Khamis, 31 Julai 2008

PESTA BUAH

Kalo pi pasar Peringat kv mmg suka singgah kat area ni. Pesta buah katanya. Kat sini mmg segala jenis buahan tempatan (yg bermusim) ada dijual.





Mcm2 gelagat blh tgk. Penjual nya, pembeli nya. Kecoh betul. Tp suasana meriah sakan la!

Best jadi penonton ni.

MURAH REZEKI

Semalam, kv mengekor montot hubby pi kota bharu. Tujuan asalnya nak beli selak pintu utama. Ala, pintu yg belum siap2 dan menaikkan darah ku itu. Kononnya bila pintu sampai belah ptg, boleh la tukang psg besoknya (hari ni ler).



En. Hubby tgk kusyuk memilih selak pintu yg sesuai dgn poket nya. Kui kui kui


Pastu melencong ke kedai kain. Hik hik.. tu lah tujuan utama nak ngikut sgt montot hubby. Ehehe.

2-3 kedai gak pegi, tp hubby ckp beli kain yg kv dok aim. Kalo tak beli yg tu mesti asyik dok bersungut tu jea. Serabut plk dok dgr bebelan. Ahahaha...tau takpe.

So, pegi lah kedai kain yg tak jadi beli mlm sblm tu kan. Kv kurang berkenan kain yg hubby pilihkan ni. Ingat nak yg kaler hijau tu. Tp malas nak lwn ckp. Nama lg dia yg bayar kan. Harus lah mek menurut perintah gitu.

Mintak SA potong 4 meter. Bila diukur 4 meter, ada lbh lg 1 meter setengah. SA report kat tauke, so tauke bagi hadiah kat kv yg semeter setengah tu. Katanya kalo dia simpan pun takleh nak buat apa. Blh wat baju kurung utk dina. Wahaha...murah rezeki tul. Sib baik dengar ckp hubby. Merasa lah dina beraya sedonodon ngan mama. Sutera italy tu. Wahaha. Best best!!

Ni ha, walo pun tak lawa, tp best sbb dah la less 60%, dpt lg hadiah 1 1/2 meter.

Dah suka ati gitu, pi makan meehon celup belakang kb mall. Sedap sungguh!

Alhamdulillah murah rezeki.;)

Rabu, 30 Julai 2008

CERITA SEMALAM

Blk je keje, mandi dan solat terus masak cepat2 sbb byk keje nak buat. Frust betul 2 nos pintu utama tak sampai sampai. Uhuhu..mek kuciwa. Sentap noks! Target nak pindah 1 ogos dah kena KIV. So target terbaru 8~ 8~ 08 la pulak. Sama tarikh sukan olimpik katanya. Takpe kita bagi eot seminggu.

ok, sambung crita....
Dina mengamuk nak tido. MIL yg layan dia. Kami pulun wat keje lain. Mula2 punggah buku dan majalah kv yg bertimbun tu. Risau gak dimamah tikus. hihi

Majalah2 kv ni ari tu dah nak dibuang @ bakar oleh MIL. Tp cecepat kv sound kt danish suh simpan sbb nak beli rak majalah bila masuk rumah baru. Hihi. SElamat!!!

So, sementara beli rak majalah, simpan tepi dinding dulu lah. Tu yg kt rumah. Kat ofis pun ada. Sekerat lemari. Ahahah. Berkurun dh dok kat situ. Takpe,nanti bawak balik bila beli rak.;P

Pastu sambung pasang kayu langsir. Rel aluminium kv dah beli tapi takdak drill plk. Nanti nak pinjam ngan tukang. Sementara kami beli sendiri.


Sudah dinner, pi kb la plk sbb nak beli kain baju raya. Tailorina dh warning minggu ni je dia terima kain. So, hubby ngan baik hatinya ajak pi beli. Karang aku takdak baju raya laks.

Memula pi nagoya. Nak cari kain cotton. Tak byk yg best. Org lak ramai sungguh. Boring menunggu kat kaunter nak membayar nya. Seb baik dina wat pekikan maut. Baru cashier ambik perhatian. Boring ah, sistem kaunter takdak q. Ikut dan je. Sakit hati. Ingat lps byr nak cari lg kain lain. Tp boring ngan kaunter terus kansel.

Kv beli cotton bunga kecik2. Ingat zaman kekanak rebina dulu. Hihi. Satu lg kain jersi. Nak wat baju kurung pahang. Almaklumla, body tak berapa nak ada shape ni, kena lupakan la baju kebaya. Hoho...rindu kebaya2 ku yg tlh selamat disedekahkan pd anak buah. Mek sedih.

Pastu gi memory silk (kedai kain gak). Nak cari cotton lg. Tp dok menimbun atas kaunter cashier. Stok baru sampai katanya. Takkan nak pilih kain dok dlm plastik lg kan. Pastu tertengok sutera itali ada less 60%. Marveles sungguh. Tp boring sbb SA dok ikut montot sangat. Blah je dr situ. Hubby tanya napa tak ambik kalo dh berkenan. Ntah tatau!

So, janji ngan hubby nk gi semula besok atau lusa. Yay!

Pastu pi farmasi nak beli ubat selsema dan sakit tekak. Sambar gak bio oil. Dh lama nak beli asyik tak jadi. Cuba lah, mana tau dpt hilangkan parut strechmark yg huduh ni.



Ingat nak ronda uptown dulu, tp rasa dahaga lak. So, singgah kt kedai roti muhibbah. Wah, dah ada donut lak. Sebijik tiru 'epal besar ni'. Satu kotak nam bijik harga 8 hengget. Tp agaknya dh malam, so dorang offer 6 hengget. Kami pun order fesh oren sekali. Best makan anak beranak. Hihi.


Blk tu siap bersahur ngan donut lg kononnya nak puasa hari ni. 27 rejab. Sayang seribu kali syg, tak dapat nak puasa la plk. Penyakit org pompuan katanya. TP suara kv makin hilang la. Perit tekak dah ok, cuma time menelan je sakit.

Hari ni, bercakap pakai bahasa isyarat. Seksa la jugak. Mcm org bisu lak. Huhu

Selasa, 29 Julai 2008

BINJAI

Seumur hidup kv, tak pernah jumpa buah binjai yg kecik2 cinonet. Besar lengan danish je tau. Biasa nya (tak kisah la binjai kampung or binjai siam) mmg sebesar lengan kv yg gemuk ni ha.


Ni la binjai kecik2 tu. Takdak biji pun. Best betul. Penuh ngan isi. Canggih sungguh teknologi pertanian siam kan. Mcm2 kejayaan dorang.


Buah binjai.


Kita kasi jeruk sama dia. Potong kecik2. Tak yah kupas kulit. Basuh bersih2 dan potong, letak dlm taupperware mcm kt bwh ni ha!


Pastu tabur garam dan gula. Gula kena byk skt sbb binjai tu mmg masam. Kalo nak pedas, racik cili padi skt.

Pastu, tutup bekas. Peram dia biar turun air dulu.

Taruk dlm esbok kasik sejuk baru kow nak makan. Hihi

Kv malas peram dulu, so kv terus taruk dlm esbok. Lambat sikit ah turun air.

Slurppp...sedapnya.

HILANG SUARA

Aduyaiii.... Kv hilang suara hari ni. Mcm suara itik dh bunyi nya. Tension bila nak bercakap, kena ulang byk kali sbb org tak berapa nak paham. Nak2 plk kalo bercakap ngan danish. Byk hah? Hah? Geram tul.

Asalnya kv selsema. Perit tekak mmg grrrrrrr. Pastu sambung kv dok puasa ganti kan, tekak dah jd kering sgt sampai nak telan liur pun dh sakit. Last2 tak kluar suara dh. Haru!

Nak muntah dah rasanya asyik dok hisap gula2 strepsil extra srtong dual action. Dpt melegakan kjp, namun kjp je lah.

Apa yg perlu kv buat ek?

Isnin, 28 Julai 2008

MAKAN GULAI

Kalo dekat kelantan, kenduri kawen di panggil atau disebut makan gulai. Sbb nya menu utama hidangan mmg gulai kawah. Takdak nasik minyak, nasik beriani bagai. Gulai kawah, nasik putih dan ada lg sampingannya.;)

Tgh hari ni kv gi mkn gulai rumah sepupu hubby. Anak dara nya kawin. Kebetulan dekat je ngan ofis, so kami mewakili family lah ke kenduri tersebut.

Menunya agak best. Gulai kawah, ayam percik, solok lada, kerabu sarang (rumpai laut), ubi sira dan sambal. Makan sampai senak perut. Hilang diet ku. Huhu

Dah siap makan, harus lah jumpa pengantin dulu sblm blk. Tp pengantin blum bersiap. Tgh kalut dok wat itu iti. So, takdak gambar pengantin.


Pelamin nan indah. Oh, lupa nak snap yg kat bilik.;P


Sisa (ole2 dr pengantin)


Isi beg tu. Mcm2 ada. Telur, bunga telur, pulut dan wajik jugak kipas hiasan. Mek sookaa!!


Opss..ini hadiah kenangan dar kv untuk pengantin. Untuk Na dan suami moga berbahagia lah hendakNYA. Amin.

Ahad, 27 Julai 2008

PENAT UOLS

Semenjak 2 menjak ni hari minggu adalah memenatkan bagi kv n co. Byk keje yg nak kena pulun. Takpe lah, untuk kesenangan masa depan jugak. Hihi.

So, hari minggu adalah hari kerahan tenaga sekeluarga. Termasuk danish. Dina dikecualikan. MIL yg jaga.

Pagi jumaat, hari membasuh rumah. Aduyaiii...sakit pinggang. Melepet jek semua. Bergilir gilir dgn hubby menyental debu2 floor tiles tu. Sakit kaki pun ada gak sbb guna asid kan. Tp asid utk mozek la. Tatau la nama canggih dia apa nya.




Ptg nya gi 'makan gulai' rumah sedara arwah FIL. Belakang masjid Muhammadi. Dekat nak sampai, dina tertido lak. Tak sampai hati nak usung dina, so kv tunggu jek dlm kete. Hubby mai nak wat giliran, tp segan la kv nak pegi sendiri. Lepak je dlm kete.

Pemandangan rumah pengantin dari dalam kete.



Pastu gi tesco jap nak beli diapers dina. Masyaallah, ramai nya umat manusia. Terlupa plk yg gomen dh gaji. Tak jadi nak membeli. Malas nak beratur.


Belah mlm pulak, pulun jahit langsir sesikit. Byk lg yg tak siap.




Hari sabtu, sibuk pasang sinki bilik air dan dining hall. Pastu sambung pasang rod kayu langsir. Lps lunch pun sambung lg. Aduyaiii...lotih mak aih!


Pastu gi kebun sbb MIL kecoh suh pi ambik durian. Peraih dah nak mai ambik kt rumah. Solat asar, siap2 gi kedai hardware lak nak beli menda alah piping yg masih blum ckp.

Singgah kedai borong beli barang kedai MIL. Byk brg yg dh habis.

Pastu gi kb mall. Niat nak beli cadar dan diapers dina.

Waahahaha... sales cadar dh habis rupanya. Huhu. Diapers plk rupanya sehari sblm yg ada jualan murah. Harga terbaru tu mmg mahal gila2. Sedih uols. Tak jadi beli. Hihi

layan danish main rides kt capcom.

Pastu gi the store. Yahu yabedabedu. The store sales giler2 pet2. Borong byk2. Yay.

Blk dh isya' baru sampai rumah.

Mek penat uols!

Rabu, 23 Julai 2008

BELI PINGGAN UOLS

Ahahaha... takdak benda nak wat en3 kaedahnya. Hiks

Kv dah terbeli pinggan melamine cap Leno. Bukan niat nak beli pun, tp sbb offer baik punya, so terrrbeli lh.

Benornya kv berkenan bunga water lily (ye ker) tp takdak pulak. Abih stock katanya. So, member ambik kan patent lain. Hmm... layan je lah. Ok jugak walo pun hati tak berkenan sgt.;(




Ni patent yg telah dipilihkan untuk kv sbb takde yg bunga water lily tu. Ala2 english style gitu. Wahaha


Ni satu lg. Hijau dia sungguh menikam kalbu. Ingat nak beri pd some one. Ok lah tu.

Yay, boleh pakai raya nanti.

Selasa, 22 Julai 2008

MEE CELUP

Ehh, kat negeri lain ni mee celup (or mihun or kuewtiaw) org panggil apa ek?
Kita org kt sini panggil mee celup jer. Nak kata mee sup pun lbh kurang la. Tp mee tu masak bila dicelup dlm kuah guna senduk khas. Tak reti aah nak crita. Tp rasa dia best.
KOmponennya mesti la ada perut, daging or ayam. Sayur kangkung. Dan lada besar jeruk. Bahan2 lain kv tatau. Haha
Jom, layan mee celup.
Dan minum air nyor.
Segar satu badan. Ekeke.
Kalo nak tambahan, boleh gak makan wajik ni. Kaler hijau you! Mula2 kv ingat kuih tepung pelita. Selalunya kan wajik ni kaler coklat gelap gitu. Ada gak org wat pesen ni.

Isnin, 21 Julai 2008

CERITA BASI HARI MINGGU

Hari minggu adalah hari masak sedunia. Wahaha. So lps blk pasar jelawat, kelentung kelentang kat dapur.

Menu lunch hari jumaat.


Siap masak, menderu pi kebun sbb nak ambik buah nenas. HIks dina kena tinggal. Makan colek nenas best jugak. Sesambil tu, durian gugur dum dam dum dam.
@ kebun.



Ptgnya berdesup pi tesco sbb nak tgk jualan gudang fella design. Ada satu sofa yg kv berkenan, tp bila fikir blk, baik beli kedai biasa. Jimat belanja. Lg pun dh dekat nk raya ni, mesti byk sale sana sini. So, kiv dulu lah.
@ pameran fella.



Pastu gi tesco, beli eksesori bilik air. Balik tu danish demam. Dah mula sejuk meremang bulu roma. Kuku dia biru2 gitu. Tp singgah gak edlee fried chicken (kfc ala kelantan) sbb danish mintak. Tp dina je yg makan, danish takdak selera.

Mlm tu lps beri ubat, kami selimut kadanish 2-3 lps. Sejam kemudian dan kebah demam dia. Bangun main dgn penuh aktif. Geram plk dibuatnya.


Hari sabtu lak, byk yg lupa nak ambik gambar. Hihi.

Ptg nya tatkala irdina maisarah tido, berdesup kami pi tgk macth volley ball. Ofis kv masuk final. Tp kalah dgn 3-1. Takpe lah, jauh dah meningkat dr thn lps.
@ gelanggang volley ball kompleks sekolah, wakaf mek zainab.


Dah tinggalkan dina kt rumah tu, bergegas la balik. Tak sampai hati dah nak pegi mana2. So, aktiviti ptg tu, tanam pokok bunga. Berpeluh peluh.

Habis crita. Daa


Khamis, 17 Julai 2008

TELEFON FREE

Korang dh ambik ke telefon free kt TM nu?

Kv dh dapat tau.

Tp baik hati punya TM branch sini, siap fax borang suh isi. Pastu suh hantar segera. Kerja peon la kena pi hantar. Balik tu berkotak kotak dia kena punggah. Hik hik



Kaler oren. Tp ofismate ada yg dpt kaler merah hati. Lawaaa.

Huhu dah dpt free lg nak bersungut kan.

Thank you TM.

p/s: Kak PB, CPEO (tak ingat nak eja) tu maksudnya apa?

Rabu, 16 Julai 2008

SUNGGUH KENANGAN

Facebook telah menemukan kv kembali dgn kwn2 utm dulu. DBQ batch 96-99. Dgn tageline 'right on time'. Huhu... sungguh perasan githu. Wah teringat fakulti alam bina yg very the vast.

Melayari facebook membuatkan kv makin seronok sbb makin hari makin bertambah rakan2. Ada yg dh jd pegawai tinggi kerajaan, ada yg keje swasta dgn gaji yg waaaaahhh, ada yg merantau ke nagara salji mengejar cita2, ada yg set up perniagaan sendiri (terus tinggal diploma n degree yg ada), ada jugak yg jadi kuli mcm kv. Wah, terlebih suda.

