Ahad, 29 Mac 2009

PUJA UMUR

Dah tiba masa puja umur. Wakakak

Harap maaf, jgn keliru. Itu hanya istilah. Takde lah memuja ke apa. Sekadar meraikan hari keputeraan sultan kelantan.

Org2 tua panggil puja umur. Aku masa kecik2 dulu mmg konfuse keliru. Hak hak hak. Bila dah besar, dah cerdik sikit baru lah tau maksud sebenar nya.

Makanya, sempena keputeraan ni, kami kat sini akan bercuti besok dan lusa (isnin dan selasa). Org lain mcm2 plan nak gi makan angin. Aku? Tatau. Ingat nak pi teganu. Harapnya kancil tu ok2 jer. Ingat nak bermalam kat sana satu malam.

Tp pagi ni aku pi jab dina setahun setengah. Tatau la plk kalo dina demam. Plan kena kansel. Hubby ckp, kalo tak jadi pegi besok, foward ke minngu seterusnya. Hihi

Kat kota bharu, dah berwarna warni lampu neon. Mcm2 acara ada.

Gambar ni aku snap mlm td. Salah satu pintu gerbang berhias. Nanti lah, kalo ada masa aku pi jalan2 kt acara2 yg di adakan, aku tempek kat sini.




Blog ni takkan berupdate isnin dan selasa.



p/s: Opsss!!! Lega aku obri dah tersingkir. Huhu

Khamis, 26 Mac 2009

MINI BIKES

Minggu lps masa gi shopping kat tesco, kami tgk org ramai dok kerumun kt sebelah tesco tu. Ingat kan menda, rupa2 nya perlumbaan mini bikes.

Makanya, kami anak beranak pun melayan lah nengok sama.






Dari dulu lg kepingin nak beli bikes ni utk danish. Tp nak tunggu dia besar dulu. Ni bukan anak yg nak ni, mak bapak yg over excited. Haha.

Bila menengok nya tu danish pun teruja lah. So, kami janji ngan dia, kalo dia dapat membaca dgn lancar kami beli kan mini bike ni. Kalo malas belajar, takde motor. Dia angguk je. Hihi. Bukan nak merasuah anak okeh, sekadar merangsang supaya dia rajin belajar.

Jgn plk nanti ada yg salah faham.;)

Rabu, 25 Mac 2009

SASPEN

Hari ni hari tag sedunia okeh. Makanya aku melayan permainan tag ini dgn sepenuh penghayatan. Layan.

CPM telah mengetag aku. Sekali lagi, demi semangat kenkawanan aku buat. Hihi



Rules :
* Go to your photos folder in your computer.
* Go to the 6th folder of photos.
* Go to the 6th picture in that folder.
* Put the picture on your blog and description of it.

* Invite six friends to join the challenge.






Gambar irdina maisarah, anak dara aku di hari raya. Aidilfitri 2008 semasa dia umur satu tahun satu bulan lbh kurang.

Aku malas nak tag la, malas nak link. Hihi


Sapa lagi dah tag aku? Cepat bagitau sementara rajin nak buat ni. Hiks

TAG TIG TUG

Dak eryn telah pedajal aku. Ooo..balas dendam ko yek. Takpe, demi semangat kenkawanan, aku buat lah jugak. Hehe

title: HaJaT a.kA. wIsHLIsT

The rules are:
1. Make a list of what you want on your birthday (wah, besday aku bulan 11, lambat lagi tapi takpe)
2. The list should be 10 numbers (umang aii, masak aku nak pikir)
3. Give it to 10 frens of yours? (ahahaha, masak gak nak pikir sapa aku nak pedajal pulak)


1. Aku nak kasut (spesifik wedges) satu almari. Sebab walopun aku sibuk mengejar anak2 tp aku maintan bergaya. Wakaka. Kat kota bharu takdak wedges yg gojes. Huduh2 semua. Uwaaa

2. Aku nak henbeg satu almari. Nak yg comel2, lawa2. Kat kota bharu jugak takdak pilihan yg best2. Huduh2.

3. Aku nak jeans levis. Aku punya dedulu semua tak muat dh. Dah bersaiz gajah kan. Dapat selai pun cukup lah dulu.

4. Aku nak taman yang ada kolam ikan koi, gazebo, air pancut supaya ptg2 aku boleh lepak teman anak2 main kat laman. Oh, nyaman nya.Aku nak pokok bunga orkid byk2. Nak penuh kan pegola aku.

