Rabu, 22 Disember 2010

BERTOLAK

Oke, awal2 lagi nak warning. Entry pasal langkawi akan berjujut jujut tau. Kalo boring, tak yah baca. Hehe.

Mek akan sort by xtvt. Senang nak handle gambar sbb gambar banyak giler.

Perjanjian pertama, kut2 mana pun wajib bertolak jam 9.00 (paling lewat) sbb kami book tiket feri jam 7.00 pagi. Perjalanan biasa makan masa 5 jam. Tp bila konvoi reramai dan ada kekanak dan baby mungkin akan jadi lambat dan byk berhenti. Untuk menyenangkan keadaan, urusetia menyiadakan perkhidmatan walkie talkie. Dalam bukit mana pun boleh berhubung. Bayangkan lah nak lalu lebuhraya (jalanraya ekceli) timur barat tu.



Urusetia memberi taklimat ttg penggunaan walkie talkie dan tempat persinggahan. Nak mengelakkan lambat dan semua org wajib tau agenda perjalanan.

Kami konvoi 9 buah kereta.
Avanza, kelisa, exora, livina, vios, pajero, caldina, myvi dan innova.


Tapi pada permulaannya myvi dan innova tak join dulu. Dorangg lewat ad problem apa ntah. 7 buah kete heading to grik dulu la.


Singgah minum kat simpang empat grik. Kedai mamak 24 jam. Salim kari kepala ikan.


Danish ngan kak na nya (sepupu) makan nasik.


Ni team vios. Meja sebelah kami.


Nampak tak wajah danish yg mengantuk tu.


Lps makan2 teruskan perjalanan. Kemuadian dua buah kete tadi dah join kami sbb dorang langsung tak berenti.

Pastu singgah kat rnr apantah. Ingat nak mandi manda siap2 kat situ. Tp masih awal sgt. So teruskan perjalanan ke jeti kuala perlis. Punggah barang, park kete, mandi dan solat subuh. Sedang elok makan2 skt lebih kurang saki baki bekal dlm kete sementara tunggu feri pukul 7.

Tiada ulasan: