Isnin, 30 Jun 2008

KAIN PASANG

Rasanya ramai yg dh sibuk cari kain pasang utk raya.

Tp kalo kv beli buat masa la ni utk raya, rasa nya tk sempat beraya lah kut. Ekeke. Asal siap jer, mesti menggetik nak pakai.

Kebetulan ngikut hubby pi beli mozek utk poch, kv terrr singgah salem aziz textile kt tanah merah semalam. Kononnya nak tgk kain utk langsir, tp langsir nya tah ke mana, kv asyik menyibuk kt kain pasang. Huhu

Kv sempat sambar sepasang kain ni. Chiffon cotton katanya. Material dia sejuk, dan kain nya kv tak pernah jumpa (darat nya aku), so beli lah sepasang. Memula pening tatau nak yg mana. Peach pun lawa, pink pun lawa. Last2 ambik hitam. Teruk kena kutuk ngan hubby. Huhu. Meks sedih tau. Nak beli sepasang lg hubby tak kasi. So, belah dgn perasan merajuk kt hubby.
Ni ler kain yg dikutuk teruk oleh hubby tu. Chiffon cotton. Dah hati berkenan, ada aku kisah. Wahahaha (jahatnya ngata hubby sendiri ;p)

Tadi plk ngikut hubby survey kain langsir (belum beli lg ok, pas tu tatau nak jahit kat mana, dan agak2nya terjahit sendiri karang tatau ler, mcm pandai). Singgah salem aziz textile (jakel) wakaf che yeh, pastu gi kamdar. Dah bersungut ngan hubby nk beli kain lg sepasang. Hubby malas nk layan. Hihi

Dah siap survey harga dan material lbh kurang utk langsir tu, kv pun menyibuk la dekat kain pasang. Jumpa satin cotton la pulak. Huhu... meroyan sakan nak jugak. Hubby anggukkan dan tolong pilih. Ahahah... tk jd nk merajuk.
Ni ler kain yg hubby tolong pilihkan. Satin cotton katanya. Tak berkilat ok!

Actually, kv menyibuk nk beli kain pasang ni sbb bulan ogos ni abg kv nk kawin. So, sebagai adik, harus lah ada baju baru utk hari besar tu, boleyh?? Ahahaha

Mcm hubby kata, pompuan ni mcm2. Macam la ada org perasan baju baru ke baju lama. Ehehe. Takpe utk kepuasan diri sendiri.

Baju raya nanti beli yg lain. Ahahaha. Giler keji.;P

Ahad, 29 Jun 2008

MACAM MACAM CERITA

Huhu.. tk sempat nk update blog sgt minggu lps.Mcm2 hal.

Rabu tu sibuk cari baju utk pasukan boling wanita jabatan kv sbb pg khamis tu dh lawan. Punya lah susah nak complete kan baju sbb gemuk2 kv pn ada gak size standard. Tp yg dua lg tu kena cari xxl dan xxxxl. Fuhhh... berasap kepala nak jumpa weh. Last2 jumpa kt billion. Tu pun kena gi cari kat department big size.

Pagi khamis sibuk lawan boling. Kv main tah apa2. Mmg la tak pandai main tp takde lah seteruk hari tu. Rasa frust sgt sbb melibatkan kumpulan. Huhu.. tahun depan kv kena jd pengurus jelah. Sungguh sedar diri okeh!

Jumaat, kv blk kampung. Dah dekat sebulan anak2 tak blk kampung (kv slalu blk sokmo sbb dkt ngan ofis). Masak lbh kurang kv gi lepak kt kilang (bukan klg la, mcm bangsal) kakak kv kan meniaga pasar mlm.

Masa nak ambik mangkuk nak suapkn dina meehoon, kv jatuh terlentang. Dgn dina2 sekali. Mas tu mmg dina meraung sampai hilang suara. Semua org panik. Aduyaiii. Nasb baik tak jd apa2 kt dia. Kv tersadung tunggul. Nak elak dina terkena meja, kv pusing buat samesot, hah terlentang lah jwbnya. Dina kt atas kv. Mmg tk lps dia masa tu. Dlm2 menangis pun abih gak semangkuk mihun.