Kami dulu seramai 80 org, di bahagikan kpd 2 seksyen mengikut urutan abjad permulaan nama. Kiranya satu sekyen tu 2 kelas laa.

Dlm kelas, suka menjeling antara satu sama lain. Ramai yg mempunyai secret admirer. Ahaha. Tp rahsia la. Mana boleh dedah kan. Maluuu

Tp bila jumpa dlm facebook, dah takde control cun control macho mcm dulu dah. Dah beranak pinak dah msg2. Mature githu kan.

So, kami create group dlm facebook tu namanya QS UTM bacth 96. Kat situ nanti mcm aktiviti boleh dianjurkan. Reunion misalnya. Wah, tak sabar tunggu menda ni jadi. Mesti seronok.

Tp kan kv ni anak2 kecik (mcm la org lain takdak anak kecik, tp dorang ada bibik. Huhu). So, agak susah kalo ada event yg buat jauh2. Tp yg pasti nya mesti lah dorang buat kt kl. Hanya kv je la yg dpt pegi ke tdk. Insya allah kalo ada rezeki blh jumpa antara satu sama lain.

Dlm facebook kan kita blh gak chat wif kwn2 yg online. Masa tu mcm2 la soklan kluar. Mu kawen ngan sapa? Awat mu tak layan aku dulu? Bakpo mu tok royat nok ko aku? Aku malu. Wahaha. Contoh lah tu ek.

Tp saja2 gurau senda. Mmg seronok la jumpa kwn lama walo pun di alam maya.

Ramai gak kwn chinese yg kv lupa nama. Nama dorang kn lbh kurang lg pun tak rapat sgt. Just say hye hye bye bye githu. Sbb gambar dlm face mcm artis hong kong tau.

So, nak mengelakkan kv pening, kv rujuk buku ni. Senang nak ingat,;P


Buku ni mmg penuh makna pd kv. Semua ada gambar dulu2 kt dlm ni. Ekeke


Ni ler kv masa belajar dulu. Sememh sungguh.
Kalo korang perasan, yg kt bawah tu ada tertaip kerjaya pilihan. Kv pilih nak jadi juru ukur bahan. Wahaha. Cita2. Masalahnya, kv tak sambung2 degree sampai ke hari ni pun.

Entah la, selain faktor masa, keluarga adalah keutamaan kv. Maybe rezeki kv blom ada kut. Atau Tuhan nk bagi rezeki kv kut lain kan. Mana nak tau.

Lg pun kv ni jenis malas study. Kalo exam harus kv tension. Seb baik ptk kv yg tahap 1 tu dh lulus. huhu

Selasa, 15 Julai 2008

HUBBY CUTI

Hari ni hubby cuti semata mata nak cuci sawang dlm kebun dia. Gigih noh!

Dulu be4 peknen kn dina kv slalu tolong hubby cuci kebun time durian gugur. Bila dh peknen nak jln tk larat, hubby pun automatik malas sama. Habih tu kami upah org jer.

Tp tahun tatau la hangin apa, rajin nya menjelma. Siap ambik cuti tu. Hihi. Lantak dia lah. Kalo jumaat sabtu mmg tak sempat kaedahnya. Byk agenda lain.

Td kv terima sms dr dia. " Sedap nya isi durian kuning ni". Oooo perli kv lah tu. Mcm la kv ni gemar sgt mkn durian.

Kv pun malas nk sms dia terus wat call.

Hubby : Hello. Hihihi (seronok sgt lah tu)

Kv : Oooo... sukahati je yer! Bi tau dak bos bi kat ofis ni nak mati!!!

Hubby : Hah! Bakpo??? Yo ko mama ni???

Kv : Ho lah!!

Hubby: Bakpo ma???

Kv : Bi tok tau ko ari ni ado penyerahan sub station? (projek dia jaga)

Hubby : Tok tau pon! Simi takdok ko??

Kv : Adoyaiii. Macamana bi ni? Takkan tatau langsung?

Hubby: Sungguh. mmg tatau. Dulu dah set date tp KIV. Abih tu simi (ofismate) tak tau jgk ker?

Kv: Dia ckp dia lupa (simi sibuk training volley ball sbb 2 hari lg ada macth)

Hubby : Pastu lagu mana? (bukan lagu rock tau)

Kv : Dah ok kut sbb dia tgk simi ada.

Ahahaha. Kv gelak sakan, tp mula nya panik jgk.

Hubby n me kan satu ofis tp lain department. Tp cerita dept. dia sampai gak ke telinga kv. Sbb bos dia pun baik ngn kv.

Masalahnya bos dia ni uzur sgt. Sakit buah pinggang tahap kronik, kencing manis, lelah dsb. Ada satu2 masa terpaksa pakai diapers mai keje sbb daya kemutan hilang gitu.

Agaknya dia terkejut (naik darah) bila tgk dua2 org harapan dia takde (hubby + simi). Dia ni kalo kena bambu dgn bigboss cemana sekali pun dia releks jer. Kluar bilik bos tu siap gelak2 lg. Tp tak marah ngan anak2 buah dia. Tp situasi gini (anak buah takdak) dia jd cemas dan panik. Nanar dan semput. Kesian dia. Hiks

Ye lah, cari hubby, hubby cuti. Cari simi, simi takdok. Dia tatau rupanya simi dah 2 minggu dok training volley ball kt blkg ofis ni. Huhu

Lps keadaan reda td, kv masuk gak intai2. Kv tgk dia dh rilek tp masih lemah. Hihi

Pastu dia ckp ngan anak buah dia yg pompuan;

"Kalo saya mati tadi awak semua lah yg bertanggungjawab"

Gelak guling2 kami dengar.

Sian dia kan.

Isnin, 14 Julai 2008

WEEKEND

Mula2 skali nk ucap berbillion tq to applepiebasi kt labuan nu sbb sanggup naa bersusah payah menukar layout blog kv ni. Gigih ko noks. Huhu. Terharu aku!


Ok la, sambung cerita kv n co pulak ya. Cerita weekend lps. Takdak yg menarik benornya crita kami. Mcm ulang tayang channel esterok gitu ler.

Kenkononnya nak pulun jahit langsir. Tp langsir ke mana, kami ke mana. Ekeke. Mlm lps dina tido baru blh jahit sesikit. Tu pun kena berpadu tenaga. Moi, hubby n mil.

Ok, pagi jumaat bersih kawasan rumah baru sesikit. Nak tunggu tukang buat lambat lg. Huhu. Lps tu pi pasar minggu jelawat nak cari lauk basah. Wah wah wah.. tgk harga ikan terbeliak bijik mata. Mahal weh! Malas nak beli. Nanti nak beli kt tesco jer. Lagi jauh lbh murah.

Beli lauk lain. Perut nk masak air asam, pastu beli petai (makan ngan durian cicah budu). Kuih muih dan mcm2. Kv pun lupa dh beli apa. Tp kali ni first time bawak dina pi sama sbb MIL takde gi sawah (masih tanam padi tau).

Ptg nya pi tesco. Misi utama nak cari lauk basah. Misi kedua nak hilangkan ngantuk. Aduyaii... ngantuk nya. Tp tk boleh tido sbb dina tk tido. Karang dia merayau rayau turun tangga ke hapa, haru pulak. Hmm...lambatnya rumah baru siap. Nanti kunci je semua pintu senang dina dok dlm rumah je. Rumah skrg mmg takleh dok kalo tgh hari. Panas membahang apatah lg nk tutup pintu.

So, makan2 dulu. Minum kt foodcourt sesambil makan big apple. Danish lak tak nak. Beli la baulu kartun kt dia.



Pagi sabtu lak, masuk kebun. Ingat nak cari kulat (cendawan) sisir. Takde batang kayu yg tumbang. Hmm... takde rezeki kv nak makan la. So, cari durian luruh. Dpt la sebijik dua. Skrg ni baru 'buang buruk' org tua ckp. Masih tak elok sgt. Baru bljr gugur kan.


Ptg nya, dina tk tido lg. Huhu. Syaitan bergayut kt kelopak mata kv ni mmg susah nk halau. So, siap cepat2 kluar la.

