Jumaat, 30 Oktober 2009

CEMBURU

Kisah kawan aku. Tapi suka2 jer aku publish kat blog. Hak hak hak. Kalo tuan dia baca teruk aku kena bambu. Ya ampun!!!

Kawan aku yg tempat kejenya penuh ngan pompuan lawa, pompuan bergaya, pompuan bersuami kaya. Hahaha.

Makanya, timbul konflik antara mereka. Aku ada itu, kau ada ini. Masing2 kalut bersaing.

Kawan aku, yang sebelum ini bekerja dalam suasana yang biasa, mendapat 'kejutan' bila bekerja dengan suasana baru.

Stress kawan aku. Bukan dia nak bersaing. Tapi segala tindak tanduk, apa yg dia buat, apa yang dia ada, apa yang dia beli, disiasat dengan penuh bersemangat. hak hak hak

Mula2 aku dengar aku tergelak. Sebab ofis aku 10 org jer pompuan. Separuh dari nya dh nak pencen. Pangkat mak2 ngan aku. Dua tiga kerat lg pangkat adik2 ngan aku. Tp aku kawan ngan makcik makcik ni. Makanya tak wujud persaingan. Dorang biarkan aku dgn cara aku, dan aku pun rilex je la nga cara dorang. Eh, termelalut masuk crite aku lak dah.

Tapi hari2 dok ym mesti klaur crita ada sorang minah ni yg sokmo dok kalut kalo kawan aku ni beli pape. Hari2 dok siasat ada benda baru ke tak. Tak ke tension lagu tu. Siap banding2 kan kualiti, harga dan bla bla bla. Sampaikan kawan aku blur tatau nak buat apa. Serabut tok sah cerita la. Nak gi keje pun rasa stress.

Kalo beli pakaian, kain pasang ke, kasut ke henbeg ke, habis semua di kerobeknya nak tgk. Kalo beli gajet2 baru ke, habis jugak di telek nya. Pastu bukan setakat kerobek ke telek ke, siap ckp org punya tak best, tak standard, tak canggih, tak mahal. HAdoi lah. Parah ni. Kalo jadi kat aku, aku pun stress ni. Hiks. Pastu sentap bila org beli pape yg dia tak beli.

Pastu siap perli2 kawan aku ni suka shopping. Nanti benkrap suami katanya. Mcm2 la nada perlian nya. Hingga dlm fb pun dia tulis. Aku pun tumpang baca dan tumpang gelak jer lah. Nak buat apa.

Dan, bukan kat kawan aku jer dia jeles, semua opismate dia la. Org ada kete apa, dia pun sibuk nak bersaing. Sampai gaji cukup2 makan jer sbb nak pakai kete mewah. Pastu siap boikot kalo org lain ada kete mewah gak. Haha, mujur aku tak keje sekali ngan dia. Aku pakai kancil buruk 660 jek. Harus pandang sebelah mata pun tak ni. Hehe. Eh, lagi pun mmg aku takde degree. Tok leh keje sekali ngan dorang.

Korang ada tak opismate yg pesen cenggini?







Salam sumbangsih
KV & Co

Khamis, 29 Oktober 2009

MALAM INI

Bakal menjadi huru hara sbb ketiadaan si suami membantu menguruskan anak.

Suami ku tersayang (hiks) akan overnight dekat site 2 malam berturut - turut (tak yah citer lah apokobondo dia buat kat tapak projek tu).

Masa dok berchenta dulu2, tiap2 malam aku bergayut kat public phone. Masa tu mek dh pakai henfon tapi no coverage at my kampung. Sungguh uzur kampung ku. Dan walopun takdak coverage tetap lah nak berchinta. Makanya berdiri lah aku di public phone yg 200 meter dr rumah. Hubby dok dlm site ofis nya sedap2 sejuk ekon. Aku jugak yg sejuk dek kabus malam. Tetap gigih!!

Masa beranak sorang pulak, serabut danish dok tanya 'abah mana? abah mana?'. Naik stress aku dibuatnya.

Ari tu masa beranak 2 takpe la dina kecik sikit. Tak paham sgt abah dia takde. Malam ni tatau la. Mesti sibuk juga cari abah nya. Eh tapi, kalo aku dan abah nya out stesen ok lak dia dok ngan MIL dan pengasuh. Magik budak2 ni.

Arghh..tensen nya memikir kan malam ni dan malam besok jugak 2 hari cuti ni. Penuh keletihan aku.

P/s: bukan bersungut tak bersyukur ada anak yer. Tapi aku just manusia. (karang ada ustazah bebel lak ni)


Salam sumbangsih
KV & Co

MACAM DAH LAMA

Macam dah lama aku tak beli tudung kan? Eh, bila ntah last beli tudung. Lupa lah.



Niat nya nak beli kaler hitam jer. Tapi dah terjumpa yg kaler best2, harus beli gak lah. Murah banget, sebab tu mek terpengaruh. Kalo ikut kan napsu harus borong lagi. Tp, tarik nafas, mengucap panjang2. Hihi.


Dapat 4 helai pun ok lah. Siap bling2 lah pulok. Tapi rasa nya tak 'mabuk' kut. Lantak ah, dah beli pun.


Errr..ni bukan ariani, hajaba or bla bla bla yg comel, gojes dan mahal tu yer. Ni cap tah apa2 jek. Hihi

Salam sumbangsih
KV & Co

musim tengkujuh dah ke ni??

Mula dr pagi semalam, bawak ke malam, bawak ke pagi ni, hujan brok brek brok brek tak henti2. Tgk awan belah pantai nun dah gelap gelita. Musim tengkujuh dah ke eh?

Sejuk ah tido malam tadi. Mengerekot aku dlm selimut pun tak hilang sejuk. Kes nya, dina takleh tido kalo tak pasang ekon ke kipas ke. Demand sungguh minah kecik tu. Dah la tido secara extreme. Tak pakai baju seluar. Pakai diapers sajork. Heran aku. Takde de dia sejuk ke hapa. Cuma bila tgh mlm tanpa dia sedari aku pakaikan baju. Tu pun ok ek ok ek tak selesa. Kulit jenis apakah?

Pagi ni plk, hantar danish ke skolah lupa bawak payung. Terpaksa payungkan dengan tangan gebu ku ini. Kesian anak aku. Harap2nya balik skolah nanti takde demam bagai lah.

Sampai kawasan opis pulak (lbh kurang 700 meter kut dr opis) Jem ya hamat. HUhu. Hari hujan makanya kereta parent akan berganda ganda hantar anak dorang. Pak polisi pun berjaga lah di simpang2 skolah sbb parent tak leh nak kluar simpang kalau tak di jaga. Makanya makan jem lah aku pagi ni.

Oh ya, ada gotong royong 5s kejap lag. Habuannya nasik kerabu lauk daging bakar, ayam bakar dan telur masin. Yang berharga 2 hengget. Murah nya!! Tapi aku tak tgk lagi cemana rupanya. Adakah indah khabar dari rupa? Kita tungggguuuuu...

Sekian bebelan untuk masa ini. Daaaa


Salam sumbangsih
KV & Co

Rabu, 28 Oktober 2009

SUATU MASA DAHULU

Aku kan tgh sibuk ngan xtvt 5S. La ni baru peringkat SISIH jer. HIks. Punya lah malas kedaung nak sisih kat meja sendiri.

Dalam pada duk sisih tu, terjumpa satu gambar.








Ni ha gambar nya. Masa ni oktober 2003. Ada course ape tah kat pri.mula co.ral view re.sort. Umur mek baru 25 tahun ni. 8 bulan lepas melahirkan Danish.

Kurus nya aku masa ni. Siap pakai kebaya. Tudung pung senget2. Ye lah, masa tu senget gitu tengah IN kaedahnya. Hak hak hak

Korang perasan tak aku yg mana? Yang baju biru tudung biru tu ler. Hiks.


Nak dapatkan berat masa tu (55kg) dalam mimpi je lah gamaknya.

Sadis.

Sekian.


Salam sumbangsih
KV & Co

WAHAI PENCURI

Ini tin milo aku. Aku beli milo tin ni utk minum di ofis. Di kala perut kosong. Boleh pekena milo kosong panas ngan biskut dulu.





Aakan tetapi, baru dua kali jer aku pakai. Seminggu tak minum, tgk2 dah tinggal suku milo dalam tin. Binawe betul pencuri. Milo pun nak curi ker? Beli sendiri lah.



Geram sangat, aku tulis kat penutup tin. Memang macam budak2 aku tulis. Hik hik. Sengaja. At least masa pencuri tu nak ambik, dia baca. Kan.


Harap - harap busung lah perut engkau wahai pencuri yang tak tahu malu. Orang macam ni pun ada. Letihhhhhh!!!!!

tambahan: Milo ni aku simpan kat laci sendiri dan siap buh dlm plastik. Cuma laci tak berkunci. Lain la kalo aku letak kat pantry. Dah byk kali makanan aku hilang (juga simpan kt laci sendiri). Dan kawan2 lain pun hilang segala mak nenek makanan dorang. Sbb ofis aku ada pantry jer. Segala mak nenek yg nak dimakan dan diminum, sendiri beli.

Salam sumbangsih
KV & Co

Selasa, 27 Oktober 2009

TERPENGARUH

Aku ni mcm budak2 tau. Asal tgk tv (iklan terutamanya) harus mudah terpengaruh.

La ni kan sibuk semua org dok review pasal citer papadom. Dalam tv pun dok iklan hak tu jugak. Pastu tgk afdlin makan sungguh mcm sedap sgt.

Masa gi lunch satni (er..mek makan nasik kukus ayam berempah goreng yer), aku singgah supermarket beli stok air soya. Dan2 tu terpandang ini papad. Harus beli untuk try. Haha.

Balik keje karang nak goreng. Tak sabar. Sedap ke tidak eh menda ni? Aku biasa makan yg kecik2 pat segi tu jer.


Salam sumbangsih
KV & Co

SEMUA NAK CUBA

Weges gabus murah ni aku beli kat tesco. 13 hengget ke 14 hengget. Lupa. Senang nak pakai gi pasar sbb dia tebal kan, Takde la basah kaki ku nanti. Hik hik




Tapi, asal ada jer barang baru beli, harus mek kepochi ni sibuk kobek plastik nak tgk pape yg best.



Dan mencuba dgn penuh perasaan. Dan perasan.


Satu rumah ronda ngan selipar baru. Sabar jer lah.

Salam sumbangsih
KV & Co

Isnin, 26 Oktober 2009

GEMUK

Nak cerita lg pasal gemuk. Hehe. Korang layan je lah entry poyo dari ku.

