Khamis, 29 Januari 2009

RONDA KAMPUNG

Ptg2 kan, aku slalu lps dina main kt laman. Ye lah, aku ni hati daun kayu. Mudah kesian ngan anak. Dah lah kat rumah kak long (pengasuh) dina dok berkurung dalam rumah jer. Apsal ek kalo kt rumah kak long dina disiplin jer. Kak long tak bagi turun dia ok jer. Kalo kt rumah mmg grill dia panjat sampai atas tau. Konon2 nak bukak kunci sendiri. Kalo aku dok kt dapur lah. Gerun aku nengok takut jatuh terhempas. Kalo kt hall harus dia dok ngintai mek (nenek) dia kut celah2 cermin pintu. Sambil menangis nagis merayu rayu. Hoho..sungguh tak tahan aku


Tapi bila main kat laman harus dia buas overdose. Dah la pagar blom siap. Sesedap rasa je dia lari ke depan. Nak main kat jalan. Bahaya wo. Pastu main tepi longkang. Bahaya woo. Kalo dia main ok-ok, boleh lah aku sesambil cabut rumput ke, siram bunga ke tgk dia. Ni tdk buas semacam. Lelaki ke pompuan budak ni?. Haish

Pastu bila aku laki bini dah tensyen dok kejar dina yg tak penat2 tu, hubby pun start motor. Mula nak ronda kampung. Aman sikit aku rasa.

Best woo. Sbb sejuk jer. Saujana mata memandang. Tgk tali air yg bertali tali tu. Tgk sawah padi. Tgk bird. Dina mmg excited kalo tgk bird. Pastu tgk org menjala. Memukat ikan. Menembak burung dan mcm2 aktiviti kampung. Jugak tgk org bercucuk tanam. Macam2 sayur ada. Boleh beli jer kt tepi tali air tu.




Gambar kt atas tu bukan main dina nak dok depan. Padahal dia mmg kena dok blkg. Tak berani nak bagi dia dok depan. Tu dia lps gian before motor bergerak. Haha

BABY WALKER

Erkk.. ker korang panggil benda alah ni apa eks??

Apsal la masa dina blom boleh berjalan tu ari aku tak jumpa menda ni kt bundle. Dah berlari melompat baru jumpa. Huhu.

Tapi aku tetap beli melepas geram sbb harga RM 2 sajork.







sakan dina menolak menda tu. Hahaha

Mama dina tah pape kan?

Rabu, 28 Januari 2009

AKU YANG GEMUK

Korang tau kan aku tgh mengalami masalah gemuk. Huhu

Dulu, masa kanak2, aku kurus keding. Sampai badan pun melengkung. Dah la bongkok sabut. Pastu pulak tak suka makan. Kat skolah pun tak sarap. Balik skolah ngadap tibi. Makan nasik sepinggan pun tak habis.

Pas skolah (tunggu result). Berat aku dh 48kg. Kurus bagi org yg badan besar mcm aku mebi 45kg kut. Kiranya aku dh start gemuk lah. Masuk u aku dh 52kg. Kluar u berat aku dlm 55kg. Masa tu aku rasa aku mmg dah gemuk giler. Perut pun boncit tau. Kalo pakai kebaya penat aku kontrol perut. Hiks.

Masa nak kawen berat aku dah 60kg. Giler berat. Mengandungkan danish berat aku turun mendadak. Mabuk yg teruk. Pastu danish lahir awal. Mmg aku kurus giler. Korang dh tgk gambar aku masa ngan danish dlm wad kan. Mmg cengkung pipi aku. Sampai hubby aku komplen plk. Aku lak, mmg hepii banget sbb aku dok mengidam tubuh yg kurus.

Pastu dlm 2 thn kemudian, berat makin naik. Dok dlm 65 hingg 67kg. Kalo dpt turun 62 aku mmg dah happy giler ah.

Ngandungkan dina plk, walopun mabuk lbh teruk dr masa danish dulu tp aku tak kurus2. hujung2 kehamilan berat aku samapi 77kg. Giloo. Mmg sah aku tau aku takkan kurus dh lps bersalin.

