Selasa, 9 September 2008

MELEPEK

Huhu..kv ni punya la lembik. Alahan betul kalo puasa. Kena keraskan semangat ni. Hari2 mengantuk gila khinzir tau. Tersenguk senguk kt ofis. Tahan mata tak nak bagi tido. Sampai ke ptg ngantuk nya.

Lps berbuka terus flat. Hoho. Tak boleh jadi ni. Byk benda lg tak setel. Nama lg nak raya kan. Bunga tak abih buh dlm pasu lagi. Kaki lilin tembaga arwah mak kv tak brasso lg. Closet utk danish ngan dina tak beli lg. Byk baju2 budak2 dok dlm bakul jer. So bersepah sepah. Perabut bagai tak pi beli lg ni. Punya la malas nak gerak. Byk lg tak buat wei. Tp letih dan malas. Jam 9 tu mata dah kuyu tau.

Apa lah punya alahan bulan puasa ni. Tak kuat iman betul aku ni. Dah lah boleh kata selang sehari sakit perut. Tah pape. Org nyakit gastrik gini ler. Tapi, sila maklum, puasa tetap puasa, ok. Tp sungguh tak tahan sbb bila dok ulang alik masuk jamban tu mmg rasa nak pengsan meks! Dah la takleh minum teh pekat atau telan butir gucil (pil chi kit teck aun). Sungguh menyiksakan jiwa dan raga!

Bali keje, lps masak terus melepek depan tv. Dah lah dina ngan danish buas tak hengat. Punya la lasak hiperaktif bebudak ni. Geram tau!!

So, biarkan dorang main2 depan tv dulu. Maafkan suasana yg berkecah tu er. Tak larat nak kemas sbb askar berdua tu asyik menyepah je keje dorang!




Dah boring tu, turun kt laman pulak. Main lori, main kete dan main mcm2.



Dina tgh sibuk nak turun dari dukungan. Maaf kan dina yg tak berbaju tu yer. Budak tu rimas pakai baju. Menjerit jerit nak bukak baju tau. Sungguh memalukan mama ya!Ops...abaikan body abahnya yg sheksi itew. Lupa nak sensored! Haha




Boring sbb dina asyik mengamuk nak main kt bawah, pujuk dia pi kait buah jambu. Mmg dia suka sgt dgn buah jambu sbb dr kecik dulu kv suka makan jambu batu ni. Dia pun terikut sama.;P



The pokok jambu!



The buah jambu!

Oh ya, lupa nak bitau depan rumah kv tu ada makcik meniaga makanan. Dia mintak nak duk kt wakaf kami tu meniaga bulan puasa. Nampak tak makcik yg lepak tu? Sembang2 sambil membeli lah tu. ;)



Ha, ni nak tunjuk teratai yg kami pi ambik hari tu. Hidup segan mati tak mau la! Sedih no!


Ni lak, pokok air yg hidup bersama teratai tu kt dlm tali air. Encik hubby kutip gak. Takpe, annti wat kolam kita taruk pokok ni dlm kolam. Stok mudah diperolehi dan baaaaanyak sekali. Hihi



Hanya ini lah pokok bunga yg masih gah berdiri walo pun dihumban ke dalam semak selama 7 bulan. Ekeke. Bravo lah!

18 ulasan:

alia elena berkata...

hehhe kesian KV..

takper slow2 yach raya2 jugak.. kesihatan mau jaga

Intan berkata...

Dina tu mmg nampak aktif & cerdik. KV aktif kot masa pregnat dina dulu???

:D

Zetty berkata...

ciannya kv puasa dlm keadaan sakit .. takpe, bersabar ok .. anyway, bulan2 posa nieh gak ko post gmbr lucah takde sensored:p hahahhaha ..

oren berkata...

aku pun, kalo buleh nak jek baring2 lepas masak..tapi takleh..dok menyuap depa nih makan sampai kenyang, sbb teori aku, kalo depa kenyang, depa tak kacau aku dah time berbuka..hihihihi..mandi pun selalu miss..takpelah..takde org nak peluk kan...la nih musim ujan, nak mandi mlm pun, sejuk bangat..

attyfir berkata...

sama le kita kv..kty pun lepas je buka dlm kul 9- 9.30 camtu nak lelap je..

KLMari berkata...

KV sebut brasso, teringat masa belum kawin dulu. Time nak raya, mak mesti suruh brassokan 2 pasu besaq tembaga dia tu...Menci tu sebab kena buat lama giler baru berkilat dan tangan sampai hitam legam...La ni tak taule siapa amik alih tugas membrasso ittewww...:)

Ummu Mishkah berkata...

salam..

selamat berpuasa!
siannya KV pose dlm x sihat
bestnyer jambu tu!!!

Ungku Nor berkata...

waaaahhh..
jambuuuuu!!!!

ehehehe ;p

cendawanintim berkata...

sama ar kita...tersengguk-sengguk kat opis ari nih..huhuhu..

Zareda Norman berkata...

meh kita bersangap sekali setiap 5 minit..

hehhehee

Diana Ishak berkata...

best ye rumah tanah luas ni, nak buat tennis court pun boleh.

KV berkata...

bat,
slow2 ek? Hihi..rasanya kalo dok lagu ni sokmo, harus byk yg tak terbuat ni.

intan,
hihi..kv suka jalan2 masa peknenkan dia.;)

yatie,
wahahaha...gambar lucah tu!

oren,
letih2 aku pun ada gak org nolong, gilir2 jaga anak. Ko buat semua sorang2. Sian kt kau. Huhu

kty,
mmg mengantuk sgt kan?

klm,
kv tak buat pun lg. Tgk la hari minggu ni. Masalahnya, lupa dh mana kv letak itew brasso. Huhu. Nak kena cari plk dh.

ummumishkah,
salam...jambu tu kegemaran kami sekeluarga tau. Jambu batu kampung. Isi merah.

kak ungku,
jambu kah?Hahaha

cendawan,
a'a, tersengguk sengguk, tak bleh blah. Tekanan aku tau!

kak zar,
yer yer...itu tak boleh dipisahkan. Huhu

epal ijau,
aku tak reti main tennis la. Nanti aku buat court badminton je la. Bila tatau!

rina berkata...

jambu batu butir merah ek... lama giler x makan. kecik2 je kan size dia...

ada gastrik ke... mmg cabaran ler nak2 bulan puasa ni kan...

ANAKIRANA berkata...

apa ni melepek2 ni..hihi ngalahkan org ngndung lak :p

Mardihah berkata...

semoga selamat dalam setiap langkah dan menuju bahagia...amin...
comelnye anak-anak akak...semoga mendpt bahagia dunia n akhirat, amin..

Kopi Suam berkata...

Kanak2 yang bernama Irdina ni memang cerdik, lasak dan pintar lagi2 yang namanya Irdina Maisarah..macam anak saya jugak Irdeena Maisarah...

mama angkut bakul untuk anak kih kih kih

nanonano berkata...

woOwo..
ai laik jambu tu jugak,
isi die karer pink kan??
hihi..

KV berkata...

rina,
a'a..kaler merah jambu. Hihi

ana,
kalo peken laaagi lah melepek kut.

qudwah_mardihah,
amin. TQ

KS,
sapa lagi nak angkat wei?? Haha
mmg lasak no!!

nana,
susah nak dpt skrg ni. Tatau la sampai bila pokok tu nak hidup. Harapnya pjg umur lah.