Isnin, 30 November 2009

AIDILADHA - PART 1

Cuti raya haji kan 3 hari, makanya entry raya haji aku akan wat 3 part. Haha. Layan jek la.


Pagi sebelum gi tempat korban. Harus bergambar dulu.








Dina terketar ketar sampai menyorok dalam tudung aku. Takut tgk orag rebah kan lembu. Tapi tetap takmo berganjak. Keras jugak semangat dia. Hihi



Hubby jugak yg lari menyorok. Gerun nak tgk. Abih tu cemana nak tolong rebahkan lembu?
Gambar2 ni sekitar pagi raya aidiladha tahun ni. Lps jek org sembelih, kami balik rumah. Atuk ngan MIL ganti tempat. Haha..ambik kesempatan betul. Dalam jam 12, MIL call suh hubby gi ambik daging.

Sempat goreng daging campur2 untuk makan tgh hari.

Lepas solat jumaat, apa lagi tunggu. Balik kampung la.

Sampai rumah akak, dorang baru dok tgh masak. Lweat sikit siap kata dorang. Tgh baru dok hidang nasik, anak2 buah kecoh lembu terlepas. Lembu tu untuk dikorban kan pada besok nya (raya kedua). Habis satu rumah mengejar lembu. Kecoh gamat sungguh.

Dalam 30 minit kut dorang balik tercungap cungap. Tak sangka sampai ke hujung kampung sebelah lembu tu pergi. Bayang kan bagaimana penat nya dorang mengejar lembu dan mengheret lembu tu balik.

Sampai kat laman rumah, tetiba lalu jet pejuang sukoi lak. Dan2 tu lembu terkejut terlompat lompat hampir menyodok anak buah. Kami geng pompuan dah bertempik dari rumah suh anak buah lepaskan ajer. Mmg liar giler lembu tu, takut nengok nya eh.

Tapi anak buah aku berani jugak. Tak lepas kan tali tu tapi dia gi belit di tiang telefon. Aduh... alhamdulillah semuanya selamat. Dah reda sikit baru abang ipar gi alih kan ke tempat yg lebih selesa. Macam2 hal la puloks.

Malam nya dorang ajak bakar2 daging. Tapi hubby malas nak tunggu. Takpe lah, tak syok jugak nak paksa dia tunggu kalo dia sibuk nak balik kan. Weekend ni nanti balik lagi lah. Anak2 pun tak puas main ngan sepupu sepapat dorang.



Salam sumbangsih
KV & Co

7 ulasan:

MommyDania berkata...

uishh...sedapnya daging korban. buat sup, gulai, bakar. nyummmm

CT NORAMIZA berkata...

mesti kecoh je kan bila time mengejar lembu tu, nasib baik lembu tu x patah balik n kejar diaorang, mesti berterabur je lari :) heheheheh

grow2g3th3r berkata...

amboi.. seronoknya pengalaman raya korban di sana.... best kan pengalaman begitu.. tak semua orang dapat merasainya...

HappyIrfa berkata...

mak aku kirim daging salai dr kg utk aku..sedapnya..

cuma tak merasa sup tulang ayah buat je.

takut weh kalu lembu ngamuk..

aNIe berkata...

Alahai...ada gambar lembu kene sembelih...akak ngeri...larikkkk!!

Eh!! sebelum tu...dah klik nanang KV.dpr New zealand lagi...

♥♥♥ Mrs. Hasanif ♥♥♥ berkata...

maryam pun berani KV.. siap tgk 4 kali lembu sembelih.. mamanya yg seriau... hahaha

KV berkata...

MD,
sehari jer syok, lepas tu dh muak tgk gulai bagai. Haha

CT,
mmg last2 agak berterabur la sikit. Naseb baik.

grow2gether,
alhamdulillah tiap2 tahun masih berpeluang merasai ibadah korban. Tahun depan belum tentu kan?

irfa,
daging salai? Tak pernah tengok. Cemana nak membuatnya ek?

kak anie,
tu pun kv tak upload yg darah tgh membuak buak kt leher lembu. Hehe
ok, nanti kv gi klik nanang akak cam baiser. Haha

mamamaryam,
nasib baik tak mengigau budak2 ni kan.