Isnin, 10 September 2007

GITAR

Dah lama danish mintak kv beli kan gitar. Puncanya, sepupu dia dpt hadiah gitar di hari jadi awal tahun hari tu. Tp kv dan hubby wat tatau jer. Kdg2 dia ingat dan kdg2 dia lupa balik. Hiks




Akan tetapi, bila dia menonton gorengan gitar kumpulan kristal masa AE 07 lagu memburu impian tu (fuyyoh nostalgia sungguh!), semangat membara nak memiliki gitar. Mlm tu sampai pkl 12 mlm dia masih belum tido sbb dok aim gitar. Penat nak pujuk. Geram betul.





Bangun tido (pagi) dia takmo pi skolah, tp nak gi kb mall beli gitar. Tudiah. Kemain lagih. Mula2 tu kami ckp ngan dia, kena gi skolah seminggu tanpa ponteng, baru boleh beli gitar pd hari sabtu nanti. Tp, amukan hang nadim bergema satu rumah. Takde kompromi langsung. Last2 dia senyap sendiri.

Masa time kerja, hubby gi survey supermarket depan ofis kami ni. Tp takde gitar mainan. Ada gitar kapok ori jer. Harganya cuma RM 45.00 utk yg kecik saiz budak, tp bila dok fikir karang dia menghempas mengamuk bagai, dan gitar kapok tu jd mangsa, buat rugi jer. Hubby pn tak beli. Ingat hari minggu baru nak gi beli. Kesian gak sbb setiap saat dia dok mintak.

Balik kerja tu dia dah tak sabar2 nak gi kb mall, nak beli gitar. Kv usik dia suh beraksi main gitar. Tgk la video kat bawah. Siap nyanyi lagu pencinta wanita lagi tu. Hik hik...abaikan tubuh nya yg kurus keding tu. ;P


Sampai ke mlm rengekannya tak berhenti. Makin kuat pulak tu. Lps solat maghrib dan makan mlm kami kluar. Penat dengar dia dok meraung. Ingat nak gi pasir tumboh jer, dekat ngan rumah. Tp takde la pulak. Ad yg cinonet je. Last2 kena gak gi kb mall. Kemain suka lagi. Tersengih sengih mcm kerang busuk. Dia yg pilih sendiri patent mana yg dia nak. Seb baik murah jer (mama + abah kan versi kedekut). Siap bayar tu (tak nak masukkan dlm plastik bag tu) kami terus balik. Letih badan rasanya. Belum pun sampai di rumah dia dah lentok. Tak tido siang la tu.


Ni ler rupa gitar danish. Siap ada aksesori tambahan lagi tu.;)
Pagi ni senang jer kejutkan dia bangun bila sebut gitar. Terus angguk bila tanya nak pegi sekolah ke tidak.


Bergambar dengan gitar baru. Muka tak basuh lagi tu.


Kat bawah ni video dia tgh goreng gitar. Nezjoe, jgn makan hati ngan anak kak kv tu yer. Hehehe...

(Sori video tunggang terbalik. Hehe)

10 ulasan:

alia elena berkata...

kehkehkeh ada bakat tuh..

nanonano berkata...

aiyark..
gitar semulejadi dah de kat bdn die..
nmpak x??
kekek :p

*bia kedink tp ensem :p
feewitss~

KV berkata...

mambat,
sakit perut gelak kan dia. Tp kena kontrol2 la takut dia ilang keyakinan plak. Hehhehe

nanonan0,
hah...tu mmg gitar semulajadi ler. Cuma sound dok kat mulut. Bunyi dia, kleng..kleng..kleng..hahaha

Mommy Lyna berkata...

dan lagi tu g bbeli gitar tu :D

YuszTieY berkata...

sesambil dlm penantian dan pi kbmall lagi tuh..caya la demi anak mama sanggup bawak diri yg dah tak larat tuh..
kuat tul aura pecinta wanita..
gitar danis..gitarrr..gitar jgn tak gitar...

Sastri berkata...

fuyooo... kecil2 dah menunjukkan minat dalam bidang muzik nih... :D

Aku Bukan Bidadari berkata...

wah..nak jadi man kidal ker..
hihih..

cute ar gitar dia KV

Nur Hafiza Hasan berkata...

Comeynya Danish!!
Hahahahaha..reminds me of anak-anak sedara..
Kurus keding..and suka gi KB Mall..

Makan dalam Che Joe kita tu..
Heheheheheheh..

Pssst..miss_tree sokmo ado kat KB Mall kalu weekend.
Jago butik kakok..

Kaklong Syikin berkata...

salam.

hehe..ada style lah..

x kena mild contraction ke kv? akak ni, dah start kena mild contraction dah sejak minggu lepas. adalah sekali dlm beebrapa jam kekadang tu, mengah gak biarpun mild contraction.

kena kuat semangat berpantang ya..terutama air batu tu.hihi. akak pun x kuat berpantang, sib baik mil n mak akak jenis tak paksa pantang kuat, bab makanan tu, ikut rasa badan. kalau makan tu rasa gatal2, jgn makan dah. tp off course yg sejuk2 tu x makanla.

anak2 akak semua masuk drip air, akak tak mo induced sbb sakitnya tak terkata kata org. paling takut, sakitnya lebih, tp pintu rahim x mo bukak gak..ada kes camtu, sudahnya ended up ngan ceaserian. tpkan, yg penting gerak hati kv mcmana nanti tau. itu penting gak.

tp apapun akak doakan kv bersalin mudah, sakit tepat masanya ya.

KV berkata...

lina,
demi anak, lg pun kak kv tak tahan dengar amukan dia. Abih pesen pujuk, tp tk jalan. Huhu

yustiey,
kv pun tak tau bakpo dio minat sgt ngan pecinta wanita tuh. Hehe

sas,
harapnya minat tu dgn pelajarn seiring. Biar seimbang.;)

tiara,
gitar mainan..nak beli yg real karang kena ketuk bagai, pecah pulak. Sedih tengok. Hehe

cik pokok,
dulu maso takdok anok, kak kv suko laye anok2 sedaro. Lo ni bilo ado anok sediri raso mace taktau nak manage lagu mano. Fening..
Butik kakak cik pokok tu hok mano so? BUleh la gi kenal lepas pate ni.;P

kak long,
kv selalu rasa sakit mcm kita nak dtg bulan tu. Tp sakit tu berpanjangan ler. Takde henti2 mcm sakit nk bersalin tu. Apa pun, mmg kena ikut gerak hati kita kan? Sbb hanya kita yg 'merasainya'.
TQ atas doa.;)