Isnin, 30 November 2009

AIDILADHA - PART 3

Raya ke3. Jugak lepak2 kat rumah. Goreng mihun putih (permintaan encik suami) utk sarap. Dalam jam 10 tu hubby ajak teman dia gi kb. Beli barang kedai. Anak2 semua kena tinggal. Danish dk ngan MIL. Dina hantar pi rumah pengasuh.

Sudah beli barang singgah makan nasik ayam kt stadium baru balik.

Lps zuhur hubby dan atuk gi wakaf bharu rumah pak sepupu dia. Kenduri kawen. Danish jek ikut. Sbb aku malas nak ikut, dina pun kena lepak kat rumah. Hubby tak bagi dina ikut MIL gi kenduri satu lg sbb MIL naik motor. So, lepak kat rumah je lah ngan dina.

Hubby balik dh pkl 4. Jem teruk katanya.

Lepas asar kluar gi panji rumah kawan aku si chiffon ungu. Janji ngan lyn.na nak saing sekali. Punya lah sakan cari jalan yg tak jem. Rela menempuh jalan yg jauh dari mengharungi jem. Gitu lah kaedahnya. Haha


Sampai rumah suk.ma, lyn.na baru park kete. Dorang anak beranak dari tesco.

Menu nya singgang daging + tulang, daging goreng kunyit, ayam goreng berempah dan gulai daging. Tapi kami semua pakat makan bihun goreng. Selain muak dh tgk dgaing, hubby sibuk nak makan prosperity burger. Hahaha..tak abih2. Layan jek la.

Danish n dina makan mihun goreng siap bersila.

Borak pung pang pung pang, dh tiba masa utk beredar. Apa2 hal, wajib bergambar dulu. Hihi.



Pastu gi kb mall lagik. Buang masa kaedahnya. Hubby nak survey kasut keje. Wah bukan main laki mek nak shopping. Mimpi apa tatau ni.

Last2, beli henfon. Kasut tah ke mana. Lain kali katanya.

Danish sibuk nak nengok henfon jugak. Macam la dia tu reti sgt. Hik hik


Ni lah henfon baru encik hubby. Ari tu kemain nak blekberi la apa la. Last2 beli e72 jek. Sbb lbh praktikal la untuk dia ganti kan n73 yg asyik hang sajork.



Lama benor tunggu budak cina tu install garmin n transfer contact. So, hubby ajak gi beli burger idaman dulu. 2 biji burger makan 4 beranak.


Abih dh cerita raya korban. Daa

Salam sumbangsih
KV & Co

AIDILADHA - PART 2

Raya kedua mmg takde buat apa. Lepak jer kat rumah. Masak pun tak. Pagi tu hubby suh goreng nasik. Ada lebih sikit, lunch pun aku suap nasik goreng tu je utk anak2. Harus mak nya menempek sama. Hubby gi kenduri kawan dia. Memula tu ingat nak folo. Tapi hujan la pulak. Pastu mikir kan dah muak tgk daging, makanya tak jadi lah nak ikut.

Anak2 punya lah meraung sakan bila ditinggalkan abah dorang. Si abang ok sikit walopun nangis. Mudah nak pujuk. Si adik mmg meroyan sakan la. Kesian pulak tgk. Haha

Tgh duk mengaruk sakit hati abah tinggal, tgk2 MIL dah melawa nak pi kenduri arwah kt rumah jiran. Apa lagi, 2 beradik tu kalut pulak nak ngekor atuk nya. Seb baik atuk tak menghampakan dorang.

Tinggal lah aku terkontang kanting sorang diri tatau nak buat apa. Tgk tv, baca majalah sampai pening.

Lepas asar baru keluar jalan2. Takde nak gi rumah sapa2. Hubby teringin sgt nak makan prosperity burger. Harungi jem yg amat dasyat (pemandangan biasa kalo cuti2 kt kota bharu ni). Pastu mcm aku blog before ni, mcD penuh ngan manusia. Sampai kena cop meja. Tapi, prosperity habis. Kat mcD tgh bandar pun habih gak dorang cakap. Kuat betul penangan burger ni. Kaya mcD. Aku jek yg kayap. Last2 hubby beli benda lain la. Penat beratur kan. Hihi



Sudah makan, jalan2 pusing2 tgk gelagat orang. Pastu temankan hubby shopping baju seluar keje dia. Byk lama si bini ni dok mebebel suh beli pakaian keje. Dia buat dekkk ajo. Tatau la angin mana datang, nak shopping baju keje lak dia.

Anak2 tgh tunggu abah dorang kat fitting room. Dina sampai bukak kasut tu. Tah pape jek dorang ni. Aku paksa dorang duk kt lorong tu. Malas nak kepung dorang dok main kejar2 bawah gantungan baju seluar.







Sudah membeli dan membelah (hahaha) kami pun pulang ke pangkal jalan. Terlepas tgk sehati berdansa. Tapi nasib baik ada ulang tayang semalam.


Salam sumbangsih
KV & Co

AIDILADHA - PART 1

Cuti raya haji kan 3 hari, makanya entry raya haji aku akan wat 3 part. Haha. Layan jek la.


Pagi sebelum gi tempat korban. Harus bergambar dulu.








Dina terketar ketar sampai menyorok dalam tudung aku. Takut tgk orag rebah kan lembu. Tapi tetap takmo berganjak. Keras jugak semangat dia. Hihi



Hubby jugak yg lari menyorok. Gerun nak tgk. Abih tu cemana nak tolong rebahkan lembu?
Gambar2 ni sekitar pagi raya aidiladha tahun ni. Lps jek org sembelih, kami balik rumah. Atuk ngan MIL ganti tempat. Haha..ambik kesempatan betul. Dalam jam 12, MIL call suh hubby gi ambik daging.

Sempat goreng daging campur2 untuk makan tgh hari.

Lepas solat jumaat, apa lagi tunggu. Balik kampung la.

Sampai rumah akak, dorang baru dok tgh masak. Lweat sikit siap kata dorang. Tgh baru dok hidang nasik, anak2 buah kecoh lembu terlepas. Lembu tu untuk dikorban kan pada besok nya (raya kedua). Habis satu rumah mengejar lembu. Kecoh gamat sungguh.

Dalam 30 minit kut dorang balik tercungap cungap. Tak sangka sampai ke hujung kampung sebelah lembu tu pergi. Bayang kan bagaimana penat nya dorang mengejar lembu dan mengheret lembu tu balik.

Sampai kat laman rumah, tetiba lalu jet pejuang sukoi lak. Dan2 tu lembu terkejut terlompat lompat hampir menyodok anak buah. Kami geng pompuan dah bertempik dari rumah suh anak buah lepaskan ajer. Mmg liar giler lembu tu, takut nengok nya eh.

Tapi anak buah aku berani jugak. Tak lepas kan tali tu tapi dia gi belit di tiang telefon. Aduh... alhamdulillah semuanya selamat. Dah reda sikit baru abang ipar gi alih kan ke tempat yg lebih selesa. Macam2 hal la puloks.

Malam nya dorang ajak bakar2 daging. Tapi hubby malas nak tunggu. Takpe lah, tak syok jugak nak paksa dia tunggu kalo dia sibuk nak balik kan. Weekend ni nanti balik lagi lah. Anak2 pun tak puas main ngan sepupu sepapat dorang.



Salam sumbangsih
KV & Co

Ahad, 29 November 2009

Sangap

Sangap nya lah weh!

Aku malas nk folo Hubby gi kenduri kt pasir mas. So duduk je kt rumah dgn Dina. Anak Dara aku pn pandai Bosan gak. Kesian tgk dia di jeriji tingkap memanggil abahnya. "Abah!!! Mari kelik rumah Kita!!!" Tanpa jemu. Lps tu ketawa sendiri. Mulut pula tk benti mengulum gula2 yg mil bwk balik dr kenduri.

Bosannya aku kt rumah bila Hubby takdok. Mati kutu dibuatnya. Lps Asar nk pegi rumah Kawan aku. Lambatnyaaaaa
Salam sumbangsih
KV & Co

Sabtu, 28 November 2009

Frust

BUKAN MAIN MEREMPUH JEM. BUKAN MAIN BEREBUT MEJA KAT MC D. TAPI PROSPerity BURGER HABIS. HUHU...
Salam sumbangsih
KV & Co

Line kaput

Teringin nak apDET PASAL RAYA, TAPI LINE TENET KAPUT PULAK. MEK CUTI SAMPAI BESOK (AHAD). TAK AMBIK CUTI PUN, AHAD TU CUTI GANTI UTK ARI SABTU.

HARI NI NAK PEGI KENDURI KAWAN HUBBY. DEKAT JEK NGAN RUMAH. MEBI NAIK MOTOR KUT. SUSAH NAK PARK KETE NANTI.

PETANG NI MEBI BAWAK ANAK PI JLN2 KUT. TAPI TATAU LG NAK PI MANA.

BESOK PLK ADA JEMPUTAN KENDURI KT RUMAH PAK SEPUPU HUBBY KT PASIRMAS. LPS TU MY BFF AJAK PI RUMAH DIA KAT PANJI . BESDAY PARTY ANAK DIA . TGK LA CEMANA.

UPDATE RAYA HARI SENIN LA MEK BUAT . TAK SYOK AH APDET TANPA GAMBAR.

ADIOS.



Salam sumbangsih
KV & Co

Khamis, 26 November 2009

WARNA COKLAT

Sebab baju raya ku kaler coklat plain, makanya 2-3 hari ni sibuk mencari tudung bercorak utnuk disuai padankan.


Antara 3 ni, mana satu pendapat korang yang paling sesuai?
Walopun pagi raya rasanya tak sempat berbaju ray, tapi sesi balik kampung harus daku memakai baju raya. Tak best orang lain melawa semua aku balik pakai jeans pulak kan. Haha

Insyaallah, besok kami ambik jugak satu bahagian korban.

Di kesempatan ini, kv n co mengucapkan selamat menyambut hari raya korban buat semua rakan2 blog yang sudi berkunjung ke blog aku, jugak buat pembaca senyap dan sewaktu dengan nya.

Kalo ada yang balik bercuti ke kelantan tu, roger2 lah, mana tau ada rezeki boleh berjumpa.


Salam sumbangsih
KV & Co

Rabu, 25 November 2009

PENYELESAIAN MUDAH

La ni kan aku makan beras herba poni taj mahal (tak ingat ejaan). Tapi atuk ngan MIL tetap makan beras siam biasa.

So, kena tanak 2 jenis beras lah kan.

Hari tu berkira kira nak beli rice cooker kecik sbb nasik utk aku ngan hubby separuh pot jek. Punya la mahal, tak padan ngan kecik. Asyik tertangguh jek nak beli. Kedekut sikit aku bab2 cenggini. Tp akibat kedekut tu, kena la tanak nasik pakai dapur gas. Satu hal pulak kalo tak teringat. Bisa hangit oh, maklum lah dah terbiasa ngan periuk letrik kan.


Satu hari tu, tgh dok rosted ayam, terpandang menu rice kt microvawe. Terus TINGGGGG!!! dapat idea. Haha. Senang jek. Masuk beras dlm bekas, tekan menu dan biarkan cenggitu. Mudah kerja ku.
Terima kasih pencipta microvawe. Mek suka. Mek suka


Salam sumbangsih
KV & Co

Selasa, 24 November 2009

SEDAP YANG 'MEMBUNUH'

Hiks tajuk..sakan.

Hubby beli ikan sungai ni ngan kawan dia. So, hubby suh aku masak steam.

Nak jadi kan cerita, sambil kukus ikan tu, aku gak masak suhun sup. Rasa takmo makan nasik. Masak pulak sikit jer. Sesambil nak diet kan. Hihi

Tgh nak makan mihun sup tu anak sibuk nak sama. Sebagai ibu yang bertanggungjawab (haha) aku pun bagi anak2. Aku makan kuah ngan sayur ngan lauk jek. Rasa nya memang la kenyang. Tapi takat kenyang air je lah.



#selingan#
Ikan yang sungguh besar. Sekor tu tak muat pinggan. Segar dan manis isinya.


Anak2 sibuk sama nak menengok ikan.


Oke, masuk tajuk balik. Hiks

Lepas isya' hubby ajak ratah ikan kukus tu. Sedap nya, aduhaiii..manis sungguh isinya. Tak sampai 5 minit, perut aku sakit. Ah, sudah. Mula la aku panik tak tentu hala. Rasa panas dan pedih dalam perut. Makan biskut, minum soya, minum susu, makan spirulina semua tak jalan.

Mintak hubby urut pinggang. Jugak tak lega2. Mmg takdak kes lain la. Perut ku meragam kes tak ambik makanan berat pastu makan ikan steam yg masam dan banyak halia. Adoiii..serik oh.

Dalam jam 12 kut lps minum lagik susu panas, aku lena. SEdar2 jam 4 pagi, dah lega perut. Dan jugak lega perasaan ku.

Terjawab tak tajuk entry? Hahahhaa

Besok nya, sambungan period pain plk. Ayoyo. Fening mek. Nak jadikan cerita, aku kan ambil pil. Makanya period aku ala2. Kdg2 tak berbekas pun kat p*d. Bila jadik pening loya nak muntah tu, mula la aku saspek aku preggy bagai. Gilo. Huhu

Tgh hari hubby ajak teman dia gi renew roadtax. Dok dlm ambank tu tgk orang pun aku pening. Berpusing pusing. Tah pape jek. Mula la aku stress!! Huhu.

Lesai kat bank, singgah makan nasik ulam, baru la hilang sikit pening aku. Agaknya perut aku masih tak betul kut. Angin banyak dlm badan. Sbb tu aku pening loya2. Tambah2 plk aku kena batuk yg tah pape. Bukan batuk sokmo. Tp tetiba tekak rasa geli dan tak leh nak tahan. Batuk2 sampai muntah2. Lps tu kepala rasa sakit dan pening. Hampir 2 bulan dah kut duk main baik cenggini. Seksa weh.

Dan jugak mendapat pesanan khas dari hubby. Tak payah berangan angan nak makan ubat diet bagai. Takut terkesan kat usus ku. Nampak gayanya, mmg takdak potensi nak kurus lah ni. Uwaaaaa...

Dah la aku tak blh nak diet buat sementara ni. Nak makan ubat kurus pun tak berani. Nak jogging pun asyik hujan jek ni. Masak la.

Oh, lupa nak cerita. Ari tu aku gi butik levi's. Nak suh hubby belanja jeans selai. Punya la carik yg lawa. Saiz 32 pun aku tak muat. Ayoyo. Padahal cap lain aku pakai 32 jugak. Ok jek, apsal cutting levi's tak boleh pulak. Down sungguh rasanya. Agaknya, tak merasa lah aku nak ber'levi's'. Huhu. SA suh aku ambik 505. Aku dh try. Huduh sgt. Sbb bumper n peha besar. So, kena ambik size besar. Bila cenggitu, mmg kat betis ngan kaki tu nampak besar giler. Buruk sungguh pemandangan. Uhuhuhu

Keluar butik levi's tu mula la aku membebel tak sudah2. Sibuk nak kurus. Weh, sibuk nak kurus semata mata nak pakai levi's. Ahahaha

Hmm..sedih aku mikir kan masalah gemuk ni. Dina pun pandai komplen 'mama gemuk'. Oh, anak dara ku sungguh jujur berkata kata.