Sedih tau sbb la ni mmg takleh diet giler2 mcm dulu. Setiap masa mkn mmg aku kena ambik makanan berat. Dah la kadar metabolisme aku rendah ya amat. Tak makan nasik 3 bulan + senaman pun aku hanya turun 3 kilo. Giler degil sungguh lemak badan ku.

Ni apatah lagi mmg makan 3 kali sehari dan antaranya kena ambik air soya/susu dan sekeping dua biskut. Harus lah makin membulat kan.

Hubby ada gak marah2 sbb aku dok sibuk nak kurus. Katanya, kalo kurus sakit buat menyusahkan. Makan lah mcm doktor suruh dan bersenam. Hehe. Ye lah, bersenam nya malas. Nak main badminton pun malas. Bawak dina jalan2 briskwalk la. Kdg2 joging jugak.

Yang jadik masalahnya, masa pergi danish larat kayuh basikal. Masa balik mamat tu dah lembik. Pas tu malas nak jalan kaki. Nak membonceng stroller adik, minah kedekut kedaung tu mmg tak bagi. Don't touch2 okeh!

Satu hal la plk aku kena beli stroller buruk kat kedai bundle untuk si danish.


Salam sumbangsih
KV & Co

KE NURSERI

Balik dr lata belatan tu, lepak2 kejap. Hubby ajak gi nurseri nak cari pokok2 bunga. Lagi pun tanah nak tanam rumput dah siap di ratakan.

Bila gi nurseri, harus mata melilau mabuk tgk pokok2. Orkid ada, teratai ada.


Macam - macam ada.



Tapak pejalan kaki pun ada.



Anak2 tgh mengusyar paip. Patah karang buleh pekdah. Hak hak



Oh, dina sgt teruja makan petai belalang. Tak cukup2. Sampai naik malu ai ngan tuan kedai.


End up, pokok buluh genting ni jugak yg kami beli. Dan siap dah bubuh dlm pasu.




Beli jugak pokok2 lain dan tanah baja. Dah siap tanam pun tp tak snap gambar. Hihi.


Salam sumbangsih
KV & Co

Ahad, 25 Oktober 2009

LATA BELATAN LAGIK

Dah lama janji ngan danish nak gi lata belatan. Kebetulan sabtu semalam hubby keje (masuk site) tapi sekejap jer. Makanya dia bercadang lps keje terus shoot ke lata belatan. Lata belatan ni letak kat terengganu ye kenkawan (bagi yg tatau lg).


Singgah makan tgh hari kt satu restoren. Lauk asam pedas ikan patin, bawal masam manis dan otak kerutup. Fuhh..sedap.


Masa sampai kt lata, hujan la puloks. Sungguh keciwa.

Makanya, tgk pemandangan dalam kete jek la.


Dina pulak ketidoran.


Dalam stengah jam kut lepak dlm kete, suh hubby bwk danish gi tinjau. Kalo tak sempat mandi pun takde lah kempunan mamat tu nak tgk air terjun.

Bila dorang dtg, danish sibuk nak mandi lak. Hujan pun dh brenti. Usung dina tgh tido. Sampai je kat gigi air terus minah tu sedar. Haha. Terkejut sakan dia tgk2 ada sungai depan mata. Terus excited nak mandi. Sakannn!!



Tgh meninjau port yg seswai.




Danish siap meniarap tp bukannya pandai berenang pun. Abah nak kena ajar anak bujang nya berenang ni. Kalo mama, mmg lemas dulu ler. Huk huk



Dina tgh gagau cari apa tatau ler. Tapi mmg hepi kemain. Hik hik



Hooola hoolaa..berjimba jimba!



Mamanya tunggu kat tebing jer. Huk huk. Takde org nak jaga beg.




Tapi tak tahan, nak jugak merasa air sejuk. Nampak tak jernih airnya sampai nampak kaki gemok ku. Hihi


Salam sumbangsih
KV & Co

Khamis, 22 Oktober 2009

BUAT SEMENTARA


Buat sementara, tatau nak goreng cerita apa. Huhu... nanti2 ada idea kita kompang pulak yer. Ngee...



Salam sumbangsih
KV & Co

TERCAPAI HASRAT

Masa potong kek besday dina tu ari mek tak sempat nak merasa cheese cake SR. Maklum ler, tetamu lebih diutamakan. Hik hik.

Pastu asyik tertangguh nak beli. Asl lalu jer depn SR mesti tak sempat nak menyinggah.

Malam tadi gi tesco, akhirnya beli lah sepotong yogurt cheese kek. Tak pernah try before, mmg sedap bangat!! Teringat ingat ni. Nak kena gi beli lagi lah!




Salam sumbangsih
KV & Co

Rabu, 21 Oktober 2009

MEK BENGANG UOLS

Huish..nak menaip ni pun geram aku masih meluap luap lg ni. Maaf lah yer kalo bahasa kurang sopan terkeluar nanti. Maklum ler, org tgh marah ni. Huhu

Aku terima call td, dr nombor yg tdk dikenali (handphone to handphone). Patutnya kalo aku tak nak angkat pun tak pe kan? Tapi mikirkan kut2 ada apa2 yg boleh aku bantu atau org tu aku kenal, mek pick up jugak la.