5. Aku nak baju or blouse yg lawa2. Nak satu lemari jugak. Byk ah satu lemari. Hik hik

6. Aku nak henfon baru dgn no baru. Henfon yg ada ni takleh tukar sbb takut nanti tak dpat access internet free. Henfon aku skrg ni dorang silap setting kut.

7. Aku nak oven microvawe supaya bila aku rajin nak belajar wat kek ke apa ke, senang. Ni nak belajar wat tapi oven lak takde, terbantut niat aku.

8. Aku nak mini lappy. SEnang aku nak bawak ke sana ke mari buh dlm henbeg jer. Ni mcm cikgu lak aku dok bimbit beg lap tpo ke hulu ke hilir. Lagi pun mini lappy tu comel. Dan kiyut.

9. Aku nak kete mercedes A170. Wakaka. Giler punya wish list. Nak gantikan kete kancil buruk aku tu. Huhu. Sedih uols.

10. Aku nak lasik mata supaya aku tak yah pakai spec atau CL. Nanti senang aku nak bergaya ngan kaca mata hitam yg vouge2 tu.


Aku tak nak tag sapa2 sbb malas nak link. Hik hik. Selamat korang kan?

update: Harap maaf kalo ada yg salah faham. Ini setakat permainan tag okeh. Dah tajuk wishlist kan, harus angan2 tak sudah. Makanya, dgn angan2 tak yah bayar ni, harus aku merapu sakan. I'm soriiiii.

JOM SAHUT CABARAN



Baru aku paham setelah dgr radio masa balik keje semalam. Haha. Eh, radio apa ek, lupa. Kalo tak sinar, era. Kalo tak era suria. Tiga tu jek. Lagi pun suara dj aku tak cam sgt lah sekarang. DJ baru agaknya. Ntah. Ops, terpesong tajuk.

Aku ingatkan kempen bergelap ni tutup semua suis. Rupanya, tak perlu tutup semua suis. Cuma tutup suis yg tidak diperlukan. Jimat menjimat gitu kaedahnya. Buka yg penting2 sajork.

Ok uols, let's sahut cabaran menutup suis2 yg tak penting selama sejam. Jgn lupa tarikhnya okeh.

Selasa, 24 Mac 2009

SUNGGUH BAIK HATI ORANG ITEW

Dari bulan lps lg ada jiran bagitau yg ada org nak sedekah kan pokok pinang merah. Jiran kami ni pi lah tanya kami berminat ke tak. Kami pun on je lah. Org nak bagi free kan. Kalo kecik cinonet sama tinggi ngan danish pun dah dekat 200 rege dia. Ni dah setinggi tiang api. Harus lah berminat sakan kan.


Minggu lps dia bitau suh sewa lori kecik (kami panggil ben atau bahasa hilir nya van tp van kan yg macam mpv tu. Apa2 lah, pening korang nanti) sbb tuan rumah dah sewa back hoe utk gali pokok pinang tu. Tuan pokok pinang tu nak buang sbb nak luaskan sikit laman rumah dia. Nk wat kenduri. So, syg nak matikan, dia nak sedekahkan lah kat sapa2 yg berminat.

Baik sungguh hati dia kan. Memula tu pokok kurma pun dia nak bagi kt kami. Punya lah suka senang hati melompat kegembiraan aku. Mahal woo. Tp last2 adik dia pi mintak. Melepas. Tak pe lah, takde rezeki nak dpt free kan.

Pagar kami yg kosong (abaikan pagar yg blom plaster dan bercat itew).


Pokok pinang dah sampai kat rumah. Hihi


Tgh meninjau pokok pinang atas lori kecik.


Nasib baik ada atuk hubby. Dia yg pegi ngan danish (sekali ngan driver lori tu ler). Kalo kami mmg dh tak terpergi dah. SEgan. Kami tunggu jer kat rumah. Nak jadikan cerita. Puas dok nunggu, puas dok main badminton, tp atuk ngan danish tak blk2. Hubby dah cuak. So, dia ajak aku pi tinjau. Nak pi sorang dia segan. Teruk ah. Kami pun gi pusing (seb baik tuan pokok pinang rumah dia tepi jalan besar), masa lalu tu kami tgk lori dah pusing nak balik rumah kami. Terkekeh kekeh ketawa dlm kete. Wat saspen jek.



Ayoyo..gambar selepas pokok pinang di tanam dekat pagar tu aku dh snap. Tp dlm henfon hubby. Huhu..Soriiii

KORANG ADA TAK PEMBANTU DAPUR MACAM AKU??

Aku ada sorang bibik yg rajin sungguh mengacau aku kat dapur.

Kalo tumbuk garam kunyit, batu lesung tu kena letak tempat tinggi (syukur dia blom sampai nak ambik kt kaunter top tu). Kalo dak, habis garam kunyit aku di tambah lengkuas, halia dan kunyit2 lain. Kuat lak tu tumbukan dia. Hancur lebur. Takleh nak selamat dah.







Dah besar sikit harus aku ajar dia tanak nasik. Senang keje aku nanti.

Isnin, 23 Mac 2009

PROJEK PERTAMA AKU DAH SIAP!!!

Yay!! Tetap nak blog gak.

Projek pertama aku dah siap. Aku malas nak wat bunga bertangkai bagai. So aku wat bunga tabur jer. Simple.

Walo pun huduh dan ala2 namun aku tetap bangga dengan diri sendiri. Bukannya apa, sbb aku mmg malas kalo jenis dok mengadap benda tu. Dulu, belajar wat baju kurung last2 tinggal kaki kain jer aku terus malas nak siap kan. Bagi akak aku siap kan dan terus hadiahkan kat dia. La ni, mcm nak belajar semula lah jahit baju kurung. Lagi pun, aku kan dah ada mesin jahit sendiri. Ops, terpesong tajuk.





Walau pun huduh, korang jangan kutuk yer. Nanti aku sentap. Kih kih kih.

Besok boleh bergaya ngan tudung sulaman sendiri. Yay!!

AKHIRNYA BERJAYA JUGAK AKU BELAJAR JAHIT SULAM PINTAL

Hihi..sungguh suka hati dan excited aku.

Minggu lps, geng sengal aku dtg ofis. Ada keje lain benornya tp aku telah memaksanya mengajar aku jahit sulam pintal. Makanya kelas jahitan berlangsung dalam tempoh tak sampai sejam pun.

Memula tu aku mmg blur giler. Kena kutuk kaw2 baru nak 'nampak' sikit2. Hik hik








Contoh jahitan kat tudung dorang. Mmg dah pro dah mereka2 ini. Jeles aku!!





Sebab aku kan masih amatur sgt2. Aku cuba jahit yg simple2 dulu. Ni contoh yang aku tgh buat sekarang. Projek pertama aku lah kiranya.



Ish..tak sabar nak ikut kawan aku ni pi beli kain bawal kt kedai yg dia biasa dok beli tu. Entah bila nak on tatau la.

Oh ya, nanti aku dh pro aku ajar korang pulak k. Mmmuaaahh!! Wakakaka

Ahad, 22 Mac 2009

KENDURI LAGI

Sambung lagik cerita kenduri.

Hari sabtu lak. Tgh hari gi makan kenduri rumah sedara hubby dekat Padang Luas, Jerteh, Terengganu. Wah, bunyi mcm jauh kan. Dlm sejam lebih gitu ler. Makan kt rumah sedara hubby ni mmg aku pulun habis. Cuma skip nasik jer. Aku taram kerabu sarang, teresek jantung pisang, dan gulai kawah. Sungguh mabeles. Siap bertambah kerabu sarang lagik. Nak tambah gulai kawah malu lak rasanya. Hihi.

Terlanjur dh ke situ harus MIl ambik kesempatan ziarah sedara mara kan. Dina excited banget tgk anak monyet. Siap takmo balik tu. Minah tu, dasat sungguh. Siap main pasir bagai ni. Sungguh tidak makan saman.

Pengantin. Sedara hubby belah lelaki. Pompuan nya cantik sungguh. Awat lah aku nikah dulu takdak gaun bagai ni. Huhu. Sungguh comel dan angan2 di situ.



Balik tu anak2 bantai tido. Kami lepak jer. Walopun mengantuk takut terbabas sbb lps solat asar nak pi kenduri rumah besfren huha huha aku kat pengkalan chepa. Dah janji dgn geng yg sorang lagik.

LPs asar kami keluar. Singgah pasir tumboh belikan selipar untuk danish. Mamat tu kan lasak sikit. Cepat sgt la putus selipar dia. Tapi bila dh belikan abang, si bapak tak sampai hati tak belikan untuk adik. Beli lah jugak untuk adik sepasang. Jalan ke kota bharu masih lagik jem. Huru hara lah kota bharu kalo musim cuti skolah. Tension weii!! Sampai rumah alynn dah 6 lbh. Membebel minah tu kami lewat. Dia dh penat giler. Hahaha. Rasakan penangan berkenduri. Serik tau. Tp serik2 pun ttp berkenduri bila sampai masa kan. Hik hik

Tp aku ttp tak ambik nasik. Makan chiken wing ngan kuih cara jer. Nasib baik air sirap limau. Lebih masam, manis kurang. Sedap.

Sudah makan tu sambung sembang. Lagi dah takde tetamu dah. Bila jumpa geng (nasib baik hubby aku kamceng gak ngan hubby2 geng aku, kalu dak mmg tak merasa lah nak melepak borak2). Pastu sesi kutuk mengutuk anak msg2. Kami mmg giler2 skt. Yg teruk kena kutuk harus lah dina sbb minah tu mmg giler main pasir. Sampaikan mempengaruhi anak2 org lain. Wakaka. Letih tau mek dina tu. Kat mana2 pun mesti nak main pasir. Hilang vouge!!





Anak2 aku berebut cenderahati. Bekas coin yg lawa sungguh. Terkesima aku.





Azan maghrib kami beransur pulang. Sukma ajak singgah solat rumah dia (dekat2 tu jgk) tapi aku tak tahan ngan kelasakan dina, malas lah nak menyinggah. Terus bernagkut balik. Entah bila nak jumpa jumpi mcm ni lagi.

KENDURI SITU SANA SINI

Nama lagik cuti skolah kan. Bulan maulud lak tu. Harus lah berkenduri sakan situ sana sini. Aku fokus hari jumaat kat rumah akak aku dulu.

Tgh hari buat solat hajat sempena dah 7 bulan akak ipar aku peknen. Majlis setat lps solat jumaat. Menunya, gulai itik, kerutup kambing, ikan gelama goreng, ayam percik, acar jelatah dan agar2. Akak aku malas nak buat kerabu sarang sbb menu dah byk. Frust aku tau.

Gegambar sekitar majlis solat hajat.





Malam pulak sambung ngan maulud dan tahlil. Menunya ayam percik, gulai daging campur kentang, acar jelatah, ulam2 dan budu, sambal dan petai jeruk. Wakaka. Eksotik ajer.

Aku tak sempat snap gambar. Sibuk lah katakan. Hehe.

Walo bagaimana pun aku berjaya jugak skip nasik. Yay!! Makan lauk ajer. Jadik kucing. Balik rumah dah 11 lebih. Penatnya. Tapi mmg happy sebab dapat berkumpul sedara mara. Mmg best lah.

Rabu, 18 Mac 2009

CERITA ANAK ANAK

Mula ngan crita danish.

