Isnin, 9 Januari 2012

RUMUSAN SEMINGGU DI KINDY

Oke, catatan utk hari tua yuhols. Dah nganguk besok boleh baca lg. Mana aku nak ingat semua ttg tumbesaran anak2 aku kan. Baik tulis kat blog katanyer.

Seminggu berskolah, ok lah bagi Dina yg tak pernah pegi skolah. Duduk rumah pengasuh yg dua tiga langkah jer dari rumah sendiri. Pastu ujung2 dah takmo langsung pegi rumah Ibu. Main2 kat rumah sendiri jer. Mmg mengundang bahaya.

So, bila dia ok gi skolah aku syukur sgt2. Ni rumusan seminggu ok. Lps ni kalo timbul masalah lain, kita citer lain lak. Hak hak

Pagi2 kena kejut 4-5 kali. Org dah biasa bangun tido pkl 11. Nak bangun jam 6.30? Mmg kem salam lah. Dari 6.30 duk kejut sampai lah pkl 7 baru nk bangun. Kdg2 terbabas 4-5 minit. Buleh lah di maafkan walopun aku dh bertukar jadi mak lampir. Owh masa ni mmg nak kena psikologi abih abisan lah. Tak nak bagi mood merudum katanya. Mandi pun air panas. Tp cocer mmg sejuk gilak now kan. Pakai baju pakai bedak pakai tudung. Setel. Dah perasan lawa.

Masuk bab sarapan plk. Now tgh kemaruk roti bakar. Sama ngan abang danish. Danish ok tkde masalah. Lagi pun mamat tu dah std 3. Besar panjang dh. Tp Dina ni kena main angin skt. Milo suam kena mug upin ipin. Pastu roti bakar tu filling majerin ngan gula. Kdg2 kena topap sekaya. Pastu tak puas hati kaya banyak, atau gula skt, atau majerin skt. Adeiiii...hangen aku pepagi. Tapi sabarrrrrr.

Ok setel belah pagi. Drop abang kat skolah, pastu drop dia plk. Cikgu sambut kat main gate. Kdg2 kalo ramai sgt aku masuk hantar sendiri. Kesian gak kt cikgu kelam kabut kan.

Ok, bab ambik balik skolah plk.
Ekceli my bff pun hantar anak satu skul ngan anak aku. Tp dia lewat 3 hari sbb dia hantar kindy lain dulu. Pastu tetiba tukar sbb anak dia tak suka kindy asal. Masa bbf aku pi regis anak dia, sempat dia ushar cikgu pasal anak aku lak.

Cikgu pun terus report cakap Dina duk kelas kat level 1. Tu kiranya grup takde masalah dan aktif. Pastu kalo cikgu tnya pape, konfiden jer jawab. Terus my bff bagitau cikgu yg dia kenal aku. Kahhhhh

Akan tetapi, ptg tu bila abah nya gi ambik, dia tengah nangis. Takde maknanya hero kt skolah kalo cembeng. haha. Dia tak puas hati sbb dia ckp lambat gi ambik. Kindy dia ada 3 syift. Jam 12, jam 2 dan jam 5. So dia stress tgk kawan2 dia balik awal. Pastu ptg dia tido. Bila bangun tu suasana dia tak biasa kan, terus lah cembeng. Hahaha. Hari lps tu pun sama. Dia cakap sakit perut plk. Banyak auta sungguh la. Hari khamis tu ok sbb kami balik awal kan.

So minggu ni kami cuba awal skt dr selalu. Dah pesan beratus pesanan jgn nangis kalo mama lewat. Semalam ambik dia tgh tido. Bangun mamai2 mcm nk menangis tp kembali ok lps tunjuk sepit rambut baru. Hmm....kemain ko nak!

Tu jer lah masaalah dia. Tp dia suka gi skul. Boleh wat mcm2 xtvt. Pastu rajin wat latih tubi sendiri. Pastu suka kat teacher2 yg baik hati. Dia marah aku panggil cikgu, suh panggil teacher. Amboii.

Pastu dia boleh komplen kat cikgu yg kuetiau goreng tak sedap. Dia tak suka. Adoi, jujur2 pun tgk keadaan lah anak wei. Letih aku gelak dlm perut. Taleh tunjuk gelak depan dia, nanti dia moncong. kah kah kah

Balik skolah terus kemas balik baju yg nak bawak besok hari. Pilih sendiri baju mana nak pakai. Awal2 aritu siap nak bawak mekap bagai. Kemain tau. (owh semalam dia komplen ada kawan dia pakai syampoo dan bedak dia. Ambik byk lak tu. Terus dia tak puas hati. So pujuk dia ckp mebi kawan dia takde duit nk beli bedak n syampoo. Kongsi2 lah) Pastu semalam mintak bawak telekung sbb cikgu dh ajar solat.

Walopun dlm hati kecik aku masih takut dan risau, tp aku lega lah kalo nak banding ngan ada anak kawan2 aku yg langsung takmo pi skolah. Menangis meraung tunjuk perasaan. Tu lg masalah besar.

Kira dh syukur sgt2 lah walopun kena beli jiwa dan rasuah mcm2. Hmmm

5 ulasan:

Biarlah rahsia berkata...

hakhakhak...kelakar cite si dina masuk sekolah...senyum sorg2 k.bi...

Mcm2 cite psl ank2 1st time ke sek. ni...tp muju dina senang ke sek...ada yg susah, nangis2, merajuk bagai..kesian mak bapak diorg.

KV berkata...

kak bie,
tu lah, syukur sgt2 dah. Kawan2 kv tak abih2 prob anak menangis takmo g skul.

cik kiah from SaujanaUtama with love berkata...

askum

salam perkenalan.

sayanye experience ngan 1st child ... nak bangun amek 20min... nak mandi menjerit2.... nak breakfast bersantai2... conclusionnya... tak boleh la naik van... takut tak sempat siap... 2nd child sgt senang .. bangun tidur, mandi, pakai baju siap gurau2 lagi... breakfast kat school sbb dah tak sabar nak gi....
itulah... lain anak lain cabarannya kan?!!

bat berkata...

Alhamdulillah...

bab pujuk2 tu biasalah kan.. meks ne ha sampai la setiap pagi pujuk bagai lagih.. hiks..

KV berkata...

cik kiah,
setiap anak cabaran nya berlainan kan. Hehe

bats,
letih beli jiwa okeh.;P