Selasa, 15 April 2008

danish n dina


Byk crita nak taip, tp tak best kalo takdak gambar. Kv tak sempat nk upload buat masa skrg. So, crita terbaru pasal danish n dina je lah.


Danish

Semenjak tak sihat hari tu kan, dia langsung tak boleh nak menyusu. Kami tukar dgn milo tp tak bagi dlm botol. Masa tu dia terima apa saja sbb dia takut sgt kalo muntah. Hehe


So, hikmat disebalik kejadian dia tak sihat tu, sampai ke hari ni dia tak nyonyot botol dah. Tapi, mmg kesian tgk gelagat dia. Mcm mat gian. Wakaka. Bila dh sihat skt, mula la dia teringat kat botol susu dia tu. Kami tak layan, buat keras hati. Mmg kesian tgk dia yg penasaran tu. Hik hik


Ada satu kes, masa kami blk rumah arwah mak (tahlil arwah kakak). Sepupu dia nyonyot susu coklat. Masa tu dia dah tak keruan. Kv panik gak. Tp kami tak bawa bekal susu dan botol dia. Dia mintak milo tapi nak taruk dlm botol susu. Pujuk2 pun tak jalan. Last2 kv wat donno. Ahaha. Akhirnya dia mintak nak minum milo dlm cawan. Selamat!


Sehari dua tu mmg dia nanar betul. Tp alhamdulillah lah masih bertahan. Harapnya kekal lah kan. Dah besar panjang masih nak nyonyot botol tu, mam tak sesuai lah kan. Ada peluang gini boleh lah kami ambik peluang kan.


Bila dah tak menyusu, kerja dia asyik laparrrr sajok. Makan dan makan dan makan. Nak tergelak pun ada. Sampai kan nak muntah sbb terlalu kenyang. Kemaruk betul budak tu. Tu masa permulaan la, lps tu dia dah boleh bajet skt. Kikiki. Suka hati betul bila dia mintak nak makan nasi. Selalu mmg paksa cemana sekali pun dia takkan makan. Alhamdulillah. Tapi tatau la kut, karang terlepas kawalan, sambung plk nyonyot botol. Insyaallah tidak lah kut.;)


Dina

Tak padan dgn gegirl. Lasaknya aduhai, mencabar sungguh. Selalu happy jek. Dah tau bila org sebut DINA, mesti dia cari sapa yg memanggil. Mcm dia dh faham org panggil dia.


Masih tak boleh menyusur. Huhu. Lambat betul. Tapi eksyen tu mcm nak merangkak. Cuma pinggang masih lembik (kata MIL). Berundur. Hehe


Suka makan. Asyik nak makan je kerja dia. Tgk makanan mcm excited gilerrrr. Hehehe. Sampai kena control kuantiti makanan dia. Apa saja org makan mmg kecoh dia nak makan sama. Alhamdulillah setakat takde alahan ke apa. Sbb hobi dia suka makan, susu dia kurang. Jarang sgt minum susu. Kdg2 tido pun without susu. Takpe lah, sbb dia dah makan kan, kenyang lah agaknya tu. Apa saja yg tercapai dek tgn, sure dia nak makan. Kotak paku pun dia nak makan you all. Extreme sungguh! Ahahah


Plg best dah tumbuh dua batang gigi bawah. Alhamdulillah tak demam lg setakat ni time tumbuh gigi tu. Kelakar bila kv gogok gigi dia. Riak wajah dia mcm terkejut dan pelik. Sakit perut gelak kan dia. Last2 dia pun terkekeh gelak sama.


Sebagai ibu, sungguh bahagia rasanya bila anak sihat dan riang. Rasanya sanggup berkorban apa saja demi mereka.;)


Alhamdulillah syukur kerana tuhan menghadiahkan kv sebuah keluarga yg bahagia. Insyaallah, Kwn2 doakan sama ek. Amin.

12 ulasan:

NONIE AZIZ berkata...

HUISHHH SEDAP JUGAK BADAN DINA EIK...patutlah syasya lepas tak isap botol kejenye asik nak makan je...apapun takziah atas pemergian kakak N KV. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman .Al-fatihah.

KV berkata...

nonie,
aku risau gak kdg2 ngan dina tu sbb keje nya asyik nak makan jek. Kena kawal jugak kan.

nasazfrog... berkata...

kurniaan anak ni kv ternilai tau dlm sesebuah keluarga,,, ape jua pengorbanan yg kite terima kite kene redha ek kak... jgn merungut malah kiter patut bersyukur kepada-Nya kerna anak adalah anugerah yang paling bernilai dlm kehidupan kite,,:)

Mrs.A berkata...

insyaallah... saya akan selalu ingat kak kv sekeluarga dalam doa saya... amin....

rina berkata...

semangat gak tgk badan dina tu... mmg... apa saje sanggup dilakukan demi anak2 tersayang.

Mak Su berkata...

tak per ler abang danish dah besar ek...

Comei tgk Dina, mana gamba gigi?

tuan umah berkata...

salam kak kv,

jgn lupa ambik tugasan garden at my blog

AppleB berkata...

harus ko tak larat dukung dina lepas ni hehehehehehehe.

KV berkata...

nasazfrog,
akak slalu merungut tau! Penat! Penat! penat! Huhu...masa tension je lah. Pastu gelak ketawa balik ingat perangai anak2. Anak adalah kurniaan terbesar buat akak. Alhamdulillah.;)

minnie,
tq sayam. Ehehe

rina,
apa saja yg terbaik utk anak, kan?

ctnik,
akakak..akak kena tag kah?
Owh! Tidaaakkkk!!!!!!

apple,
aku tak larat sokmo tau! Ahaha

Zareda Norman berkata...

KV
jangan tak tahu, anak dara kak zar masih nyot nyot lagi. Hari tu kak zar dah campak botol dia dalam tong sampah.. eiii datang babah dia siap beli botol baru.. lepas kak zar nak cincang plak botol tu.. hehhehe

Bagusnya danish dah berenti botol..

Cikja berkata...

Azri pun masih nyoyot susu lagi. dia cakap nak berenti bila dah darjah 1...takpeh nanti saya tuntut janji dia.....tapi mmg kesian kan bila tengah kemaruk...

KV berkata...

kak zar,
si danish tu mmg tak jalan kalo buang botol ke hapa. Tp yg ni dia takut sbb bila dia nyonyot susu terus muntah (kes hari tu lah). So, kami ambik pluang ni lah.

ijah
hehe..akak pun dulu terpikir mesti dah naik skolah rendah nanti baru dia nak berhenti kut. Tp dh jadi gini, ambik la peluang.Insyaallah kekal tak nyonyot botol lah kut. Hehe