Khamis, 30 April 2009

MASIH KAH KAU INGAT

Erynn sakan dok berzikir suh aku jawab tag dia. Aku cubit budak ni kang.

Oke lah, ambik ati, hakak buat jugak demi mu dek!


Terima lah gambar aku dan tok laki ku. Hihi. Di tasik mines, seri kembangan kah? Eh, masa ni hubby gemuk sgt la. La ni dh kurus sikit. Aku jugak yg bagai di pam2.


1) Tempat pertemuan anda dan suami utk pertama kalinya …
Hari pertama melaporkan diri di pejabat kami bertugas sekarang. Aku yg tegur dia dulu. Tp masa tu tegur sekadar rakan sepelaporan diri jek. Takde makna pon.

2) Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan…
Mula2 borak tu ok. Pastu aku jadik menyampah giler ngan dia. Sbb nya, dia byk cakap sungguh. Kalo dia bertanya, mmg dia tanya bertalu talu sehingga aku naik menyampah. Benci tau!

3) Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda …
Mcm2 tempat dating. Kat opis pun jadik. Org lain (opismate) wat dunno jer sbb masa tu, hanya aku ngan dia jer remaja. Haha. Remaja katanya. Pastu pantai la, pendek kata abih keliling kelate lah kami ronda.

4) Jika anda masih ingat, ayat yg dia gunakan ketika meluahkan perasaannya …
Dia balik course dari johor. Pastu dia mintak nak hantar aku balik rumah. Kebetulan masa tu aku tak bawak kete pi keje (dah di sengajakan pun..haha). Dia cakap, dia tak nak lengah masa lg dah. Malas nak tunggu dah. Eh, aku lupa lah ayat dia macamana. Sbb aku pun poyo giler. Keluar kete cepat2. Malu siot.



5) Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
Hmm jap nak kira. Rasanya dari 2001 kut. Bulan bape eks. Tapi kami declare lps arwah ayah meninggal. Dia bawak mak dia (MIL aku ler) datang ziarah. Siap pi ambik aku kt kubur lg tu. Abih anak2 buah pakat naik kete dia. Tak larat nak balik jalan kaki dah. Eh, terpesong tajuk. Berapa lama ek. Dari april 2001 kut, kami tunang 14 feb 2002 dan kawen 26 mei 2002. Malas aku nak kira lah.

6) Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
hampir tujuh tahun. Alhamdulillah. Semoga kesetiaan antara kami berkekalan.

7) Kejutan yg pernah dia buat pada anda …
Masa birthday aku, lps declare dia hadiah kan loket emas gambar angsa berpasangan. Sungguh comel. Padahal before tu dia takdak wish apa pun. Aku dah sedih giler sbb ingatkan dia lupa dh birthday aku. Siut jer. Haha. Dah kawen ni, dia sekadar wish jer, hadiah pilih sendiri. Haha. Takpe lah, janji dia ingat dan belikan aku hadiah kan.

8) Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga …
Dgn tahap kesihatan rahim aku, rasanya kami stop lah pasal anak2 ni. Alhamdulillah Allah swt kurniakan kami anak sepasang. Tapi kalo Allah swt beri jugak rezeki, kami redha dan berserah je lah. Rumah sendiri tempat berteduh pun dah ada, dalam masa terdekat ni mebi nak beli kete idaman dia (masalahnya interest bank naik plk, kena tunggu 3 bulan lg). Pastu cari duit dan cari dan cari. Insyaallah, usaha yg kuat akan menemukan kejayaan.
9) Bagaimana dia melayani karenah anak2 ?
kalo anak lelaki sulung mmg garang sikit sbb dah besar kan. Kalo anak pompan bongsu mmg dia manja kan giler2. Sampaikan aku kdg2 kena masuk campur. Biar adil dan saksama walopun aku tau dia syg dua2 mcm nyawa dia sendiri.

10) Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda
Rapat jugak. Sbb dia jenis peramah dan suka wat lawak. Aku ni jenis tak bercakap sgt. Nasib baik dia anak tunggal dan mertua aku pun anak tunggal. So aku takde ipar duai biras bagai belah dia. Hehe. Selamat aku.


