Weekend aku kali ni mmg letih dari kebiasaan.
Biasanya letih jugak.
Tapi kali ni laaagi letih.
Day 1 (jumaat)
Pagi2 bangun subuh pastu kena paksa ngan hubby pi jogging.
Takde maknanya aku nak jogging. Semput okeh.
So, mek jog lite2 sambil mata terpejam. Kalo bukak mata konfem aku rasa tak cukup napas.
Pelik oh. So, banyak briskwalk jer lah.
Danish tak ikut, maen beskal kat laman.
Bawak dina carah jer, tapi dgn janji nak tangkap belalang supaya dia behave dlm stroller.
Lepas tu sarap.
Lepas tu sapu satu rumah.
Giler berdebu mozek rumah, tapi tak dan nak mop. Tunggu raya lah. Hihi
Pastu masuk dapur jap tengok lauk apa yg ado.
Tapi non ado.
Suh hubby beli lauk.
Pastu mendobi. Jemur kain.
Pastu start keje buruh kasar.
Punggah bata, cat kedai, tanam rumput karpet.
Hubby balik, terus masak2.
Menu air asam perut, daging bakar, ikan duri goreng dan petai cicah budu.
Makan tengahari dan solat zuhur.
Lps jumaat, tukang sambung keje.
Nak tido kan dina tapi tak berjaya.
So, sambung keje buruh kasar.
Cat rumah, tanam pokok, punggah tanah.
Dina pi tido rumah ibu dia. Selamat aku.
Jam 6, dina balik, terus abahnya ajak pi pesta wau antarabangsa.
Layan.
Jam 8.15 baru sampai rumah.
Flat giler.
Day 2 (sabtu)
Kena paksa ngan hubby pi jogging. Layan.
Balik sarap.
Cam biasa kemas rumah dan mendobi.
Defrost lauk senang nanti nak masak.
Iron baju skolah anak dan baju keje hubby stok seminggu.
Nak muntah aku rasa. Uwekkkk
Masuk dapur awal. Masak lebih kurang.
Daging goreng kunyit, ikan duri singgang dan telur dadar. Jugak ikan masin goreng. Sayur takdak. Petai cicah budu jer lah.
Pastu sambung keje2 buruh kasar lagik. Punggah bata, punggah tanah.
Tanam pokok bunga.
Pindah pasu2 bunga yg bagak giler. Nak patah pinggang mek okeh. Beratttt!!!
Trim bonsai, giler gatal menggelebek lengan aku! Huwaaaaa
Tido kan dina carah.
Lunch.
Pegi birthday bash anak menakan.
Balik sambung lagi keje buruh paksa.
Malam, lps maghrib pi tesco.
Dinner dan shopping. Tapi takde barang yg di aim kan.
Pegi kb mall.
Hujan lebat giler plus jem yg hazab.
Rupanya ada pc fair. patut pun.
Lesai membeli terus balik.
Bangun pagi ni pinggang rasa kebas dan betis rasa mcm nak cramp. Huwaaa.
Tapi masalahnya tak turun pun barang skilo. Nangesss!!
5 ulasan:
cuba ko timbang blk kak..
mungkin 1 gram turun ke...hahaha
kak..sedapnya lauk2 ko...jeles arh!
huhuhuhu
faryn,
akak phobia tengok penimbang dah. Benci!!!
huhuhu..dasyat nye aktiviti..memang penuh dan penat
farah,
dgn harapan terbakar byk kalori. Huhu
pack sokmo kalu weken.
pesta wau kat bachok hari tu best ko? Tak dan nok gi.
Catat Ulasan