Khamis, 22 November 2007

SEMOGA SELAMAT

Hari ahad dan mungkin jgk isnin, kemungkinan kv cuti sbb nak jaga mak kat sepital. Mak kv disahkan mengidap batu karang dlm hempedu. Bila buat appoinment dgn HKB, doc kesan selain batu karang, usus dia dan kawasan rahim jgk membengkak.

Patut ler setiap masa dia akan sakit perut. Kadang2 sampai tak boleh tido. Tp doc belum tentukan sama ada bengkak dekat usus tu sama ada akibat gastrik yg teruk atau pun ketumbuhan. Jadi, sabtu ni mak kv akan masuk wad dan kena puasa utk pemeriksaan susulan. Masa tu doc akan decided sama ada nak operate atau sebagainya.

Dia selalu sakit perut. Jd mak kv ni terlalu menjaga bab makan. Bila tak makan, perut plk masuk angin. Lg la sakit. Nak2 plk doc pesan supaya tak makan buah, sayur, susu, daging dan ada lg yg kv tak ingat. La ni mak kv makan bubur nasi dgn ayam bakar jer. Tu pun tak berselera langsung. Kena paksa2, kalo tak tubuh lg lemah.

Kakak kv pulak (yg sakit kanser pangkal rahim tu), hari ni gi jumpa doktor pakar dekat husm. Kalo mengikut ct scan, takde dah unsur kanser yg baru. Tp kakak kv tu jadi penat dan letih. Mungkin kesan raditerapi dan ubat bius masa rawatan dulu2. Selera makan langsung hilang. Tubuhnya kurus hanya tinggal kulit dan tulang. Kulit dia pucat putih. Kv kalo pandang dekat dia mmg akan berlinang air mata.

Masalah baru pulak, bila di x ray, tulang belakang dia dah senget. Patut la bila dia berdiri (waktu rasa boleh berdiri) tubuh dia senget sgt. Hari tu lg kv dok sibuk. Agaknya sbb dia dok tahan sakit, sentiasa mengerengkot dan berbaring memberi effect pd tulang belakang dia. Minggu lps dia masuk wad dekat hospital Tg Anis kerana kurang darah. Patut la dia pucat semacam.

Susulan drpd Hospital Tg anis tu ler, dia kena jumpa pakar hari ni. Kalo dia masuk wad, tak tau la sapa yg nak menjaga. Mak kv mmg langsung tak boleh sbb dia pun sakit. Nak harap kan anak2 semuanya masih kecik. Kena jgk ada org tua. Suami dia pulak kerja jauh. Kalo tak kerja sapa yg nak beri makan pd anak2. Nak bayar kos rawatan lg.

Tu yg kv pikir, kv kena jaga mak masa siang hari. Sbb mlm hari kv kena uruskan baby dina pulak. Takkan kv nak harapkan MIL sepenuh masa. Lg pun baby dina baru 2 bulan lbh. Adik beradik yg lain boleh bergilir jaga mak sebelah malam sbb bila ptg kv kena balik Kerna masa tu ler kalo si dina tu nak meragam pun.

Takpe lah, at least kv tidak mengabaikan mak dan jgk anak sendiri. Win win situation, kan. Nak harapkan kakak kv yg sorang lg tu, mmg kesian sungguh. Hanya dia yg tak kerja pejabat. Tp dia pengusaha pasar malam. Jual makanan. Kalo tak berniaga, mmg pulus tak masuk. Sampai demam2 dia nak uruskan kakak dan mak. Nak berniaga lg.

Harapnya kedua dua org yg kv sayang selamat lah hendakNYA. Kawan2 tolong doakan ek.

10 ulasan:

Darling berkata...

takpe le KV bersusah sikit.. atleast xde le ralat nnt..

kalau rasa letih, amik le supplement tambahan.. uiceh pandai lak nasihatkan org :P

kakLuna berkata...

insyaAllah KV, penyakit2 tu smua ada ubatnya, dan kemudahan kat hospital skrg makin canggih...mcm pembedahan secara laser, risiko dia pun rendah.

oren berkata...

aku doakan mak dak kakak kv cepat sihat...

dan kv kena kuatkan semnagat jugak eh..nanti nak jaga dina lagik kan..

nanonano berkata...

ayah nano ade batu krg dlm buah pinggang,
slalu kene refer ke hosp slayang,
dlu nano ulang alik ktn-selayang,
smpai xkije buat, tp berbulan2 xsettle2 gak,sbb doc ckp xkritikal,
last2 stop gtu jek,
ksian ayah.. sbb msg2 ade tgjawab lain lg,
die mkn ubat kg je skrg,
ade gak die ngadu skit, tp g klinik je la..
nk g spital krajaan tao je la,
kua msuk2 xjln2 gak..
nk tggu nyawa2 ikan bru nk buat kot, ishk..
nano doakan semuanye cpt sembuh k,

alia elena berkata...

laaa siannyer.. semoga both ur mom & sister sihat hendaknya Aminnnn

engko pun sama kena sihat

blackpurple @ jowopinter berkata...

Semoga mereka selamat. Semoga kuat semangat dan semoga Allah mempermudahkan segalanya. Amin.

Zetty berkata...

semoga semuanya selamat dan segala urusan dipermudahkan oleh Allah .. amin.

KV berkata...

darling,
tu ler, kena ambik supplement tambahan nampak gaya ni.;)

kakluna,
pasal batu karang tu kv tak risau sgt. Tp tang sakit perut tu rasa runsing skt.

oren,
TQ. Mmg aku betul2 kena kuat kan semangat.

nano,
tq nano.:)

mama bat, BP, yatie,
amin...

rina berkata...

my mum pn kena batu karang dalam hempudu ni... sakit dia adoiii tuhan saje yang tau. bj tersentuh ngan kulit pn dah terasa sakit dia ckp. blom operate lg... duk mkn ubat jelah skang.

semoga mak kv n kakak kv akan sihat walafiat.

aNIe berkata...

KV...kak lady baru baca tentang kakak KV ni...moga dia akan baik2 aje dan sihat semula...