Makanya kau nak panjang kan tag ni pada:-

1. Nonie - mamarisyiariana
2. Ain - mama danish n sarah
3. Tiara - mama ayraa bini beckham
4. Cokolat - mama afifdani bini yeop
5. Zareda - ibu ika (tak merempit ke kak?)

Oke, sila jawab tag masing2 yer!

Rabu, 29 April 2009

BELI DAH!!

Setelah sekian lama dok berzikir kat telinga suami, akhir nya my hubby beli lah jugak external hard disk ni.

Aku kan ska snap gambar. Tp jarang hantar kedai pi cuci. Slalu transfer ke lappy sajork. Ada masa senggang aku akan tgk balik gegembar itu. Tanpa rasa jemu.

Tapi lama kelamaan rasa risau plk kut2 penuh memori lappy ku (walo pun byk lg ruangannya). Harus aku simpan kat tempat lain getek ni. Tu yg dok sibuk nak menda alah ni.



Lantak lah brand apa pun, asal fungsinya sama.

Dan aku happy. Tak risau lg.

BILA PADI SUDAH DI TUAI

Alhamdulillah, tapi ada setengah lg yg blom dituai. Time mmg di nanti2 kan. Hehe. Apa lg cucuk duit ler.

Alhamdulillah tahun ni hasil bertambah. Murah rezeki anak2. Lagi pun harga padi dah di naikkan, subsidi jugak dan siap ada bonus bila capai target. Bagus lah usaha kerajaan membantu petani.

Hubby tgh cucuk. (abaikan gambar tong sampah itew)


Anak2 menunggu dlm kete.


Masih sabar menunggu. Sbb masing2 pun ada bahagian. Hehe

Biasa nya atuk ambik sikit jer. Duit kopi katanya. Baki, simpan dlm asb hubby lah. Alhamdulillah.

Selasa, 28 April 2009

HASIL KETIGA KERAS TANGAN KU

Hik hik..punya la slow snail aku wat sulam tudung ni. Semalam baru siap yg ke tiga. Ada lagi 7 helai. Masak okeh.

Sbb aku tak pandai sgt wat bunga pintal, aku dpt idea bling bling, tukar bunga pintal tu dgn manik dan krital. Bijak dak aku. Hihi







Malam tadi dah siap tempek belian bagai, hari ni dah pakai mai keje. Tak sabar. Haha

p/s: korang layan je lah keperasanan aku. :P

terima kasih daun keladi

Lynna dah balik dari makan angin sampai kembung kat cameroh highland semalam. Eh ke mu balik ari ahad ek lin? Lantak lah.

Sakan terrr jumpa kawan2 lama yer? Bakpo aku gi dulu tadek jumpa sesapa yg aku kenal pun. Adakah aku tak glemer?? Huhu

Ok, sebagai rakan kacip fatimah, lynna mai opis aku bawak buah tangan. Bagus mu ni. Aku gi jalan mana2 tak ingat pun kat member. Wahaha.


Magnet peti ais. Aku asal free semua benda nak. Haha. Boleh gantikan yg aku punya tu ari hancur berkecai dikerjakan oleh dina.


Dan semestinya buah strawberry yg manis sungguh. Aku makan ngan hubby jek. Org lain tak gemor.

Lin, bakpo mu tak belikan aku pokok strawberry? Aku nak gantung kat pergola tau!

Apa pun terima kasih daun keladi. Nanti mu gi Jakarta, jgn lupa hadiahkan aku kain sulam riben pulak yer. Hahahaha..larikkkk

Link blog lynna (yg bertahun tahun tak update. Bizi sgt ker, pemalas lipash nok?)

Isnin, 27 April 2009

MASIH GAGAL

Malam tadi aku cuba lg untuk tak berikan dina puting. Mula2 mmg dia nangis giler2. Kesian tgk. Tp aku tahan. Kuatkan semangat. Dia gi merayu kat atuk dia (MIL). MIL buat2 tak paham apa yg dia nak.

