Ahad, 28 September 2008

SELAMAT PULANG

Tag line yg tersohor minggu ini kalo anda lihat dimana mana simpang dekat kelantan 'SELAMAT PULANG ANAK2 KELANTAN DI PERANTAUAN'. Dulu2, masa dok blajar kt johor, bila tgk banner gini kt mana2 mmg rasa bangga sungguh. Bangga dpt balik beraya di kampung. Huhu

But now, tak kisah lah. Dah kerja dan duduk kt kampung. Cuma hari ni kv dah merasai suasana bersesak di pasar. Nak lintas jalan pun berjam tunggu. Ramai giler org balik beraya yer.


Salah satu banner yg kv sempat snap. Sori, gambar sikit blur.


Oh, ya! Semalam kv sempat berbuka puasa kat luar. Takde arah tuju. Last2 gi food court tesco. Bukan tak mengidam nak makan kat tempat2 yg best. Tapi masalahnya, irdina maisarah tu tak boleh dikawal. Kalo kt foodcourt, kv taruk dia dlm troli. Senang cerita. Haha


Dina kena kurung dlm troli.
Tgk tu, sempat lg nak capai air.



Sebelum berbuka, kv bawak dorang main2 rides yg ada kt tepi tu. Sakan lah dorang layan perasaan.


Ni menu kami, ringkas je. Nasik clayot utk dina ngan danish. Kami lak order nasik ayam sizzling sos lada hitam. Sedap sungguh.


Hihi...ni yg 2 hari lps. Pun kami berbuka kat food court tesco gak. Masa tu nak beli brg dapur.



Lps tu terus balik rumah. Hubby pasang lampu lip lap. Akhirnya bercahaya jugak setelah beberapa kali asyik tertangguh nak gantung.


Pastu main bunga api. Syok sungguh. Bunga api stadium ada, naga boro ada, telur naga ada, mcm2 ada. Wahaha..nama tak boleh blah okeh! Sendiri taruk.


Ok lah, di kesempatan ini juga, kv n co nak ucapkan kepada kawan2 blog selamat hari raya aidilfitri 1429H. Maaf zahir dan batin kalo ada tersalah cakap, terkasar bahasa. Mungkin ada yg kv tak perasan.


Dengan ini, secara rasminya kv nak jemput semua kenkawan datang beraya kt rumah kv pada 4 oktober 2008. Hari sabtu. Menu nya takde lah best mana. Gulai kawah campur umbuk kelapa, ayam masak merah, solok lada, acar jelatah, ikan kering, agar2, dan akok. Itu saja. Masa nya 12 tgh hari hingga 6 petang. jemput datang tau. Kalo tersesat ke apa ke, sila roger2 kv kat 012 - 9520323. Nanti jumpa kat rumah kv yer!

10 ulasan:

atty's berkata...

THANKS KV..SEBAB JEMPUT..
KALO DKT DAH MAI DAH..SEDAP MENU2 TU SEMUA..

Biarlah rahsia berkata...

InsyaAllah kami dtg...wahhh meriah sakan dia sambut raya dan berbuka puasa...
Tak sabar nakgi rumah KV nie...emm bila start cuti? k.bie keje sampai akhir ramadhan.

KV berkata...

atty's,
hihi..best nya kalo boleh dtg. Huhu

kak bie,
kv pun keje sampai akhir ramadhan. Malas nak cuti.

Yatie berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri utk KV & family.. maaf kalau ada salah & silap sepanjang kita berblog nieh.. enjoy ur raya holiday ok:)

nono berkata...

sALAM,

Akak..nak g umah akak gak leh??ekekekke..klu free view la blog NONO yerk..i'm silent reader... every day view blog akak...nice blog..nanti raya ke-3 dtg la umah NONO yerk..:)

AppleB berkata...

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

kang mek dtg dlm mimpi mu sajork yach huuhuhuhuhuh.

Ijah @ Fariza berkata...

alahai sedapnya menu-menu tu jauh lah nak pegi kak, kalau dekat dah terjah dah

Selamat hari raya & maaf zahir batin dari saya sekeluarga...

nanonano berkata...

wahhh..
mcm nk buat open house + naik umah trus je ni..
hihi

nasi clayot tu pe kak??
ke claypot??

oren... berkata...

ko poskan solok lada tu kerumah aku yer...

Mak Su berkata...

timakasih sudi jemput, saya nun jauh di NS, selamat hari raya, maaf zahir batin.