Isnin, 31 Ogos 2009

hepi merdeka uols

now mek terbaring lps sahur n nk solat subuh sblm tido blk. Oh nikmatnya tido. Hehe. Just nk ucap hepi merdeka to everyone. Moga hidup kita tdk diselubungi misteri. Hiks. Danish kalo tgk je bendera kita terus ckp 'mandera'. Mek saspek gabungan merdeka n bendera kut. Dina plk, 'meteta' 'meteta' spjg mlm td. Salam sumbangsih
KV & Co

Ahad, 30 Ogos 2009

KUIH WAJIB

Kuih wajib yg aku beli tiap2 ptg untuk buka puasa.

Tak pernah miss.



Jala emas, tp semalam ada tambahan kuih tah* itik. Sbb dh tak ingat rasa cemana, tu yg aku beli 2 ketul.


Sedap!!


Salam sumbangsih
KV & Co

Sabtu, 29 Ogos 2009

melepek

now dh hari ke 4 aku mulai puasa. Hari pertama aku muntah teruk sampai melepek giler gara2 menapak tgh panas blk meeting tu. Lps tu kan g beli iphone/ipod. Mmg lembik. Hari kedua hubby ajak g param stadium. Be4 tu singgah kb mall beli skrin proteksyen iphone/ipod. Kluar kb mall aku rasa gelap mata nk pitam. Muntah teruk dlm kete. Smlm blk kg kjp belah pg. Ptg g param stadium lg. Lps solat isyak keje aku landing je. Mcm ular sawa. Nk temankn anak main mercun bwg pn aku tk larat. Huhu. Teruk betul aku ni. Mcm bdk2 plk. Nak mkn supplement apa ek? Salam sumbangsih
KV & Co

Khamis, 27 Ogos 2009

HADIAH YANG TERTUNGGAK

Kemain lama tunggu hadiah anniversary. Hiks...

Akhirnya, semalam hubby mengajak aku mengunjungi

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Maxis centre.
Menggodek dulu apa yg patut sebelum membeli.



Sbb aku nk pakai prepaid, kena pilih nombor dulu. Nombor sedia ada kan aku dh tukar jadik cel.com.




Akhirnya.....














Tada!!!!!!!



Siap dpt kurma lagi. Sayang nak makan sbb kotak comel sgt. Hehe


TQ bi! Ai lap u. Hehe

Salam sumbangsih
KV & Co

CERITA SEMALAM

Ramai yg tanya apa jd dlm meeting semalam kan. Hiks. Aku wat satu en3 khas yg ringkas pasalnya. Ahaha

Masa pegi tu mmg takde debar apa dah. Dah tekad dlm hati, lantak lah apa nak jadi. Hiks

Utk pengetahuan korang (cheheheh)..dedulu mmg ni keje aku. Masa tu meks baru keje dan status masih anak dara. Gi meeting gambel jek. Tah pape aku jawab. Now dh 10 thn aku keje sini kan, takkan dulu aku boleh handle, skrg tak boleh nak handle pulak kan. Cuma yg aku geram, aku kena buat keje org. Sakit hati woo.

Sampai kt tempat mesyuarat boleh aku lupa bilik gerakan kat mana. Lama dh tak pergi situ. Hiks. Masuk2 tu dh ada org/jabatan lain. Cuma pengerusi blom sampai. Dorang sambut aku siap tau aku wakil dr man. Haha. Pastu siap ckp, 'ooo..ini lah org nya, selalu dengar nama jer'. Geng dedulu dh ramai bertukar. Dah ganti org baru. Aku pun dg bertukar skop keje kan. Tapi deme ni byk gak rujuk kt aku bila 'tersangkut'. Sbb tu aku boleh berlagak rilex jer.

Cuma pengerusi baru ni aku tak prnah kenal. Dengar gossip jauh2 mmg hazab skt. Sbb tu aku rasa agak cuak sedikit. So, meeting setel dgn jayanya. AKu belasah jer jawab, sbb jabatan aku byk di soal dan diperli. Aku tangkis secara berhemah. Kikiki. Janji lepas. Sapa suh aku pergi kan. ;P

Meeting start 20 minit, ada sorang staff masuk mintak sign borang. Rupa2 nya nak bagi elaun. Tgh meeting boleh bagi elaun meeting uols. Kelas kan? Wahaha. Nanti aku nak wat beli track bottom la. Hehe. Soookkkaaa

Cuma yg tak best, abih meeting aku kena blk jalan kaki sbb driver semu adh keluar gi site bawak pegawai lain. Alah, sebelah opis aku jer. Cuma agak hazab lah menapak di tgh2 panas tgh hari buta tu.

Alhamdulillah selesai segala masalah. Tq korang sebab doakan aku ek.;)


Salam sumbangsih
KV & Co

Rabu, 26 Ogos 2009

SENTAP OKEH!!

Semalam aku sentap giler babas tau! Mek tensi! Mek tensi! Begitu lah kaedahnya. Huk huk

Kes nya, my big bos interkom unit aku, masa tu aku yg pickup call (nyesal aku tak ponteng ke mana - mana). So, aku di arahkan kan ganti opismate yg bercuti 2 hari (start hari ni) ke mesyuarat bersama PBT.

Ayyyooo!! Aku tatau sepatah haram pun kes yg akan di mesyuaratkan jam 9.30 pagi ni. Apa aku nak cakap dalam meeting nanti. Yg aku geram, opismate aku ni dgn selama bagitau big bos aku boleh ganti dia. Binawe. Tak pepasal aku rasa nak mencarut ni. Dah la aku puasa ari ni. Sabarrr!!!

Mcm2 alasan aku auta big bos, tp tak lepas. Katanya 'saya yang menurut perintah' kan. Wajib mek turuti walopun hati luka parah. Tensi weh!!!!!

Pastu pagi2 lg aku kena cari maklumat yg nak kena jawab dlm meeting nanti. Kawan tu dh seronok bercuti tau! Hampeh!

Semalam mmg aku bengkek giler. Siap aku merajuk tak bercakap tau. Sekali pikir bodoh pulaks. Tp mmg cannot help myself la! Otomatik jadik gitu. Haha. Hubby kata, pergi jer. Ibarat kata Nadia AF, 'redah jer!!!'. Masalahnya aku kena hentam dalam meeting nanti aku nak jawab apa?

Hubby gelakkan aku semalam, merajuk mengaruk macam Dina dia kata. Mcm2 dia wat lawak bodoh nak suh aku gelak. Siap ckp, kalo aku dpt elaun mesyuarat nanti boleh belanja makan sirloin steak. Huk huk. Lama2 aku ok, setelah aku keronyok hubby, geram nak lepaskan perasaan. Nak berteriak nanti MIL ckp aku gila puloks. Tapi pagi ni aku gemuruh pulak. Sekali pikir nak cuti jer. Tp nanti big bos mark aku plk kan?

Haish geram tau! Geram mmg aku geram!!!! Korang doakan aku selamat pergi dan selamat kembali okeh! Hik hik


Salam sumbangsih
KV & Co

Selasa, 25 Ogos 2009

SAHUR YANG TAK JADI

Pagi tadi, hubby beria - ia kejutkan aku suh bangun sahur sbb aku ingat hari ni aku dh boleh puasa. Aku kan mcm biasa ah, kalo bab2 bersahur ni aku mmg malas giler. Kalo mlm before tido tu, aku akan masak nasik siap2. Lauk pun dah taruk dlm bekas, senang hubby tekan jer button start microvawe. Kata dh ada microvawe kan. Hik hik. 30 saat terus boleh makan. Panas2 tu. Hebat. Kah kah kah

Dulu2 aku bersahur sokmo. Kena paksa ngan mak kan. Kalu dak harus kena bebel sampai berbuka karang. Masak ah. Eh, melalut lak. Aku tak suka sahur sbb lps tu aku tatau nak buat benda makanya aku akan tido balik. Bangun lps tu harus atau wajib aku jadik loya dan muntah2. Satu hari tak hilang loya2 tu tau. Sbb tu aku tak suka sahur. Sungguh tidak berilmiah aku ni. Huhu. Tapi kenapa dulu aku ok jer tido blk lps sahur. Aku perasan lps aku pregnant kan danish, mmg aku loya kalo bersahur.

Start puasa kan aku terus bendera jepun. Hubby ckp, tido je lah, Tak payah nak teman dia makan. MIL ngan atuk ada bersahur sama. Dah ada teman, tak pyh lah aku bangun. Lagi pun sblm tido tu aku dh siapkan apa yg patut kan. Sungguh baik hati suami ku. Hiks.

Tp pagi tadi, dia dah makan separuh, dia gi kejut kan aku semula. Siap paksa2, kut2 hari ni aku boleh puasa. Takut aku letih. Lagi kan tak puasa aku letih giler. Ahahaha. AKu letih sbb kepala aku sakit kan kes spek rosak. So, keje aku menguap jer sehari2 di samping sakit kepala. Sbb tu aku letih giler. Haha. Alasan.

Sbb aku malas makan nasik. Aku ambik kurma 3 bijik ngan minum jus oren. Kelas kan menu sahur mek. Bangun2 pagi ni masih bendera jepun. Makanya aku goreng nasik utk dina n danish, termasuk bekal aku sekali lah. Huhu.

Ni aku tgh dok berkira kira mlm nanti nk sahur apa. Takdak idea ni.


Salam sumbangsih
KV & Co

SEMALAM YANG HANGAT

Hangat lah sgt!!!!

Spek aku dh patah seminggu di kerja kan oleh dina. Dah la spek aku frameless. Frame jer yg rosak. Cermin ok. So, aku pakai spek gantian yg aku jumpa kt kedai bundle. Hehe. Tp, walopun mata ku terang pakai spek tu, kepala mmg sakit berdenyut denyut. Power tak kena kut.

Tak tahan sgt, semalam aku half day. Mintak ngan boss nak keluar awal gi beli frame baru. Kami terjah satu kedai melayu yg agak besar. Before ni aku slalu dok wat kt kedai cina. Kali ni terasa nak beralih arah plk.

So aku ckp ngan bdk SA tu, nak frame yg plg murah. Sbb nya, selagi dina tak besar, mebi spek aku kena hentam ngan dia sokmo. Lg pun aku cadang nak pakai cl mai keje. So, SA tu cari frame yg sesuai. RM 98 jer. Dia dh tanya senior dia. Dorang ckp boleh jer tukar frame sajork. Dorang offer frame stok lama. Aku ok jer.

10 minit kendian dia dtg bitau yg frame aku pilih tu tak muat sbb takut pecah cermin. Dia sajes satu frame lain. Aku ok jer asal boleh masuk ngan cermin mata aku tu. Tp kemudian dia dtg bagitau kena dtg ambik besok. AKu dh bengang dah. AKu ckp ngan dia, kalo besok aku tak mo sbb aku keje jauh ngan kedai dia. Satu hal lak nak tekejar kejar besok nya. Kalo tak boleh, mmg aku nak kensel la.

Tetiba dia dtg bitau suh tunggu, dorang buat kan segera. Lama nunggu, keluar lah bdk SA tu bawak spek aku ngan frame baru. Dia ckp, "kak, lg elok akak tukar cermin baru sbb cermin akak ni rapuh la". Aku terkedu, cuma cakap "Ooooo!!" Tapi aku dh tgk cermin aku dh retak keliling skru kt btg hidung tu. Tp aku punya lah tongong terus gi bayar. Dia caj RM 90 jer. Masa tu aku perasan frame yg dorang kasi aku tu, dok dlm trail RM 58 jer. Terus aku rasa nak nagis. Aku tertindas tapi aku takut nak bela hak aku.

Kluar dr kedai spek aku terus ckp ngan hubby, "bi, mama kena tipu lah!" Aku pun cerita lah pok pek pok pek. Hubby terus tak puas hati, ajak masuk semula. Aku dh takut n segan. Tah pape je aku ni kan. Hubby cakap, "kalo mama segan, bi gi sorang. Gi tunggu kat kereta". Aku dh berdebar giler.

Dlm 10 minit menunggu, hubby sms suh gi kedai tu segera. Aku dah dup dap dup dap. mmg gemuruh giler. AKu masuk jer kedai tu, aku tgk hubby tgh ckp ngan henfon. Dia pusing pandang aku dan angguk. Habis ckp ngan hp, dia ckp ngan aku "dorang ganti!". Aku rasa lega sungguh. Tp masih berdebar tau. Tah pape aku ni.

Kami pun tunggu di satu sudut yg jauh sikit. Hubby cerita la, saat2 dorang bertekak td.Dorang tak nak ganti dan dorang tak ngaku yg cermin tu pecah sbb dorang. Hubby ckp, kalo cermin tu dh pecah, takde guna tukar frame jer, baik wat spek lain terus. Byk hubby bebe last2 dorang fedup dan dgn merajuk ckp dorang ganti free. Sbb sblm tu siap suh aku pakai dulu seminggu, kalo pecah dorang ganti. Masalahnya kalo pecah lps seminggu cemana kan? Dorang ckp kena byr separuh. So, hubby kata dia nak cermin asal yg tak pecah, dan tak nak bayar pape. Dorang kena ikhtiar kan. Byk lagi lah. Aku pun lupa cerita hubby.

Masuk 2 minit dorang keluar lg ckp nak ganti sebelah jer. Hubby ckp. " saya takde pun suh ganti kedua - dua, saya suh ganti yg pecah jer!".

Tunggu dlm 20 minit gitu dh siap cermin aku. Cepat plk dorang buat kan? Adoii..mmg serik ah ngan kedai ni. Siap salahkan kami ckp kami paksa dorang buat. Banayak putar belit betul lah. Hubby ckp, 'saya dtg baiki benda lain, tp awak buat benda lain rosak, so awak kena ganti!". Tp takde lah berteriak bagai, hubby kata dia ckp slow jer, cuma tegas.

Bukan banyak 90 hengget tu, tp servis dorang teruk la. Kalo tak boleh, ckp la tak boleh. Kami dh nak g wat kat kedai lain dah. Ni suh kami tunggu, siap cadang frame lain la apa la. Mmg berbelit sungguh. Silap dorang tak nak ngaku. Satu hal lak, aku dh abis 90 hengget utk frame, mebi besok aku nak kena hbs lg 60 hengget utk sebelah cermin yg pecah, kan? Baik aku wat beli benda lain 60 hengget tu. Dah la menipu bagi kat aku frame muarh.

So, sekali tu jer lah kami kedai tu, atau mana2 cawangan dia. Masa dok tunggu tu jgk, dtg sorang pakcik ngan cucu dia. Nak ambik spek yg dorang tempah kut. Dah 3 hari tak siap2. Pakcik tu membebel ckp 'bisnes apa ah korang ni, lambat sgt, kalo kedai lain sehari pun dah siap'.

Tapi masa bdk SA tu dtg bagi spek kt aku, aku siap ucap terima kasih tau. Kami pun bukannya nak bergaduh, segan kat org. Tapi mempertahankan hak kami jer. Hubby ckp, jadi lah pengguna yang bijak. Lagi pun lps ni mmg tak jumpa dah dorang. Haha

Oh bi, u are my hero! Hiks.


Spek yg penuh kontroversi. Hiks.


Salam sumbangsih
KV & Co

Isnin, 24 Ogos 2009

LUPA DARATAN

Jumaat minggu lps (sblm dina sakit kaki), anak2 sibuk nak gi pantai. Masa dok kecoh2 tu, sepupu MIL dtg menziarah nenek hubby yg uzur tu. Dia yg cadang kan supaya kami gi pantai Melawi carik remis hitam. Kami pun, bila dgr jer, cari remis, mmg teruja giler. Cepat2 solat asar dn kemas brg apa yg patut. Hehe.


Sampai2 jer, dina ketidoran. Masa tu kan peringkat awal puting less, so dia takmo tido. Bila naik kete baru lena.


Sementara tu, hubby mengushar dulu keadaan pantai.


Nampak tak bot bersidai tepi pantai. Nelayan dh pulang.



Lps dina bangun, aku join hubby ngan danish cari remis. Sungguh teruja. Dah la air takat pinggang dina jer. Ombak pun tak kuat. Mmg best la.


Ni lah rupanya remis hitam tu.


Dapat 2 besen tau!



Mmg xtvt yg menyeronokkan. Anak2 pun hepi terlompat lompat. Cuma kami dok pikir, mebi dina kena sengat ngan tapak sulaiman kut (byk sungguh tau). Sbb tu kaki dia bengkak dan sakit. Tp dia start sakit skt2 pagi ahad. Tatau lah betul ke tidak.


Salam sumbangsih
KV & Co

BIRTHDAY PRESSIE

Hik hik..setelah sekian lama dok tangguh KIV hadiah besday hubby, baru jumaat lps aku berkesempatan membelinya. Takpe, mcm kata green apple, asal suami ku redha. Hik hik



Sebelum tu dh mencari, tp hubby tak berkenan, makanya mek belanja makan jer dulu. Tapi suami ku hanya memilih kehepsi jek uols. Mek sengih jek la. Sungguh tdk high taste suami ku. Wahaha...



Ari tu kan, danish kecoh nak gi parkson. Sbb tatau benda nak beli, cari jer hadiah utk hubby. Hasilnya, ini lah yg daku beli untuk suami tersayang. Chewaahh!!
Tiset selai, wallet seketul, kemeja selai. Oke lah tu! Siap dpt voucher 10 hengget lg ha! Nanti aku nak gi beli weges yg mabeles lah kat parkson. Meleleh air liur ni ha! Tak sabar! Tak sabar!


Salam sumbangsih
KV & Co

Ahad, 23 Ogos 2009

MADU ASLI

Minggu lps (asyik cerita basi jer kan, maklum la, minggu lps tak dan nak bercerita..hihi). Hubby ambik kesempatan bersih kan tangki air. Minggu ni dh start puasa kan, takut tak larat.

Panjat2 je menara tangki, tgk ada kelulut bersarang. Korang kenal tak kelulut? Cemana ek rupanya? Aku pun nak cerita mcm fail jek ni. Alah, yg ramai2 saiz kecik2 suka wat sarang kat tempat tinggi2 sikit tu. Tiang ke, siling ke. Kalo lalu bawah dorang tengah hurung tu, masak ah nak membuang penuh rambut. Tak reti ah nak cerita. Gagal.

Tapi madu dia enak mcm madu lebah jgk. Lagi pun payah nak jumpa. Rupa2 nya dh lama dorang bersarang, sbb dh ada satu sarang lama.

Kemain teruja suami ku mengambil madu kelulut. hihi


Ni sarang dia.


Nampak tak lelehan madu tu?


Hubby tgh perah madu.


Dapat la sekerat gelas (secawan). Alhamdulillah. Rasanya manis2 masam. Best!!!




Nanti lama sikt nak jenguk srang baru lak.

Salam sumbangsih
KV & Co

CATATAN 1 RAMADHAN

Walopun daku tidak puasa semalam, tp letihnya mengalahkan org puasa. Huhu. Agaknya org berpuasa di beri kelebihan kut.

Pagi2 bangun goreng nasik utk danish n dina. Sesambil kemas dapur. Bagi dina makan nasik, minah tu boleh buang mangkuk dia ke dlm longkang. Punya lah mek bengang. Kena marah ngan abahnya. Pastu ha, siap, meraung mcm kena dera, berjam jam pulak tu. Tensen tau. Aku plk yg kena pujuk.

Pastu sambung mendobi, mandi dan sapu rumah. Hubby ajak keluar jam 11. Dia nak jumpa someone, tp takut bini tensen dok jaga anak yg suka bergaduh 2 org tu. Baik gi jalan2. Lg pun hubby nak beli skt brg dapur utk pengasuh dina. Gi kk mall kubang kerian, singgah kedai borong beli stok kedai runcit MIL, singgah pam minyak beli stok petrol untuk kedai runcit gak. Blk rumah dh 1 lbh. Dina pun dh tido. Lega.

Tatau nak buat apa, boring sungguh. Last2 aku terlelap lm 15 minit. Sedar2 sakit sungguh kepala. Nyesal lak tido. Tgk2 dina ngan hubby kt bilik air dah. Main air. Sepanjang hari tu, ada dlm 15 kali minah tu mintak nak mandi. Letih okek! Bukan nya nak mandi pun nak main air jer. Sejak sembuh dr sakit ni, makin teruk lak peel dia. Aku respek ah ibu2 bapa2 yg sabar layan karenah anak. Sbb aku mmg mulut bising dan tgn ketam asyik nak berjalan jek. Geram.

Lps tu masakkan sup cendawan utk dina. Danish ketidoran. Layan dina makan sambil dia kecah kan dapur ngan sup tu. Huhu. Pastu mengamuk ajak abahnya gi ambik buah serai kayu. Layan.

Balik dr ambik buah serai kayu tu, dorang ikut abahnya gi beli ikan selayang. MIL nk buat kerabu buah machang. Balik dr kedai, danish hilang basikal lak. Keliling rumah cari, last2 jumpa rumah jiran belakang rumah ku. Huhu. Sekejap jer bebudak tu ikut abah dorang gi kedai, dan2 tu hilang. Aku mmg tak pikir org lain yg ambik, harus si boboy tu. Geram lagi. Mak bapak dorang boleh wat rilex jer. Hadoi la!

Lps tu gi PARAM, nak beli murtabak dan lauk2 sampingan lain. Belikan dina air. Pastu takmo kongsi ngan abang. Siap meraung dlm pasar takmo abang minum sama. Adeh..tensen lg.

Sampai rumah, hidang2 kejap terdengar org azan. Dina plk tumpahkan kuah murtabak. Habis licin. Tensen lg. Kena buat kuah sendiri. Bantai jer. Hubby tolong bersihkan kuah yg tumpah.

Pastu mengamuk minah kecik tu nak mandi. Kemain lama aku tunggu dia main air. Last2 aku tutup lampu. Dia meraung, alahai...nak pecah rumah ok. Aku bukakan semula lampu, tinggalkan dia main sendiri. Pastu bila dia tgk aku takde, elok jer kluar bilik air siap lap badan sendiri lg.

Mlm nya, byk lg episod meraung. mmg aku rasa letih sungguh semalam. Mengalahkan org yg puasa.

Hihi..itu jer rungutanku di hari pertama ramadhan. Sengal!


Salam sumbangsih
KV & Co

Jumaat, 21 Ogos 2009

frust dan sesak di kota bharu

fuhh... Pagi td, bgn je tido, terus bendera jepun. Kuciwa. Esok tk dapek nk puasa. Thn lps pn mcm ni jgk. Silap timing ni. Abih crite. Msk bab lain. Pagi2 siap anak beranak, nk g pasar. Lg pn danish kecoh dk ajak g parkson. Sarap kt psr pastu hubby msk pasar bsh beli lauk. B4 tu dh singgah beli daging kt tepi jln utk sahur mlm karang. Tp, nk dpt kn parking area pasar tu mmg hazab giler. Jem. Pastu org msh pening ngan laluan br kt kb ni. Makin lh tambah jem. Gi farmasi beli mask sementara tunggu parkson buka. Panas nya aduhai, dina asyik merengek je. Kesian dia berpeluh peluh. Ajak blk tp danish dh merajuk. Mikirkn bsk dh puasa kami layan jgk la permintaan danish. Kalo bwk ms bln puasa nnti blh pitam mama dia ni. Hehe. Pusing2 kjp je. Lps kn hajat danish. Pastu blk msk2. Menu ringkas je. Sambal sotong, tomyam campur dan hati ikan yu panggang. Oke la, mek nk join dina tido. Bye. Salam sumbangsih
KV & Co

Khamis, 20 Ogos 2009

T BONE STEAK WITH BLACK PEPPER SAUCE

Lunch tadi kat tok bali ship kopitiam.





minum cappucino mocha ice blended.




Makan t bone steak yg sos nya dicurah di meja kita oleh pelayan. Makanya, asap berkepul kepul naik dan menjadi perhatian orang. Huhu. Naik segan pulak mek rasa.


Tapi, sedap. Abaikan diet ku. Mmg sudah ke laut.

Selamat datang ramadahan al mubarak. Buat semua kenkawan blog, selamat menjalani ibadah puasa. Insyaallah.

Salam sumbangsih
KV & Co

MASAK2 HARI MINGGU

Before puasa ni, kita pulun en3 makan2 dulu. karang asyik dok telan ayaq liur, kurus puasa mek dan korang sekali. Hihi

Sbb aku dh snap gambar, harus ditempek jugak kt blog. Kan?

Weekend lps masak2, takdak keje lain aku kalo hari minggu. Harus masak2. Hihi

Telur ikan grill ngan microvawe. Untuk menambahkan kaw, lapik daun kunyit. Harum semerbak.



Ikan haruan kukus.


Ikan tambang singgang.


Udang galah size xxl goreng pedas.

Mabeles!

Salam sumbangsih
KV & Co

PUTING LESS

Rasanya dh 10 hari kut aku lancarkan kempen anti puting untuk dina.

Sebelum ni aku dh try. Tp tk mendapat sokongan sgt dr abahnya. Gagal terus. Pastu aku fed up. Mcm2 tips aku tanya org keliling. Tensen mek. Kenkawan pun asyik dok bagi gambaran negatif pasal puting. Macam lah aku ni nak sgt dina tu hisap puting. Sedih taw!

Pastu, tatau la dari mana muncul semangat baru nak mencuba balik. Aku start dr selasa minggu lps. Malam tu langsung aku tak bagi puting. Siap buat perjanjian dgn hubby. Tolong keraskan semangat. Hehe

Mlm tu dia meraung sakan memula tu. Aku ckp ngan hubby "bertahan sehingga kita mengantuk giler" Ahaha. Mcm2 aku ckp. Lipas ambik. Puting putus. Punya lah dia mengamuk. Tp tak sampai setengah jam pun. Pastu dia ketidoran. Fuh! Lega.

Malam tu (masa tido) aku langsung tak lena. Risau kut2 dia bangun mengamuk. Huhu. Tp dia tido ok jer. Jam 6 pg, dia dh bangun carik puting, meraung 30 minit. Abahnya dah tak tahan. ANak nya dh hilang suara dok meraung. Akhirnya aku bagi balik dh terus dia lena. Magik sungguh. Sampaikan kejut nak gi kerja pun dia tak bangun.

Kat rumah pengasuh, ibu dia langsung tak bagi puting. Alhamdulillah pengasuh menyokong usaha ku. Hehe. Balik rumah pun aku tak bagi. Sampai lah ke hari ini. Cuma taim nak tido (siang atau malam) dia akan tanya puting. Kami bagitau 'kum (kucing) ambik' sbb kalo org usik dia pasal puting dia mesti ckp 'kum ambik'.

Kebetulan plk, dia kan sakit kena jangkitan kuman. Siap demam menggigil bagai. Aku dh panik. Risaukan dia satu hal. Risaukan puting satu hal. Aku takut aku tak kuat semangat jer. Hubby lbh2 lg. Tp alhamdulillah walopun sakit2, bila pujuk pasal puting dia ok. Boleh terima alasan kami beri.

Mlm td pun mcm meracau racau carik puting. Kami tahan sabar jer. Dia mengaruk ke, dia merajuk ke, sabar!!! Kena kuat semangat.

Sungguh2 aku berharap aku dpt bertahan ngan kempen ni. AKu selalu ckp ngan hubby, please, tolong bertahan, kalu dak sia2 jer usaha kita selama ni'.

Gambar2 dina aku snap dlm kete sblm sakit. Masa ni dia tgh ajuk muncung hisap puting. Kelakar jer muka dia. Hahaha







Doa kan misi aku berjaya k.



Salam sumbangsih
KV & Co

Rabu, 19 Ogos 2009

BENGKAK KELENJAR

Hari Isnin, aku half day. Semalam aku cuti.

Alkisahnya, pagi selasa tu (dlm jam 6 pg kut) Dina nangis kuat sungguh. Pegang2 tu tubuh dia hangat giler. Tp berpeluh peluh. Lps tu terketar ketar. Dia cakap 'sakit! sakit! panas! panas! Ah, sudah. Panik aku laki bini. Tapi tatau nak wat apa sbb tatau dia sakit kt mana.