Masuk keje lps pantang semua opismate komplen badan aku tak berapa nak susut. Walopun kenyataan, tp makan hati dgr tau. Haha

Pastu, dalm 2 bulan kebelakangan ini, mmg badan aku naik giler2 ah. Gemuk gedempol. Kain baju kurung aku semua ketat. Sakit perut aku sbb kain ketat. Tp aku pakai jgk sbb malas nak alih (resize) cangkuk dia. Hihi.

Tp aku tak timbang berat aku berapa sbb aku takut. Hoho

Nafsu makan makin menggila. Dok dendiam kat rumah harus aku pikir pasal nak makan. Walopun aku kontrol kuantiti nasik tu, masalahnya aku tetqp makan nasik.

Seminggu dua ni badan aku penat letih lesu pening. Semua ada. Sampai aku ingat aku mengandung. Padahal lewat 2 hari jer. Menangis nangis aku takut aku peknen. Makin lah tertekan perasaan aku tau. Walo pun now aku tgh bendera merah tp aku tetap risau sbb kepala aku asyik pening jerk. Napa ek. Ke sbb pil yg aku ambik tu tak seswai ngan badan aku ek? Betul ckp la, mmg aku tgh risau ni. Walo pun period aku takut aku ngandung. Hahah. Gilo kan. Tp mmg gitu lah yg aku dok pikir. Sampai kena marah ngan laki. Ops..terluah perasaan lak. Sungguh poyo di situ.

Tp betul lah, bila badan gemuk melampau, badan aku letih giler. Dah la dok campur ngan pening kan, Pastu byk benda yg aku takleh makan. Dah byk bulan kes2 mcm ni berlaku. Contohnya bila ku minum teh (susu) kalo kat kelantan org tua cakap teh tu teh o tau. Hiks. So bila minum teh aku jadi pening nak muntah. macam mabuk ngandung, dan aku takleh bau2 makin tambah pening. Dan2 tu mula aku risau aku ingat aku ngandung. Padahalnya tdk (sblm ni la).

So, aku ni dh mula risau ngan tahap kegemukann aku. Mangsa cecehan aku harus lah laki aku kan. Aku tau lah dia serabut perut aku dok merisau kan. Tp usahanya takde. Buang karan je kan. Haha

Bulan lps aku ada beli tali skipping (ker korang panggil apa ek? Sila betulkan utk aku). Masalahnya seminggu beli dok dlm henbeg, tp aku terlupa yg aku ada beli benda tu. Haha. Bila nak tukar henbeg lain baru perasan. Hubby aku gelak sakan. Katanya, patut dah hancur mozek bilik tu dek lompatan aku. Maklum ler, mak gajah kan. Sadis woo!!

Now, walopun aku dh perasan benda tu aku dh beli namun, jarang sekali aku berkesempatan nak melompat. Asyik ada agenda sokmo. Kalo takdak agenda pun harus aku kepenatan. Kena pi jumpa pakar motivasi diet aku ni gamaknya. Tp kt mana ek?

Korang tolong la suggest apa yg patut aku buat ek. Kut2 ada petua cemana aku nak mengawal nafsu makan. Mmg la memotivasikan diri dgn melihat org lain kurus dan lawa adalah bagus. Dan2 tu jugak aku semangat nak diet. Masalahnya, lps tu harus aku tak tahan. Nak jugak makan.

So, aku berkira kira nak beli beras herba poni taj mahal sbb takde kanji kan. Bukan apa, aku rasa aku tak boleh nak drastik tinggalkan nasik begitu saja. Kena gak ansur2 kan. Hubby aku siap suggset beli kan rice cooker kecik. Jap lg nak gi survey. Hihi.

Pastu, aku penuh kan stok peti ais kt rumah tu dgn buah2 dan salad. Asal rasa nak makan jer, makan buah atau salad. Tp tetap kena kurangkan jgk sbb buah kan manis2. Masalah utamanya aku ni kurang minum air. Air manis ke, air kosong ke, kurang minum. So bila kluar harus beli air yg tentu nya manis kan. Kena disiplinkan diri minum air kosong ni. Pastu say no to air gas. Haha. Insyaallah. Korang doakan lah aku kuat semangat okeh.

Pastu kalo korang ada tips ke, boleh la syer. Bantu lah aku yg gemuk ini. Huhu. Rasa nak nangis tau.

Aku nak kurus bukan hanya sbb nak cantik je. Ala, org gemuk mcm aku susah tau nak beli baju. Tgk baju lawa2 dan mampu milik tp takde saiz. Sedih aku. Huhu, dah la rupa pun ala2, gemuk gedempol pulak kan. Pakai baju lak old fesyen. Tp bukan seksi tau.

Aku nak kurus sgt sbb aku dah mula bimbang kan kesihatan aku. Nak2 dah memasuki usian 30an ni. Aku dh mula sakit2 badan, sengal2 tubuh dan sendi, pastu mcm yg aku ckp td la, tubuh aku jadik letih lemau malas dan pening.

Bantuan korang aku ucapkan ribuan terima kasih. Wah!!

XTVT CUTI RAYA CINA

Pagi senin tu kemas2 rumah. Gotong royong laki bini. Hiks.

Lepak2 tgk tv, dh tgh hari skt siap2 nak gi Machang.

Saja je nak ke Pasar Isnin Machang. Kakak aku meniaga kt situ. Tapi sayang, bila sampai satay dah habis. huhu. Kempunan aku nak makan satay akak aku.

Lepak2 kjp. Pusing2 pun takde benda nak beli.







Lps lepak2 tu, kami pun balik rumah kakak dulu. Dina pun dh meraung kepanasan. Makan, mandi dan solat segala. Borak2. Bebudak tu pun siap mengaji, terus dorang main kt laman. Dina apa lg, meroyan sakan lah nak join the boys.

Tgk lah cubaan dia memanjat batu tu. Konon. Macam lah dapat. Hik hik







Pastu ajak semua naik makan kepok lekor. Anak buah dr tgnu baru sampai. Wah, sedap sungguh. Regu plk ngan oren sunquick.

Lps solat asar, lepak2 kjp, kami pun balik. Dina dan danish lena spjg jln. Sampai rumah 2-2 meragam tak ckp tido. Hangin aku.

Pujuk ajak tanam rumput dan pokok duri baru ok. Haish!!

Ari selasa lak, takdak xtvt. Dok melayan dina yg takmo tido. Lps lunch pakat tido berjemaah. Owh..heaven.

Bangun2 tu boring terus siap2 keluar. Mana lagi. Kb mall la. LPs tu danish takut bunyi gendang singa. Terus meraung ajak balik. Masih awal, belok ke tesco. Hiks. Lps dinner baru balik rumah.


Ahad, 25 Januari 2009

HEPI HOLIDAY UOLS!!

Hiks...aku masih di sini. Kat ofis.

Cam seram lak sbb org lain semua cuti. Tinggal 2-3 kerat jerk.

Tp tadi kluar kjp gi pjbt tanah kota bharu. Punya lah hazab jem. Sumbat lemok kata cendawan intim. Asal cuti jerk jem, asal jem jerk cuti. Sungguh sakit jiwa.

Park kete dpn pdg hoki, menapak ke pjbt tanah. Rasa nak muntah aku kepenatan. Nampak sgt byk kolestrol dalam badan.

Benornya meneman kan hubby. Ari tu kan ada org nak beli tanah dia. Dia pun dpt tanah tu dr nenek. Nenek plk dpt dr arwah kakak dia yg takde anak. So dok pikir2 sbb tanah tu nama byk sgt, dan ahli dlm tanah tu pun byk yg bermasalah. Contohnya, dlm geran sikit je bahagian tp kt realiti takluknya banyak. Susah lah. Malas nak bergaduh satu kampung lak. So, pakat ngan atuk sedara dan pak sepupu (2 org). Dorang tolak ke pembeli lain yg berminat. Alhamdulillah dapat jugak selesai hari ni.

Oh ya, masa lalu nak masuk ofis tu, mmg byk kenduri kendara sana sini. Ramainya org kawen. Bas pun berpusu pusu memasuki kota bharu. Makanya makin bertambah lah jem. Haru betul lah.

Aku ni dok angan2, bestnya besok kan cuti dua hari. Kalo lah leh gi jalan ke mana mana. Terengganu ke. Tido kt sana 1 mlm. Tp non ado. Tidak dipersetujui sang suami. Kete tak mengizinkan katanya. Risau kut masalah karang susah plk. Dah lah ngan anak2. Makanya ku pendam kan sahaja hasrat itew. Nak balik kampung pun anak2 buah tak balik. kakak aku pun sibuk pulun meniaga musim2 cuti ni. Tadek org. Owh, boring nya!!!

Ok lah, aku just nak ucapkan selamat bercuti kepada semua. Byk blog yg tak aktif dah nampaknya. Sekolah pun ada yg tutup seminggu. Makan limau tu beringat ingat lah yer. Hehe. Jgn hilang suara sudah.

Babai!!!

Khamis, 22 Januari 2009

SERBA SEDERHANA

Malam td, kami buat jugak sambutan ulangtahun kelahiran danish.

Ala kadar dan begitu sederhana. Memula tu pikir nak buat ari minggu nanti. Kut2 nak masak pape kan. Tp mikir kan aku ni bukan pakar memasak dan MIL jugak macam tu (hiks), makanya buat mlm td terus lah, Ringkas jer.

Beli kek dan jajan. Pastu goreng mihun putih plus ayam goreng ala kfc. Ajak je kawan2 danish dekat2 rumah. Ok la, at least ada birthday party bagi dia. Hik hik









Alhamdulillah, semua org kenyang dan makanan habis, Tak membazir. Syukur.

Rabu, 21 Januari 2009

TAG by ZURA

The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 6 people.


I am

*ibu kepada 2 anak. Putera dan puteri. Alhamdulillah.

I really want to



*punya bisnes sendiri.. Butik misalnya. Makan gaji ngan org mcm tak cukup jer. Tp tak nak berenti keje skrg. Hihi. Insyaallah suatu hari nanti.



My favorite place




*walopun org lain suka bercuti ke mana2 tempat yg indah, aku suka shopping complex atau tempat percutian tu boleh shopping. Huhu. Kalo takleh membeli, cuci mata pun takpe.


My favorite things

prada
*henbeg dan kasut jugak pakaian. Tak pernah puas. Mesti nak beli yg baru sokmo.

My favorite food


*seafood dan chinese food.




My favorite drink


*jus nenas (asal yg masam2, tp ikut mood jugak, kadang nak gak kafein)




I live in

GER_PHOTO_ID_5293569081163741122" />

*somewhere in kelantan (pinggir kota bharu lbh spesifik)



I was born in

*pasir puteh. Mak lahir kan aku kt rumah sendiri dgn bidan kampung tau! Tp takde gambar rumah mak aku. So, jeram pasu ni kiranya dah dekat sgt la ngan rumah mak aku.



My School/College

*UTM, kolej kebanggaan ku. Wah!! (ntah biler nak sambung degree tatau)



My favorite story


*My girl, korean siries. Mmg addict giler ngan K drama. Lawak dan romantik gitew.



My hobby


*window shopping. Mmg habit tau!! Takleh nak ubah.



I wish

*One happy family. Semoga Allah makbulkan. Amin


I want to tag these 6 people:
http://amniey.blogspot.com/
http://applepiebasi.com/
http://tiaraayzan.blogspot.com/
http://kakluna.blogspot.com/
http://masnurin.blogspot.com/
http://cendawanintim.blogspot.com/
http://ungkunor.blogspot.com/

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG!!!

Hiks..mcm lagu imran ajmain plk. Memula aku dgr lagu ni, tang korus tu. Habis aku laki bini kutuk kaw2. Macam suara lelaki nak jadi pompuan. Pastu dok pikir2, mcm suara imran ajmain plk. Rupanya betul.

Eh, termelalut pulak.

6 Tahun yg lalu, pada tarikh ini, jam 5.31 minit ptg lahirlah putera kesayangan mama dan abah Muhamad Danish Azran.

Walopun kelahirannya tdk dijangka (usia kandungan hanya 30 minggu) namun kehadirannya memberikan seribu makna buat KV n co.

Mcm2 perasaan ada. Risau, tension, gusar, sedih. Mengenangkan danish dlm inkubator yg hanya seberat 1.25kg. 2 hari kemudian susut 1.1kg.

Dah la masalah susu takde. Penat jumpa doktor mintak ubat. Siap jumpa kaunselor. Tp hanya beberapa oz je yg dpt. Sedih sungguh. Nak makan ubat kampung tak berani sbb danish masih dlm rawatan. Takut bercampur. Last2 aku yg meraung. Huhu. Tension sungguh. Misi pun naik heran napa susu aku tak keluar. Mcm2 pesen dan gaya penyusuan misi ajar. Masih gagal. Sampai ke hari ni aku rasa terkilan. Mungkin ada sebab Allah menguji aku sebegitu.

Alhamdulillah, setelah 42 hari di tahan dalam wad (mcm bertahun rasanya) danish dibenarkan keluar dari wad dgn berat 1.7kg.

Ni kad jemputan yg kami terima dr husm. Majlis reunion anak2 pra matang. Masih tersimpan kemas dalam album. Suka sungguh dpt jumpa misi2 yg jaga danish dulu.



Gegambar ni aku snap masa bersama danish dlm wad. Masa ni dh keluar inkubator. Beratnya lbh kurang 1.5kg









Masa ni dh bawak balik rumah. Nak mandikan pun rasa gerun. Tp, tetap aku usahakan mandikan sendiri. Kena kuatkan semangat.



Masa ni dh tembam. Rasanya umur dia belum setahun kut.


Ni aku snap mlm td. Tgh lalok. Mengantuk. Dia mmg tido awal sedari baby. Tak mcm dina.



Buat putera mama dan abah, selamat ulangtahun kelahiran ke 6. Dah besar panjang pun. Rasa baru je berulang alik dari usm menjenguk abang.

Moga abang menjadi anak yg taat perintah agama, rajin belajar, bertimbang rasa dan mendengar nasihat.

Mam ngan abah dok marah2 tu bukan benci. Tapi nak suruh abang jadi yg terbaik. JUga, mama dan abah harap, abang sayangkan adik dan jaga serta lindungi adik seperti yang abang dok buat sekarang. Jangan ada benci sbb mama dan abah sayang abang dan adik sama rata je.
(harapnya, abang akan baca en3 mama ni suatu hari nanti)

Selasa, 20 Januari 2009

DINA NAK BELON

Kalo pegi pasar malam yg ada ual belon, harus dina menggeletis nak kan belon

HIks, tp mama ngan abah dia sungguh kejam. Sampai ke hari ni tak beli2. Padahal rm 5 sajourk. Hihi








Tgk gambar2 ni, sian pulak rasa kt dina.

Isnin, 19 Januari 2009

JOM GI NURSERI

Nak beli dawai penyangkut la. Karang nak gantung orkid2 tu.

Bosan dina asyik dok cabut jer orkid aku tau. Minah tu rajin tah pape plak.









Bila dah gi nurseri tu, harus semua kami survey kan. Pokok buluh la, palma la, keladi pisang la. Mcm2 ada dlm otak ni dok wat perancangan.

Apa2 hal, siapkan pagar dulu. Hik3x. Bila ntah.

LAMAN KU KOSONG

Pegola aku dah ada bunga sket.






Tapi tak cukup dawai penggangtung pulak. Nak kena pegi nurseri ni.




Cer tgk laman aku, kosong jer kan. Rumput pun takdak. Angan2 nak tanam rumput karpet je. Rumput mutiara susah nak jumpa. Aku pun tak pernah tgk. Hik hik.

Masalahnya rumput karpet pun blom gi pow kt rumah akak aku nun.




Bila ntah nak balik kampung.