Ahad, 17 Oktober 2010

HASIL SUNGAI

Bila air dlm tali air disurutkan (mmg bukan surut semulajadi tau), makanya suami ku menggeletis nak tahan pukat. Nak menjala tak pandai. Hak hak.

Petang rabu tu dia dah start tahan. Letak dlm 10 minit kut, dapat lbh kurang 10 ekor ikan putih (campur2. lampan. tenggalang dll). Makanya malam tu makan nasik herba ponni regu ngan ikan sungai goreng garing. Wallah!

Besoknya..hambek nkau. 2 bidang pukat tu penuh ngan ikan. Nak nanges rasanya tolong suami asingkan ikan2 dari pukat. Huhu. Tu blom siang ikan lagik. Kami bagi2kan pada jiran tetangga dan opismate. Selebihnya simpan dlm esbox nanti balik keje baru nak siang kan. Huhu


See? Penuh ikan ikan.




Satu besen besar uols.


Ni situasi hari rabu. Dina carah main ikan mcm haiwan peliharaan.



Ni situasi pagi khamis. bangun2 jer tido terus main ikan. Aduhai anak dara ku.



Tengok lah. Dengan bangga pulak tu.



Dan hari2 selepasnya mmg main ikan sungai lah kami anak beranak. Mcm2 aku buat. Goreng garing ikan putih dan baung. Ikan keli pun goreng gak. Ikan haruan dan jugak ikan baung gulai lemak. Ikan putih jugak dibuat pekasam. Ikan selat aka ikan belida kecik dan anak haruan di buat kering. Sampai mabuk dah ikan sungai. Haha.

Paling syok adalah ikan turbo (aku tatau nama saintifik, tapi hubby ckp nama dia ikan turbo. Haha) sbb perut nya penuh ngan telor. Asal dapat jer terus siang taruk garam kunyit dan goreng. Ratah macam tu je.

Syukur dengan rezeki Allah. Alhamdulillah.

9 ulasan:

marinahunny berkata...

sedapnya ikan sungai..tu ikan lampam kan? mesti bnyk tulang tp sedap goreng garing kan kv?

Zareda Norman berkata...

buat gulai masam tu.. perghhh sedapnya

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

makan dgn nasi panas2..sedappp

Tie HT berkata...

kat mane ni..banyak nye ikan :)

Madam Sooyaree berkata...

waa.. banyaknye ikan dia!

Unknown berkata...

Banyaknyaaaaaaa...

KV berkata...

marina,
badan dia kena kelar rapat2 pastu goreng garing.

kak zar,
cemana ek gulai masam tu? MIL slalu masak asam pedas jek.

joy,
sedap. Makan bertambah tambah. Tapi kena tahan nafsu lah. Haha

tihara,
kat kampung mek ler. Ada terusan besar sepanjang panjang kampung. Hehe

sooyaree
alhamdulillah rezeki

mush,
buntang bijik mata kami tau. Haha

Mag berkata...

beh nye kv. goreng rangup-rangup makan ngan nasi panas2. behhhh

KV berkata...

mrs spicy,
mmg beh ah! Hehe