Dia tunjuk kt peha. Aku tgk takde bangkak ke, lebam ke atau melecet ke hapa. Mcm2 dok tafsir. Bila dh siang sikit dia ok plk. Nak mandi. Before tu dia ikut abah gi hantar abang danish ke skolah. Balik tu siap main lompat2 bagai. Masa mandikan dia, aku perasan kura kaki dia merah. Tp takde bangkak apa. So, aku tak ambik berat sgt. Lps tu kami ke ofis.


Dlm jam 12 tgh hari, pengasuh dina sms bagitau peha dina bengkak. Dia syak bengak kanjaran ore kelate panggil. Aku tanya hubby dlm bahsa surat benda tu apa. Hubby kata bengkak kelenjar. Ntah la.

Kami half day ari tu, balik ambik dia bawak gi klinik. Tp dia ok jer. Tetap galak hepi2. Masa kat klinik pun ok.

Doktor ckp, bukan bangkak kanjaran, Kalo bengkak kanjaran celah peha dan perut tu akan bengkak dan sakit. Ni bengkak mcm ruam sekitar peha. Tp seangkatan lah ngan bengkak kanjaran. Dia mulai dr kura kaki (atas ) pastu dia naik ke peha. Berhenti kat peha. Jangkitan kuman. Mebi dr luka2 lama. Kami saspek kurap kt lutut dia. Tp doktor kata dia mula dr bawah dulu. Doktor bagi ubat tahan sakit, antibiotik dan ubat sapu. Lesai. Dia pun ok je.

Malam semalam dlm jam 5 pagi, dina bangun meraung lagi. Kes sama, demam, peluh dan ketar. Dia siap ckp sakit kaki, sakit kaki. Panik lg. Kaki dia bengkak giler. Dan kami perasan jari dia ada bintat. Agaknya mulai dr situ kut. Before ni tak nampak. Lps injek ubat demam kut bontot dia tido blk.

Tp sbb risau kami cuti je. Tgh hari sikit aku perasan betis dia merah berjalur jalur. Bila pegang keras plk tempat yg merah2 tu. Pastu dia takmo makan ubat. Dlm jam 2 gitu dia demam balik. Last2 bawka gi klinik lain.

Terkejut doktor tgk. Doktor tanya boleh jalan ke tak, kami bagitau terhenjut henjut. Doktor ckp, kalo org dewasa kena gini pun mmg sakit sampai tak boleh jalan. Silap buat siap bernanah di spot2 yg tertentu. Aduyaiii...takut mek dengar. Doktor nak bagi ubat tp bila dia tau diana susah nak makan ubat (kecuali dgn pengasuh), terus dia injek. Meraung sakan minah tu. Hihi

Hari ni doktor suh bawak ke klinik semula sbb nk tgk cemana perkembangan dia. Sama ada kena injek lg atau pun tak payah. Sbb dina masih kanak2 kan, risau gak la. Dia bukan reti nak bagitau sgt apa yg dia rasa. So, ptg ni dlm pkl 2 kena bawak dia gi klinik.

Malam td kami risau betul. Tp alhamdulillah dia langsung tak demam. Tido mcm biasa. Pagi ni pun ok. Syukur dan lega sgt2. Harapnya, dia ok lah. Insyaallah.


Kaki dia aku snap pagi td. Dah surut sikit bengkaknya dan hilang dah kesan merah2.




Salam sumbangsih
KV & Co

Isnin, 17 Ogos 2009

HIDUP BERJIRAN

Dah lama aku nak bebel pasal jiran belakang rumah aku ni. Asyik tak sempat jer. Bukan niat nak mengumpat okeh (tp mcmmengumpat jek ni) tp meluah perasaan. Kalo aku tak luah kt blog, kat mana lg kan. Dan bukan jugak untuk meminta pandangan, pendapat atau nasihat. Sekadar untuk menghilangkan apa yg terbuku. Kalu dak, mek meroyan nanti. Hihi

Sbb apa aku kata bukan nk mintak pandangan, sbb nya benda yg aku akan ceritakan ni takde penyelesaian lah. Begitu lah sokmo.

Oke, jiran blkg rumah aku (yg sejengkal katak tu) adalah kakak kpd nenek hubby. Dulu tanah yg kami duduk tu dia punya. Tp dia dh beli tanah kt gua musang, so dia jual tanah tu kt atuk hubby. Now, tanah tu dh tukar ke nama hubby dh pun kan.

Lps suami dia mati, dia asyik dok berulang alik sorang diri dr Gua Musang ke kampung hubby. Menumpang kasih dan kdg2 duit. Hehe. Lama kelamaan, MIL cadang dia wat rumah blkg rumah kami (rumah lama dulu). Oke lah, dia wat lah rumah kat situ. Lesai.

Satu masa tu (aku blom bernikah lg ngan hubby), anak dia aku nama kan Gayah (bukan nama sebenar) kena halau oleh landlord tempat dia menyewa. Takde tempat nak duduk. Dtg merayu pd MIL nak tumpang mak dia. MIL bagi dgn syarat duduk jgn gaduh2. Hehe. So dia pun tambah lah, besarkan skt rumah mak dia tu.

Lps aku kawen ngan hubby dan kami buat rumah, rumah dia terpaksa kami potong (roboh) sedikit. Kalo dak mmg tak muat. Tp kami sambung lah bahagian lain sbg ganti. Tp jarak rumah baru kami dgn rumah di mmg rapat benor. Rumah kami dh la tinggi. Tingkap bilik aku setentang ngan entrance (pangkin) rumah dia.

Nak jadi cerita;


1. Flip flop old navy aku hilang sebelah. Puas aku cari tak jumpa. Lbh kurang sebulan lps tu, aku tertengok selipar aku di buat lapik tiang rumah. Siap potong bagai dah. Mek nages uols. Geramnya alahai..aku ngadu ngan hubby suh MIL sound, hubby kata sabar, sabar.

2. Flip flpo cap ayam aku hilang lg. Kali ni 2-2 belah. Aku gi intai bawah rumah dia. Dah potong siap2 nak buat lapik tiang. Walawei, walopun cap ayam, tapi tu my slipper occay! Geramnya!! Ngadu ngan hubby, hubby kata rilex, nanti dia pikir cemana nak setel.

3. Mainan danish kata buh dlm satu bakul besar. Masa pindah ke rumah baru, kami letak kt belakang (ala2 stor) sbb takmo dina wat sepah. Tgk2, abih tak tinggal menan tu semua. Cucu dia wat main. Punya lah sakit hati wei! Danish dh meraung tgk boboy (cucu dia bukan nama sebenar) main back hoe dia. Kami dah confuse sbb tak yakin back hoe tu danish punya. Ye lah, kut2 babak boboy belikan ye tak. Agaknya dia dgr danish dok meraung tu, mak boboy suh atuk boboy (kakak nenek hubby) gi hantar. Baru sah danish punya. Benda lain byk lg la. Kami wat tatau jer. Kdg2 danish n dina gi kutip sendiri kt rumah dorang.