Nangis kemain, merayu rayu suh gi ambik puting. Kebetulan satu puting dia dh koyak dan aku suh dia sendiri buang dlm tong sampah. Tinggal lg 2. (Puting ada 3 sbb senang nak basuh dan rebus. Kalo jatuh ke lantai pun boleh ganti g dah bercuci.) So aku cakap ngan dia puting dh takde. Dah rosak. Kan dh buang dlm tong sampah.

Lama kelamaan dia ok. Tp jarang2 masih lg mintak puting. Cuma nya, walopun dia dh tenang, tp dia tak leh tido. Gelisah semacam. Hubby dh tak sampai hati tgk. Tp aku masih bertahan. Dia layan tgk tv. Dia panjat sofa. Baring lagi. Bangun melompat. Mcm2 yg dia buat. Tp dh tak menangis dh.

Aku ckp ngan hubby, kalo pkl 12 dia tak tido jugak, terpaksa kasi lah. Kesian dia tak leh tido. Ketagih gitu.

Tp jam 11.30 tu kami dh tersengguk sengguk. Mikirkan baju keje pun aku blom iron, takut lewat bangun pulak. Tak tahan ngantuk dh aku. Tp dina makin mebuas lak.

Last2 dgn perasaan penuh bersalah, aku suakan puting jgk kt dia. Mmg happy giler minah tu. Terus nyonyot dan tak sempat 5 minit terus lena. Magik sungguh.

Mebi kalo aku tak mengantuk sgt2 semalam, aku bertahan kasi dia tido tanpa puting. Cuma yg aku risau masa dia tido. Bila dia perasan takde puting kt mulut dia akan meraung dlm tido. Dalam gelap tu sambil tendang katil dia. Dan aku pun harus tido. Takkan aku nak berzombie plk kan dan dengar dia meraung. Itu yg plg merisaukan aku. Kalo time tak tido mmg aku alih topik bila dia mintak puting. Gantikan ngan susu, ngan coklat, ngan jajan, mcm2 dh aku buat. Itu dh berjaya. Cuma nak tido dan dlm tido yg jd masalah skrg.

Makanya, misi masih gagal. Aku rasa frust gilerr.

Hari ni aku nak try tepek sirap ros kat puting tu kasi merah. Biar dia takut. Biar dia ingat darah. Hehe. Opismate cadangkan aku tenyeh daun hempedu bumi, kasi pahit. Nak suruh dia serik. Insyaallah akan aku usahakan satu2.

Mebi org ingat aku sengaja bagi dia puting utk senangkan keje aku. Dan mebi org ingat aku ambik remeh benda yg sangkut paut dgn puting ni. Hanya Allah yg tahu betapa kecewanya aku bila TERPAKSA bagi dina puting zaman dia baby dulu. Ada entry pasal ni dulu (aku tak reti nak link la)

Namun, hasrat hati aku mmg nak sgt dina berenti isap puting. Sapa nak anak gigi jongang. Sapa nak anak yg ckp nya berlapik lidah. Telor (bukan telur) nya sampai ke tua. Dah la perempuan.

Aku semacam ingin bernazar kalo dpt hentikan ketagihan puting dina dlm masa terdekat ni. Huhu. Sungguh tension aku tau.

Kalo dedulu boleh gak berubat tradisional (anak2 buah aku ramai yg berubat tradisional ilangkan ketagih). Tp org yg 'pakar' dh takde dah skrg. Meninggal semuanya. Mengapakah anak2 dorang tak mewarisi. Huhu. Puas aku tanya ke sana sini sapa2 yg bleh tolong. Namun sampai ke hari ni, takde. Tak kejumpaan katanya. Slalunya kan, bila berubat tradisional ni, kekanak akan takmo puting terus bila disuakan. Dorang tak menangis meraung melalak merayu nakkan puting. Tgk je puting, rasa menyampah gitu. Dan hati ibu pun takkan luluh melihat anak nya menangis dan merayu.

If korang ada cara, tolong aku selesaikan masalah ini. Bantuan korang mmg tak ternilai harganya dan aku berterima kasih sgt2. Sbb mmg aku nak sgt2 dina berenti isap puting!!!


p/s: Kak Hawa (hanisumaiyah), please invite kv ke blog akak. Rindu nak baca criter akak tau. Bandito _danish@yahoo.com

SHOPPING SELIPAR BERJEMAAH

Jumaat lps, kv n co menjejak kan kakike al ikhsan. Memula tu berenti kt al ikhsan kubang kerian (eh, kubang kerian ke kt situ ek?). Tapi takdak stok, terus ke al ikhsan dekat ban chu bee tu.