Org nya langsung tak bagi salam, terus tnya adakah aku keje kat pejabat tuuut. Eh bukan tanya aku keje, tapi tanya:

Dia: hello, ni pejabat tuut?
Aku: yer, saya keje kat situ. Kenapa ya? Siapa ni?
Dia : Saya tuuut, dari pejabat tuut.
Aku: Yer, ada apa encik?
Dia: Saya nak tanya kenapa surat yg kami hantar pd 28hb tak balas2. Kita nak maklumat segera.
Aku: Surat pasal apa encik
Dia: Pasal bla bla bla bla
Aku: Oh, kalo mcm tu saya kena tanya bos saya dulu, sbb saya tak tahu menahu pasal ni, tapi kalo encik nak.. (tak sempat habiskan ayat aku)
Dia: Eh, awak jangan la nak lari dari tanggungjawab. Awak kena lah ambik pesanan saya ni. Kena lah selesaikan masalah ni. (wah, sakan ko sembur aku yer)
Aku: Hehe (gelak dlm tangisan)
Encik, saya kena tanya bos saya dulu. Bukan masalah tanggungjawab ke hapa. Entah dia dapat ke tdk tak tau surat tu. Eh, macamana encik boleh telefon saya ni?
Dia: Saya tanya pejabat tuut, sbb saya takde no kontek sesiapa kat pjbt awak. Saya just ada nombor pejabat. Tapi bila call, takde org angkat.
Aku: Encik, pjbt saya tu dh berapa bulan telefon rosak, bila org call line masuk, tp kami tak dengar ringing. Nak baiki kos nya berapa belas ribu ntah, tgh tunggu peruntukan ni. Sbb tu bila encik call tak berjawab!
Dia: Oh kena buat aduan la!
Aku: Lama dah buat aduan kat hq. Tungu respon dorang la ni. Takpe lah, nanti saya kontek boss saya cemana cerita pasal surat tu.
Dia: Saya kena hentam dalam meeting semalam sbb ada 6 pjbt yg tak respon. Pagi ni pun kena marah lagi. (macam aku peduli ko kena marah pun)
Aku: (tak ingat dah apa aku bebel)


Pastu aku call bos aku bagitau yg org tu ckp aku tak bertanggunggjawab. Amboi!!!! Sedap mulut hang yer! Dah la ambik no phone aku kat mana2, cakap pulak kurang ajar. Padan muka kau kena marah ngan tuut dlm meeting lak tu. Hehe. Pas tu dah malu nak lampiaskan kemarahan tu kat org lain lak yek. Banyak cantik.

Bila siasat, takde pun surat tu sampai kat pjbt aku. Tgh dok taip ni aku terima lg call dari dia. Hah, baru nak cak elok, siap sebut nama aku pun. Pandai lak cakap sopan santun yer! Pandai lak cakap terima kasih ngan aku (dia call sekali lg tanya dh terima blom faximili)

Aku ni mikirkan kut2 malu jabatan, sbb tu aku dok sabar jek ni. Kalu dak, harus ku sembur. Rasakan glemer seantero dunia nanti. Haish!!

Tapi mmg bengang ah bila memikirkan kita sepatutnya tak terlibat langsung tetiba diletakkan beban kesalahan atas batu jemala patik ini.

Dugaan. (nasib baik lunch td aku dpt shopping bena best, sejuk sikit hati amarah. Hehe)

Salam sumbangsih
KV & Co

RAMPASAN KUASA

Geram betul ngan ayam bulu balik milik jiran ku. Abih rak kasut aku ayam tu wat sarang untuk bertelur. Abih segala weges gojes mek busuk dan kotor. Uwaaaaaaa


Makanya, sakit hati, hari2 hubby rampas telur dia. Kononnya supaya ayam tu serik tak nak bertelur kat situ lagik. Tapi bila tgk semalam, ayam dah mengeram pun. Sakit hati oh. Tapi tak sampai ati lak nak aniaya ayam tu pulak kan.

Sempat rampas 4 bijik telur nya. Dah siap rebus makan cicah kicap pun. Hihi..sedap jugak.
p/s: lupa nak bitau yg tuan ayam tu (jiran jugak sedara kami) dah sedia maklum yg ayamnya bertleur kt rumah kami. So, mmg dia suruh ambik telur2 ayam tu sbb ayam tu jenis pening, dia mengeram sekejap pastu dia tinggal, rosak (tembelang) telur dia nanti. Kut2 ada yg salah faham nanti ckp kami makan telur curi. Hihi

Salam sumbangsih
KV & Co

Selasa, 20 Oktober 2009

PANCING IKAN

Petang2 sambil jogging sambil hubby ambik kesempatan pancing ikan.






Ikan pertama yang dapat.




Tengah mengintai abahnya kut2 ada lagi yg kena.




Ikan pujaan hati, sampai lebam ikan dikerjakannya.




Habis hanyir satu badan.



Tapi, dah seminggu lbh tak jogging, tunggu minggu depan lah kut start jogging semula.



Salam sumbangsih
KV & Co

Isnin, 19 Oktober 2009

PROJEK TERBARU

Dalam dok pada tak sihat tu, projek terbaru kami lancarkan jugak. Hik hik..takde bendanya. Hanya nak spread kan tanah baja nak tanam rumput. Nampak kosong sgt laman bila takde rumput kan.


Hubby in action. Gambar kena sensored sbb seksi meksi.




