Ahad, 13 April 2008

TUHAN MENGUJI TAKKAN BERHENTI

Kv lelah fizikal dan mental buat masa skrg. Hanya blog tempat luah perasaan. Ujian bertimpa - timpa. Kv tau, Tuhan takkan menguji jika kita tdk mampu menghadapi. Kv pinta moga Tuhan tabahkan hati kv, beri kan kv kesihatan yg baik dan tunjukkan jalan dalam menempuh setiap dugaan. Amin.

Dalam masa 2 bulan ni, kv kehilangan ramai ahli keluarga (waris terdekat). Bemula dgn mak sendiri, sambung dgn biras mak (FIL abang kedua), sambung dgn anak buah abg ipar, sambung dgn mak saudara (isteri abg arwah ayah). Sambung lg dgn FIL kakak, sambung dgn sepupu arwah ayah, sambung lg dgn adik mak saudara(isteri abg arwah ayah). Baru je selesai tahlil 7 hari arwah pak da ghani, KV kehilangan kakak tersayang.

Kak N telah pergi menyambut panggilan ilahi pada tanggal 11 april 2008 jam 7 pagi, genap2 2 bulan pemergian arwah mak. Ya Allah, tabah kan lah hati kami.

Seminggu kv tak sempat mejenguk arwah kakak. Ahad isnin dan selasa kalut dgn audit campur2 danish tak sihat. Kv cuti rabu dan khamis sbb danish masih tak sihat. Risau sungguh ngan kesihatan danish. Last2 doktor masukkan antibiotik kut montot baru nampak ada perubahan. Alhamdulillah.

pukul 6.15 pagi jumaat kv terima call dari kakak suh blk segera. Katanya kak N dah nazak. Tgh di ajar mengucap. Kalut2 tu, ye lah risau kan danish yg masih blum sihat sepenuhnya, kv redah subuh dinihari seorang diri. Hubby kv mintak uruskan anak2 sementara. Memandu dlm keadaan gelap dan sunyi begitu mmg menggerunkan. Huhu. Chaiyok.

Hampir 3km nak sampai kakak kv call lg bagitau yg arwah dah pergi. Kv tatau nak ulas cemana perasaan kv. Sedih sayu, pilu, terkilan dan mcm2. Fikiran kv, biar lah dia pergi. Dah tak sanggup melihat dia menangis saban waktu kerana tak tertanggung sakitnya. Hanya tinggal kulit dan tulang. Mintak di ngereng selalu. Biasanya tk sampai pon seminit dan menangis kesakitan.

Kenangan last kv bersama arwah pd khamis lps (sebelum danish sakit tu). Kv sempat suap kan makan dan minum. Urut (gosok sebenarnya) dan tukarkan lampin. Masa tu dia boleh bercakap lg, cuma raut wajah sentiasa berkerut menahan tangis. Dia dah taktau nak cakap bahagian mana tubuhnya yg sakit.

Kakak crita pd ahad lps, dorang mandikan dia. Sudah mandi tu, arwah mintak jgn tinggalkan dia dulu. Suh gosok2 badan dia. Selalunya dia tak macam tu. Selalunya dia senyap je takmo menyusahkan org. Cuma kami je yg dungu. Tak faham. Huhu

Mlm jumaat tu dia langsung tk bercakap. Ditanya tanya pun senyap je. Sudukan susu pun dh tak tertelan. Kluar balik. Masa tu kakak dah tak sedap hati. Namun dia masih bertahan. Jam 4 pg anak arwah tersedar (dorang tido2 ayam je sokmo ) Arwah dah terpejam mata, namun masih bernafas. Di ajar mengucap pun dah telor sebutannya. Jam 5, adik beradik lain (dorang dok kawasan tu jgk, kv sorang yg jauh skt) dah penuh. Masing2 baca surah yassin dan ajar arwah mengucap.

Jam 7 nadi arwah dah takde. Dia pergi dgn senyap. Dgn tenang bertemu Penciptanya.

Kv mmg sedih dgn pemergian arwah. Tp kv plg sedih menatap wajah anak2 arwah. Yg sulung perempuan baru habis diploma poly. Yg kedua lelaki tingkatan 5. Yg ketiga perempuan tingkatan dua. Dan yg bongsu lelaki darjah 6.
Sewaktu jenazah dikapan kan dan saat mengucup buat kali terakhir, kv menangis, menangis dan menangis. Tak pasal2 dpt pelukan hubby depan org ramai. Huhu. Sedih sungguh! Bukan tdk redha dgn pemergiannya, tp terlalu sedih dan sayu menatap wajah sembab anak2 arwah. Tatau lah nasib mereka lps ni mcm mana. Kami kena bincang nanti.

Byk kenangan terindah antara kv dgn arwah. Masakannya plg kami tak lupa. Dia lah chef dlm keluarga. Anak2 buah pun, asal balik bercuti je mesti cari masakan MAK CHIK sampai ibu2 sendiri kecik hati. Arwah ayah dulu pun mmg gemar apa saja masakan kakak. Kenangan sungguh.

