Ahad, 31 Mei 2009

LIMA SAHAJA

Apa2 hal pun hari ni tag harus dilangsaikan. Byk hari dh tertunggak. Hehe

Kali ni tag from rina-san yg aku jeles sbb dia dpt hadiah gi fotoshoot dan gegambar nya sungguh mabeles.


1)"5" nama timangan anda.....

a. kv
b. che su
c. mama
d. rahsia
e. dan rahsia..hehe

2) "5" sifat/tabiat buruk.....
a. mudah naik angin
b. susah kawal nafsu membeli
c. bercakap dgn suara kuat (sungguh tak feminin)mmg tabiat owh
d. sama mcm rina ~ tak hafal no. telefon (no hp suami sendiri pun tak ingat)
e. suka makan (mcm mana nak turunkan 10kg ni?)

3) "5" makanan peberet
a. tom yam
b. kuetiaw ladna
c. berasakan telur
d. berasaskan cendawan
e. seafood

4)"5" subjek pelajaran paling suka....
a. bahasa melayu (sungguh mudah)
b. art
c. PJ (suka lama2 dlm bilik air tukar baju)
d. tu je lah kut
e. semua subjek aku tak gemor. Haha


5)"5" benda wajib lam purse....
a. ic
b. duit tak kira duit kertas atau 'skeleng'
c. atm card
d. lesen memandu
e. my kid dina
(1-4 aku copy rina punya, haha)

6) "5" topik yang biasa di bual bersama pasangan/teman....
a. pasal kami auwww
b. pasal anak2 kami
c. pasal $$$
d. pasal kerja masing2
e. pasal fesyen
(1-4 aku copy from rina. Dah tersama, nak wat cemana. Hehe)

7) "5" MANGSA TAG
1. erynn (udah2 lah tu wat kek. Hekau tunggu hakak beli oven dulu dik. Nanti kita wat sama2)
2. ana kirana (akak jeles ko beli byk brg kat ikea)
3. cendawanintim( cuni, ko dh ok blom?)
4. Kak sal (jeles dia pandai jahit langsir)
5. ciklinn (uwaa..akak pun tringin nak beli takashima tuh)

AWARD FROM YAYA


Ekceli, dah lama yaya bagi aku award ni. Hihi. Maafin kakak yg malas nak wat homework yer dik. And, tima kacih byk2.

Pastu ada tag, takde kesian. Haha

SEnaraikan pasal pemberi award
1. Yaya seorang ibu muda
2. Aktif dan kuat bekerja
3. Ada anak teruna sorang
4. Anaknya nama adam dan yaya suka panggil kodam
5. Mempunyai hubby yg sweet n chubby. Hehe
6. Kalo tak silap yaya dulu suka makan coklat. Now, suka lg tak?
7. Yaya dah beli tudung untuk raya nanti. Wakaka
Tujuh jer..akak pening nak mengingat. Hehe

Senaraikan pasal penerima award lak. (meks lah tu!)
1. IBu yg mempunyai sepasang anak yang sungguh comel (sakan wei)
2. Gila hanbag
3. gila wedges (dah 'dewasa' ni malas nak berhigh heel bagai dah)
4. giler shopping kat kedai bundle (byk brg best dan byk boleh jimat)
5. Suka bwk anak2 jalan taim cuti
6. Mempunyai suami yg berstatus anak tunggal dan mempunyai ibu mertua yg juga anak tunggal dan suaminya (arwah ayah hubby) meninggal taim hubby darjah 5. Pastu MIL tak kawen sampai skrg (erkkk...panjangnya)
7. Mudah naik angin dan tak sabar
8. Bercita cita mengurang kan 10 kg lemak dlm badan
itu je lah, malas nak pikir dah


So, aku bagi award ni dekat:
1. cza
2. zareda
3. are rouyi
4. mas busan
5. makmi
6. jane doe
7. zailamohamed

hehe..sila ambik dan tempek kt blog memasing yer!

