagi dah hampir tercabut, tp x berani nak sentap.
Bila dia ckp kdg2 tersembur air liur, sbb dua2 gigi kat bawah pun dah hilang. Hahaha
:P
Kalau sume emak2 berani cam KV ni susahlah doktor gigi nak cari makan.. ha ha ha.. kak sya nak pegang gigi anak yg buruk pun tak larat nikan pulak nak cabut
atty's,
mmg susah nau!
intan,
kalo nak harap kan abah dia rasanya berkurun la. Haha. Terpaksa buat sendiri.
kak sya,
alah gigi susu jer kak sya. Takde tunjang. Tu yg berani. Hehe
KV
boleh jadi doktor gigi gitu.. hehehe
kak zar tak sampai hati ler.. bewak ke klinik jugak..
tak taruk apa2 ke masa simpan gigi dlm botol? buh bahan pengawet ka? sbb takut jadi debu jek bila nak tunjuk kat Danish (bila dia dah besaq nanti)..
amboi KV senangnya nak cabot gigi si Danish tuh.. my anak2 sumer kena gi juper doc gigi kaedahnya
kak ngah , semalam
mama , cabut doh gigi kak ngah
kak ngah wak lagu mano
kak ngah makae Mentos , pah tu dio t'cabut
ha ha ha
hehehe..pengalaman 1st time saya tercabut gigi pon seronok.. takkan boleh lupa.
kak zar,
kv n jenis, nak jugak buat. haha, teruk kan?
oren,
oh, gg tu akan jadik debu ek?
bat,
alah gigi susu jer, takdak tunjang pon.
kak pb,
wahaha...dasyat tu. Mentos boelh tolong tanggalkan gg.
saya,
kv lupa la kv dulu cemana. Meraung sakan gak kut.
keh keh keh..sy pun simpan tau gigi yg sy cabut... gigi yg buat sy x tido selama beberapa hari.. sakitttttt...
terus suh anjib potong kuku. kuku dah macam mak lampir je dah.
hari ni hari khamis, sunat potong kuku kan..hehe
Dania dah tumbang 5 pagar, ada yang dia cabut sendiri, ada yang nenek cabutkan...Nak tunggu mak dia ni cabutkan, mak dia pengsan dulu dah..sebab mak dia ni lagi ler penakutnya bab gigi gigi nih....:(
ni kena tukar nama dr KV nie...
seriau nya cabut gigi ...takut2
Catat Ulasan