Sabtu, 15 Ogos 2009

sedikit huru hara

Oh, aku nak cerita pasal pening di kota bharu.

Mebi ramai yg dah tau, start isnin lps, kota bharu dah dihidupkan semula. Wakaka. Dulu kan, kb mcm bandar mati sbb byk jalan ditutup. Nak masuk punya lah jem. Pastu sesak la apa la. Malam2 harapkan pasar malam jer. Kalo takde pasar malam mmg aku rasa jadi pekan koboi lah.

Tp sejak terbina nya kota bharu trade centre (dulu tapak pasar malam padang bas yg happening giler), jalan2 yg ditutup dibuka semula. Divider jalan di buang. Jalan 2 lorong dah jadi 4 lorong.

Tapi sedikit huru hara dan pening sbb rasa pelik jer. Kan dah terbiasa 2 lorong, bila jd 4 lorong terus mati kutu, arah mana atau lan mana nak ambik. Pastu arus jalan byk dh berubah. Dah songsang kaedahnya.

Tp oke lah sbb pak polisi dok jaga setiap masa. Awal2 ni kan, mesti lah pening2 lalat. Dah sebulan dua nanti oke lah tu.

Parkson pun dh nak buka. Eh tp kawan aku si chifon ungu cakap dah buka. Aku gi pasar pagi jumaat tu, tgh sibuk construction lg. Cuma bdk2 parskon ramai bersidai kt bawah tunggu roller shutter di bukak. Aku ingat dorang just masuk nak isi barang. Tp tatau ler dah bukak ke tak. Nanti aku wat lawatan muhibbah. Hehe

Harapnya, kedai2 kt tgh bandar tu hidup lah semula. Nampak lain dh kota bharu now. Macam aku gi negeri lain lak. Sbb before ni dok biasa lalu jalan lain, ni kena lalu jalan lain pulak kan. Danish pun sibuk dok tanya nak gi mana? Nak gi mana? Dia tak cam. Hiks.

Oke, itu jer lah nak bebel. Baiii


Salam sumbangsih
KV & Co

Tiada ulasan: