Sabtu, 7 November 2009

GOMO KELATE GOMO

Aku org kelate. Dah tentu2 nya aku fanatik the red warriors. Hiks.

Dedulu zaman remaja mmg aku suka tercongok depan tv tgk bola. La ni taim umur dh dekat senja takde ah tercongok lg. Byk benda nak kena buat kan. Lagi pun hubby bukan kaki bola. So, dengan aku2 sekali dah kureng. Haha. Apatah lagi nak ajak dia pi stadium. Tambah2 ada askar 2 org tu kan. Mimpi di siang hari je lah. Tambah lagi pasukan kelate mmg merudum prestasi dorang. Masalah gaji, masalah rasuah an mcm2 masalah. Cerita lama.

Tapi taim lalu tepi stadium, bila nyala jer spotlight terus aku cakap ngan hubby "bila la kita nak ada peluang tgk bola dlm stadium?". Hubby lak jawab "tunggu anak besar lah!" Makna nya lambat lagi tu. Hik hik

Tp sejak team red warrior di bawah pengurusan baru (dan tentu gaji dh ok dan lumayan) makin meningkat lak dorang. Penyokong lak harus lah naik semangat. Aku pun tumpang sama. Hak hak hak.

Ingat lagi, jumpa dorang kt hotel KL International. Punya aku kagum tgk Indra. Pernah gak jmpa dia kt PARAM stadium. Khalid Jamlus tgk dlm tv bukan main tembam. Farhan pun. Tp bila tgk sendiri, alahai..kurus jek dorang ni. Yang plg aku minat Piya (dulu kapten). Tp piya dah tak boleh beraksi (mebi 2 thn kut..lupa) sbb kecederaan. Sayang sungguh! Teringat rambut otromen piya. Hiks

Dan malam ni, the red warriors bakal berdepan dgn negeri sembilan yg terkenal jugak hebatnya. Tak kisah lah sapa menang, janji main bersih serta bersemangat dan penyokong jugak takde yang masuk hantu. Kut2 terlebih semangat karang terseru lak semangat lain. Ngee

Dari semalam lg, penyokong kelantan dah bertolak ke Bukit Jalil. Agaknya dh sampai pun dorang. Dgn bas, dgn kete api (semua sewa khas) dgn konvoi kete moto mcm2 kenderaan lagik la.

Semalam pun (walopun hujan siap banjir bagai) ada mcm2 konvoi berarak bendera kelantan dan the red warriors. Sakan. Aku tgk pun naik semangat ke main. Ingat nak beli kan danish dan dina jersi merah kijang tapi blom jumpa saiz la pulak.

Dan, kerajaan negeri pun dah janji mcm2 (selain KAFA) kalo menang. Contohnya tajaan umrah buat pemain dan team, cuti untuk rakyat dan mcm2 la. Aku pun lupa. Akan tetapi, para penyokong yang bersemangat pun dpt cuti khas dr MB kelantan. HAri Ahad adalah cuti bagi negeri kelantan. Khas untuk penyokong. Sbb aku pun penyokong, makanya besok aku pun bercuti jugak lah. Syok. Hehe Kiranya, menang ke kalah ke, hari ahad tu mmg cuti. Dan aku rasa, kalo menang, mebi cuti lagi hari isnin atau selasa. Sakan.

Wahai rakyat kelantan (yang membaca blog ku yg tak semenggah ini ler) mari lah kita sama2 berdoa moga The red warriors beroleh kemenangan malam ini. Dan jugak penyokong kelantan menjaga maruah negeri. Amin ya rabbal al amin.

Sekian.



Salam sumbangsih
KV & Co

8 ulasan:

zura berkata...

gomo kelate gomo!
moga2 pakat gomolah belako
w/pun tak pegi tapi pastikan kito gomo dale tv mlm ni deh.tgk tv sore la, sbb suami pun pg tgk bkt jalil dah

Tanpa Nama berkata...

salam. iye nmpknye ramai penyokong red warrior turun mlm nih. x minat bola. just support mr.hb ;)

Mag berkata...

yesh..gomo kelate gomo. frust sangat xleh g tengok tiket abih!

Tanpa Nama berkata...

jage runtuh stadium tu dah le....

adanz berkata...

menyampah dengar iklan di ERA, 'kelate gomo kelate1!' adakah kesalahan ini disengajakan atau sebaliknya... terfikir betapa ceteknya ilmu juruhebah ni.

Zaila Mohamad berkata...

Go more Klate go more!!! Zaila pon rase macam nak nanges je bila tadi balik dr kenduri kawin lalu tepi stadium national bukit jalil, masya Allah..ramainya red warriors, naik keta, bas, van..semua dok pakat kibar bendera kelate..semangat sungguh!!! harap2 Klate menang coz walaupon Zaila xpandai sepak bola tp tetap semangat kenegerian kuat tuuuu

rina berkata...

red warrior dh kalah. huhuhu

KV berkata...

adoi la..sedih red warriors kalah. Semut merah merusuh tak semalam?