Mamat tu dh mula boring dok kat rumah cuti skolah ni. Aku ingat dia gembira happy. Ptg semalam, serabut dok tanya aku bila skolah buka. Sibuk dok menghitung hari. Dgn sedih dia cakap dia bosan dok kat rumah. Kesian pulak dia. Ye lah, adik gi rumah pengasuh. Ptg baru balik. Aku ngan hubby tentu lah gi kerja. Ptg gak baru balik. Kalo cuti weekend takpe lah sbb semua org ada kat rumah. Aku pun tak dak idea cemana nak hilang kan boring dia.





Dina lak, berambut gonjeng.

Mmg minggu lps pengasuh dia ada komplen rambut adik panjang kat depan tu. Dah nak masuk mata. Agaknya dia suh MIL potong kut.

Tup2 balik keje aku tgk dah gonjeng rambut minah kecik tu. Huhu. Sungguh sedih dan sakit hati aku. Tapi simpan dlm hati je lah. Mmg huduh dan pelik lak rambut dia. senget benget. Balik kampung ari sabtu tu aku suh kakak aku alter sikit rambut dina. Baru lah ok sikit walopun ttp hampeh. Nasib nko lah wahai anakku. Haha

Selasa, 17 Mac 2009

LAGI BARANG YANG AKU BELI KAT BUNDLE

Beg ni aku beli kat bundle.


Comel kan.



Besar sungguh kan. Nanti leh buh kain baju balik kampung or gi jalan2 mana2.


Harga nya?

Satu hengget jer. Besttt!!

Nanti aku nak jahit butang besor kt tgh tu. Ntah bila nak wat tatau.

Isnin, 16 Mac 2009

APA YANG AKU BELI KAT BUNDLE HARI INI???

Aku kan pengikut tegar bundle. Tapi kawan aku lg tegar. Aku kalo kawan tak ajak, mmg aku tak pegi lah sorang2. Hubby aku lak jenis malas dok belengas kt bundle. Hehe


Lunch hour tadi aku pi merayau kt bundle yg biasa aku pegi tu.

Maka dapat lah;

kasut kaler oren ni. Saiz 1 atau 13. Dina kecik lg. Danish takkan nak pakai kut kaler oren. Simpan je lah wat koleksi. Harga nya 4 hengget.


Aku gak beli menda ni sekor. Haha. Padahal selalu jumpa tapi aku wat tak layan. Ari ni tertarik lah nak beli untuk dina. Aku tatau barbie ke apa sbb takdak tulis. Tp keluaran mattel yg nyatanya. Masa jumpa tu mmg tak pakai baju budak ni. Gatal sungguh. Tp ada org2 baik hati tolong aku cari kan baju dia. Jumpa top satu, dress satu. Jadi lah dari tak pakai baju kan. Jumpa gak beg dua ketul. Harga nya 1 hengget jer.


Ada gak benda lain yg aku beli, tp malas nak tempek. Benda biasa2 jer. Modal hari ni 10 hengget jer.;)

YANG MANA SATU PILIHAN KALBU

Rina telah mengetag aku. Dulu2 rina pernah tag jugak. Mebi aku terlepas pandang. Maaf ye rina.

The RULES:

Bold the statements that are true to you. Italic the statements that you WISH are true. Leave the Fibs alone. Then, stab 5 ladies to do the same test.

The LIST to Bold/Italic/Just-let-it-be:

I miss somebody right now.
I don't watch TV these days.
I own lots of magazines.
I wear glasses or contact lenses.
I love to play video games.
I've tried marijuana.
I have been in a threesome.
I have been the psycho-ex in a past relationship.
I believe honesty is usually the best policy.
I curse sometimes.
I have changed a lot mentally over the last year.
I carry my knife/razor everywhere with me.
I'm totally smart.
I've broken someone's bones.
I'm paranoid sometimes.
I would get plastic surgery if it were 100% safe, free of cost, and scar-free.
I need money right now.
I love sushi.
I talk really, really fast.
I have long hair. (tp tak long sgt pon)
I have lost money in Las Vegas.
I have at least one sibling.
I have worn fake hair/fingernails/eyelashes in the past.
I couldn't survive without Caller I.D
I like the way I look.
I am usually pessimistic.
I have a lot of mood swings.
I have a hidden talent.
I'm always hyper no matter how much sugar i have.
I have a lot of friends.
I am currently single.
I have pecked someone of the same sex.
I enjoy talking on the phone.
I practically live in sweatpants or PJ pants.
I love to shop.
I enjoy window shopping.
I would rather shop then eat.
I don't hate anyone. I dislike them.
I'm completely embarrassed to be seen with my mother.
I have a cell phone.
I believe in God. (Allah SWT)
I watch MTV on a daily basis.
I have passed out drunk in the past 6 months.
I've rejected someone before.
I have no idea what i want to do for the rest of my life.
I want to have children in the future.
I have changed a diaper before.
I've called the cops on a friend before.
I'm not allergic to anything.
I have a lot to learn.
I have been with someone at least 10 years older or younger.
I am shy around the opposite sex.
I have tried alcohol before.
I have made a move on a friend's significant other or crush in the past.
I own the "South Park" movie.
I would die for my best friends.
I think that Pizza Hut has the best pizza.
I have used my sexuality to advance my career.
I love Michael Jackson, scandals and all.
Halloween is awesome because you get free candy.
I watch Spongebob Squarepants and i like it.
I have dated a close friends's ex.
I am happy at this moment!!
I'm obsessed with guys (on TV).
I study for tests most of the time.
I tie my shoelaces differently from anyone I've ever met.
I can work on a car.
I love my job.
I am comfortable with who I am right now.
I have more than just my ears pierced.
I walk barefoot wherever i can.
I have jumped off a bridge.
I love sea turtles.
I spend ridiculous money on makeup.
I plan on achieving a major goal/dream.
I'm proficient in a musical instrument.
I worked at McDonald's restaurant.
I hate office jobs.
I love sci-fi movies.
I think water rules.
I went college out of state.
I like sausage.
I love kisses.
I fall for the worst people.
I adore bright colours.
I can't live without black eyeliner.
I don't know why the hell i just did this stupid thing.
I usually like covers better than originals.
I can pick up things with my toes.
I can't whistle.
I can move my tongue in waves, much like a snakes slither.
I have ridden/owned a horse.
I still have every journal I've ever written in.
I can't stick to a diet.
I talk in my sleep.
I try to forget things by drowning them out with loads of distractions.
Climbing trees is a brilliant past-time.
I have jazz in my blood.
I wear a toe ring.
I have a tattoo.
I can't stand at LEAST one person that i work with.
I am a caffeine junkie.
I have been to over 15 conventions.
I will collect anything, and the more nonsensical, the better.
I'm an artist.
I only clean my room when necessary.
I like a person of the same sex.
I love being happy.
I am an adrenaline junkie.


Aku malas nak tag sapa2 sbb malas nak link. Hahaha

AKU DAPAT DIGICAM BARU. hOYEH!!!!!!

Hehe... entry hepi!!!

Nak eksyen ngan korang, aku dapat digicam baru. Yg ni pun brand sony gak. Model DSC-W150 Super SteadyS Shot. Plg best kamera ni boleh fokus kat muka automatik. Jakun sungguh aku. MUla2 tau tu mmg excited banget.

Ingat nak suh hubby beli t300. Eh, aku lupa lah. T300 tu touch screen ek? Aku lupa lah. Memula tu aku ingat nak suh hubby beli yg touch screen. Kononnya hebat lah sikit. Tapi mikirkan yg aku ni bukannya lemah lembut bersopan satun, makanya hubby ku tidak mendengar permintaan ku. Makanya di beli yg ini.

Digicam lama? Jual kat mudah dot com. Hihi. Senang kan zaman sekarang.







Tapi kan, aku tetap nak gak henfon yg kamera terang sikit. Senang aku nak paparazi. Tiara suh ambik brand son*. Ye lah mmg brand ni aku pun tau kamera nya terang. Sbb tu digicam aku beli brand ni. Tp wat masa ni kalo henfon aku masih tertarik ngan norkiah. Tatau la napa. Tgk lah nanti apa yg aku nak beli. ANgan2 tak sudah ni. Tp ok apa angan2. Angan2 dulu pastu cuba lah grab nya. Kan?