Blk rumah arwah mak, masa nak siapkan mkn tgh hari tu, kaki kv terpeleot plk. Hampir2 jatuh. Tak tau la napa ari tu asyik tak kena saja. Ptg nya blik rumah mil semula.

Hubby nk mkn nasik goreng ikan masin. Kena pi kedai beli telur dan sayur kailan. Kami naik motor je. Kebetulan mas tu dina kak long pi ambik. Kami tinggalkan dina ngan kak long je. Danish kt depan dlm bakul.

Sampai satu selekoh 90 darjah, terkejut kami sbb ada motor dr arah setentang. Kebetualan kami mmg perlahan. Selekoh tu penuh semak samun (jln kg) so tak nampak org kt depan. Budak tu rupanya tgh menekel pompuan. So, ambik jln salah lah konon2 beriringan.

Terkejut beruk sampai kv laungkan allahuakbar! Pom terlanggar. Hubby dah beak mmg motor kami brhenti terus. Budak tu plk yg langgar kami. Tercampak helmet dia (tk pakai pn). Masa tu takde ingat lain, takut danish kt depan tu cedera ke malayang ke. Masa kv ambik dukung dia tu, terus dia meraung sakan. Panik dn terkejut agaknya. Pas tu mmg fobia nk duduk dpn.

Budak tu dan kwn dia berkali kali mintak maaf ngan kami. Geram jgk rasanya. Tp msg2 tk cedera dan motor pun tak rosak, alhamdulillah. Pastu kami blah pi pasar. Danish diam je walopn kami dok usik dia. Sian plk tgk dia dok takut2 tu.

Pagi sabtu, msk awal sbb nk pi teman hubby lwn boling. Hari ni giliran peserta lelaki lak. Danish kami bwk, cuma tinggalkan dina kt mil. Lg pn kak long tau yg kami pi boling.

Tgh boring tunggu hubby habiskan game (eh, kv jadi pengadil bidan terjun sbb tak ckp staf). Dpt la nasik bungkus ngan air sama cam peserta. Petugas katanya. hihi.

Oh ya, tgh tunggu game abih tu, kv bawak danish jln2 sbb boling tu lwn kt kb mall. Rupa2 nya ada gempak selebriti astro. Dpt la tgk toi, nubhan, alif dan zizan. Ingat nak bergambar (mcm budak2 kan?) tp segan la plk. Lg pn danish sibuk nk naik kiddy rides tu. Bwk dia pi main dulu.

Ptg nya pi tesco sbb hubby nak beli spana blh laras. Pastu mcm2 la terbeli. Hik hik. Dinner kt food court tesco sblm gi mydin beli brg kedai MIL.

Blk rumah penat gilerrr.

Selasa, 24 Jun 2008

MACAM MIMPI

(en3 ni kv taip pagi td, tp blogger hampeh tak leh nak publish)


Kv nk buat en3 ni semalam. Tp tak sempat kaedahnya. Belah pagi sibuk training boling (kjp lg pn nak pegi ni). Blk ofis dh ptg, tenet takdak line plk dah. Haru2. So taip cepat2.

Kv dulu, mcm mula2 berjinak dgn dunia blog (belum ada blog sendiri), mmg blok kak lady n kak sya jadi blog wajib singgah. Sampaikan kv pun paksa2 hubby suh create blog utk kv jgk. Sampai lah la ni pun hari2 kv singgah blog akak2 ni.

Tapi tak sangka, suati hari Tuhan jodohkan kv dpt jumpa ngan kak sya. Syukur. Tak percaya dan mcm mimpi.

mmg excited bila kak sya bagitau nak dtg kota bharu. Dah plan mcm2 cara nak jumpa kak sya. Ehehe. Tp rasa ralat jugak sbb dina n danish demam on n off.

Pagi jumaat ingatnya nak beli makanan kering nak nagi kt kak sya sbb senang dia nak bawak balik nanti. Tp bila risau takut2 tak de peluang nak jumpa, hubby sarankan kv beli menda lain.

Pagu sabtu dina ok. So hubby janji nanti ptg boleh kluar jumpa kak sya, tp kena tgk kondisi dina dulu cemana. Kemain seronok rasanya.

Dlm jam 5.45 hubby suh bersiap kalo nak pi jumpa kak sya (buat pengetahuan, hubby wajib jd driver bila kv nak jumpa kawan2, bukan dia tak percaya tp anak2 kv wajib bawak. Tak sampai hati nak tinggalkan dekat MIl. Lagi plk kv bukannya fasih sgt bab jalan2 ni).

Sms bagai ngan kak sya. Kami pun kluar. Kv sms kak bie nak tanya lokasi kak sya dok tu area mana. Senang nak terjah. Terima kasih kak bie kerna sedia tolong kv. Padahal dulu kv dah pernah jaga projek dlmm usm tu. Tp ingat2 lupa.

Kami lewat skt sbb hubby beli stok barang kedai runcit MIL. Tp alhamdulillah dapat jugak jumpa ngan kak sya. Seronok bukan main rasanya. Tatau nak celoteh apa. Tapi kak sya (mcm dlm blog la) peramah bukan main.

(sambungan)
ingatkan sudah publish habis apa yg kv taip semalam. Rupanya separuh. Adoyaiii

Rasa terkilan jgk sbb tak sempat beli apa2 brg buat kak sya terutamanya makanan kering. Tatau pulak yg kak sya penggemar tegar gelembung buaya. Huhu

Ingatkan nak bagi buah salak dr kebun sendiri pun kv lupa terus. Ya lah, nak kluar ari tu was2 sbb nak tgk dulu dina cemana (on d way tu pun dina vomit). Balik rumah baru teringat yg kv tak bawak pun buah salak tu. Huhu

Tp jumpa tak lama. Tak ajak pun kak sya minum. Satu susah ngan anak2. Dua dah ptg sgt. Dekat azan maghrib kami balik dr jumpa kak sya.

Dina pun separuh bogel jadinya sbb baju dia kena muntah kan. Kv terlupa bawak baju spare. Takpe lah, harap kak sya pun faham karenah budak2 kecik ni.

Hmmm... apa lg ek yg kv taip semalam. Kv pun dah lupa. Huhu

So, kalo ada jodoh dan rezeki harap boleh jumpa kak sya lg. Kak lady pun, kalo dtg kelantan, jemput dtg rumah kv. Kawan2 blogger yg lain pun. Insyaallah kalo takde aral. boleh kita bertentang mata.

Harap kak sya tak serik nak jumpa kv lagi. Ahahaha

Ahad, 22 Jun 2008

DINA TAK SIHAT

Huhu... susah hati betul bila anak tak sihat ni.

Asal nya minggu lps dina demam. Pas tu kv prasan gusi dia bengkak. Rupa2 nya dia nak tumbuh gigi kapak. Pas tu dia ok.

Khamis lps, MIL call tanya ubat demam dia kat esbok. Huhu. Terkedu sbb demam plk budak tu.

Pas tu sambung demam on n off. Kami perasan mulut/bibir/gusi/ ada bintik2 berair dan merah campur bengkak.

Ptg jumaat tu mmg menangis je keje dia. Kesian sungguh. Nak pi klinik, semua klinik tutup ptg jumaat. Kena tunggu malam. Malas nak bawak gi husm. MIL saspek dia naik serawan (tatau la org lain panggil apa). Lps ada pakcik tua tu buatkan air tawar dia mula happy dan boleh makan/gigit. Lega rasanya.

Bawak jgk gi klinik malam tu. Tpada doktor ganti. Katanya sbb cuaca panas. Dia bagi ubat oral aid ngan ubat demam. Kalo demam masih lanjut kena bawak pi klinik smula.