Arwah org nya cool. Selalu kena marah dgn mak (mak kv kan garang) Kalo kv dan yg lain mesti nk menjawa. Biasalah masa tu darah muda, bodoh. Tp kakak cool je. Walo pun dia terasa hati. Tak pernah nak berdendan ngan sesapa. Apa saja masalah dia mmg jenis cool. Sampai dia tahu kanser dia dh stage 3 pun dia cool je. Sabar sungguh org nya.

Dia dulu merupakan jurubank kv. Dok ulang alik dr jb ke rumah dia di seremban. Kalo bulan puasa tiap2 minggu menepek kt rumah dia. Hehe. Sungguh kenangan.

Kalo nk cerita kt sini mmg la tak tertaip. Kv berdoa agar roh nya dicucuri rahmat. Di tempatkan bersama org2 yg beriman. Amin.

21 ulasan:

Biarlah rahsia berkata...

KV...salam takziah dr k.bie sekeluarga...
semoga KV lebih tabah menghadapi dugaan hidup yg tak henti2 ini...semuanya menguji kesabaran iman kita...tak lebih dr itu...

Untungnya arwah kakak KV meninggal hr jumaat...k.bie pasti dia sgt baik orgnya sbb tu terpilih meninggal pd hari penghulu hari...

harap anak2 arwah pandai berdikari dan tabah menghadapi ujian hidup ini.

Al-fatihah utk arwah....

ANAKIRANA berkata...

salam takziah utk kv dan famili..semoga roh arwah dicucuri rahmat..

byk2 bersabar yer kv...smoga tabah hadapi dugaan ini...
sedih lah baca entry ni

tuan umah berkata...

salam kV,

sedih sungguh baco entry KV nih..tak dpt bygkn suaminya,anak2nye yg perlukn kaish syg seorg ibu.

semoga KV tabah mengharungi detik sedih ini

oren berkata...

takziah...

AppleB berkata...

Al-fatihah.

Takziah buat KV sekeluarga. Moga ko tabah menghadapi segalanya.

Meh nak peluk skit.

Cikja berkata...

al fatihah untuk kakak kak KV.

Zareda Norman berkata...

KV
Sabar dah redaha ye.. Ni semua ujian dan cabaran buat kita.

Alfatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.. amin..

Ungku Nor berkata...

KV, takziah.
Tuhan lebih Mengasihi..

Aku Bukan Bidadari berkata...

KV.. tabahkan hati ya..
semoga roh beliau di tempatkan dikalangan orang yang beriman..

Al-Fatihah..

Mak Su berkata...

tak apa kv, mungkin selepas ini anda akan dianugerahkan dgn beberapa org anak buah pula...or, apa apa aje...

:), gembira selalu ya

KV berkata...

terima kasih atas ucapan takziah dan doa kawan2 semua. Bergenang air mata kv baca.

pB berkata...

Salam ...


lamo doh dio sakit
at least lonni , segalo sakit dio doh berakhir.

kito hok tinggal ni , doa doa lah sokmo , mogo mogo roh dio ditempatkan dengae orghe orghe hok mendapat kebahagiae akhirat nanti ...

kakLuna berkata...

kalau aku pun tentu x sampai hati tgk anak2 arwah....sbb ibu mereka, kakak kita,darah daging kita. mcm mana mereka rasa sedih, mcm tu la agaknya anak kita kalau kehilangan kita nnt.

rina berkata...

innalillah... takziah utk kv sekeluarga.

nanonano berkata...

Takziah tuk akak sekeluarga,
Al Fatihah ~

aNIe berkata...

KV...banyak sungguh dugaan yang KV hadapi...tabahkan hati ye KV...

Al-Fatihah buat kanda KV yang telah pergi...semoga rohnya dicucuri rahmat....sebenarnya Allah lebih menyayangi arwah...

mhkg berkata...

KV stay strong okes..
semoga roh Kak N di cucuri rahmah.. AMinnn

Qaseh Bidadari berkata...

salam kv...

semoga tabah ya!

mama tahu ini cuma ujian dr allah...

menilai ketabahan kv sekeluarga!

Wanpetunjuk berkata...

Salam.....semoga akak terus tabah...terus tenang menghadapi ujian ini...apa yang berlaku ini akan menguji kekuatan iman akak...

Takziah buat akak sekeluarga...dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org yang beriman...aamiiiiin

KV berkata...

to all,
terima kasih atas doa dan kata semangat. Moga kv terus musahabah diri dgn setiap ujian. Moga kita terus tabah dan mendapat pengalaman serta pengajaran. Terima kasih atas keprihatinan kawan2 sekelian.;)

Mrs.A berkata...

salam takziah kak kv... saya ni sentiasa terlambat....