Ahad, 15 Mac 2009

AKU TENGOK KONSERT AF SAMBIL DORANG TENGOK AKU

Hik hik..punya lah panjang tajuk aku.

Semalam aku balik kampung. Kebetulan jumaat tu aku kan lawan boling. (Dan seperti biasa lah. Ranking kami hanya tgh2) Biasa aku balik jumaat. Ptg khamis tu akak aku call bagitau jgn balik jumaat. Dia suh balik ari sabtu. Ex abang ipar aku (suami arwah akak aku) nak kawin. Wah, hangat!!!

Takde rezeki aku nak jumpa irfa. Lagi pun aku tak sempat baca msg irfa kat shout box. So, pagi sabtu tu aku balik kg. Plannya, geng pompuan tak pegi majlis nikah tu. Hanya geng lelaki yg pegi. Macam yg aku ckp ngan irfa dlm sms. Bukan untuk meraikan tapi sekadar menghormati.

Lps asar dorang pegi satu kete. Aku n kak I ngasuh anak2. Huru hara rumah. Tapi layan je lah. Bukan anak org lain pun, anak aku dan anak buah aku. Haha. Wah akak2 aku masak best betul. Gulai itik serati dan udang galah masak masam manis. Udang galah tu akak aku beli kat sarawak. Di pi ziarah anak dia yg kena mengajar kt limbang nu. Naik perhau sambil tgk buaya. Sungguh mengerikan. Ops..terpesong tajuk.

Oh, ucapan kepada ex abang ipar aku. Kawin tu kawin lah jugak. Jangan anak2 ko terbiar sudah. Jgn cuba2 nak lpskan tanggungjawab. Itu jer. Tapi rasanya kami dh tau cerita masa depan cemana. Just tunggu dan lihat.

Pastu dlm 6.30 dorang balik. Dekat jer. Kampung sebelah jer rumah pengantin pompuan. Terus kecoh nak tgk gambar pengantin. Hahahah. Punya lah kepochi. Ops.. rahsia!!

Pastu sambung cerita anak2 buah aku (lpsn spm) yg nak further study. Kecoh begitu begini. Bincang punya bincang sampai ke malam. Solat maghrib terus berangkut pulang nak tgk konsert AF. Semangat ni. Sampai kakak ipar aku ajak pi beli laptop kt kb mall pun terpaksa kensel. Hahaha

Anak2 awal2 lg dh jenero dlm kete. Wah, aman aku nak tgk AF. Hik hik

Last2 AF tgk aku. Aku terlepas 4 org yg terakhir tu. Sedar2 AC umum yg budak dorang tu tak jadi keluar. Sapa ek yg 2 org tu? Aku blur2 lah. Nak tanya suami, dia lagi awal lentok sbb mmg dia tak minat sungguh jenis2 rancangan begini. Kalo dia tgk pun time audition. Boleh jadik bahan gelak.

Itu je lah. baiii.

Khamis, 12 Mac 2009

TENGOK KAPAL TERBANG

Dah dpt idea nak gi tgk kapal terbang tu, kami pun menuju ke pengkalan chepa. Airport kota bharu. Semata mata nak tgk kapal terbang landing dan berlepas. Besar betul kerjaan. Huhu.

Danish mmg excited giler. Siap ajak lepak dlm kfc lagik. Nak tgk secara lbh dekat.

Abih tu, takkan nak lepak je kut. Harus ler mengorder sesambil lepak tgk kapal terbang tu kan.

Aku pi order jom jimat. Wah, bagus gak boikot ni. Mekdi ngan kehepsi murah ler.




Lps makan, turun cepat2 sbb danish nak tgk kapal terbang berlepas lak. Haha. Dina punya lah terlopong mulut. Ternganga kekaguman. Ahahaha. Kesian anak2 aku darat kapal terbang.

Dlm kete masa balik tu, punya lah bising menceceh (dlm bahasa dia sendiri) pasa kapal terbang. Siap wat gaya ngan tgn kapal terbang berlepas tu. Haha.