Rabu, 8 Ogos 2007

maruah

isu hangat kat ofis kv sejak kelmarin ialah pasal satu eksiden kereta area sini.

Byk cerita tokok tambah dan baca pulak paper hari membuat kan kv bertambah pening.

Selepas berborak dan mendengar huraian dan maklumat dr sumber2 yg boleh dipercayai, ceritanya lebih kurang begini:

Mlm kelamrin, ada satu pasangan kekasih sedang masyuk memadu asmara sehingga melakukan hubungan terlarang dlm kereta.

Keadaan mencurigakan dan kebetulan polis peronda melalui jalan tersebut. Terkejut dgn kehadiran polis, pasangan kekasih tadi memecut kereta mereka selaju lajunya.

Nak jadi kisah, sampai di satu kawasan, si pemandu terkejut dgn kehadiran lembu yg melepak di atas jalan. Biasa lah kawasan kampung. Kereta terbabas, merempuh tiang letrik dan menyebabkan tiang tu terputus dua.

Kereta remuk teruk di bahagian penumpang, menyebabkan si perempuan tersepit di tempat duduk. Cedera parah di kepala. Si lelaki cedera jugak, namun tak teruk tp keluar dr kereta dgn keadaan panik dan terkejut. Nak tolong gefren nya yg tersepit tu. Kejadian berlaku di depan rumah penduduk.

Yg mengejutkan, si lelaki keluar dr kereta dgn hanya memakai baju. Tiada seluar dan anak seluar. Bila ditegur org kampung, baru dia perasan keadaannya yg menjengkelkan tu. Org kampung tolong beri kain pelikat.

Polis dan bomba mengambil masa 1/2 jam mengeluarkan si perempuan. Memakai baju tetapi tiada seluar dan anak seluar ditubuh. Benda2 tu semua ada dlm kereta dihujung kaki si perempuan.

Sampai sekarang, si lalaki masih lg trauma (mendapat rawatan di hospital berdekatan). Masih meracau racau dan menjerit. Mungkin rasa bersalah menebal mengingatkan arwah sang kekasih.

Kalau lah cerita ini benar (kemalangan ni mmg benar!), mmg kv yg mendengar pun tatau nak komen apa. Kv bayangkan kv menjadi ibu bapa si perempuan. Bila berita begini disampaikan, apa reaksi kv, atau macamana harus kv bereaksi?

Kehilangan anak tersayang sudah perit rasanya. Namun pergi nya dlm keadaan yg memalukan, lagi perit utk diterima dan ditanggung.

Kv harap keluarga mangsa tabah menghadapi ujian.

Aduh..sungguh susah membesarkan anak remaja zaman sekarang. Ramai yg hilang pertimbangan semata mata kerana cinta dan nafsu. Yg menanggung nya adalah ibu bapa. Kv benar2 simpati pd keluarga tersebut.

Surat khabar tidak menyatakan dgn detail. Mungkin utk menjaga maruah dan air muka keluarga mangsa2. Sumber yg kv dpt ni dr penduduk setempat dan pihak berkuasa.

Kalau lah ada antara intipati yg kv sampaikan ni tidak menepati, kv minta maaf. Kv ambik sebagai pengajaran.

Moga kita dijauhkan dari perkara2 sebegini. Amin

11 ulasan:

happyirfa berkata...

salam to kv..
byk kali dengar citer lagu ni.tp yg paling siye ialah mok pok dia yg masih hidup.soal dia yg dah mati tu hanya dia yg tahu.

kasutVincci berkata...

irfa,
isu ni tak habis diborakkan. Pegi lah di sudut mana pun. Dlm ofis, dlm pasar, dlm supermarket. Mmg panas. Kesian parent dia.;(

NBK466 berkata...

Itulah realiti dinegara kita ini.. itu yg kita tahu..yg lagi 'ngeri' yg kita tak tahu lagi??? As a parents risau jugak masa depan anak2 kita nanti..nau'zubillah..

ADIEJIN berkata...

setiap manusia membuat kesilapan. Kita yang tak mengalami, jangan memperkcilkan orang yang membuat silap, jangan mencaci. Bantu mereka kalau boleh, kalau tidak mampu membantu, ambil ikhtibar dan minta disimpangkan agar tuhan tidak memilih kita untuk di uji sedemikian rupa. insyallah.

Nezjoe berkata...

hmmmm
takleh nak imagine kalau berlaku pada batang hidung sendiri

wallahuallam

kasutVincci berkata...

abg shahrul,
Mintak sgt supaya dijauhkan perkara begini dari kita. Insyaallah..

abe djin,
mulo2 dengar, kv terbayang selaluh lagu mano kalu kv jd mok pok dio. Tak tahu lah nok kato lagu mano. Moga2 kita semua dijauhkan. Amin..

joe,
kak kv pun tokleh nok baye lagu mano. Huhuhu...siye ko mok pok dio.;(

kakLuna berkata...

hehe..irfa..kau tulis 'siye' aku terkejut la pulak sbb kalau org perak tu, bunyik utk 'si*l'..

hmm..utk peristiwa ni..hmm..sedih, malu dan moga2 jd iktibar pd kita smua.

Sastri berkata...

hmmm... cerita yang keluar kat suratkhabar baru2 ni ke? tak berani nak komen apa2... mintak dijauhkan je la...

Nurulhuda berkata...

mungkin Allah syg kan budak ppuan tu dari terlajak dan menjadikan situation tu berlaku.
we neverknow setiap kejadian berlaku di dunia ada sebabnya.

Yatie berkata...

semoga kita sentiasa beringat dan diingatkan .. amin.

kasutVincci berkata...

kak luna,
bahasa dialek ni susah jgk yer. Lg pulak bahasa kelantan, byk yg dianggap lucah dsb, padahal maksudnya jauh sekali. Hehe

sas,
mmg ada kluar paper, tp dlm paper takde lah cerita detail mcm tu sekali. Moga menjadi iktibar buat kita semua.

nurul,
mudah mudahan menjadi iktibar buat kita.;)

yatie,
ingat mengingati antara kita supaya tidak terpesong dr jalanNYA.