Pagi sabtu tu dia ok je. Mmg happy lah. Aktif sampai satu hari tak tido. Balik jumpa someone ptg sabtu (semalam) (besok kv wat en3 ni) tubuh dia dah mula panas kembali. Kami bagi ubat demam dan dia tido. Tp tido nya kejap2 sbb dia bangun melalak. Risau betul.

Mlm td kami berjaga hampir subuh baru dia tido. Tu pun lps makan biskut dan kek. Susu dan puting langsung takmo. Kalo idak mmg payah nak tido kalo tak nyonyot puting. Agaknya dia lapar sbb mlm tu dia tak makan. Sian anak ku.;(

Pagi td baru kv perasan yg mcm nak tmbuh sebatang lg gigi kapak dia. Tp gusi yg belah dah tumbuh tu mmg bengkak habis dan kaler putih. mcm bernanah gitu. Ngeri betul. Tp dia ok jek. Dah tak demam cuma asyik nak berdokong jek.

Bawak pi klinik. Bila doktor check mmg byk ulser kat mulut dia tu. Doc injek antibiotik, ubat tahan sakit dan surut bengkak. Huhu.. sian anak dara ku. Kita yg kena ulser kecik sebijik tu pun pat lima hari baru nak pulih. Ni byk jygak lah.

Harapnya lps ni dina dah tak nak isap puting lg. Doktor pun ckp, bila hisap puting lbh senang nak dpt jangkitan kuman. Kami akan usahan kalo lah berhasil mmg kv happy giler lah. Tapi kalo dina meraung nakkan puting, nak buat macamana kan. Chaiyuk!

Ok lh, kv nak balik la. Sian dina kt rumah. Asyik mintak dokong jer. Takpe lah, asal dia tak menangis lagi. Sedih hati mama n abah.

Rabu, 18 Jun 2008

HIK HIK HIK

abaikan dina yg shekshi dan rumah yg mcm tongkang pecah yer.






P/S: semalam kv terima surat dr admin, katanya HQ arahkan supaya anjakan gaji kv dinaikkan segera kerna dah lulus lama periksa PTK. Alhamdulillah. Yeahuuu yabedabeduuuu.

Selasa, 17 Jun 2008

BOWLING

Kjp lg, kv n geng nak pi kb mall (ahahah kb mall lg). Sbb nak training bowling. Jabatan kami, anjuran Puspanita adakan perlawanan bowling antara daerah.

Bukan apa, kalo tak pegi try dulu sebelum berlawan, takut dah lupa cemana cara nak main bowling. Huhu

Kami bukan nya pandai pun. Nak kata kelas amatur pun rasanya tak layak. Masuk pun sekadar memenuhi aktiviti tahunan. Suka2.

Oh ya, kjp lg nak pi beli stokin la. Kasut bowling n stokin kv tatau dah kat mana disimpan. Dlm kotak mana letaknya pun tak tahu lah.

Kalo pakai kasut sewa, harus bau busuk. Kena pi cari stokin dulu. Eh, kv beli kasut bowling tu pun kt kedai bundle tau. Like new katanya. Akakak. RM 5 sajork. At least punya yg sendiri, tak yah pakai yg sewa kan.

Ok lah kenkawan, have a nice day! ;P

Isnin, 16 Jun 2008

SELAMAT HARI BAPA

Selamat hari bapa buat semua lelaki yg bergelar bapa kt dunia ni. Ke ada pompuan bergelar bapa ek? Ehehe

Ayah kv dah takde. Kenangan sungguh terpahat dikalbu. Byk utk dikenang. Al fatihah buat arwah.

Buat hubby tersayang, terima kasih kerana menjadi bapa yg penyayang dan brtanggungjawab utk anak2 kita.

Selamat hari bapa dari mama dan anak2.

Hadiah? Hubby takmo. Tgk lh nanti kv nak beli apa.




Ahad, 15 Jun 2008

HARI MINGGU YG SIBUK

Fuhh... baru boleh bernafas dgn aman. Semput jek sehari dua ni.

Hari jumaat sibuk menolong jiran ada kenduri (rumah atuk pengasuh dina). Depan rumah lak tu. Masih ada lg kenduri kan. Ingat kan dah habis bila tamat nya cuti skolah.