Ini yg kami beli



Asalnya, nak belikan danish sandal utk jalan2. Sbb selipar dia abih kotor jahanam semua. Tak layak utk jalan2. Kasut pun dah ketat. Sandal sedia ada dh uzur.

Cari punya cari, danish pilih yg ini. Kelabu asap. Lantak dia lah. Asal dia berkenan.


Siap pilih yg danish, si abah pun sibuk nak beli selipar jgk. Walo pun tak dpt crocs, dpt yg ni pun jadi lah. Seakan akan katanya. Wahaha


Mama pun harus menyibuk sama. Tak tahan dorang jer membeli. Mama pun harus dpt habuan jugak. Wahaha. Beli selipar jepun jer uols. Senang wat jalan2. Dan nak kejar dina.

Ahad, 26 April 2009

MENYIBUK DI KEDAI BUNDLE

Dah hobi katanya, nak wat cemana. Tp kali ni aku campur brg yg aku beli kt bundle. Kira kumpul2. Mana yg teringat aku snap gegambor.

Wedges cap vincci ni besar skt ngan aku, tp aku ttp beli gak. Dasar kan. RM 2 hengget jer. Aku mintak sdiri ngan tauke. Rasanya kalo mak tauke harus 7 hengget tu. Selagi boleh tawar, tawar lah uols. Kaedah berjimat cermat katanya.
Masih comel kan? Layann..


Ni lak, penyejuk mata cap ogawa. Masih dh packing lg. Aku pun tatau brapa hengget. Sbb Mek Ja (dulu praktikal kt opis aku, so motif aku dpt rege spesel lah) bagi rege borong.


Dan yg ni plg mebeles. Purse gucci. Org lain yg dok berebut giler2 tu tak perasan pun. Tp mata aku ttp tajam. Wahaha. Lantak lah, ori ke tak. Janji, purse ni ngan jeans versace ngan tuala dapur (yg masih blom pakai dok dlm plastik lg) dan penyejuk mata ogawa tu, Mek ja bagi 5 hengget jer.
Lupa aku nak cuci pakai pencuci kulit.

Jumaat, 24 April 2009

pagi minggu

best sungguh bermalasan atas katil di pg minggu. Tambah2 ngan bendera merah. Sungguh syok sekali. Tp mikir kn tok laki kelaparan, aku bgn la jgk wt sarapan. Goreng bihun singapore tanpa sayur. Keropok dan cekodok udang kering. Kenyang buntal. Malas nk msk dapur byk kali, terus jerang beras dan taruk garam kunyit ikan dan ayam. Nanti mil gulai siput baruh. Senang aku nak tido berjemaah ngan dina nanti. Hehe. Oh ya, kalo ari minggu aku kurang skt mendietkan diri. Kalo 3 bln lps mmg strict giler. Now, semangat kian merudum katanya. Kes nya nk turun kn sekilo sebulan pn sakit. Punya lh aku pantang nasik ngan gula tp result mengecewakn. Adakah lemak aku terlalu tepu atau pun hormon tubuh aku berubah sbb mercilon? Aku nk tukar mkn jasmin plk ler. Dulu aku dh pernah mkn tp ms tu aku mkn apa saja. Takpe, try sekali lg. Mana tau rasi ngan aku kn. Ok. Abih citer diet. Sambung citer kain baju. Aku bc blog ana pasal kain baju yg menggunung. Aku dh lama dh guna kaedah hanger. Jemur pakai hanger senang terus sangkut dlm lemari. Tapi. Ada gak tp. Sbb jenis baju bercampur masa jemur tu aku kena asingkan semua nya. Ada 4 kategori. Baju keje aku. Baju keje hubby. T shirt n trek sut. Jugak baju jln2 mcm blous ke, jeans ke dan lain2. So bila angkut dr jemuran, bertimbun dlm bilik tamu dulu. Lg pn 2 bjk almari dok dlm tu termasuk gobok baju danish n dina. Satu sorang. Almari baju keje dok dlm blk aku. Mudah nk gosok katanya. Hik hik. Biasanya 2 minggu sekali aku asingkan. Tu pn baju danish n dina mil uruskn. Start dr basuh,jemur,lipat n masukkn dlm gobok. Tq mek!

