Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT TINGGAL 2009, SELAMAT DATANG 2010

Hari ini, hari terakhir kita berada di tahun 2009.

Sekejap je tahun ke setahun.

Tapi bakpo aku rasa mcm muda lagi. Hahaha. Giler perasan.

Ye lah, walopun umur makin tua, tp fikiran duk lagu tu la.

Hmm...menyorot rentetan 2009, rasanya takde benda yg begitu meninggalkan kesan mendalam. Aku pun kdg2 tak ingat apa yg telah berlaku dlm hidup aku pada 2009. Kecuali tragedi sakit perut yang membuat kan aku down giler2.

Masa duk sakit tu mcm2 aku fikir. Terutama nya hal anak2. Kalo aku meninggal, apa lah nasib anak2 aku kan. Abahnya nak kawin lain lantak la sbb masa tu aku dah mati. Tapi anak2 aku ada kah terbela atau terabai. Sedih tau. Menangis aku kenang nasib anak aku.

Haha. Gila poyo. Padahal Allah uji sakit sikit je. Aku dah meroyan sakan. Ops, satu pesanan untuk hubby, kalo bini mu ini meninggal (kita taktau ajal maut kita bila) jaga lah anak2 sepenuh kasih sayang mu walau pun berjumpa jodoh lain. Kesian anak2. Uwaaaaaaaaaaaaaa

Oke, habih cerita tu. Masuk cerita lain. Hik hik

Alhamdulillah, takde apa yg menyedihkan rasanya. Biasa2 aje. Dari segi kerjaya plk, mek naik gaji sbb lulus periksa PTK. Walopun ciput, oke la dari takde langsung kan. Pastu biasa2 je lah.

Masuk cerita tahun 2010 lak. Mek takdak azam uols. Malas nak berazam. Tapi ada jugak perancangan. Ikut flow lah. Dan berusaha. Kalo berjaya alhamdulillah. Kalo gagal usaha lagi.

Perancangan nya harus lah melibatkan masa depan dan ekonomi keluarga. Hanya itu lh aim kami. Mesti org lain pun mcm tu jugak.

1. Beli kereta untuk family. Dah lama nak beli kereta asyik tertangguh je. Tunggu apa pun tatau. Haha. Insyaallah, awal 2010 ni kami beli lah kut.

2. Siap kan taman kecik. Rumah rasanya dah takde apa nak renovate, cuma tambah awning sikit. Asyik tangguh jer. Taman lak dah ada sikit2. Tengok lah kalo kewangan mengizinkan, mebi sap la kut abih tahun 2010. Target jangan tak target. Haha

3. Hantar danish tuisyen bahasa inggeris. Danish kan dh darjah 1 pd 2010 ni. Bahasa inggeris penting kan, Harapnya teacher belakang rumah kami tu sudi la mengajar budak2 kampung. Senang danish jalan kaki je pegi kelas. Insyaallah. Tp kalo teacher tak sudi, kena fikirkan altenatif lain la plk.

4. Tambah stok kedai. Alamdulillah kedai runcit hubby dah makin ok. Dulu nya mmg MIL punya. Pastu bila dh pindah rumah baru (dah pisah dr kedai), kedai pun ala2 suram sbb nenek pun sakit semua kan. Tapi hubby set up balik kedai, tambah stok, ubahsuai, MIL pun tolong jaga kedai. Dah ok semula. Insyaallah, kalo dapat cover installment kete pun dh ok rasa nya. Amin.

Itu je lah kut. Takde dah benda lain yg boleh aku fikir.

Bab diri sendiri pulak.

1. Tak habis2 ngan masalah gemuk. Huwaaaaa. BIla aku nak kurus ni. Petang2 kdg2 malam main badminton. Sit up bagai. Tapi tak kurus pun. Makan nasik beras herba poni. Kalo tak makan nasik makan mihun/mee/kue tiau. Kurangkan kuantiti. Mek takleh skip makan sbb gastrik teruk. Makin naik berat aku. Hmm...rasanya pil aku ambik ni membuatkan metabolisma hilang kut. Haha. Spekulasi sendiri. Now aku tukar diane 35. Tatau la. Tgh duk fikir IUD. Sapa2 tolong bagi sajesen.

2. Nak beli at least 1 beg idaman. Beg sampingan tak kira eh. Haha

Itu je lah.

Selamat tahun baru everyone!!! Moga 2010 memberi sinar yang cerah buat kita.

17 ulasan:

oren berkata...

owwhh..aku takde perancangan..hahaha..sgt teruk:P

aku doakan semua yg mu plan nih, berjaya..eh, aku nk pakai implanon..la nih tgh try injek dulu, kalo rasi, 2 bulan lagi tanam implanon..iud tu, seriau skit (bagi aku la..)

Zareda Norman berkata...

KV

syabas dah ada azam dan harapan 2010.. bagus bagus... semoga tercapai...

Nurhayati berkata...

masalah gemok kita sama.. huhu susah betul nak turun..

happy new year KV&co!!! ;)

KV berkata...

oren,
implanon aku seriau la. Mcm la iud aku tak seriau. Hua hua hua
Tenkiu atas doa mu.;)

kak zar,
ekceli bukan azam 2010, pernacangan dari masa ke semasa jer. Bias alh kv ni slalu angan2.

yati,
tp yati kecik comel jer. Akak ni dh jadik giant dah. Uwaaaa

zarin berkata...

selamat tahun baru...banyak perancangan tu...moga2 tercapai ye! cheers:)

eynda berkata...

Happy New Year ...moga impian 2010 tercapai :-)

KV berkata...

zarin,
haha...angan2 sajork

eynda,
tq.;P

CuTeMiUt78 berkata...

selamat menempuh thn baru.. emm harap2 segala perancangan tu menjadi kan KV..
ayat nak beli beg tu.. tak henggat punya.. ada gak tambahan beg sampingan..

Ain berkata...

kv, perlu ada angan2 kalau tak kita tak usaha kan...

moga sukses di tahun 2010 nanti...

*gorjesmum* berkata...

i doakan sume yang akak plan berjalan lancar..

hepi new year kak :)

KV berkata...

cute,
wajib ada hat sampingan. Wakaka

ain,
angan2 tak sudah beb. Hopefully, walopun tak semua, tercapai separuh pun ok lah kan.

gorjes,
tenkiuu dik!

Purpleheart berkata...

Amboi kv.. siap wasiat bagai..

semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan..

salam tahun baru..

sisdee berkata...

saya ingat saya sorg jek pkr psl anak2 klu dah tak de nnt heehhehehe...mudah2an Allah makbulkan doa kita ek...yg tbaik tuk anak2..

suka last wish..handbag ahahahahahah

hepi new year~~!!!

abrahyn berkata...

its ok la babe, janji sihat kan...selamat thn baru to u :)

its me berkata...

wah segala perancangan hah...bagus kak...ni da macam buku blogni da...hikhik...

kak eryn dtg nak wish selamat thn baru...doakana aku kekal bertudung kak thn depan...bukan ajer kat opis malah tempat lain gak..byk tul azam aku ekk...

De' Sal berkata...

Selamat tahun baru dari k sal sekeluarga,banyak sungguh azam kv tahun baru ni yea.

~Eila Nur Kaseh~ berkata...

sis,
sumer pompuan ade masalah yg sama..gemuk! hehe..eila dr dulu lagi nak kurus2 tp makan pun tak control..camno tuh? kekekke...