Selamat pengantin baru buat pak muda dan mak muda. Moga kekal bahgia ke anak cucu.

Gambar takdak tak sempat nak snap. Sibuk makan gulai kawah yg sedap sgt.

Hari sabtu.
Pagi2 bangun kemas rumah ala kadar. Tatau nak kemas mcm mana sbb rumah tu mcm tongkang pecah. Ala2 rumah kongsi kan.

Hubby lak, meracun anai2 sbb pekerja nak konkrit apron slab. Buat sendiri lah mana yg blh buat kan. Nama lg nak cepat. Sudah tu dia pi hantar padi benih sbb che nak tabur benih padi dah. Kata petani kan, harus lah tanam padi.

Kv lak, bersilat kt dapur. Masak awal dan ala kadar sbb nak pi kota bharu. Byk tempat nak kena pegi.

Cuba tido kan dina, tp minah tu langsung takmo tido. Tinggalkan dia main ngan MIL.

Mula2 singgah kedai metal work. Tempah wrought iron utk terrace dan tangga. Jugak utk tingkap kat hall. Grill yg biasa belum tempah lg. Tinggalkan deposit utk cina tu beli brg. Kalo dak mmg harga naik takdak kesian. Huhu

Singgah kedai MBJ machinery. Nak beli cat external brand nippon. Nak beli ICI tak mampu. Mek nangis. Mati lah fakir katanya. Kena order dulu.Seminggu baru dpt. So, bayar siap2 takut harga naik. Beli gak cat kayu (untuk pintu bilik). Nanti brg sampai kena gi ambik sendiri.

Survey lak entrance door lock kt situ. Tnya harga lbh kurang, kami blah. Cari quotation dulu kan.

Singgah wajaplas (pengedar jotun). Nak beli cat tambahan untuk bilik. Tak ckp lg kalo hijau epal. Survey gak entrance door lock.

Bergegas lak ke kb seramik. Nk beli granite yg tak cukup lagi 13kpg. Tak dak parking, kena park kt basement kb mall. So, kluar kut pintu kecemasan (blkg). Barang takdak. Kena order dulu sbb takut tone warna tak sama biar pun jenis yg sama. Call tukang rumah suh tgk nombor siri kt kotak. Bayar siap2 takut harga naik plk. Huhu

Beli roti skt utk alas perut kat pacific kb mall. Terus ke wan daud trading nak survey harga entrance door lock. Huhu. Takdak yg moden. Patent klasik ala2 mak datin byk. Survey gak harga engsel yg high quality utk entrance door. So, blah dr situ. Sampai kat rumah jam 2 ptg lbh kurang.

Hubby bagi ingatan nak kluar blk jam 3.30 ptg. Aduyaii mak oii, penat tak sempat nak hilang ni.

Sempat gak tgk tukang rumah buat tangga sambil borak2. Pastu bersiap siap kluar blk. Kali ni bawak dina sekali.

Pegi pekan melor dulu injek pitih. Huhu. Pitih mengalir mcm air ni. Pastu singgah limbat hardware bayar hutang. kikiki. Beli sekali reinforcement (besi) utk garaj. Tp takmo hantar ke rumah, simpan kt kedai dulu. Dpt lg harga lama. Kalo dak, sakit kepala harga besi terbaru.

Singgah lak MBJ machinery. Nak beli door lock tadi. Beli dua set utk pintu utama dan pintu kedua. Tukang pintu n frame nk ambik pagi ni sbb nak psg siap2 sebelum pintu dipasang. Pastu confirmkan nak syelek (tatau nak eja) spray 2 pintu utama tu. Oh ya, beli terus engsel high quality tu. Aduyaiii... byk nya pitih abih.Huhu

Selesai lah keje. Terus pi ambank nak byr instalment kete kancil ku. Pastu pi jln2 kb mall. 2 kali sehari pi kb mall ni. Sapa nak lawan. ;P

Sampai kt rumah 6.50. bergegas solat. Adoii.... penat sih.