Destinasi mula2, singgah mbj sbb nk beli cat pintu yg belum cukup lg. Ingat nk beli gak kepala paip tp takde yg sesuai. Kena beli kedai hardware dekat ofis la gitu.
Danish n dina sementara menunggu abah beli cat.

Pastu gi kb mall (ahahaha). Jalan2 pusing2 dan minum. Beli buah anggur dan balik.

Habis dah cerita hari minggu.;P

Ahad, 13 Julai 2008

DINA 10 BULAN

Semalam, 12 july 2008, irdina maisarah genap 10 bulan.

Cerita ttg 10 bulan takde perkembangan jauh sgt dr 9 bulan dulu.

Hobi nya membebel, main, gelak dan makan.

Tak suka pakai baju. Menjerit jerit nak bukak sendiri baju tu kalo dipakaikan.

Kalo nk pegi mana2, kv tak pakaikan dulu baju kt dia. Dekat2 nak sampai baru pakai. Satu, dia tak suka. Dua, dia suka makan. So, nak elak comot baju sblm sampai destinasi. Masalahnya, bila dh pakai baju, susah lak nak buang (kalo nk mandikan). Mesti marah2 jgk. Grrrrr!!!!


Bangun tid0 jer, terus makan. Abaikan rambut yg serabai baru bgn tido tu yer.
Tgh pulun roti goreng. Nyum nyum.



Suka makan buah, biskut dan sewaktu dgn nya. Kurang gemar dh makan nasik. Boring agaknya. Tp pantang tgk abg bukak peti ais, mesti kalut nk masuk esbok sama.

Selain anggur, gemar gak makan jambu (guava) yg kami petik kt pokok tepi rumah ni. Ni bukan jambu yg biasa jual kt kedai tu tau. Ni jambu kampung yg nipis isinya dan warna merah. Tp sedap. Ekekee
Tetek terpaksa sensored okeh. Hihi


Dlm kete tak suka dok di riba. Suka main kt lantai kete. Biar kan dia main sorang2. Kdg2 main ngan abang.
Dah tumbuh 6 btg gigi. 2 atas dan 4 bawah. Oleh itu, awas kpd sapa2 yg suka membuli dia, harus merasa gigitan maut nya. Ekeke

Kv pun tatau la. Tp dia mcm paham kalo sapa2 usik dia, harus dia balas dendam. Huhu. Takpe lah, at least dia tau jaga diri dia kan. Ekeke

Sgt takut ngan cicak tp suka tgk. Pastu bila usik cicak automatik dia akan tunjuk satu tempat (dinding) yg slalu dia tgk cicak. Pastu muka dia cemas jek.

Pantang tgk MIL, harus ajak berjalan. Kawan tu nak rest pun tak boleh. Hihi

Mcm biasa, suka mengemas (sepah). Sambil mata pandang kt org dan sengih2. Sbb dia tau benda yg dia buat tu salah dan org akan marah. Grrr!!!

Lg satu, tak suka tido dlm cot, harus meroyan sakan. So, tido tgh2 antara mama dan abah, baru nyenyak.

Dan bila dok kt tgh tu, harus mata, hidung, mulut dan sewaktu dgn nya (esp abah) kena cakar dan kena korek. Sakit tau!

Khamis, 10 Julai 2008

LANGKAH BERJIMAT CERMAT

Semua brg dh mahal ek? Huhu... pi pasar kalo bawakk 10 hengget apa sgt yg boleh beli.

So, sebagai meyahut seruan kerajaan supaya rakyat berjimat cermat, kami pun pelihara lah itik telur.

Sekor tu 2 hengget. So kv beli 5 ekor, jadik 10 hengget. Bila bawak blk rumah kemain hepi lg si danish. Dina lak tau geram jer. Seb tak mati itik2 tu dikerjakannnya. Tatau takut ke hapa.

Tak nak bagi itik tu terseksa akibatkekejaman dina, hubby belikan lah jaring besi. Itik tu kan kecik2 lg. Blh la dok dlm tu.




Masalahnya, baru sebulan pelihara, dah mati. Huhu
Mek nangis!