Laman belah kanan nak kena buh tanah hitam.



Laman belah depan pun nak kena buh tanah hitam jugak.



Laman belah kiri dah siap.





Masih lg menggunung. Masak lah. Encik hubby buat sorang2 sbb mek takleh nak menolong. Slalu nya ada gak tolong skt2. Nak upah org pun rasa mcm tak best pulak. Sbb bukan semua nak ratakan. Ada tempat nak pasang paving block, ada tempat nak buat kolam ikan, ada tempat nak bla bla bla (macam byk sgt duit hakue ni). So rasa cam cerewet lak nak arah org itu ini begitu begini. Kesudahannya entah bila la nak siap. Hiks.


Salam sumbangsih
KV & Co

DEEPAVALI KALI INI

Hiks..macam lah kami meraikan deepavali kan.

Namun, cuti 3 hari jugak lah walo pun tak beraya. Kalo tubuh badan sihat harus dh berjalan jauh sikit. Tp sbb sedar diri dan bimbang, duduk rumah saja lah.

Jumaat ptg kluar takde arah. Makan bubur mcD. Ada semangkuk jer takde lolo (korang paham ke bahasa kelate ni?). Makanya berebut rebut aku dan anak2. Hak hak

Dina charah sengih sengih bukan main lagik yer!



Mama dina charah yg makin membulat.



Abang danish.


Dina charah lagik.



Hari sabtu lak, balik kampung. Tak lama sbb danish sakit perut lak. HAdoi..tensi tau. Last2 hubby ajak balik jer. Tak sempat nak lepak lama. Dah ptg baru ok skt.

Ahad lak lepak kat rumah sementara MIL, hubby n anak2 gi kota bharu beli stok kedai. Ptg nya cadang nak kluar, tp danish start sakit perut plk. Berkerut kerut muka tahan sakit. Last2 bawak gi klinik. Sepetang dok klinik, kluar klinik hujan ribut kemain lebat.

Sampai rumah buat bubur nasik ayam ala mcD.

Itu jer cuti deepavali kami.

Salam sumbangsih
KV & Co

Ahad, 18 Oktober 2009

kononnya

Tadi kemain aku nak rest kan.

So, hubby buat plan. Dia n MIL bawak anak2 gi kota bharu (beli stok kedai) dan bini nya ini boleh berehat dgn best di rumah.

Pesannya, masak nasik jer. Lain2 tak payah. Beli lauk kedai. OH sedapnya bergedil zakini nasik kukus (terbayang dh ni).

Tapi, aku pulak yg terkebil kebil. Tido tak lena. Tv pun boring takde rancangan best. Mag pun malas nak bukak. Camno?

Last2, bukak lappy connect internet via nokia pc suite (mek takdak broadband uols). Walopun selowwwww...tapi boleh la dari takde.

Ok lah, nak melawat blog kenkawan dulu.


Salam sumbangsih
KV & Co

best nya kalau

kalau dpt berehat. Landing tgk tv. Tido. Bgn2 je blh makan. Tp takde maknanya. Angan2 la ko di situ. To do list berjujut nok keno buat nih. Iron bj, masak, kemas,hal danish n dina tk pernah sudah. Tambah abg danish sakit perut dr semalam. Masalah sembelit agaknya budak ni. Maka 2-2 anakku mahu kan mamanya. Everything with mama. Tensi oh. Itu je lah nk bebel. Bayen. Salam sumbangsih
KV & Co

Sabtu, 17 Oktober 2009

trauma kah

salam deepavali buat geng beragama hindu. Best kn cuti2 ceni. Mek nk crita psl perasaae mek sjk kena sakit perut tu. Hari rabu br ok sakit nya lps mula diet seimbang tu. Namun, perasaan takut pd kesakitan berulang tu mmg la menghantui. Dok tunggu2 kut2 dtg blk sakitnya. Punya la gemuruh, takut, berpeluh peluh. Tambahan lg bgn pagi rasa mengantuk, loya, dan berdebar. Tobat sungguh tk best perasaan tu. Duduk berdiri semua tk kena. Sungguh lemah semangat. Perasaan ini mek pernah rasa masa berpantangkn dina. Masa dina menangis siang mlm tk kira masa berbulan bulan. Jgk masa arwah mak sakit dlm wad. So, hubby ajak jln2 supaya mek melupakan perasaan tk best tu. Tp tk berani nk g jauh. Tunggu btl2 sihat la. Jgn plk kata mek tak berdoa mengaji bagai. Rasa lega blh luah kt blog. Huhu. Ok bai. Nak blk kampung ni. Salam sumbangsih
KV & Co

Khamis, 15 Oktober 2009

TAKDAK IDEA NAK TAIP APA

Tiba2 tatau nak goreng cerita apa.

Sakit perut alhamdulillah, lps mlm tu dh tak berulang yg teruk. Makan mmg jaga betul2. Cuma hati dok risau n gabra takut berulang sakit. Hubby pun sama2 berpeluh dahi. Huhu.

Badan masih lesu dan asyik mengantuk jek. Kadang2 rasa loya. Mebi kesan ubat2 kut.

Pagi tadi gi husm. Tak ramai org. Gi x ray pun dlm 15 minit jer. Padahal jane dh bitau suh pakai film yg doc swasta xray tu. Dah siap bwk pun. Tp tgk akak kaunter tu semacam jek (brok brek tah pape), makanya malas nak menambah brok brek dia.

Tunggu sampai 2 jam tak panggil giliran ku. Stress mek dibuatnya. Gi tanya kaunter, dorang ckp tunggu dulu, tunggu dulu. Hadoih!!! Hubby dah nak gi tanya, kut2 takde doktor, masak kami nak menungggu. Baru jek suamiku bangun, nombor dipanggil. Rupanya, org kat kaunter baru hantar fail mek ke bilik tu. Sabar jek la. 2 jam duduk dgn sia2 kes tak berwibawa nya org kaunter. Huhu

Doc cek xray (doc tau psl dh xray before ni, dia pun membebel ckp blh pakai yg kt klinik swasta tu). Tak nampak sgt cuma doctor ckp ada semacam batu bawah abdomen cuma tak pasti. So kena gi lg 2 minggu utk dpt kan pengesahan pakar x ray. Doc bagi ubat gastrik, lawas kencing n sembelit.

Eh, dlm takde benda nak goreng pun, pjg berjela jugak. Hihi


Salam sumbangsih
KV & Co

Rabu, 14 Oktober 2009

MEBI BUKAN BATU KARANG

Sambung lagik.

Dekat HUSM semalam, doktor tak buat pape, just bagi ubat utk 'flush', kena makan mlm ni sbb besok pagi nak kena x ray.

Tapi, bila ptg dlm jam 5 perut sakit semula. Telan pain killer tapi makin menjadi jadi sakit nya. Stress tau sbb dok pikir macam2. Ye lah, wat urin test n ultra sound pun takde kesan batu karang.

Lps hubby solat maghrib terus gi klinik yg mula2 kami pergi tu. Klinik tak bukak pun lg. Huhu. Masuk daftar jer terus mintak bed ngan kerani kaunter. Tak larat nak duduk. Rasa nak baring jek.

Doc suh x ray. Lps buat x ray mmg risau giler nak nengok result. Kut2 ada penyakit lain. Doc dtg dan bagitau takde pun batu karang. So doc saspek mek kena ulser akibat gastrik yg kuat.

Masukkan drip, injek ubat ulser dan doctor suh rehat. Dekat 10.30 baru selesai. Tp perut masih sakit cuma berkurangan dlm 50% kut. Balik rumah tu kent*t dan sendawa tak henti2. Lega sungguh rasanya.

So, kena tukar pola pemakanan. Pagi lps solat subuh kena minum susu dan ambik roti dulu. Buat sementara nasik keras pun takleh makan. Semua makanan pedas dan masam diharamkan. Susu kena minum sokmo dan takleh ambik ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit makin menipiskan usus, sbb tu bila ambik, makin kuat sakitnya. Mkn plk takleh tunggu waktu makan, antara nya pun kena ambik makanan. Huhu

Malam ni patutnya kena makan ubat 'flush' sbb besok nak kena xray. Tp rasanya tak makan lah kut ubat tu. Risau takut sakit perut lagik. Just soft diet jek la. Besok nak kena jumpa doktor husm lps x ray. Dengar pulak apa yg dia kata.

Tenkiu buat kawan2 yang mendoakan kesihatan kv. Moga Allah membalas segala jasa2 kawan2 semua.


Salam sumbangsih
KV & Co

Selasa, 13 Oktober 2009

Sakit berulang

TAK abIH2 CERITA mek sAkIT PERUT. HUHU. NAK WAT CEMANA, TETAP JGK NAK TEMPEK KAT BLOG.

TGH HARI SEMALAM PERUT START SAKIT SEMULA. MAKAN PAIN KILLER JAM 2, JAM 4 MSH TK HILANG SAKITNYA. BERPELUH PELUH TAHAN SAKIT. SAMPAI TAK TERTAHAN.

GI KLINIK. DOC INJEK LG. TAK PULIH2. JAM 6 MAKAN UBAT LG. JGK TAK PULIH2. LAST2 GI ER HUSM. BROK BREK BROK BREK NGAN DOC, TAHAN SKT SAKITNYA. DOC KLINIK WAT URIN TEST. DOC HUSM PUN SAMA. TP TAKDE DARAH OR JANGKITAN KUMAN. ULTRA SOUND PUN SAMA. LEGA. KUT2 ADA PENYAKIT LAIN KAN.

DOC HUSM BG UBAT DAN SUH DTG ARI NI KLINIK PESAKIT LUAR. NANTI WAT APPOINTMENT XRAY BAGAI.

NOW MEK TGH TUNGGU GILIRAN JUMPA TUAN DOKTER.



maaf tulis tah pape. Pakai iPhone n nk cepatnya.

Isnin, 12 Oktober 2009

BATU KARANG

Sambungan entry gastrik.

Sakit perut kemain. Senak ulu hati dan ari2. Sakit gilos. Sampai rasa nak putus pinggang. Rasa macam nak bersalin pun yer.

Opismate tolong belikan gaviscon. Makan tp tak lega langsung. Balik rumah, hubby urut belakang, tak jugak lega. Makan sikit, makan gaviscon lagik. Masih tak lega. Rimas betul. Yg nyata, sakit tak hilang.

Lps maghrib ajak hubby gi klinik. Sesambil bersiap tu, dok diskas ngan hubby simpton2 yg mek alami. Sakit ari2 belah kiri, senak ulu hati, nak muntah, nak popo. Sakit pinggang. Rasanya mcm simptom batu karang jek.

