Isnin, 27 Disember 2010

BERJAYA MEMBOSANKAN DIRI

Hehe..nak cerita pasal cuti 3 hari lepas. Krismas kan jatuh hari sabtu, ahad tu cuti ganti ler. Dapat la cuti stret 3 ari. Hmm..bila cuti dan duduk rumah wajib la bosan.

Nak pi jenjalan pun tatau nk pegi mana. Lagi pun penat balik langkawi blom habis. Sakan.

Tapi kat rumah tatau nak buat apa. Asyik duk tgk citer xmas jer kat tivi. Pastu tido dengan jaya nya. Letih uols. Tatau la apsal, tp mlm2 susah nya nak lena. Jam 2-3 pagi baru lena. Pastu blom subuh perut dah sakit. Masuk angin. Dan bahana nya, letih satu hari.

Kalo dah weekend tu paham2 jer lah kan, lunch mesti masak2 punyer. Ada nak kena kutuk ngan mertua kalo nasik beli nanti. Haha.

Ingatkan jumaat tu nk gi pasar. Tapi tak jadi. Awal2 hubby kluar beli sarapan tu dia dh beli perut lembu. So pagi2 la bersilat kat dapur. Dah tgh hari sikit, kluar curi2 pi temankan hubby cari siput baruh. Giler geli kaki mek trun dlm selut lembik. AKu siap menangis nangis lg, phobia takut kena gigit lintah. Padahal non ado lintah pun. Huhu.

Lesai kutip siput, hubby turun dlm terusan lak. Nak ambik pokok teratai benarnya, tp sempat carik kupang. Dpt lah 10 bijik. Besar2. Balik tu terus rebus bwg putih. Lemak dan manis isi nya. Sedappp!!

Petang tak gi memana. Bosan. Main badminton. Kluarkan sikit peluh sesambil anak2 main basikal.

Hari sabtu lak, pelan nak gi pasar terpaksa kensel. Sbb nak siang siput. Banyak nak titik satu2 sampai naik cramp kaki mek. Huhu. Hubby suh stop, dia nak buat sorang. Tapi tak sampai hati lah pulak. Pastu agenda masak2 la.

Petang, pi ziarah baby anak sepupu hubby. Comel jer baby. Tapi mcm tak sanggup dah aku nak beranak lg. Pantang tak sanggup beb! Haha.

Lps kat rumah dorang tu, pi teman kan hubby tengok tukir belut dia. Eh ada snap n aplod gambar dlm fb. Petang tu dpt 2 ekor. Besar2 lak tu. Habis cerita hari sabtu.

Hari ahad lak, baru jadi pi pasar. Beli ikan sikit, sayur sikit, tempe. Balik tu masak mcm2. Nanti mek tempek gambar. Gigih snap gambar kan, wajib buat entry khas. Haha

Petang, hubby kluar jumpa kawan dia. Mek tercongok kat rumah layan tv. Bosan betul. Huhu. Rasa mcm tak berkembang hidup aku. Macam tak tengok dunia luar. Tp bila ingat2 balik, byk jugak xtvt yg aku buat cuti 3 hari neh. Poyo betul!

Tiada ulasan: