Isnin, 29 Ogos 2011

ALL ABOUT RAYA

Fuhhh...semangat nak beraya sudah lama meresap ke dalam jiwa. Hik hik

Selamat hari raya uols. Maaf kan mek andai kata terkasar bahasa atau tersilap bicara. Jemput datang beraya ke rumah mek uols.

Semalam adalah ramadhan yg paling hepi. Balik kampung berbuka dengan adik beradik dan anak2 buah. Penuh hall dan gegak gempita. Ada snap gambar tp malas nk aplod. Dan bila reramai cenggitu menu nya mmg best gilak. Kecoh samapi nak pecah rumah. Lps solat maghrib terus berdentam dentum main mercun dan bunga api. Pastu sambung makan jeruk buah rotan. Korang pernah makan tak? Sedap tau. Dan susah nak dpat sekarang. Sayang kakak much2.

Oke checklist raya.
Baju raya _ Semua dah setel. Yg sopan yg kasual yg klasik. Dah siap jahit manik, tempek batu dan iron. 3 jam ambik masa sudahkan iron. Rasa nak mereng. Huhu. Tudung raya dah beli. Tapi ada satu kaler takde dlm stok. Frust gilak.

Kasut raya - dah siap beli dah semua. Mek sorang jer takdak kasut baru. Redho jer lah. Tak sanggup mengharungi jem kota bharu.

Biskut raya - mek buat cornflakes madu jer. Ingat nak try buat benda2 lain tp tak cukup masa dan malas. Hat lain2 beli jer semua. Dah siap masuk balang dah pun.

Langsir raya - Ari tu dah tempah kat nagoya kan. Malam td dah setel gantung semua. Hari ni nak kena basuh langsir2 lama.

Laman rumah - hubby dah setelkan weekend lepas. Dah mesin rumput dah trim bunga dah macam2.

Lampu lip lap _ dah siap pasang dh. Ingat kan yg lama dh rosak. Rupa2 nya wayar kt rumah tu putus. So, dah byk la skt lampu lip lap. Siap buleh pasang kt garaj kete lagi. Hehe

Pelita - Dah 5 hari kut hubby pacak. Lps hembus mmg kena tutup ngan plasti. Petang2 dan malam hujan kan uols.

Duit raya - dah siap tukar dan setel dah masuk dlm sampul. Buat keje ni nga dina dan danish bikin rumah kecoh

Makanan pagi raya - ingat nak buat sate ayam dan roti jala. Bahan perap sate dah ambik kat rumah kakak mlm tadi. Petang ni balik pau kuah sate lak. Haha. Roti jala tu sekali ingat malas buat, sekali ingat nak buat. Tengok kerajinan petang nanti lah. Tapai MIL dah setelkan semalam. Ketupat palas mebi pagi ni kut MIL buat. Tp kesian lak dia demam. Mek mmg tak pandai buat ketupat uols.

Apa lagi eh? Itu jer lah kut yg teringat nak taip.

Dan jemputan kenduri mmg byk musim raya ni. Hari khamis tu bertindan tindan. Insyaallah kalo takdak aral akan dipenuhi. Moga2 tidak la hazab sgt mengharungi jem nanti.

Selamat bercuti uols. Hati2 di jalan raya dan di mana saja anda beraya.

1 ulasan:

Bapak berkata...

selamat hari raya KV sekeluarga!