Khamis, 12 Jun 2008

DINA 9 BULAN

Hari ni Irdina Maisarah genap 9 bulan. Huhu. Byk keje sgt, mcm2 hal dok urus, sampai tak sedar anak makin besar. Terasa dia tu umur sebulan dua jek lagi.

Dah boleh merangkak ni sibuk lak nak bangun. Bahaya betul. Kalo letak dia, mata pandang benda lain, bila berpaling, dia dah takde. Huhu. Memanjat je kerja dia. Tp just boleh berdiri je lah. Cubaan nak memanjat tu masih gagal. Very der bahaya tau!

Hobi terbaru selain makan, suka mengemas (baca: sepah2) barang. Tak kisah barang apa. Kat dapur, kat depan tv. Bakul baju dia pun habis dia kluarkan segala yg ada dlm tu. Geram nak cubit ni!

Lagi satu suka sgt membebel. Tah apa apa dia cakap pun tatau la. Jugak menyakitkan telinga. Selagi tak tido selagi tu lah membebel. Ikut sapa lah tu.

Dah pandai bermain dgn abang dia. Berebut barang bagai. Kecoh satu rumah.

Suka jek nak makan sendiri. Kalo lambat suap (atau pantang lepa) mmg dia makan sendiri. Bahaya takut tercekik.

Tido masih lg harus ada soother. Kalo takde mmg meroyan sakan la. Suara boleh tahan. Sakit telinga.

Tp tido mlm takmo buai. Nak tido gitu jek. Biasa abah dia g tido kan. Kv tak berapa pass. Dan harus pasang kipas sokmo, kalo dak mmg meraung tak hengat. Berpeluh sana sini.


Ni video yg hubby sempat ambik. Dia sebenarnya sibuk nak dukung. Tp semua org tak layan. Ehehe


Rabu, 11 Jun 2008

CUTI KEPUTERAAN

Kami dpt cuti 3 hari. Cuti Agung kan hari sabtu, so kena ganti ngan Ahad. Fuhh... bila cuti lelama gini takdak aktiviti nk buat. Dah la kt rumah panas, ruang plk sempit. Nak bernafas pun rasa tak lepas tau.

So, takdak keje lain la, kluar gi kb mall atau tesco. Hanya tempat2 gitu je yg sesuai bawak anak2 kecik. Best gak benarnya walopun boring asyik2 tempat tu je kan.

Mcm2 pesen boleh tgk org2 skrg. Ternganga gak dibuatnya. Ekeke

Selalu nya kv yg dukung dina pakai baby carrier. Tp dah lenguh dan rasa nak tercabut bahu. So, hubby lak ambik alih. Dina ni asal boleh berjalan dan makan langsung tak meragam. Huhu... ikut sapa lah tu?

Tgk apa dik? Muncung jek!


Dah lenguh berjalan harus minum2 dulu. Sibuk mek kecik tu nak minum sama. Kalo tak bagi mmg kecoh la meja makan tu. Hehe
Errr... napa tu?


Pastu acara wajib (padahal tatau nak pegi mana), mesti temankan danish main lego kt level 1 (barang baby). Atau pun naik rides yg mana ada kat situ.
Kusyuk tu.


Adik lak, sambil temankan abg, dia makan lak lego tu. hehe. Sedap ke dik?

Selasa, 10 Jun 2008

JALAN JALAN CARI BARANG

Minggu lps mmg sibuk skt bagi kv n hubby. Byk barang rumah nak kena setel. Semua nak cepat kan sbb takut tak sempat masuk rumah before puasa. Mintak2 lah takde halangan. Huhu

So, kv ngan hubby sempat ke kedai cat. Nak beli cat utk dlm rumah dulu. Punya la pening nak putuskan cat mana yg berkenan dihati. Pening2 pun tetap kena pilih jgk kan. Huhu

Entah lah, suka ke, tak suka ke, cat dah pun selamat dibeli.;P

Encik hubby tgh sibuk memilih warna. Byk tone, sampai pening jadik nya.



