Khamis, 26 Ogos 2010

PEDIATRIK SURGERI

Semalam aku bawak danish gi unit pediatrik surgeri husm.

Memang sejak dari lahir kami tahu dia problem angin pasang. Kebanyakan baby pra matang byk kena kes lagu ni. Masa dedulu paed ckp, tunggu dia besar dulu baru fikirkan nak buat apa.

Masa tu cakap la kat mana nak berubat tradisional, semua kami bawak pegi. Tapi nan ado nak baik nya.Last2 semua orang fed up. Tunggu dia besar lah bawak pi hospital kasi operate.

Ari tu masa kat skolah, MO perasan pasal masalah angin pasang dia. So MO buat reference letter suh bawak pi klinik kesihatan. Kami ingat nak tunggu dia besar skt lagi, nak buat sekali ngan jawi. Tpi dah MO suh bawak pegi, layan jer lah.

From KK, doc bagi lak reference letter ke husm sbb rekod dia masa lahir dulu ada kat sinun. Senang cerita fail history dia dah tebal pun kat situ.

Macam biasa lah, menunggu adalah perkara biasa. Dia dah bosan giler2. Nasib baik tak bawak adik sekali. Kalo bawak dina ada aku bertukar jadik hulk hogan jer nanti.

Bila jumpa paed, dia perasan testis sebelah kiri pun problem jugak. Yg sebelah kanan mmg problem angin pasang. Yang sebelah kiri testis tak duduk dalam karung. So, paed rujuk pakar sorang lg. Dr yusuf, nigerian kut. Mcm2 dr yusuf suruh buat. Telentang, berdiri, mencangkung, batuk. Muka danish dah cuak giler. Tunggu nak nangis jer. Haha. Seb baik tak sempat.

So, paed criter, apa2 hal mmg kena operate. Kalo kami setuju dia nak book tarikh. So, setuju jer lah. Nak tunggu sampai bila lagi kan?

Paed cerita prosedur yg dia akan buat nanti. Belah kanan tu macam ada lorong dar perut ke testis. Sbb tu angin naik turun. Dorang akan tebuk dlm 2cm kat ari2 belah kanan untuk tutup lorong tu, tak kasi angin turun naik dah. Bimbang usus pulak turun duk dalam karung testis nanti.

Belah kiri pulak, doc akan tebuk jgk (prosedur sama) bawak turun testis dia ke bawah kasi masuk karung dan akan ikat dgn otot2 kat situ lah. Tak kasi naik lgi dah. Nak bagi dia kekal duk dalam karung. Cuma yg ni doc tak jamin berjaya atau tak, tp dorang akan cuba. Insyaallah boleh. Kalo tak buat takut nanti testis tak berfungsi. Sbb doc ckp bila benda tu tak duk dlm karung, besok2 takkan mengeluarkan sperma. (Maaf, bukan cerita lucah yer, sbg info dan jugak untuk pengetahuan aku jugak) walopun sebelah dah cukup tp lebih elok kalo dedua berfungsi. Kan?

Paed tanya lagi sama ada nak terus sunat atau tidak. Apa pendapat korang eh? Paed suh kami pikir dulu. Hari nak operate besok dia tanya sekali lag.

So, tarikh yg di janjikan (insyaallah kalo takde apa2 perubahan) pada 10 oktober 2010. Makanya 9 okt tu (ari sabtu) akan masuk wad, ahad buat, mebi isnin atau selasa dan boleh discaj.


Ni jer gambar danish ngan aku. Gambar lama, tempek jer la wat hiasan. Hehe.;P


Harap2nya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Korang doa2kan jugak yer.

8 ulasan:

oren berkata...

owwhh..semoga surgeri tu berjaya..

sunat terus la, buat sekali harung..takdelah nak sakit smpai 2x..

fabulous.farah berkata...

hurm..sian nye..sunat je lah terus..alamg-alang kan..take care~

rina berkata...

yup better terus sunat terus... danish pn umur 7thn doh. ok doh tu. nati sakit pn skali jah.

Angah berkata...

semoga surgeri sukses ya. Arief plak masa kecik ada masalah gastrophagal reflux. ni baru nampak ok.

sunat sekali la KV sekali harung senang.

Bapak berkata...

semoga semuanya selamat...sunat sekali harung pun ok gak.

edyan7 berkata...

baru aku paham pasal angin pasang ni.. leh ada kemungkinan laluan angin dari perut ye.. hmmm

serius ni... semoga segalanya berjalan lancar ye KV...

Anna berkata...

kv sunatkan terus saja.dr pakar laki buat. dah tu sekali gus senang nak jaga diapun baru lepas operation jadi kalau sunat ok lah dua sebab dia kena cuti dan tak boleh lasak seminggu dua. buat kenduri sehari sebelum bersunat. kalau hospital lagi cepat dan senang pun nak jaga kalau first 3,4 hari dia duduk kat wad. lagi afdal

KV berkata...

geng,
trimas atas pendapat. Kv pun dah bincang ngan hubby. Danish [un setuju nak sunat terus. Tengok keadaan masa nak surgeri nanti la. Terima kasih jgk atas doa kalian. Semoga Allah membalasnya. Insyaallah.