Selasa, 11 September 2007

SALAM RAMADHAN

Saat masih lagi berkesempatan ini, kv nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak buat semua. Lusa (13 sept) bermula la bulan yg penuh ibadah. Moga beroleh kesempatan untuk menunaikan ibadat puasa dgn sempurna. Selamat semuanya.

Bila ramadhan, mesti ada nostalgia dlm hidup kita kan. Ada yg manis dan ada yg pahit. Bagi kv sendiri, kemeriahan bulan ramadhan tu plg seronok masa kecik2. Kv adik beradik ramai. 8 orang. Masa tu hanya abg sulung dan kakak no 2 yg tak tinggal dgn mak. Yang lain penuh satu rumah.

Time berbuka puasa mmg kecoh. Geng lelaki berbuka kat meja. Yg pompuan ni kena la hampar tikar berbuka kat lantai. Minuman wajib masa berbuka mesti air tuak (nira) bukan tuak yg memabukkan tu tau. Lg satu air kelapa. Mesti ada. Kuih tak perlu sgt sbb semua org dok terkam nasik. Tp mak kv selalu buat buah mulung (onde2) atau puteri mandi atau kuih2 klasik lain. Lg pun kakak kv yg sorang tu mmg mahir memasak.

Ayah kv pulak, kerjanya penjaja ikan. Dia selalu dpt bekalan kat bandar. So, lauk mentah yg dia dptkan utk family mesti segar dan mewah(mewah dlm erti kata org kampung yg susah mcm kami ler). Berebut rebut keropeh ayam percik antara kv, kakak dan abang. Sayap atau peha mesti menimbulkan kekecohan sampai kena marah2 dgn mak. Hik hik

Dah kena marah tu, mesti nak merajuk bagai lah kan. Tp buat rugi jer merajuk. Kalo org lain makan semuanya, tak ke rugi. Rajuk nya kena la simpan dlm hati. Hahaha

Kalo bab bersahur mmg ler kv plg teruk. Langsung tak berselera. Kv pun tatau napa. TP abg dan kakak kv, selagi tak imsak, selagi tu la depa dok pulun makan. Naik heran gak kv. Yg kv ingat satu jer, nak sambung tido. Teruk betul kan?

Tu belum lg bab gi solat terawih. BUkan nak bersolat pun. Main yg byk. Balik dr surau, mesti singgah kedai runcit beli bunga api. Seronok nya masa tu hanya Tuhan yg tahu. Kat kampung kv takde org pasang pelita. Entah mengapa, bukan amalan dorang. TP la ni, ramai yg dah melanggar 'peraturan' tu.

Masuk bab ponteng puasa lagi la lawak. Bukannya makan apa pun. Tp kalo time mandi, mesti nak mandi lama2. Pastu curi2 minum air. Hik hik...teruk betul kv kan? Ada sekali tu, kv tak tahan tgk jambu batu tepi rumah yg masak meranum. Terus petik dan lari masuk bawah rumah. Makan puas2. Pastu rasa menyesal. Tp apa guna sbb dah tak puasa.

Kdg2 mak kv perasan yg kv tak letih sgt. Terus dia syak kv ponteng puasa. Plg lucu, kakak kv. Dia kena marah teruk dgn mak sbb mak syak dia curi makan. Masa tu kami tgh siap2 juadah berbuka. Sbb tension sgt kena marah dia tak perasan yg dia gi minum air dlm gelas. KV tgk dia, tp dia buat selamba jer. BIla mak tgk, apa lg, berteriak la org tua tu. Kakak kv punya la terkejut, terlepas gelas kat tangan. Hahaha...dia pun tatau napa dia gi minum air tu.

Byl lg kenangan ramadhan zaman2 kecik2 yg mmg meninggalkan nostalgia buat kv. Kalo lah masa boleh diputar kembali, alangkah seronok nya. Tp hidup perlu diteruskan. Kenangan itu menjadi satu harta yg bernilai buat kv.

Salam ramadhan buat semua. Mungkin ni en3 terakhir kv sebelum bersalin sbb kv ingat nak ambik mc utk esok dan lusa. Kalo masih tak bersalin pd ahad, mungkin akan ada lg en3 baru. Oleh itu, salam maaf buat semua. Moga ceria selalu.

9 ulasan:

alia elena berkata...

salam ramadhan oso KV & co.. semoga dipermudahkan bersalin bawak2 bertenang jan tensi2 deh..

paperpung kenangan masa kecik2 memang mengusik jiwa kan.. lagi2lah meks yg jauh dimata neh.. huhu *emo la pulok..*

Unknown berkata...

hi kak KV, ingat x ayue pernah add comment dulu, yg due date ayu 12/9. sehari lps kak KV punya DD. Tp ayu deliver 27/8 sbb baby kecik (ayu pernah citer dlm komen tu..) just 1.9kg je masa nak masuk 38wks.

Alhamdulillah kami 2 ok. Tp ayu meme kena induce lah. Sakit masa 2jam pertama tuh bleh tahan lg siap round jalan2 wad. Tp bila buat CTG, baby dah distress, kena lah POTONG on the spot... Rasanya kesan ubat induce masih terasa lps operation. Time tuh meme double sakit la rasa..

Apepun ayu doakan kak KV selamat dan dipermudahkan segalanya ketika bersalin.. Aminn..

kakLuna berkata...

dulu aku pun mcm tu...curi2 minum air bawah katil...2,3 bulan lepas raya baru mak aku jumpa botol kat bawah katil tu ha ha ha

pB berkata...

Salam KV

Kak pB doakan yang baik baik aja buat adik ku kv sowang nie..

jangae dok banyok fikir sangat.
koho dok fikir, koho lama dio dok dalae perut tu ...

Alinlai berkata...

isk nostalgia oooo puasa zaman kanak2 tu... siapa yang famili ramai tahulah macam mana meriahnya...hmmmm rindu la :)

Mommy Lyna berkata...

kak KV....!!!

sungguh teringat kuih2 kelate di kala mau posa nih. mujurla 2minggu lagi kelik kapom dos.

hehehehe.

deliver mano? mano tahu dam g kelis.

AppleB berkata...

selamat berpuasa dan selamat bersalin yach :D

pB berkata...

ADALAH INI DIMAKLUMKAN BAHAWA PUAN PUNYA BLOG INI, IAITU ADIK COMEL MOLEK KV TELAH SELAMAT MELAHIRKAN SEORANG BAYI PEREMPUAN SEBERAT 2.9KG TEPAT JAM 5.03 PAGI 12HB SEPTEMBER 2007.

KAK PB DOAKAN KV N BABY SIHAT .

TAHNIAH UNTUK SI AYAH ...

NBK466 berkata...

Selamat B'puasa... Bulan pose KB Mall bukak tak? he..he.he..