Selasa, 10 Ogos 2010

TAK JADI PI LANGKAWI

Ok, aku start ngan citer aku tk jadi pi langkawi hujung bulan lps.

Mmg ada kepala otak ni nakkkk sgt pi langkawi. Dah siap bayar dah pun. Tp bila hubby duk sakit2 kaki tu kan, rasa was2 jugak la, dapat pegi ke tidak. Last2 hubby suh aku pi sorang. Tp dia mcm berat hati jer.. Mulut izinkan, tp hati tidak.

Tapi kerana keterujaan aku nak pegi ngan geng ofis, aku abaikan perasaan was2 tu. Patut nya naik bas from ofis jam 10 mlm. Aku tumpang opismate pi ofis. Tapi blom pun sampai ofis hubby dah sms ckp kaki dia sakit semula. Perasaan aku hanya tuhan yg tahu.

Naik jer bas hubby sms bertalu talu. Semua org hepi gumbira tapi aku gundah. Nak semyum pun tak boleh. Last2 aku decided, kalo aku pegi pun aku tak hepi. So, aku korbankan perasaan aku dr nak pegi berjimba jimba (aku nak shopping pinggan sebenarnya...huhu) demi utk suami tersayang.

Aku turun bas, semua org terkejut. Tp nak wat cemana kan, suami lbh penting.

Besoknya aku cuti.
Danish pulang dr skolah bgtau dia kena injek bahu kiri dan kanan. Duk merungut sakit sampai demam2. Dah bagi ubat demam dia ok. Tp bangun pagi jumaat tu dia demam teruk. Pastu sambung cirit birit. Makin tgh hari campur ngan vomit plak. makin teruk.

Nak cri klinik yg bukak petang jumaat adalah hazab. Dah la hubby masih blom boleh drive. Ke sana ke mari aku 3 beranak cari klinik. Jumpa la satu klinik 24 jam kat lun.dang. Masa tu daftar tu ada sorang kat dlm bilik doc. Tp lama giler menunggu. Rupa2nya ada patient tgh jahit tgn dia kena parang. Ngeri.

Pung pang pung pang ngan doktor, balik. Tp danish still berak n muntah. Tanpa henti. So kami ingat nak tunggu besok pagi nak pi klinik yg kami biasa. Tp danish makin teruk. Langsung tak boleh tido asyik nak muntah. Last2 jam 2.30 pg hubby ajak pi emergency husm.


So, doc ambik darah dan masukkan drip. Kena masuk wad pemulihan emergency. Doc nak tgk perkembangan dia. Kalo muntah2 lg kena warded.




Alhamdulillah jam 9.30 pagi sabtu tu dah boleh balik. Lega rasanya. Danish pun dah tak muntah2 dah, cuma berak jer.

Ok, habis citer danish. Pasni sambung crite dina lak.

2 ulasan:

marinahunny berkata...

betullah kv, x smpai hati nak tinggal aklu suami atau anak2 sakit..kita plak nk g jln2..kluarga lebih utama kan..

FAM berkata...

a mother's hunch is so big.