4. Stroller buruk danish masa kecik (yg skrg aku buh dina dlm tu senang nak tolak taim jogging ptg2). Tiap2 kali balik keje mmg stroller tu dokkt rumah dorang. Apa ke jadah pun tatau la. Lori basikal, kerete (semua yg boleh naik) semua dok kat situ. Danish akan gi ambik sendiri. Takde nya dia nak hantar. Kdg2 danish n dina buat pernagai takmo gi ambik tp mengaruk kat rumah, aku la kena gi ambik. Bosan anak dok mintak. Haish..satu keje lak aku ni.

5. Pick up remote yg hubby belikan utk danish masa kt sogo tuari, hilang. Tgk2 ada kt rumah dia. Tp dia main sorok2 takut danish nampak. Satu hari tu mmg danish nampak. Apa lagi, meraung sakan la mamat tu. Aku dh stress dah, ye lah. Mebi bukan danish punya kan. Kut2 la abah dia yg beli. Tak ke malu kalo gi tanya. Tp danish mati2 ckp pick up tu dia yg punya. Aku pun saiko danish. Mula2 tu dia takut nak gi mintak. Lama2 tu dia pergi panggil budak tu, knon2 nak pinjam hilux. Eh, pandai gak dia saikologi si boboy tu. Aku punya lah nak tergelak dok intai di jendela. Mula2 bdk tu tak nak kasi, lama2 dia bagi danish main. Hubby bila tgk hilux tu dh kat tgn danish, terus panggil danish balik. Dan2 tu danish bawak pick up tu balik rumah. Hahaha. Mmg saspen betul. mmg sah pick up danish yg punya.

6. Terbaru. Aku beli kan dina menda alah kat bawah ni. Dina panggil lori. Besoknya dina ke rumah pengasuh kan. Balik keje ptg tu, dh takde lori dina. Merata rata cari tp mmg takde. Aku terpikir jgk si boboi tu ambik, tp mcm tak munasabah lah plk. Tnya atuk (moyang danish). Atuk ckp, masa mengaji (atuk ajar bdk kampung mengaji) ada danish dok main ngan kenkawan dia. Tp atuk kata tak perasan plk. Kami cari habis satu rumah tak jumpa. Aku dh geram dh. Aku turun kut pintu belakang, hubby lak turun kut pintu depan. Kami bertembung di bucu rumah betul2 depan rumah dia. Mak boboy mcm pelik. Aku siap tanya dgn kuat lg (sengaja nk suruh dia dengar) " Jumpa tak?". Hubby ckp "takde la, puas cari". Dia tanya cari apa? Kami bagitau lori dina hilang. Aku tgk wajah dia berubah. Dgn slow dia bagitau hubby " Mat (bkn nama sebenar), kereta dina ada kat atas rumah, nak gi hantar tapi boboy nangis tak bagi, suh mek (my MIL) la dtg ambik". Aku dgr jer dia ckp mcm tu mmg sakit hati tahap gaban dewataraya gorgon kesatria baja hitam dia. Aku rasa nak sembur jer si gayah tu. Punya la tolol. Kut yer pun, pi lah bitau MIL awal2. Dah sehari benda tu kt rumah dia. Dia boleh rilex je anak ambik barang org. Tak ke mencuri namanya tu. Dia nampak kami dh bengang giler, terus dtg rumah bagitau MIL. Ntah apa dia bebel tatau la. Aku dh tak dengar dah. AKu ckp ngan danish "lain kali, jgn bawak keluar apa2 mainan!". Mmg dia dgr aku sound gitu. Biar lah. Lantak dia.

Hubby dok gelak sepanjang hari. Aku? Mmg aku tak boleh gelak, aku nak marah sungguh. Hubby kata, masa kt dlm toilet dia dgr boboy dok naik kete tu, tp dia was2, kut2 abah boboy belikan jugk kan. Ye lah, kita ni takmo lah bersangka buruk walopun benda cenggini dah 100 kali terjadi. Dia siap panjat tandas aku untuk intai tau. Nasib tak roboh. Tp tk nampak, pastu ntai kut tingkap plk, tak nampak jgk. Masa tu dia tak bitau aku pun sbb tak sahih kan.

Yg aku geram, si anaknya dah lah perangai mcm hantu. Hari2 dok bagitau danish dia ada benda tu, ada benda ni. Aku larang danish suh jgn layan. Biar lah. Dia budak kecik lg. Tak cerdik. Pastu kalo dia ada makanan, dia dtg rumah tunjuk2 kt dansih n dina, tp tak mau kongsi. Kalo kt rumah aku siap pergi dapur lg tau. Mak bapak dorang rilex jer tadek pape. Aku mula2 tu tk kisah. Kalo ala lbh aku bagi, kalo takde aku suh danish kongsi. Tp aku kecik hati sbb satu haru tu, dorang dok makan moktan (rambutan) tp tak bagi kt danish. Apa lah sgt nilai ngan rambutan tu kan, budak dok nganga terliur, takde pun dorang kasi. Asyik dok kupas bagi kt boboy jer. Sedih aku dok perati balik tingkap. Mek bukan niat nk mengintai tau, tp terrr. Hihi. Aku dh nak panggil danish suh balik, tp abang ipar boboi kupas sebijik bagi kt danish. Ada gak timbang rasa mamat tu. Bini dia (akak boboy) wat bodoh jer.

Kalo mikir kan hati jahat, mmg aku rasa nak sound jer dorang. Tp takut glemer satu kampung, aku tahan sabar je lah. Aku ngan hubby slalu dok borak, kalo takde MIL sekali ngan kami agaknya dh hari2 kami halau dorang tu kluar dr tanah kami tu. Dah la duduk free jek. Kami siap pagar wat pintu asing utk dorang lg. Tu pun siap demand nak pintu pagar besar. Byk cantik. hubby suh bayar sendiri. Terkedu dorang. Last2 pintu pagar kecik je la. Dah la pagar aku dorang wat port jemur kain. hampeh sungguh la.

Ops, ini sekadar entry luahan perasaan ok. Itu je lah nak bebel. Kalo nak taip semua cerita, masak korang nak baca. Hehe


Salam sumbangsih
KV & Co

Ahad, 16 Ogos 2009

BALIK KAMPUNG YANG SYOK

Bila balik kampung mmg tak dapat dipisahkan dgn acara makan - makan. Hehe. Kumpul ramai2 dan makan2 adalah syok sekali. Taim kt dapur gege riuh tu lah yg seronok nya. Dan taim berebut makan tu juga adalah seronok. Hehe


Gambar tidak terang sbb snap pakai henfon je.P


Ikan yu bakar cicah air asam. Mabeles.



Paru kerutup jugak mencengkam kalbu. Wallah!



Ayam kampung goreng kunyit. Nyum nyum




Pencuci mulut. Buah dokong. Letak depan tv dlm guni cenggitu jer. Kejap jer hadap. Wakakaka


Dan tak lupa hantu bedak makan eskrem. Jugak penggemar buah dokong.

Salam sumbangsih
KV & Co

BAJU RAYA DINA

Selain dr shopping online, aku pun dh beli sikit2 baju raya untuk anak2. Nanti bulan puasa tak payah nak kejar2 kan.

Aku kalo dh puasa mmg letih manjang. Sungguh tak positif lah. Huhu. Cemana nak buang sikap negatif ek? Tapi kalo puasa mmg pasif jek.