Nak buat aku lagik down. Kawan2 lama aku. Dekat skolah ke, dekat u ke, anak dah berapa msg2 tapi body semua org menten. Malah lagi slim pun ada. Awat aku jek sorang tetiba membesar bagai johan ni? Heran, mek heran ni. Bakpo semua org lain lawa2 sakan bergaya? Adoiii..tekanan di situ.

Oke lah, selesai sudah sesi meluah perasaan buat sementara ini. Nak sambung jahit manik baju raya jap.

Salam sumbangsih
KV & Co

Isnin, 23 November 2009

MAKAN BURGER

Petang jumaat semua orang ikut montot abah gi keje. Haha.

Lama jugak kat site, anak2 suka lah boleh main kutip2 batu. Siap main kejar2 bagai. Me? layan blog n facebook ngan e51. Hehe

Pastu, dah letih main agaknya, masing2 kelaparan. Anak2 asyik mintak 'nak beger, nak beger!'. So, abahnya lajak ke tok bali (bwh jambatan utk beli burger). Sudah belikan anak2 burger, kami singgah lagi semerak ship kopitiam. Mak ngan bapak pun lapar jugek. Order nasik goreng ayam papdprik dan nasik goreng ikan masin.



Dina bersungguh sungguh makan burger.



Syok nampak.




Memang tabiat budak2 ni makan daging dulu. Abih daging baru makan roti. Macam2 kan. Haha

Salam sumbangsih
KV & Co

MENCARI BAJU RAYA

Walo pun hujan mencurah - curah (ntah boleh raya ke tidak, hiks) tapi kami tetap gak beli baju raya utk anak2. Lagi pun baju2 dorang byk yg dah 'teruk'. Baju baru pun sukahati dorang wat baju basahan.

Masa kat kl ari tu sempat belikan dina jek banyak sikit. Danish sempat beli baju 2 lai jek. Plan nya nak belikan jeans utk danish.

Kebetulan, wife kwn hubby keje butik levis. Cik Ma bitau jumaat tu levis ada sale utk item kanak2. Berdesup pegi. Tapi....takdak saiz lak utk danish. Utk budak pompuan byk pulak. Ada satu overall, agak hensem tapi takdak saiz jugak. Frusttt. Last2 aku beli tiset jek 2 lai. Jeans beli brand lain.







Tak pernah2 dina mengaruk nak naik benda alah ni. Tapi hari tu mmg tak dgr apa dah. Menonong jek. So, abah nya bayar lah 4 hengget utk anak gadis kesayangannya. Masak.



Salam sumbangsih
KV & Co

Ahad, 22 November 2009

DATING BERDUA

Hak hak hak... macam selalu nya tak berdua kan.

Khamis lepas, hubby ajak lunch kat semerak ship kopitiam. Ala, kopitiam kat tok bali tu ler. Mek ngikut sajork.


Gatal dok ngetest kamera baru. Bi, awat tido sambel drive? Bahaya tu! ;P



Tgh tunggu makanan. Bakpo mata aku nampak cam juling jek? Pelik ni.



Order ice blended durian belanda. Sungguh syok.



Dan kue tiau ladna udang banjir. Menggegar!!!

Salam sumbangsih
KV & Co

Sabtu, 21 November 2009

UPGRADE

Yang sebelum....




Yang selepas.



Tenkiu bi. Mmmmuahhhh!!!

Salam sumbangsih
KV & Co

Jumaat, 20 November 2009

SOGO N CHOW KIT

Naik KL terus gi sogo.



Abih kat sogo gi cokit lak nak beli buah. Syok beli buah kat sini. Segar dan murah. mmg heaven la.





Macam2 beg pun ada. Macam pasar malam wakaf che yeh jek.


Oke la, abih gak crita lawatan keje sambil jalan2 sambil shopping2 sambil makan2.

