Rabu, 1 Julai 2009

BANYAK BENDA NAK TAIP

Seminggu dua ni byk jgk hal yg terjadi dlm hidup. Ceh, mcm la org lain takde life kan? Huhu

Ok lah, aku wat ringkasan.

1. Minggu lps aku tercekik tulang ikan patin. Punya lah seksa tahap gaban. Adoii..sampai bengkak2 tonsil aku sbb dok korek. Tensen tau sbb aku boleh rasa tulang tu dgn jari tp takleh nak kait tulang tu naik. Adoii..muntah2 teruk. Last2 tonsil aku bengkak penuh tekak. Sampai 3 org tolong usahakan 'air tawar' untuk aku. Baik hati sungguh dorang. Aku pun dok pikir lps 3 hari kalo tak jalan jgk tulang tu mmg kena gi klinik la. Tp alhamdulillah kuasa Allah, hari keempat tulang tu dh tak rasa, lps surut bengkak tonsil, tulang tu pun hilang sama. Serik.

2. Kakak aku (Kak M) masalah tulang belakang. Dah lama tapi kami (dan dia) baru tahu bulan lps kut. Aku pun weng2 ni. Tulang belakang dia dah selisih pastu atas pada selisih tu dua buku tulang dah renggang jauh2 (mengikut film x ray). So ahad lps dia dah gi appoinment kt klinik tulang di husm. Doktor cadangkan dia di bedah utk baiki tulang2 tu sbb takut nanti lumpuh. Tapi, dia berhasrat sgt nak gi mekah buat haji utk arwah abang H sbb arwah mak aku dulu berniat sgt nak buat haji utk arwah abnag H tapi tak kesampaian. Tahun yg sepatutnya arwah mak pegi tetiba dia sakit kan. So Kak M diamanahkan sbb dia sendiri pun dh buat haji. Tu yg dia rasa kalo boleh nak sambung rawatan lps balik haji. Tapi dia tak bagitau lg doktor yg dia nak gi wat haji tahun ni. Rasanya mebi doktor menghalang kut. Pastu dia dok risau, kalo dibedah dlm masa terdekat ni takde sapa2 yg nk jaga dia dlm wad. Bukannya skjp, plg cepat 2 minggu. Anak2 dok jauh. Adik beradik pun ada masalah msg2 (anak kecik, kerja, dll, contoh lah tu). So, kalo dibuat masa hujung tahun nanti (cuti sekolah) anak2nya boleh balik jaga dia. Apa pendapat korang ek? Aku pun buntu takleh nak pikir lagi ni.

3. Anak buah aku yg keje kt Ampang minggu lps terbalik motor. Ekceli takde eksiden ke hapa. Motor dah berhenti cuma dia tak perasan ada lubang bila dia tongkatkan motor, tu yg terbalik tu. Tp lps tu takde pape dia pun gi keje. Besoknya dah bengkak abih kaki lutut peha dia sampai langsung tak boleh bergerak. Gerak sikit pun mmg sakit. Terkejut aku dengar. Last2 sepupu dia call mak bapaknya suh gi kl sbb mmg teruk sgt keadaan dia. Now dh boleh bangun dan jalan pakai tongkat. Tu pun tkleh berdiri lama.

4. Abang ipar aku (suami Kak M) sakit telinga before anak dia operate appendik tuari lg. Tp minggu lps sakit giler sampai nangis2 dia sbb tak tahan sgt. Dah gi klinik, beli ubat farmasi, gi spital gomen, siap jumpa pakar tapi sakit tak hilang2. 3 hari lps dah pecah bengkak dlm telinga dia dan keluar cecair kuning. Entah nanah ke hapa. Tapi bengkak tak surut jugak dan sakit masih tak hilang. Cuma boleh bertahan.

5. Abang aku yg no 2 demam teruk. Kami saspek chikungunya sbb dia nak pakai baju pun sakit. Sendi2 tu toksah cerita la. Abang aku ni tekenal ngan lasak sbb dia keje pejabat hutan. Turun naik bukit gunung tu biasa bagi dia. Tp bila tgk dia terketar ketar semalam mmg aku tau lah dia demam teruk. So, dia dok minum 100 plus jer. Cari ketam takdak plk dlm pasar. Dah la pagi ni dia nak kena pergi Negeri Sembilan ambik anak sulung dia yg pergi matrik tu ari. Anak dia dpt TESL kat maktab Johor (aku lupa nama maktab) minggu dpn. So mmg kena gi ambik dulula. Minggu dpn hantar gi johor lak.



okeh, itu jer lah dulu.


Salam sumbangsih
KV & Co

16 ulasan:

pB berkata...

banyok benor musibah nyer

mugo mugo , family KV dapat cari jalae penyelesae hok terbaik


amin

~dARlee zURiS~ berkata...

dugaan..
sabar ye kak :)
mudah2 semua yg berlaku ada hikmahnye..

edyan7 berkata...

mak ai... macam2 jadik... hmmm... berdoa semoga semuanya sembuh...

KV berkata...

kak PB,
insyallah. Terima kasih mendoakan.

zuris,
insyaallah.

yan,
tq.;)

J@J@ / Bini The Rock berkata...

Harap bersabar menempuh dugaan..ada himah disebalinye..

Bab Cikungnya tu, jaja sdri penah kena...mmg sakit seluruh tulang temulang. Byk dah minum 100+, mkn ubat klnk, sop ketam, susu alpha lipid....
Tapi yg paling cepat ilangkan sakit2 sendi tu, mkn ubat dari Indon..namanye Buah Merah (klu x silap)..2bj RM1...mkn 2 kali (4 bj) Alhamdulillah, teros ilang segala sakit2 sendi.
Klu nak jaja blh belikan....hantar ke emel ni yea...

TheRock_Man@rocketmail.com

InsyaAllah, klu ade masa nnt ja publishkan N3 berkenaan dgn ubat Buah Merah tu kat blog jaja yek...

Zareda Norman berkata...

macam macam ujiannya..

doa banyak banyak ok..

kirana berkata...

dugaan
harap beransur dgn cepat

MaMaMi berkata...

Banyakkan bersabar kv.
Dh masa utk didugakan.
Semoga hang sekolgra tabah hendaknya. KV, 'chikungunya' tu menda erk?

KV berkata...

jaja,
nanti wat en3 pasal tu eks.

kak zar,
tq

ana,
tq dik

makmi,
alah yg demam kes kene gigit ngan nyamuk tu ler. Tapi mek tak reti nk eja. hihi

Mak Su berkata...

waduh.... banyak sakitnya tu, sabar juga penawarnya

J@J@ / Bini The Rock berkata...

KV...saya dah publishkan n3 BAB CIKUNYONYA nie....

silalah jengah ekk...

go beyond the horizon berkata...

salam,
pasal sakit blakang ni jgn lengah kalau aDa peluang memperbaiki keadaan. Buat la istikharah.
kalau boleh diusahakan, sebab kalau lengah bila renyah akan lagi banyak kerosakan. Baguslah di msia cepat dapat jumpa utk rawatan. hj ini, boleh diupah pada sesapa yang bakal pegi hj nanti etc. jika ada rezeki kesampaian jugak.
jagalah kesihatan kakak tu yg paling utama.
ni berdasarkan dari pengalaman sendiri yg masih kena buat banyak lagi repair operation dan berkaitan akibat kecederaan blakang.
lagi di lengah lagi teruk memandangkan bila kita bekerja keras seharian lagi teruk.
lakukan la istikhara sbg jalan terakhir. kalau empunya sakit dimekah lagi teruk langsung lak tak bleh buat haji.

salam

KV berkata...

maksu,
a'a kan maksu.

jaja,
tq, nanti kv gi baca. Terima kasih byk2.

gbth,
terima kasih atas info yg berguna, nanti kv bagitau kakak.

nasazfrog... berkata...

sis dah mcm karangan 5 perenggan nih... mcm2 cite ada.. ha dtg jb habaq mai no.. :)

CuTeMiUt78 berkata...

uish.. berderet2 ya KV..kesian ko.. takpe la apapun tabah la menghadapi semuanya..

Mama-Danish & Sarah berkata...

aku ras abang ko yg no 2 tu demam denggi. abang aku penah kena dulu. dia keja dlm hutan, tetiba demam terketar2. sakit sendi usah cerita la. baik gi klinik sblm melarat..