Khamis, 10 Disember 2009

SURAM DI KB MALL

Memandangkan k.b ma.ll adalah tempat kegemaran ku di kota bharu (hiks), aku buat satu entry khas pasal pengalaman aku ke situ selepas tragedi kereta dari langit.

2 hari lepas, kebetulan aku balik dr hq. Singgah ke kb mall nak beli buah.

Perasaan bercampur aduk. Risau, seram dan ingin tahu.

2-3 kali aku tanya hubby, nak singgah ke tak nak. Mmg ada satu perasaan 'takut' wujud beb. Hubby kata, yakin jer lah. Insyaallah takde pape. Sbb dia pun nak sangat tgk tempat kejadian.

Pusing belakang bangunan suasana sunyi sepi. Pelik. Tapi benar. Tambah2 lg stesen bas kt belakang tu tgh renovation, takde langsung kete motor bas even org pun kat situ. Kete pengunjung pun takdak kt luar2 tu. Tak pernah2 aku tgk suasana cenggitu.

Hubby pusing kut kolej mas.ter skills. Aku dah dup dap dup dap. Gemuruh tak hengat. Hihi. Ambik kad parking ngan jaga, aku suh hubby tanya jaga 'selamat ke idak'. Hubby pi tanya 'dah meniaga ke belum'. Apa dah. Haha

Lot parking kt basement byk kosong. Kete byk kt tgh2. Kat entrance aje. Tepi2 hujung2 langsung takdak kete. Sunyi sepi. Aku sms kwn se kb mall (haha) yg aku seram giloooo. Member gelakkan aku, siap cakap, 'takpe takde orang pun, best jugak, nanti senang nak shopping2'. Chess!!

Naik eskalator, tempat pertama hubby tuju kat kete tu 'landing'. Dah tutup area situ untuk siasatan. Tapi kedai2 semua di buka. Hubby gi cari kawan dia yg keje kt kedai video. Yo tunjukkan video2 dan gambar2 yg dia ambik. Mendengarkan yo bercerita masa kejadian mmg meremang bulu roma. Mek seram nok!

Yo jgk cerita ada video yg org dakwa, masa jenazah di bawa keluar, mcm ada lembaga (hitam) melompat dr tubuh jenazah. Besoknya hubby carik dlm utube. Rupa2nya aku dh tgk video tu sehari slps kejadian. Tapi aku tak paham. Huhu. Ada yg kata reflek cermin, ada yg dakwa roh si mati. Aku tatau nak komen.

Lepas jumpa yo, aku gi pacific nak redeem mata kad. Masa duk tunggu tu, aku menyibuk tgk gambar dlm paper bahasa cina kt ada sorang bdk chinese yg jgk tgh nak redeem. JUgak ada gambar lembaga berbentuk org warna hitam. Tapi dari situasi yg berbeza dgn dalam video tu. Aku tak tanya plk bdk cina tu apa surat khabar tu kata. Hehe.

Entah lah, mcm2 andaian, tempat tu berhantu la. Pastu kawan aku cakap, gambar yg aku tgk dlm surat khabr cina tu, lembaga tu melompat keluar dr kereta yg terbang. Mana satu pun aku tatau la. Biar pakar gambar yg mengesahkannya. Tak terjangkau dek fikiran aku ni.

Tapi suasana dlm tu mmg lain dr sebelum. Sunyi, sepi suram. Aku pun tak duduk lama. Lps beli buah terus balik.

Harap2, keadaan pulih seperti biasa. Maklum la, kat mana lagi aku nak buang masa, kan? Hik hik.

p/s: al fatihah buat mangsa.

9 ulasan:

shafa berkata...

Ddk dalam building pun xselamat gak skrng ni...

Tanpa Nama berkata...

al-fatihah utk arwah..

*gorjesmum* berkata...

ya allah betul ke lembaga tu..seram plak dgr..i kalo balik kb kan mesti pegi kb mall..acara wajib..now macam pk dua kali..hmmm

CuTeMiUt78 berkata...

eh.. ya ke KV.. aaiissshh seram plak ni... kat youtube ada ya

oren berkata...

bila tgk berita pasal kb mall, otomatik aku teringat kat mu..mu kan duta kb mall???

mgkn tak lama kut kesuraman tu..sok sok meriah la balik..

Zaila Mohamad berkata...

hanya Allah yang tahu..al fatihah buat mangsa2

Zareda Norman berkata...

sekajp aje suram suram tu.. tak lama sure happening semula tu..

aNIe berkata...

Hmmm...bila ada sesuatu yang berlaku dlm bangunan gitu...memang seram bila berkunjung ke tempat tu...tapi...tak boleh lah nak ikutkan sangat rasa takut tu...

rina berkata...

maybe awal2 je kot. pasni meriah balik tu kb mall. video lembaga itam tu pn penah tgk gak dlm utube. huhuhu