Ahad, 4 Mac 2012

KENA TEGUR

Malam tadi mistik misteri nusantara betul la.

Lps teman kan hubby dinner, kami sambung lepak tgk tv. Dina ekceli jam 8 dh tertido. Dia cakap pedih mata dan ngantuk sgt2. Mek saspek dia tak sedap badan kut. Macam nak demam.Tubuh dia pun suam2 masa mandi maghrib tu.

Baru jer duduk, mek tgk dia celik mata. Terus tegur suh dia sambung tido. Kebetulan abang nya pun dh ketidoran.

Tp dia gi bantai sengih2 kat kami (mek + abah nya). Dalam hati dah terdetik dah, apsal lak minah ni. Slalu nya, kalo terjaga mesti merengek power punya la. Nak2 kalo tertido awal. Kami pujuk2 suh dia tido, dia sambung gelak lg sampai mengekek. Aku dlm hati dh gabra. Tp pura2 strong.

Pastu nampak pelik dia gelak tu, cuit hubby. Hubby angguk paham. Terus kami baca ayat kursi.Hembus2 skt kt ubun2 dia. Pastu dia merengek cam slalu. Lega. Tp tak sampai seminit terus gelak mengekek lagi. Aduyaiiii, meremang bulu roma ai.

Cuba bangun kan dia. Banyak kali abah nya tepuk nak kasi sedar, tp dia bantai gelak jer. Macam lucu sgt. Aku ambik bawak ke riba. Abah dia tanya, mama mana? Sengih2 tunjuk ngan nada gatal ke arah aku. Tanya abah mana, sengih2 lg sambil gelak tunjuk kat abah dia. Tnya lagi, abang mana, dia gelak lagi kuat.

Mana tak berdiri bulu roma weiiii?

Hadoi, kami sambung baca ayat2 kursi. Pastu dia mcm tersedar, menguap dan dia ckp mengantuk. Aabah dia tnya mimpi apa. Dia geleng jer mcm tatau pape. Abah dia tnya lg dia gelakkan apa, dia geleng. Pastu sambung baring. Dan merengek. Masa tu kami tau yg dia dh normal.

Tp aku mmg panik giler ah. Jantung dup dap laju kencang giler. Pastu kami masuk tido awal. Tetap takleh tido, asal nak lelap jer dia mengigau, meracau. Selalu nya ada lah dia mengigau. Tp aku rilex jer, biasa ah bebudak kan. Tp kali ni siap gelak2, haru biru aku jadik nya. Tp lega st sbb takde dh gelak2. Cuma merengek dan membebel tah pape.

Last2 aku suapkan ubat demam demam sbb badan dia makin panas. Lama gak nak setel masalah ngigau ni. Akhirnya kami dpt tido ngan aman. Alhamdulillah

Bangun pagi ni, tanya dia mimpi apa. Dia cakap tatau. Tp badan dia still suam2. Suapkan ubat dan bawak bekal ubat gi skul. Dia mmg obses ngn skolah. Demam skt2 pun tetap nk g skul.

Ekceli ptg semalam kami menziarah 2 org jiran yg sakit. Orang2 yg sakit tu mmg rapat ngan Dina. Sorang dh 2 minggu takleh tido. Sorang lg kena strok. Agak nya tubuh dia dh lemah (sbb nak demam kan) tu yg senang 'kena tegur' org tua cakap.

Fuhh...mmg menakutkan lah bagi aku pengalaman mcm tu. Walopun org lain kena teruk lg. Tp tak sanggup ah.

5 ulasan:

alia berkata...

semoga cepat sembuh Dina...

takut kan if kena x files ne..

alia berkata...

semoga cepat sembuh Dina...

takut kan if kena x files ne..

atty's berkata...

alhamdulillah takde apa yg tak elok jadik kat dina.syukur

Wanpetunjuk berkata...

Alhamdulillah Kak takde pape kat Dina.....

Mummy Rizq berkata...

aku tak pernah plak alami benda camtu.. and harap2 tak akan alaminya. aku nu lagi lah penakut. hehehe...