Dah lesai putuskan nak kaler apa, tauke pun bancuh lah seperti yg kami nak kan tu.

Dah siap bayar semua, dapat 2 bijik beg pinggang ni sebagai saguhati. Asal free mmg kv suka!!


Lps ni pening plk nak pilih cat luar. Hoho. Kena pegi kedai nippon lak.


Lesai sementara bahagian cat. Bahgian down ligt plk. Budak2 pasang siling dah mintak nak tebuk down ligt. So, kena gi beli la cepat2.

Kami gi kedai kawan kv masa blajar kt utm dulu. Kedai suami dia benornya. Dia keje cikgu kat politeknik kb tu.

Bila masuk kedai lampu, sekali lg jadik pening. Padahal nak beli down light je dulu. Yg lain2 tu kemudian skt br nak kena beli kan.


Naik lenguh leher kv asyik mendongak ke atas.;P


Sukma tgh mengetest bulb nyala ke tidak. Padahal eksyen je tu. Staff dia yg buat kan.

Bini tauke tgh dok baca ayat nak kasi harga kaw2 punya!

Hehe.. sempat gak snap gambar bersama .

setelah siap bayar harga, Hihi.... Siap mintak maaf kalo bagi harga tak mengancam. Weh sukma, harga yg mu bagi tu mmg melert aaa. TQ. Bila lg kwn nak makan kwn kan? AhahahaSempat bergambar sebelum balik.;)

Isnin, 9 Jun 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU

ehehe... selamat pengantin baru buat adik mas ngan cik asben dia (anuar) pada 4 jun 2008 (akad nikah).

Ceritanya bakal pengantin lelaki (masa tu ler) lewat sbb jalan semua jem gara2 pemburu minyak memenuhi jalan. Wakaka. Sejarah tu. Kenangan manis bila dikenangkan nanti.

Kv sempat pegi majlis persandingan dorang kat rumah mas di kampung kubang kacang. Tak ler jauh mana dari rumah kv benornya. Hiks.

Lawanya pengantin baru. Senyum sokmo. Manis sungguh.

Sori, gambar gegar gegar. Hiks

Dpt dua beg cenderahati dr pengantin. ;)


Perkasasan kt dlm paper bag tu.



Awat la zaman akak kawin dulu takdak benda2 yg comei2 gini. Ekeke. Padahal masa tu bajet ciput. Wakaka

Anyway, selamat pengantin baru buat masleeza dan anuar. Moga berbahagia kekal abadi. Cepat2 dapat baby tau!

Khamis, 5 Jun 2008

MEMBURU MINYAK

Sapa buat keje mcm kv mlm tadi? Angkat tangan!!!
Huhu... kv rasa sungguh bodoh ptg semalam. Dah singgah stesen mintak utk beli petrol dlm tong. Biasala kan meniaga kedai runcit, harus minyak petrol pun kami jual sama.
Padahal hubby dah tanya budak pam tu brapa harga mintak naik. Tp penerangan budak tu kami tak paham sbb kami dok ingat pak lah umum lm td dan minyak akan naik ogos nanti sbb menteri barang ckp maybe naik ogos nanti (byk plk sbb2 nya kan).
Adoiiii laa. Rupanya berkuatkuasa tgh mlm td jgk. Nyesal tak sudah. Byk giler naik tu. Napa la paklah tak bagi subsidi sampai 1k satu kereta. Sifir apa lah yg dia guna just 625rm sorang tu. Huhu.
Lps solat isya' saja je nak ngetest power nak taram petrol penuh tangki kan. Hahaaha... satu stesen minyak tutup. 2 stesen minyak mmg jem giler babas. Hohoho. Kami pun kansel la niat nak beli minyak tu. Tak paham la ada org sanggup beratur pjg berkilo kilo tu. Karang minyak dlm tangki habis, minyak kt pam pun habis. Cemana nak balik?
Kwn2 kami roger sana sini. Semuanya jem. Kat kota bharu, kt pasir puteh. Kat mana2 lah.
Sempat gak snap gambar. Mmg meriah ngalahkan raya puasa tau.
Nampak tak barisan pjg nu?