NAMA JEPUN

Erynn yg tgh kemaruk wat kek tu (jeles hakue tau, aku masih blom beli oven. Huhu) tealh dgn gatal nya mengetag aku. Mcm2 tag lak dorang ni kan. Layan


TRANSLATION:
A - ka---- F - lu---- K - me---- P - no---- U - do---- Z - zi
B - tu---- G - ji----- L - ta----- Q - ke ---- V - ru
C - mi---- H - ri ---- M - rin ---- R - shi --- W - mei
D - te---- I - ki ----- N - to----- S - ari---- X - na
E - ku--- J - zu ---- O - mo ---- T - chi---- Y - fu

Adoii siap ada translation lagik. Tp kalo takdak mmg takleh jawab ah.



Nama : KV
Translation: Me Ru=MERU

Erkk... Jalan Meru kah?

Huduh nya nama jepun hakue!!!



Dan aku nak panjang kan tag ni pada:

1. Chiksed

2. Hope

3. Husna

4. Farah

5. Army wife

(semua di atas adalah follower aku. Hehe)


Khamis, 28 Mei 2009

PARCEL DARI ORANG JAUH

Balik dr kedai bundle lunch hour semalam, ada sampul at my desk. Ishh..sapa lak yg hantar ni? Sungguh tertanya - tanya dan saspen betul. Teruja pun ada jugak. Tp mmg betul penerima nya sah2 nama aku.




Tak sabar dan rakus (wahaha) aku koyak sampul nya.

And.... tadaa.....

Macam2 ada dlm tu!!




Pengirim nya tak lain tak bukan yatie dubai yg dh balik ke malaysia tu ari.

Tu ari kan, yatie ada wat mcm2 peraduan kt blog dia. Ekceli aku tak menang pape pun. Tapi yatie dgn baik hati telah menamakan aku salah sorang penerima cenderahati darinya. Kiranya aku ni otai lah kat blog dia. Haha.

TQ noks!!!

Rabu, 27 Mei 2009

KERUSI ROTAN

Tadi aku sempat menyongkets ke kedai bundle. Hehe.


Dan, aku beli kusi rotan ni utk danish n dina.



Rege dia setelah ditawar kaw2, dapat lah 10 hengget 2 bijik. Hehe.

Nanti nak pi hantar kedai repair perabut rotan sbb kt tepi2 dah tercabut kan.

NAIK HAIRAN AKU

Semalam, lps dinner aku sibuk kat bilik sendiri.

Tiba - tiba aku gi family hall, terpandang suasana ini. Haha






Ajaib tau!


Aku pun tak pasti cemana keadaan ni boleh terjadi. Cepat2 ambik digicam. Besok2 dorang besar boleh tunjuk bukti. Hik hik

Kalo korang nak tau, aku tak pernah jumpa suasana cenggini. Selalu nya malam2 aku mmg kecoh sbb dorang sibuk bercekau. Mmg gaduh jer keje nya.

Kalo dina tak buli abang, abang yg usik dina. Tp mmg kecoh lah. Kdg2 terpaksa seperate dorang buat sementara waktu. Bagi tempoh bertenang gitew katanya. Kalo dh tido sorang, baru aman damai hidup aku. Tapi taim malam je lah. Taim siang lain plk cerita nya. hehe

Selasa, 26 Mei 2009

MAKAN MAKAN SEMPENA ANNIVERSARY

Nasib baik aku keje satu opis ngan hubby kan. Senang nak makan2 taim lunch hour tanpa di ganggu leh anak2. Wahaha

Nak kata meraikan tu takde lah jugak. Tp kawan kami telah baik hati telah membelanja makan kat satu kopitiam di tok bali. Nama lagi makan free kan, harus lah berdesup pergi.


Menu nya tak byk, tapi best2 semuanya. Rambang mata aku nak pilih.


Suasana dlm kopitiam tersebut yg aku lupa apa tajuk kedai dia. Haru lah.


Aku ngan hubby order ice blended capuccino. Kata sehati sejiwa kan.


Kawan kami order jus apple blended. Semua nak kena blend ni. Haha


Aku order mee goreng udang sbb terpengaruh dgn hubby asyik dok cakap sedap. Mmg sedap tp bit oily la. Aku makan tak habis. Lg pun portion dia byk jugek.


Hubby n fren order chicken chop. Mmg chicken chop kat sini puas hati makan sbb besar dan sedap. Harga pun murah jer.


Ni menu sampingan. Sotong besar goreng tepung. Sungguh rangup dan manis sekali.


Dan, kami balik dgn perut yg penuh. Kekenyangan yang membuntal. ;P





UPDATE!!!

Masuk opis, Kak S berikan aku 2 bijik ketupat sotong. Wah, meriah anniversary aku tahun ni. Hik hik

Tapi, jam ini aku tak mampu nak makan lagi la. Penuh. Bau nya harum sungguh menusuk kalbu. Nanti aku bawak balik makan ptg nanti. Dah la sotong tu penuh ngan telur. Tq kak!!!

7th anniversary

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk aku suami isteri merayakan ulangtahun perkahwinan kami yg ke 7.

Tak sangka. AKu rasa baru jer kawen. Hihi. Dah anak 2 pun aku. Rasa macam muda remaja anak dara lg. Haha. 7 tahun lps, dgn 2 kali akad (akad pertama tok imam buat2 tak dengar. Sian laki aku) maka sah la aku bergelar seorang isteri kpd seorang suami. Masa tu umur 24. Lani ni dh 30.

Syukur pada Allah SWT yang telah memperkenankan doa aku supaya di jodohkan kan dgn lelaki yg caring, bertanggungjawab, penyayang. Aku jek yg kadang2 tak sedar diri. Selalu tak puas hati, selalu marah2, selalu merajuk, selalu emo. Kena buat azam sempena anni ke 7 ni. Supaya aku lbh rileks, lbh cool dan suami tak kecik hati.

Aku memohon pada Allah SWT supaya dikurniakan kasih sayang yg melimpah ruah antara aku dan suami, diberkati hubungan kami dan disetiakan hati kami antara satu sama lain.

Mebi anni kali ni hubby tak hadiah kan aku cincin.


Atau bunga (boleh aku buh bunga siti zubaidah ni? Lawa kan dia. Hehe)


Atau makan malam yg romantik (nak romantik cemana nya, anak aku yg buas tu nak humban ke mana?)


Jeng! Jeng! Jeng!

Macam yg korang sedia maklum, hubby aku bukan jenis romantik. Takde kejutan bagai eh. Kad pun jauh sekali. So, tak yah nak sedih2. Aku mintak je apa yg aku nak. Senang cerita.

Bi, mcm mama cakap semalam lah. Tak dapat ipod Apple, Blackberry Storm pun jadik lah. Haha. Larikkkk



Tapikan, aku rasa nak hadiahkan diri sendiri sebuah ketuhar lah. Korang ada idea tak oven macamana atau jenis/brand apa yg best. Aku nak yg boleh bakar kek, panggang ayam, bakar pizza dan sebagainya. Tak nak lah yg ribu riban, nak yg biasa2 jer. Aku bukannya nak meniaga pun. Baru terasa nak belajar wat kek jer. Hehe

Hadiah untuk hubby, aku takdak idea nak beli apa. Ingat nak beli wallet lah untuk dia. Wallet dia pun dh uzur sgt. Nanti kalu jadi beli aku tempek kat sini. Harus lah mencapap kan.

Isnin, 25 Mei 2009

BAJU KURUNG KERAWANG

Baju ni ekceli aku tempah khas nak pakai masa kenduri kt kl awal mei lps. Tp dah kena lintas ngan biawak, tukang jahit aku malas nak siap kan awal2. Minggu lps baru siap.


Tadaaaa!!!


Cantik kan sulam kerawang nya.



Namun, walopun aku gagal pakai masa kenduri tu sbb tak hadir, aku leh pakai kenduri musim cuti skolah nanti yg bersusun menunggu giliran. Tak cukup baju lak aku nanti. Huhu

ANAK SEPUPU KU KAWEN

Sabtu aku balik kampung setelah di roger2 oleh kakak ku supaya menolong dia menghias nasik pengantin. Anak sepupu ku kawen katanya.

So, jam 10 baru aku keluar dari rumah. Singgah beli daun salad 2 hengget. Kakak aku pesan.


Sampai2 kakak aku sorang lg tgh dok pulun menghias. Berleter dia aku lambat. I'm coriii!!



Antara menu









Pastu jam 12 masing2 pakat angkut hidangan masuk fighter abg ipar aku. Aku ngan kak I kena dok belakang sbb jaga pinggan takut berterabur. Punya lah adventure teringat zaman kecik2 dulu. Berebut nak dok belakang.

Sampai2 je kami terus hidang. Lps hidang aku terus makan. Nanti kang dtg blk ngan hubby dan anak2 boleh hubby makan dgn tenang. Sbb aku dh mkn, aku boleh jaga dan suap anak2. Bijak dak aku? Hehe

Ni yg aku makan. Ambik nasik sikit jer. Gulai kawah, ayam masak merah, nenas sira dan ikan kering.


Ni lah atuk kepada anak sepupu aku tu. Kakak arwah mak aku ler. Mak teh.


Aku sempat snap pelamin jer. Gambar pengantin malas nak snap. Lg pun camera henfon aku takdak flash. Tak terang.

Eh, citer pasal henfon, harus aku mintak henfon baru sbg hadiah anni besok. Hik hik. Bi, please take note okeh. Kalo tak dpt ipod apple, blackberry storm pun jadik lah. wahahaha.

Ahad, 24 Mei 2009

MAIN PASIR

Macm biasa, kalo hari cuti mmg aku akan kluar ptg2. Bawak anak jalan2. Ptg jumaat tu, kami penuhi permintaan danish nak gi pantai. Lg pn mmg takdak idea nak pegi mana. Hehe

Ptg jumaat cam biasa, umat manusia punya lah ramai kat pantai irama. Tambah lg ada pasar malam. Tak pernah2 jem giler babs camtu. Lama kami stuck dlm jalan pantai tu. Dah la takleh parking. Last2 kluar jalan besar, park jauh sikit.

Kesian lak tgk wajah danish bila tak dpt parking tu. Before gi pantai, harus ronda2 pasar malam dulu. Pastu baru layan main pasir.

Mmg mula nya aku dh bekal kan baju utk anak2. Tp mandangkan parking jauh, layan main pasir je lah. Tak dpt nak mandi pantai. Main pasir pun dorang hepi kemain dah.










Dekat nak maghrib baru kami bangkit. Singgah pasar mlm beli bekalan makanan for dinner.

MASAK - MASAK UOLS!!

Balik dari pasar minggu harus lah sambung acara masak2. Kang lapar memasing plk kalo aku sambung lepak. Hihi. Aku mmg tabiat sokmo. Kalo hari minggu mmg aku akan masak awal. Sbb nya, boleh lepak tgk tv tanpa rasa bersalah. Kalo terlelap pun tak kisah. Hehe. Taim nak makan, panas kan jer.


Menu pagi (utk lunch ler) jumaat tu adalah: (macam soklan PTK lak ni)

Breast lembu goreng kunyit. Angkat tgn sapa pernah makan? Aku cam biasa ah, makanan aku eksotik semua. Breast lembu ni opismate aku yg kasi. Dah la dpt free aku boleh tertinggal dlm esbok opis lak. Besoknya (jumaat) dh cuti hari minggu. Kalut ptg tu gi opis semula selamat kan breast lembu. Hihi. Bukannya dekat.


Ni lak, belut goreng paprik hentam kromok. Aku leh lupa cemana nak masak paprik. Hik hi. So, aku campur semua bahan. Lantak. Last2 rasa mcm rendang lak plk. Tp tadek daun limau purut. Kurang wangi. Namun hubby suka. Layannn


Dan ni pulak sotong goreng kunyit. Sotong tu best sbb penuh ngan telur. Gemuk2.

