Ahad, 25 November 2007

MAK

Pagi jumaat tu kv dikejutkan dgn panggilan dr kakak kv Kak M. Kak M bagitau yg dia nak hantar mak ke ER segera sbb mak menggelupur (kasar rasanya perkataan ni) kesakitan. Siap menangis bagai. Kv dah terbayang dah tahap kesakitan yg mak kv tanggung. Sbb mak kv ni jenis org yg sabar dan kuat semangat. Kalau setakat sakit biasa, dia mmg langsung tak nak gi klinik. Dia tahan gitu jer.

Masa tu hubby dah gi kedai gunting. Byk hari dia dok rimas yg rambut dia pjg dah. Penat tunggu dia tak blk2, kv pun call mintak dia segera balik. Mulanya kv nak gi spital HSZII dgn teksi jer. Hubby kena dok rumah uruskan anak2. Tp hubby decided nak jgk hantar kv.

Sampai kat ER, hubby masuk dulu sbb dia kena blk lps tu. Masa kv masuk tu, mak tgh terketar ketar tahan sakit. Entah bagaimana, masa kat spital baru kita org perasan yg tubuh mak dah kuning. Tu pun doc yg tegur.

Kat ER, bukan main lama menunggu mendapatkan rawatan. Mmg kdg2 prosedur dan birokrasi menyusahkan utk kes2 kecemasan begini. Doc terpaksa study history dulu. Kv faham semua tu, karang kalo silap rawatan lg haru. Tp bila mak tergapai2 tgn mintak tolong sbb kesakitan, mmg tak tau nak ckp apa perasaan kami. 2 kali bagitau doktor. Last2 ada MA yg perasan. Terus dia injek ubat tahan skt. Tu pun tak berapa nak hilang.

Lps tu daftar masuk wad. Masa kat wad tu, beberapa kali mak kesakitan yg amat. Doktor dlm wad sekali lg buat siasatan. Mak nak bercakap pun tak boleh. Doktor pindah kan mak ke bilik rawatan rapi (dlm wad tu jgk). Masukkan air dan tambah dos penahan sakit. Air kencing mak kaler coklat. Gerun kv tgk.

Mak bertahan mcm tu jgk. Sakit tp blh sabar. Langsung tak boleh nak tido. Cuma tak larat nak buka mata. Ptg hubby ambik kv sbb baby dina kat rumah pun kena jgk bagi perhatian.

Pagi sabtu, kv ingat nak gi spital. Tp baby dina meragam teramat sgt. Last2 dlm pkl 12 pengasuh dia dtg ambik. Kami bergegas ke spital sbb kak M mintak kv bawa diapers dewasa. Tak lama kv kat spital sbb dok risau jgk kat dina tu. Ptg tu dina meragam lg. Berpeluh peluh kami dibuatnya. Last2 MIL ajak gi jumpa bomoh.

Bukan kami percaya benda tahyul ke apa. Tp salah satu iktiar dan dgn niat kerana Allah taala. Blk mlm tu dina dah tak meragam mcm biasa. Alhamdullillah. Mungkin iktiar dan doa kami Allah swt makbulkan. Dia tido 8.30 dan 5 pg baru bgn menyusu. Lps tu tido blk.

Pagi ni kv call kak M nak tanya sapa yg tunggu mak pagi ni. Kak M kata kakak kamk Kak K tak balik, lps tu kakak ipar kami Kak N pun ambik cuti ak jaga mak ari ni. Kv pun pikir tak guna kv cuti hari ni. Lbh baik kv cuti besok utk jaga mak. Lg pun mengikut temujanji mak akan dioperate hari ni dan besok.

Kawan2 doakan kesihatan mak kv ye.

10 ulasan:

Mommy Lyna berkata...

semoga mak kak KV cepat sembuh seperti sediakala. mak ayah saya kije kat HRPZII tu. nt nak tanya mak kot dia tau kes mak akak. dia keje kat lab spital tu.

Zetty berkata...

insyaallah ... semoga semuanya selamat .. amin.

alia elena berkata...

semoga maks ur cepat sembuh KV.. take care yach

nanonano berkata...

same2 doakan, semoga semuanye slmt,
insyaAllah :)

yusztiey berkata...

teringat kat arwah ayah baca n3 nih ..ayah kami lu cam tu la sampai pengsan thn sakit..pi er kat kb tuh jenuh dok tumggu doc dtg..last dapat ubat penahan jer..cek puyer cek doc pun tak tau sakit aper...piswasta baru tahu penyakit aper terus tu jugak buat oprete..
moga mak kv akan sembuh hendaknya n sihat seperti sedia kala...aminnnnn

Sya berkata...

Semuga mak Kv cepat sembuh dan segalanya selamat.

Kaklong Syikin berkata...

salam,

moga mak kv cepat sembuh.

bab gangguan tu, biasalah kv, kanak2 tak lepas kena ganggu tu. anak sulung akka pernah kena dulu,syukurlah pak mentua pandai bab baca2kan ayat quran ni utk halau syaitan, terus elok.

aNIe berkata...

KV...kak lady doakan semoga mak kv akan sihat seperti sedia kala....banyakkan berdoa...Insyaallah

Eddie Putera berkata...

Doa kami untuk ibu anda . Semuga di beri kesabaran menghadapi ujian ini..

NBK466 berkata...

Doa dari diriku nan jauh utk mak KV..moga2 selamat. Doc ckp sakit apa ek???