So, anak2 tinggal kat MIL. Sengaja tak bawak dorang takut lambat atau takut mek tak tahan sgt sakit. Satu jam setengah tunggu kt klinik baru dpt jumpa doktor.

Doctor saspek 2 perkara. Sama ada uri yg terlekat dulu masih 'hidup' atau batu karang. Mek takut nak jumpa doktor bab sakit ari2 tu. Dah hampir 2 thn lps melahirkan dina mmg kv sakit kat situ. Cuma dpt bertahan. Tu yg malas nak jumpa doktor. Takut nak tau kalo2 ada penyakit lain. Teruk aku ni. Huk huk

Lps buat ultra sound, rahim mek alhamdulillah ok. Buah pinggang pun ok. Syukur sgt2. Masa doc buat tu, mmg takut nak tgk monitor, hubby jek yg bersungguh sbb kes uri terlekat dulu dia yg dok ingat 'bentuknya' cemana. Bila doc ckp ok, baru berani nak tgk monitor. Takut oh.

Doc ckp, mebi batu karang mek dh turn ke saluran kencing dan saiz nya masih kecik. Kalo nak tgk dgn jelas kena buat x-ray. Tp doc ckp tak payah buat x-ray dulu. Makan ubat dan tgk cemana. Kalo tak ok jgk, kena buat x-ray dan rawatan susulan lain.

Tekanan darah mek kalo biasa 110/70, tp malam tadi 139/83. Mmg tinggi. Doc ckp sbb stress dok tahan sakit. So, doc injek pain killer dulu. Bagi ubat tahan sakit dan ubat hancurkan batu karang. Lps tu hilang terus sakit nya. Alhamdulillah. Syukur. Mmg lega sgt2. Rasa mcm mimpi ngeri pun ada.

Mmg lps ni kena pantang seafood dan benda2 yg berasid urik. Sotong, ikan sardin, bilis, ikan kering, petai jering, tomyam. Dan macam2.

Kena byk kan minum air kosong dan minum air barli jgk. Disamping makan ubat2 klinik dan amalkan petua2 org2 tua.

Salam sumbangsih
KV & Co

Ahad, 11 Oktober 2009

GASTRIK

Nak tanya petua kenkawan, cemana nak hilang kan senak ulu hati kes gastrik ni.

Mek dh alami senak ulu hati ni sejak skolah menengah lg. Form 1 kut. Dah berkurun tu. Slalunya wat2 tatau jer. Kalo sakit sgt, minum susu panas dan baring.

Sejak bersuami, kalo tak tahan ngan susu panas n baring, mintak encik suami urut belakang dan pinggang.

Tp sejak mlm tadi, perut mek sakitnya aduhai..tak tertahan. Muntah2 pening dan rasa sakit betul kat ulu hati. Sampai takleh nak tido. Solat subuh pun sambil duduk (kemain lagik). Mmg time2 sakit perut rasa takleh berdiri, nak pitam. Nak kena baring jek.

Padahal sejak malam td dah minum susu panas, urut, sapu minyak panas/angin, minum milo panas, telah pil ci kit teck aun, pagi ni pulak telan ubat gastrik . Now masih sakit lg. Siap berpeluh peluh ni. Haish....sungguh tak selesa.

Rasa nak beli gaviscon pulak la. Tapi takde sapa nak tolong beli kan. Mek tak larat nak gi guardian ni. Cemana. Huk huk

Kalo geng ada petua, sila beritahu kv yer!


Salam sumbangsih
KV & Co

SELKOM KOTA BARU YANG HAMPEH

Disebabkan pagi ini kesihatan mek kurang ok (gastrik, pening dan lesu, malam td langsung takleh tido senak perut dan muntah, nak jugak bitau) makanya pagi ni mek nak membebel pasal customer service selkom kota baru yang sudah penat mek laki bini carut. Geram oh.

Peristiwa pertama, di bulan puasa.
Kawan mek nak beli blekberi storm. Mek nak beli ipod apple. Kami terjah selkom dulu. Punya lah lama tunggu nak jumpa incharge person blek beri. Bila dpt jumpa, budak tu wat main2 pulak. Dok layan sorang lg kastemer yg hari tu lah baru nak kenal menu, baru nak belajar nak kenal emel, baru nak belajar macam2. Dekat sejam menunggu, mek pun hampir2 tertido. Maklum la bulan puasakan.

Last2 kawan mek merajuk, kami pakat lari gi meksis center lak. Nak beli mek punya iphone. Kat meksis mmg layanan tip top ah. Best2.

So, sampai kesudah kawan mek tak beli2 blekberi. Kes bengang ngan budak selkom tu.


Kes kedua.
Minggu lps, my hubby nak beli blekberi curve siri dot dot dot (tak hengat). Ala boleh pakai prepaid tu. Hubby mmg suka prepaid banding ngan post paid. Mcm mimpi ngeri gitu bagi dia kalo pos tpaid. Serabut dgn kos2 tersembunyi.

Makanya, dia pun berkunjung sekali lg ke selkom centre kota baru jalan seri cemerlang.

Punya la lama menunggu, cam biasa, ada customer yg baru belajar nak emel dan bukak emel cemana. 40 minit tunggu. Last2, hubby jumpa sorang budak lg.