Syorga sungguh lunch aku di hari jumaat itew.;P

PASAR JELAWAT

Jumaat pagi2 aku anak beranak kemas rumah siap2 dan mandi cepat2. haha

Kesnya, nak makan nasik dagang kt pasar jelawat, bachok. Pagi jumaat mg pasar minggu kt situ. Mmg best nasik dia. Gulai dia cukup rasa dan superb. HIks.


i nasik dagang aku. Lauk ikan tongkol dan ayam gulai. Ayam gulai tu khusus untuk danish n dina.



Pastu terjumpa org melelong mainan. Terus menyinggah. Abah yg lbh teruja. Ngalahkan anak2.



Danish dah dapat senapang patah. Tuari sibuk dia suh abahnya buat senapang patah ngan kayu. Tp dah ada yg ni, terus ckp ngan abah tk payah buat dah. Hehe


Dina kusyuk melihat pakcik tu menerai mainan yg menjadi pilihannya.


Macam2 ada.


Abah pun tgh mengetest mcm2 mainan utk dina.

Lps dpt sorang satu terus masuk pasar. Beli lauk, buah dan kuih. Jugak ulam2.

Khamis, 21 Mei 2009

PEMBACA SENYAP

Aku tau aku ada pembaca senyap. Tp aku tatau sikit ke ramai.

Tp bila aku add widget user online dan jumlah reader, baru aku tau rupa2 nya ramai yg singgah blog aku.

Mebi tersalah singgah kut. Sekadar lompat2. Mungkin membaca tanpa perasaan. Atau mungkin sekadar di angin lalu.

Namun, takpe. AKu tak kisah. Janji jangan buat jahat ngan aku kan. Baca lah. Singgah lah. Semahu yg boleh. Hik hik

Tp kalo nak tegur pun apa salah nya. Sekadar say hi or jugak mebi boelh kenal2 lbh lanjut kan. Wahaha.

Apa pun, aku ucapkan selamat datang ke blog aku. Tak kisah lah nak tegur ke tak nak.

Rabu, 20 Mei 2009

KAD UNDANGAN KIRIMAN MU

Hik hik..kad undangan kiriman mu, sudah tiba di pejabat ku 2 hari lps kut. Lupa lah plk.

Aku dah terima kad undangan perkahwinan si cik mek molek nana aka nanonano. Tarikh sanding belah pompuan 6 jun (ari sabtu).

Ini kad nya. Sweet kan?




Wah, nama pun seakan akan ni! Nana dan Noor. Patut ah NANO NANO. Teringat masa chat tru ym dulu, nana pernah pesan kat aku nanti tgk kad kawen dia baru aku tau maksud nanonano tu. Ok, now akak dah tau dik.

Yang best nya, rumah pengantin lelaki dan pengantin pompuan selang lorong je ni. Kalo tgk dlm map lah. Kalo yg sebenarnya tidak ku ketahui. Hik hik

Mebi aku tak dpt pegi kenduri nana sbb jauh. Tapi akak ku pikirkan something sebagai pengganti diri. insyaallah.

P/s: Nanti tiba hari baru akak wat ucapan selamat utk mu ye nana!

HOT CILI

Ptg semalam, kawan hubby (jgk aku kenal mesra) ajak jumpa jumpi minum2 kt area kubang kerian. Depan hospital HUSM.

Wah, kit situ dh mcm2 kedai ada. Tambah2 mydin hypermarket dan KK Mall dah nak siap. Dah la kawasan situ mmg jem gegiler. Tatau lah nanti sbb dgr nya nak bukak jalan baru kt belakang tu. Harapnya takde lah bertambah jem yg sedia menensionkan itew.

Oh ya, kluar nya bawak dina jer. Danish takmo ikut. Nak main kt rumah je mamat tu.


Kami makan kat Hot Chili sbb park kete depan2 situ jer. Malas nak jalan jauh.



Dina sibuk nak makan air batu.


Kami minum air bandung dan jus epal.


Aku makan mee hokkien yg rasanya sungguh kicap sekali. Gagal!


Chicken chop hubby yg katanya sedap.

Member kami makan popia dan air suam jer. Jaga badan. Hik hik. Tp aku tak snap la. Segan.

Tak lama pun lepak sbb dina buas sgt. Lg pun danish kt rumah kan. Rasa bersalah lak tinggal dia lama2.