Khamis, 23 April 2009

SHOPPING BAJU

Aku kan dah dapat tunggakan anjakan gaji. Takde lah byk mana pun. Slalunya mmg kalo bonus ke, elaun ke, overtime ke aku jarang guna. Simpan asb.'

Kali ni aku beli baju. Tapi takde lah habiskan semua. Simpan lah jugak. Haha. Siap minta izin hubby lg walo duit sendiri. Entah, kalo tak bagitau mesti ras bersalah. Namun, harga tetap di rahsiakan. Dan hubby pun tak tanya. Sbb tu aku suka shopping sorang diri. Senang dan damai nak memilih.


Baju2 kurung kt satu butik di kb mall ni mmg aku aim sokmo. Cuma tak jd nak beli je. Ari tu dah gi survey, tetiba kawan aku lynna beli dan pakai mai opis aku. Dari jauh aku dh gelak tgk dia. sbb mmg aku ingat baju2 yg aku dok aim sokmo. Minah tu siap borong 5 psg tu. Sakan. Tak tinggal pun kat aku. Huhu

Namun, sbb aku pun senget jugak, aku tetap gi beli. Cuma pilih kaler yg berbeza. Karang kalo terserempak pakai baju sama, takde la boria kan. Kaler lain2 gitu. Haha. Siap aku catit fesyen mana dan kaler apa yg lynna dah beli.

Tapi aku beli 2 pasang jer. Besok2 kalo berkenan lg, boleh gi cari kt kedai tu. Yg best, beli rm 200 ke atas dpt kad keahlian percuma. Kalo membeli lg nanti dpt diskaun 10%. Best2. Meks suka.


Shocking pink dengan kain jalur. Material chiffon crepe.











Yang ni pulak, aku suka tgn loceng dia. Yg tadi tgn cekik jer. Hijau pucuk pisang dengan kain kotak2.


Lain kali nak beli lagi lah. Kena kumpul duit ni. Lagi pun kalo beli kain pasang, lambat nak menunggu siap.

Oh ya, masa kt situ, ada sales adidas. Geram aku tgk semua brg less 50%. Carik kasut dan sandal utk dina n danish. Tp hampa. Byk saiz dah takde. Kuciwaaaaaa!!

HAPPY BIRTHDAY TO ALIESYA

Malam td, kv n co menghadiri majlis harijadi anak dara lynna si aliesya. Kesian lynna kena handle majlis sensorang sbb hubby dia baru belayar. Kiranya dia ni superwoman gak la. Kagum aku.


Birthday girl wif mama.


Kv n co, istanakristal dan chiffon ungu (nama blog memasing).


Suami masing masing ditugaskan menjaga anak kecik masing2. Haha. Keluarga ajaib katanya.



Danish azran


Irdina maisarah


Menu yg sungguh lazat.


Yg bestnya , meja aku hanya family aku ngan sukma jer. Maknanya hanya empat org dewasa. Yg lain kekanak ribena. Sakit perut nak habiskan lauk pauk yg byk sekali. Meja lain mmg penuh org dewasa. Dgn dina yg lasak membuas tak hengat, lega aku bila tak campur ngan org lain.

Alhamdulillah kenyang. Tahun depan jemput lgi. Hik hik

Oh ya, lupa nak bitau. Dina meraung sakan sampai nak koyakkan (tanggalkan) baju dia. Takmo pakai dress. Tension aku. Dah lah lewat. Sbb janji 8.30. Jam 8.15 aku masih kat rumah. Tp oklah kami sampai majlis blom start. Sempat la nyanyi hepi besday. Dan kek nya sungguh sedap sekali.

Rabu, 22 April 2009

AUDIT LAGI

Add ImageHaru betul lah. Hari ni audit lagi. Tapi takde kena mengena ngan aku. Namun, tempias tetap aku rasai.

Dalam setahun, berapa kali ek kena audit? Haha..byk kali sungguh, sampai kan aku pun tak teringat. Namun, untuk kebaikan bersama kan. Harus lah di tempuhi.

Oh ya, aku dah dapat anjakan gaji semalam. So, dlm kepala asyik dok pikir nak shopping apa. Haha. Nanti2 lah.

Selasa, 21 April 2009

KECANTIKAN WAJAH

Aci dak aku beli magic face powder ni untuk tempek kt muka aku. Haha. Sungguh tak bley blah. Kedekut tah* idung masin sungguh.


Nak tau rege dia? RM 3.90 jek.

Ahahah..al kisahnya..

Aku mmg tak suka pakai bedak kompek. Ntah la, rasa tak masyuk ngan jiwa aku. Tp sbb org lain dok pakai mac la bobi brown la dan sewaktu dgn nya (abaikan ejaan aku), makanya aku beli yg cosway punya. Miyami. Murah lah kalo nak bandingkan ngan brand2 tersohor tu. Tapi 2 kali aku beli dua kali jatuh berkecai. Punya la tak sopan santun.

Dan, bila tempek kt muka aku rasa pelik jer. Lagi pun melekat kat tudung. Pastu aku rasa tebal. Lagi satu, kalo sekadar nak pegi pasar aku rasa pelik kalo tempek bedak kompek. Kalo tak pakai bedak kan harus pucat sesado jek muka aku.

Slalu nya aku taram bedak baby si Dina jek. Tp minah bam2 tu kedekut sgt, bedak dia tak mo kongsi. Selalu di bawak lari. Makanya aku pun beli lah bedak ni. Kebetulan terjumpa kt mini market. Kalo tak terrjumpa, aku tak beli gak pun.

Jaman skolah dulu, punya lah selekeh sampai bedak debu pun aku tak pakai. Sampaikan kawan kakak aku tegur (dia ni suka melawa walopun rupa tak lawa..hahaha). Katanya, walopun nak sesimple mungkin, at least tempek lah bedak sikit. Takde lah muka sememeh sgt. Huduh nak tgk. Huhu..mek nangis. Dalam hati je lah uols. Sejak ari tu mek pakai lah bedak. Sapu tipis2 kaedahnya.

Aku ni kan, kalo bab mekap bagai ni berkira sungguh. Dan pemalas. Pencuci muka pun aku tak pakai. Usah kan nak ada toner, krim siang krim malam. Malah aku tak kenal pun semua tu. Brand apa kluar kt pasaran pun aku sekadar ternganga. Sbb, lambat lg kalo aku nak beli. Sbb tu org pakai mascara ke, eye liner ke, eye shadow ke, blusher ke, aku mmg tak reti. Dan aku kagum ngan kawan2 aku yg pandai bermekap. Cuma aku ni yg malas nak belajar. Aku sapu lipstik jer.

Tapi kalo bab kasut henbeg baju kain pasang gelang rantai emas, tu laju jek aku beli kalo ada duit lebih. Takde nak berkira sgt. Hihi

Tu lah kan, minat org ni lain2 walopun sama2 wanita.

HASIL KEDUA KERAS TANGAN AKU

Hik hik..ni hasil keras tangan aku yg kedua.

Memula buat tu mmg down giler sbb huduh banget!!!

Pastu aku pikir, alang2 dah mula, baik aku siap kan. Kalo dak, membazir je kain bawal aku beli tu. Hik hik.

So, setelah di gosok kasi 'lendik' dan di taruk berlian. Ok lah sikit walopun tidak selawa dan seteliti yg di jual di kedai.

At least aku pakai hasil tangan sendiri kan (statement pujuk hati).







Korang jangan gelak tau! Jaga hati aku sikit. Haha

Isnin, 20 April 2009

JAMBU KAMPUNG

Aku mmg gemar jambu batu kampung. Kecik2 dulu, pokok jambu batu merupakan port lepak aku. Mmg dok atas dahan jambu sokmo. Pastu siap tanda (ukir ngan kuku) Jambu yg blom masak tu nama aku. Karang jambu tu dh masak, sesiapa pun tak boleh ambik. Kalo dak ilang kemaluan. Punya lah extreme aku jaman kekanak.