Alhamdulillah takde pape berlaku. Syukur.


Salam sumbangsih
KV & Co

PAGI DI PORT DICKSON

Pagi sabtu tu mmg lewat bangun sbb jam 4 pg mata terbuntang takmo tido. Last2 dlm 5.30 kut lena balik. Sedar2 jam 7. Subuh gajah la masing2. Haha. Teruk la.


Turun sarap, tgk my boss dah siap jogging bagai. Bagus boss aku nih. Jaga kesihatan. Aku jugak membuta tak hengat. Haha



Sarap.



Asyik makan bubur nasik jer. Mee ke, benda lain ke, semua pedas.Perut takleh nak terima.



Pastu jalan kaki cross jalan gi pantai.


Posing dulu sblm meninggalkan pantai PD.

Sudah kat situ, naik bilik ambik brg2 terus check out. Nak naik KL pulak.


Lajak jugak ke Teluk Kemang. Belikan dina n danish baju PD.

Posing sket.




Abih dah cerita kat PD. Babai PD.

Salam sumbangsih
KV & Co

MALAM DI PANTAI PD

Lepas penat menengok orang ber'judi' kat funfair, kami patah balik ke hotel.

Mulanya nak singgah expo sebelah hotel. Tapi dah agak malam, expo pun dah katup. So, hubby park kat tepi pantai depan hotal jek la.

Best ah suasana malam kat pantai pd. Terang benderang. Dan ada jugak tempat yg gelap. Kalo kat terang tu, ramai family piknik. Syok nya tgk derang.

Tapi, kat tempat gelap, harus ada kapel2 tengah asyik masyuk berchenta. Selamba badak jer berpeluk depan orang. Dah la pakai tudung. Rosak imej oh. Kita yg dah berumahtangga ni pun segan nak menengok nya eh. Ops, sekian dari ustajah KV. Hehe




Malam di pantai port dickson





Sibuk nak skodeng pasangan bercinta. Heehee




ala2 ust. a.khil hayy dan ustazah wa.hee.da di pantai PD. Haha



Posing wajib. Hik hik

Lepas tu balik tido. Penat seharian berjalan.


Salam sumbangsih
KV & Co

FUNFAIR TELUK KEMANG

Sudah tgk futsal, kami tak terus balik hotel. APa lagi, pusing2 tengok tempat orang la. Hihi.

Last2 tuju ke teluk kemang. Jumpa funfair. Wajib berhenti.



APa2 hal posing dulu.


Hehe




Macam2 games ada selain rides. Tapi, sahih2 menipu betul la. Macam berjudi pun ada. Orang melayu selamba jek join.


Sampai sudah aku tatau apakah nama permainan ini. Dia bagi papan bernombor, pastu susun dan alih nombor cemana tah. Tak reti lah nak cerita. Last2 semua org balik tangan kosong. Tah pape punya games la!



Main sauk itik ni ok la sbb mmg dpt hadiah walopun kecik.



Ni pun satu lagi game bedebah bagi aku. Pilih nombor mana nak. Letak koin kat nombor kita pilih tu. Ambik bola sebijik. Lempar dlm lubang yg ada nombor2. Kalo bola yg di lembar berhenti or masuk dlm petak nombor yg kit atikan baru dpt hadiah. Mmg sah2 sejuta kebarangkalian nak dapat. Tapi tetap ramai peminat yg tak tahan nya.

Ada satu lagi game yg sempat kami tengok. Main pusing galah besi. Before tu kena letak koin kat mana2 nombor yg kita mau. Eh koin tu token lah ye. Nanti ada lak yg bertanya. Pastu pusing galah besi yg digantung ngan rantai. Kalo rantai tu masuk dlm petak yg kita tikan baru dpt hadiah. Masalahnya sejuta kebarangkalian jugak. Betul2 berjudi lah. Tapi aku tgk jugak. Tambah pengetahuan. Hihi


Salam sumbangsih
KV & Co