Bila diajukan persoalan (giler skema) pasal prepaid blekberi curve dorang blurr. Blur ok, mcm tak pernah dengar. Pastu terus jawab tatau. Boleh pulak dia perli hubby mengarut.

My laki dh bengang, so dia suruh bebudak tu buka website blekberi. Dorang dgn berlagak nya tunjuk plan selkom blekberi yg postpaid. Siap ckp kt hubby mek suh gi beli kat kedai biasa kalo nak pakai yg prepaid.

Hubby ckp, kalo nak beli kt kedai biasa dh lema dia beli. Tak yah susah2 dtg selkom. So, hubby pun tlg bukak website prepaid blekberi. Dorang terkejt sakan. Kecoh lak sbb tataupape pasal tu. Dorang ckp brosur pun takde sampai kt drg. Apa la!!

My hubby dh regis ngan emel. Pastu dah call selkom hq. Dorang dh bagitau harga ahli dan suh hubby gi beli henfon tu kat selkom jalan seri cemerlang. Macamana bebudak selkom jalan seri cemerlang taktau langsung pasal ni ek? Magik!!

Dan, lg lahabau dorang suruh hubby call selkom kl bagitau yg selkom kb takde pun stok blekberi prepaid. Huk huk. Patutnya dorang la yg menyelesaikan masalah ni, bukan kastemer.

Dah 2 kali terkena ngan seklom jalan seri cemerlang.



Salam sumbangsih
KV & Co

Jumaat, 9 Oktober 2009

Acara wajib pagi jumaat

aCArA WAJIB pAGI JUMAAT ADALAH PEGI PASAR. Beli lauk best2 balik rumah masak2. Hehe
Salam sumbangsih
KV & Co

Khamis, 8 Oktober 2009

MURTABAK RAJA

Puasa tuari tak sempat nak goreng cerita murtabak raja. Maklum ler, puasa kan, letih ngalahkan budak. Hik hik.

Semalam, balik kerja, si chiffon ungu call bagitau nak bagi brg. Dah agak dh murtabak raja sbb ari khamis lps dia dh bitau. Tp masa tu tak dpt, byk sgt tempahan. Semalam baru dpt. Punya la glemer murtabak ni sampai q nya pjg benor.

Kalo bulan puasa tak yah berangan nak beli on the spot. Harus kena tempah dulu baru boleh merasa.

Disebabkan susah sgt nak dpt, puasa ari tu mek beli brand raja zairah jer. Senang sikit nak dpt. Brand ni tatau lah raja mana. Hik hik.

Oh ya, dulu, mek ingat kan murtabak raja ni, raja yg makan. Rupanya pembuat nya nama Raja dot dot dot. Ahaha...al kisah



Murtabak dipacking sebegini rupa. Kalo dulu 10 hengget satu. Lani tatau berapa. Kalo yg raja zairah tu 11.50. Ari tu kami tanya kt param stadium 14 hengget. Giler mahal.



Harus digoreng dgn api kecik utk defrost dan garing.


Murtabak ni dua lapis tau (lupa nak snap). Rasa nya sungguh sedap. Dan tebal (sbb 2 lapis kan). Dan pencicah dia putih bersih. Biasa kalo kt pasar mlm tu siap buh pewarna merah.



Salam sumbangsih
KV & Co

Rabu, 7 Oktober 2009

HIP HIP HORAYYYYY

Walopun lama menunggu, hingga kdg2 terlupa.

Akhirnya, hari ini sampai jugak engkau wahai cek.

Tenkiu nanang!!



Best2. Walo pun ciput cinonet, ok la. Nama lagi berblog tidak bermodal. Lagi pun mmg hobi yg digemari.


Blog mek bukan glemer. Usah banding kan yg nanang dorang ribu riban. Hiks

Tgh dok pikir nak buat apa ngan duit tu nanti. Ngee




Salam sumbangsih
KV & Co

HAI

Hai..nama saya dina carah (versi pelat).

Saya suka nyanyi.
Nyanyi lagu merdeka sudirman.
Nyanyi lagu dikir barat anak tupai lirik buat sendiri.
Nyanyi lagu gagap stacy lirik buat sendiri.




Saya suka buli abang danish.
Best tau buli dia.
Pastu boleh gelakkan dia kalo dia menangis.
Hik hik




Saya suka pakai jeans n tiset.
Mama suka beli baju gegirl macam saya pakai ni.
Jugak dress gegirl.
Saya tak suka ah.
Kalo mama suh pakai saya meraung macam kena buli.
Pastu saya cakap baju tu buruk. Ngeee




Saya suka buat sepah.
Best tau buat sepah. Pastu mama suka membebel.
Saya jugak selalu tumpahkan air dan nasik atau apa2 benda yg dok dlm mangkuk atau cawan.
Bila tumpah, abah saya akan bertukar menjadi incredible hulk sbb tugas membersih abah yang buat.
Abah marah2 saya, tapi dia sayang saya.;P


Saya jugak suka binatang.
Abang chik selalu bawak saya ke rumah jiran main arnab.
Pastu abang chik pelihara tupai/ketam untuk saya main.
Ibu jugak pelihara kucing utk saya main.
Tapi saya suka buli binatang2 tu.
Hampir mati dorang saya kerjakan.

Oh ya, nama saya DINA CHARAH tau!!


Salam sumbangsih
KV & CoAdd Image