Selasa, 11 Januari 2011

MESIN BASUH BARU

Lupa nak masukkan mesin basuh dalam angan2 2011 punya wishlist. Huhu.


Sabtu lepas, bergegas anak beranak pi kedai letrik sbb nak beli mesin basuh. Sebabnya dah 2 hari kain duk berkubang dlm mesin basuh lama, tapi mesin tu non hado nak hidup. Siap kena karan lagi ada lah. Nasib baik tak kejung aku kena renjatan letrik. Dah lama mesin basuh tu uzur. Computer board semua dah hancur, tinggal boleh tekan button start jer. Tu pun tunjal ngan hanger. Memang bergadai nyawa sungguh la. Tapi selagi boleh pakai, selagi mesin tu boleh membasuh, lunyai jer hingga hancur kaedahnya. Hak hak

Tapi hari khamis tu dia dah buat onar, Try membasuh haru jumaat pun tak boleh. Tp mek sabar dulu sbb masa tu hujan menggila kan. Mesin basuh duk kat backyard belakang rumah. Hari sabtu tu bila try balik dah kluar karan2. Bahaya seh.

So nak tak nak mmg kena beli mesin basuh baru la. Masa duk survey peti ais tu (tak beli2 pun lagik) kami survey sekali mesin basuh. Tp pegi beli nya kat kedai lain. ari brand hitachi tp kedai peberet kami tu tak jual. Katanya tak laku sbb susah sparepart. Pung pang pung pang gi mari, kami pilih ini.


Tada!!! Panasonic uols.



Besar gilos. Mau patah pinggang menghangkut nyehh.


computer board dan menu nya.



Paling penting, hat ni ada water filter. Sungguh gumbira kepada pencipta. Rumah mek air kuning uols. Sekali tengok mmg tak nampak, tp lekat2 kat baju karat air. Kalo baju putih, mmg mintak ampun ler.


Dan suka jugak sbb bila siap basuh, kain tidak terpulas pulas sesama dia. Kurang lah sikit kedutannya tu. hehe


Mek beli 13kg. Kalo basuh comforter pun boleh. Dan stand by powe adalah zero. Kalo lupa tutup siuz, tak 'makan' letrik yer. Hehe


Boleh pilih sendiri kuantiti basuhan. tak perlu tunggu kain banyak penuh dram.



Pastu kalo basuh tangan, boleh keringkan pakai mesin ni. Pilih berapa minit korang mau.



lagi satu boleh cuci dram pakai klorok. Mana ntah butang nya. Lupa nak snap gambar. Dan byk lg menu lain yg tak study. Hehe



Woot woot...sangat suka teknologi canggih. Sebab memudahkan keje ku yg takdak maid ni. Hehe

3 ulasan:

Madam Sooyaree berkata...

Lepas ni boleh amik tender basuh comforter la KV. Satu comforter RM 12 tau... darah 10.. darab 100... makcik kayo!

KV berkata...

ahahaha...tudiah. Mokcik kayoooo

mamaDhea berkata...

besaq tue loading 13kg.. :D