Bila dh dewasa, jambu2 (pokoK) dh hilang kat kampung aku. Awat pupus pun tatau la aku. Tak sempat perasan bakpo.

Tp sbb jodoh aku ngan org kampung gak, dan kg hubby aku sawah bendang melaut, byk la pokok2 jambu tumbuh dgn meliar tepi bendang. Dalam reserve kerajaan. Bukan tanah persendirian tau. So, sesapa pun boleh makan. Wakaf gitu kaedahnya.

Ptg2 sesambil pusing kampung, harus kami aim buah jambu. Pantang berenti, dina mesti terlompat lompat nakkan buah jambu batu. Mmg dr kecik baby lg dia gemar sbb aku dok makan sokmo kan. Dia pun dh terbiasa. Ok jer perut dia takde sakit ke kembung apa2.


Pokok jambu tepi bendang.


Hasil tangkapan.


SEdap. Manis dan rangup sekali.

Petang ni nak ajak hubby ronda kampung lg lah.

ORKED KU SAYANG

Tuari kan, aku sempat memborong orkid kat pesta flora. Dalam 10 pokok kut aku beli. Ke lebih ek? Tak ingat lah pulok. Sbb ada peniaga yg baik hati siap bagi pokok percuma. Tu yg aku tak ingat sampai berapa pokok.

Takpe, papehal pun janji koleksi orkid aku bertambah.

Ok, presenting....







Ada lagi yang baru berbunga. Terlupa nak snap sbb gegambar ni aku snap minggu lepas.

Balik kerja, damai sungguh tgk orkid bergantungan di pergola. Nyaman. Wah!!

Ahad, 19 April 2009

STOK MAKANAN

Kenkonon diet, tapi stok makanan aku bertambah tambah. Ahahaha


Ni ikan kering, ikan ubi ke ikan uli2 ek. Sedap macam keropok.



Udang kering. Dua2 ni aku kirim ngan opismate yg gi Kota kinabalu. Pi ziarah anak dia.


Ni lak etok yg hubby cari dlm tali air depan rumah. Biasa aku masak rebus serai jek. Tp sbb danish akan sakit perut bila makan, hubby dah tak gi cari dah. Kesian lak kat dia. Menangis nangis sakit perut. Bisa sungguh.


Durian sayur atau durian belanda. Yang aku kait kat rumah akak aku. Peram seminggu baru masak. Sedap wat smoothie.

Eh, aku carik gambar kacang cerdik ngan sotong kering yang aku kirim kat opismate gi Golok, tp takde lah pulak. Tatau ke mana menghilang.

Byk betul stok makanan aku. Haha

Khamis, 16 April 2009

SABUN SUSU KAMBING



Siapa pernah ada pengalaman pakai sabun susu kambing ni? Angkat tangan!

Aku tak pernah pakai, makanya aku tak tau. Hik hik

Sabun ni aku tolong beli kan untuk kawan. Dan kawan aku tu (opismate) beli kan utk wife dia. Dia pun tak tau apa kelebihannya.

Tp aku masih ragu2, betul kah susu kambing dlm sabun itu.

P/s: tak habis2 entry aku pasal sabun.

Rabu, 15 April 2009

SABUN KERTAS

Maaf kan kejakunan aku okeh.

Tadi aku sempat gi kedai bundle. Takde benda yg menarik, tapi aku jumpa sabun kertas ni. Sbb seumur hidup aku blom pernah tgk, makanya aku terus membeli. Haha

Rupa kotak sabun




Macam2 warna dan ada 10 ketul dalam tu.




Contoh sabun kertas.



Koyak sikit, lumur air, kertas tu hilang jadik buih sabun.

Owh, aku kagum. Hahaha

Padahal kawan aku cakap ada jual kt kedai cenderahati. Tp aku bukan peminat cenderahati, makanya aku tak masuk lah kedai cenderahati. Makanya tak pernah ku jumpai lah sabun berbentuk cenggini.

Maaf kan daku.;P