So, ngelak kan aku meroyan di bulan puasa nanti aku beli lah sikit2 baju untuk anak2. Kalo terbekenan kat online, aku beli online jek, senang. Posmen bawak mai opis jer. Sungguh mudah dunia sekarang kan.


Ni antara stok baju dina.

Nanti aku tempek baju2 danish lak. Baiii

Salam sumbangsih
KV & Co

PARCEL LAGI

Minggu lps, dah sampai parcel ku. Sungguh hepi dan best.





Jeans untuk danish.



Dress corak askar untuk dina.


Sekian.

Salam sumbangsih
KV & Co

Sabtu, 15 Ogos 2009

sedikit huru hara

Oh, aku nak cerita pasal pening di kota bharu.

Mebi ramai yg dah tau, start isnin lps, kota bharu dah dihidupkan semula. Wakaka. Dulu kan, kb mcm bandar mati sbb byk jalan ditutup. Nak masuk punya lah jem. Pastu sesak la apa la. Malam2 harapkan pasar malam jer. Kalo takde pasar malam mmg aku rasa jadi pekan koboi lah.

Tp sejak terbina nya kota bharu trade centre (dulu tapak pasar malam padang bas yg happening giler), jalan2 yg ditutup dibuka semula. Divider jalan di buang. Jalan 2 lorong dah jadi 4 lorong.

Tapi sedikit huru hara dan pening sbb rasa pelik jer. Kan dah terbiasa 2 lorong, bila jd 4 lorong terus mati kutu, arah mana atau lan mana nak ambik. Pastu arus jalan byk dh berubah. Dah songsang kaedahnya.

Tp oke lah sbb pak polisi dok jaga setiap masa. Awal2 ni kan, mesti lah pening2 lalat. Dah sebulan dua nanti oke lah tu.

Parkson pun dh nak buka. Eh tp kawan aku si chifon ungu cakap dah buka. Aku gi pasar pagi jumaat tu, tgh sibuk construction lg. Cuma bdk2 parskon ramai bersidai kt bawah tunggu roller shutter di bukak. Aku ingat dorang just masuk nak isi barang. Tp tatau ler dah bukak ke tak. Nanti aku wat lawatan muhibbah. Hehe

Harapnya, kedai2 kt tgh bandar tu hidup lah semula. Nampak lain dh kota bharu now. Macam aku gi negeri lain lak. Sbb before ni dok biasa lalu jalan lain, ni kena lalu jalan lain pulak kan. Danish pun sibuk dok tanya nak gi mana? Nak gi mana? Dia tak cam. Hiks.

Oke, itu jer lah nak bebel. Baiii


Salam sumbangsih
KV & Co

Jumaat, 14 Ogos 2009

update ringkas

updated by e51. Sungguh tk syok. Lg plk 3g kt kwsn rmh aku ni teramat selow. Agak menyiksakn sdkt. Huhu. Aku taip ringkas ala2 sms. Jgn ada yg maki plk. Hiks. Adaptor lappy dh slmt di beli smlm. Kb mall ada pc fair. Beli kt situ lg murah. Aku jgk dh jual katrij ksg dpt rm65. Sungguh syok. Kalo jual kt cina hampeh dulu aku rs tk smpai rm10 pn. Td aku trima sms dr chiffon ungu. Dia dh injek antivirus influenza a. Doc kt thn 1yr. Murah jer. Rm65. Mslhnya jrg sgt klinik yg ada benda tu. Stok tk sampai. Haih, risau la. Makin dekat je dgn kita kn. Semoga kita semua di hindari dr virus tsbt. Itu je lh nk bebel. Salam sumbangsih
KV & Co

Rabu, 12 Ogos 2009

HURU HARA

Hidup ku tiada makna sbb putus talian internet. Huhu

2 hari lps, lori masukkan stok crusher run ke pejabat aku. Tp pemandu lori tu cuai sungguh. Dia tak perasan masa dia undur lori (sambil tanker belakang diangkat) telah tersauk kabel elektrik.

Harus, overload. Semua meletup. Komputer, printer, dan byk alatan lain yg rosak. Aku pulak, bawak lappy sendiri ke opis. Sbb nya, kat desk aku ada port internet. So, aku sambung ngan lappy aku je lah. Malas nak menyibuk kt bilik komputer.

Makanya, adaptor lappy aku hancur uols. Terbakar terus. Nasib baik adaptor, kalo lappy? Laagi lah mek nanges!

Semalam dah survey adaptor baru. Mak oi, rege dia. Agak memberangsangkan. Huhu. Dah lah lappy aku dh kondem bateri. Nak beli bateri pun satu hal la puloks.

Banyak nak buat entry tp bila lappy kena gantung, harus mak patah kaki tangan.

Oh ya, untuk pengetahuan, aku guna lappy sendiri untuk kerja2 pejabat yg kena online. Karang korang cakap aku sibuk berblog tak wat keje pulakkan.

Hehe.. tak pepasal aku cerita tah pape. Padahal bukan korang nak tau pun. Rasanya minggu depan adaptor lappy ku akan diganti. Cepat lah wei!!! Tak tahan dah ni. Terasa gelap dunia ku. Nak wat entry ni pun terpaksa pinjam pc org yg selamat. Huhu

Eh, lupa nak cerita. Masa kejadian tu kan. Lampu kalimantang kat atas kepala aku meletup dan keluar api biru. Punya lah besar apinya. Mmg aku rasa aku dah meletup kat situ lah. Semua rata2 ingat letupan bom ker, gempa bumi ke apa. Mmg kuat betul. Cemas, huru hara dan mcm2. Department lain pun siap meletup keluar api, gegar2. Tenkiu TNB sbb cepat bertindak. Horahh!!



p/s: Selamat datang buat Zura atau aku panggil aboss ke blog ku. Hihi. Bos, cemana boleh jumpa blog ai? Nanti tgk kt link blog kenkawan lain okeh (exutm).



Salam sumbangsih
KV & Co

Isnin, 10 Ogos 2009

JANGAN LUPA LIRIK..YEAY YEAY

Korang layan tak Jangan Lupa Lirik?

Aku suka tgk sbb kdg2 aku syok sendiri menyanyi sama. Ahaha

Tapi kan plg best tgk gelagat peserta lah. Ad yg cool, rileks jer. Tapi kalo yg over, masyaallah, rasa segan nak tgk. Aku yg termalu sendiri. Peserta terloncat loncat tergedik gedik tak kisah. Haha. Tah pape aku ni kan.

Kdg2 aku suh hubby tukar cenel. Tp hubby slalu ckp ngan aku.

"Tak pe ma, kita biarkan kalenjar adrenalin (betul ke ni?) kita pecah! Wakaka"

Nak tak nak terpaksa lah aku membiar perasaan tak best tgk peserta yg over tu memenuhi ruang menonton di rumah ku. Hiks

Tapi malam tadi, ada sorang akak ni, anak 3. Mula2 dia masuk tu terdetik dah di hati "mesti hancur ni"

Hubby kata "takpe, kita tgk jer".

Haha..mmg sah hancur ahkak ni. Sampaikan hubby aku cakap "kalo wife bi kat pentas macam tu, aku heret turun dah. Malu kat org kampung". Huhu

Mebi akak ni excited sgt dpt masuk tv kan? Bukan senang nak masuk tv. Glemer u! Satu malaya tgk kan. Pastu nak lawan rasa gemuruh, panik dan nak menari bagai. Kalo aku mmg tak sanggup ah. Takde kekuatan jiwa gitew. hehe






Takpe, sabtu depan kita sambung tgk lg akak ni. Boleh menang banyak ke tak. Hehe

Salam sumbangsih
KV & Co

BOWLING SARINGAN

Ptg khamis lps, opis aku ada wat saringan bowling utk pejabat. Tujuannya nak pilih peserta ke kejohana bowling kelab sukan n kebajikan antara jajahan. Sbb nya, asyik2 aku, asyik2 aku. Dan aku pun bukannya pandai. Hiks. Melongkang sudeh.

Sbb main ptg pkl 5, aku balik ambik anak2 dulu. Karang kan siap pkl berapa ntah (malam) kesian anak2 kat rumah kan. Hubby pun main sama. Ramai yg join sbb xtvt indoor ni tak memenatkan. Sookaa!


Danish dan dina masa mula2 sampai.



Hubby tgh nak ngetest sbb lama dah tak sentuh bola. Hik hik




Lps tu, tak sempat dah nak snap bagai dah, sibuk kawal anak2. Nak main pun hilang tumpuan. Takut anak hilang. Wakakaka

Korang bayangkan, peserta wanita ada 7 org, hadiah ada sampai nombor 5, tapi aku takdak nombor. Tercorot okeh. Huhu

Tp mmg, hari tu terlalu teruk aku main. Sbb sibuk dok incharge event kan. Nak kontrol anak2 lg. Nak kutip markah lg. Ngalahkan YB. Hiks. Yang penting, aku tak yah wakil jabatan. Yeahuu!!


Tapi group aku dpt no. 3 keseluruhan. Oke lah tu!
Salam sumbangsih
KV & Co

Ahad, 9 Ogos 2009

CINA ITU TELAH MEMERLI KU

Hiks, bukan masalah bangsa. Tp cina tu dah bangsa cina, harus apa lagi mau ku taipkan. Lagi pun mmg aku tak tau nama dia.

Baru sesaat di berlalu aku taip entry ni. Bengang pun ada. Dia mai opis aku nak beli cartridge (eja?) kosong. So, aku tanya berapa ringgit dia nak beli. Dia cakap nak tgk dulu. Pastu pilih2. Model tu tak nak, model ni tak nak. Ngada2. Pastu model2 yg dia nak, dia nak bayar murah sgt.

Aku dh biasa jual cartridge kosong. So, aku tau berapa harga yg boleh jual (org dtg beli kt opis la). Dia offer kalo yg hitam 2 hengget, kalo yg kaler 3 hengget. Kedekut kedaung. So, aku pun tak nak jual. Dia tanya aku biasa jual berapa. Aku ckp ngan dia yg hitam 5 hengget yg kaler 7-8 hengget. So aku takmo la sbb rendah sgt dia offer.

Tp ada sorang opismate aku ni yg nak jual jugak (mamat tu mmg kesempitan duit sokmo). So, lps beli ngan mamat tu, dia perli aku. Nanti u tunggu kawan u dtg, u jual lah yg ni sekali (refer to cartrigde yg dia taknak ambik ngan opismate aku tu). Eh, sibuk plk dia. Suka hati aku lah. hak aku nak jual ke tidak. Ni siap perli bagai.

So, aku cakap ngan dia. "Takpe lah, i jual lah nanti. U tak payah pesan" Dia tersengih sengih keluar dr department aku. Lahabau punya cina. Tak pepasal buat aku bengang oh!


Salam sumbangsih
KV & Co

MACAM2 HAL

Terima kasih buat kawan2 yg memberi pandangan pasal pets untuk dina tu. Kamipun ingat buat sementara ni tak yah beli lah apa2 binatang untuk dia.

Sbb nya, kat rumah ibu dina dah ada kucing2 (bukan deme tu pelihara, tp kucing liar tu asyik dok cari makan kt situ). Pastu ibu dina pun rajin bawak dina gi main anak arnab kat rumah sorang jiran (aku lupa namanya, hehe).

Lagi pulak, smalam. Abang pengasuh dina dah tangkap 2 ekor (sepasang) anak 'ketam' atau hubby panggil 'kuah'. Spesis tupai tapi tak boleh panjat pokok. Hanya takat panjat pagar boleh ler. Kemain suka Dina sbb dah ada pet baru. Teruja.

Itu jer cerita pasal kisah binatang kesayangan. Hehe

Semalam pulak, aku laki bini mmg susah hati betul sbb dina meraung guling2 bagitau sakit! Sakit! Panik kami dibuat nya. Tatau sama ada dia sakit telinga ke, sakit kepala ke. Sbb dia tunjuk area tu. Tp nak tgk dia tak bagi. Last2 kami bagi dia tido dulu. Bila hubby suluh takde pape dln telinga dia. Risau weh!

Mcm2 andaian kami. Kut2 dia pening kepala sbb selsema ker. Atau telinga dia masuk benda ke (tp kalo masuk serangga harus lg hebat tangisan dan guling2 nya). Ke dia pening sbb minum air soya yg hubby tak perasan sedikit masam ker. ATuk ckp, kut2 telinga dia masuk air sbb ptg tu dia mandi sendiri kat laman. Mcm2 andaian.

Awal2 tu, tido dia terganggu lah sikit. Pastu mcm biasa perangai dia. Mintak susu. Habis sebotol dia hisap. Pastu lena balik. Kami masih risau. Tp lps tu dia tido elok jer. Kami ingat dh kena stand by gi klinik dah. Pagi tadi bangun elok jer. Sengih2, mintak susu. Siap menyanyi berjoget bagai. Huhu.

Tapi mmg lega sungguh la. Tu ah, aku kdg2 terpikir. Mental keibubapaan tak berapa kuat la aku ni. Ni pun dok risau2. Harapnya takde pape. Insyaallah.



Salam sumbangsih
KV & Co

Sabtu, 8 Ogos 2009

07.08.09

semalam, birthday hubby. Boleh aku terlupa wish? Tido mati agaknya. Pagi tu hubby g bendang sat, aku kt rumah baru teringat. Huhu. Rasa bersalah sungguh. Bila dia blk, cepat2 wish. Dia sengih je sambil ckp celcom pagi2 dh sms ucap selamat. Huhu. Kena sedas. Tp aku biasa ah poyo. Pura2 merajuk then hubby kena pujuk. Hehe, blh sorok malu aku kt dia at least. Semalam blk kg. Ingat ptg ni nk beli hadiah ngan kek. Tp cash tkdok la plk kt tgn. Kalo sempat draw, kalo dak cc la dulu jwb nya. Hehe. Apa pun, buat my hubby, moga pjg umur, murah rezeki. Dan apa yg di cita2 kn tercapai lh hendaknya. Salam sumbangsih
KV & Co

Khamis, 6 Ogos 2009

PARCEL LAGI

Parcel ku sudah sampai. Yahu ya beda bedu.



Jeans untuk irdina maisarah.


Banyak ler pulak stok jeans minah tu. Hihi

Salam sumbangsih
KV & Co