Penuh stesen minyak tu


Kami singgah kat depan sbb nak tgk gelagat org.

Tapi tak pasal2 danish plk menangis tak hengat. Takut tatau napa. Kecoh ajak balik. Agaknya dia ingat rusuhan kut. Sakit perut kami gelakkan dia. Dina pun ikut gelak sama.


Uwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Rabu, 4 Jun 2008

AKU OBES?

Uwwaaaa.... tak tahan tau! Aku obes katanya. Huhu

Hari tu kan, ada budak chinese yg jual ubat mai ofis kv. Biasa lah, ofis ni tempat berkumpul jurujual dan peminta sedekah. Borink tau.

Tp kan, sbb kononnya dia nak check semua penyakit, saja je lah kv try test. Mana tau kut2 ada yg mengena.

Bila dia amek tekanan darah dan denyutan jantung jugak test peluh kt ibu jari (kolestrol) mmhhh hazab la resultnya. Huhu

Percentage fat kv 35.8 %. Paling ideal dgn kv sepatutnya 25.3%. Brapa lah beza tu? 10.5% uols. Uwwwaaaa!!!!!

BMI pulak, patutnya bawah 20. Tp kv 26.7. Hua hua hua. Beza 6.7. Banyak tu!!!

Blood pressure pulak 120/81. Sepatunya kalo normal yg atas 120 - 130 dan yg bawah 70 - 80. Maknanya yg bawah tu kv dah terlebih 1. Tu la sbb nya kv slalu rasa semut2 kt kaki. Oh, gitu ker?

Pulse (denyutan jantung) pulak, kv punya 86/m. Sepatutnya 70-80/m. Tgk dah berapa lbh tu? 6 weh. Sama ada lemak byk atau mmg keturunan.

cholesterol pulak bukan low, bukan normal, bukan borderline, tapi high uols!!! Uwwaaaa

Mmg hazab weh dapat result tu.

Pastu dia pun kempen la kv suh mandi wap katanya. Promosi RM 30/4 org. Wah, murah giler ni. Tp utk pakej family lah. Kalo buat kt kedai dia 75/person. Masalahnya kedai pun takdak lg kt klate ni (err... kv lupa apa nama kedai dia.;P).

So, cadangan nya sbb pakej family kan, dia nak dtg buat kt rumah. Mana boleh, rumah kv kn dh jadi kapal pecah. Mintak buat kt ofis. Dorang takmo. Kesudahannya tak jadi. Takde lah melayang duit ku. ;P

Kononnya bacaan akan diambik sblm dan slps. Jenis penyakit kv yg byk lemak dan kolestrol ni, dia akan campur limau nipis 4 biji, cili merah 1 biji, daun mengkud 4 helai, halia 1 ketul, daun limau purut 1 tangkai, serai 4 btg, dan daun pandan 5 helai.

Hehe.. sungguh insaf masa tu uols. Kena pantang ni. Kesihatan perlu dijaga kan.

Tp bila borak ngan hubby, hubby ckp tekanan darah kv tu dah ok sbb dgn umur kita org bacaan bawah tu max 85. Ye ke? Budak tu tipu kv lah ek?

Lagi plk, kalo dok fikir slalu nya kita kena puasa satu mlm utk test gula dlm darah dan paras kolesterol. Ni main check mcm tu je. Nak2 pagi tu kv baru sarap nasi lauk gulai itik serati. Kan? Sesedap je dia buh kv tau.

Hahaha... lps tu bukan pantang makan, tp pantang jumpa makanan. Cemana lah kv nak kawal nafsu makan ni. Dah la besenam takdak masa. OWh, aku dah obes! Tidaaakkkkk!!!!!!

Isnin, 2 Jun 2008

TQ HUBBY

Jumaat lps, dgn jaya nya kv telah memaksa hubby menghadiahkan something utk kv sempena anniversary kami. Hik hik. Hubby kv tu, kalo tak paksa mmg dia wat tatau. Sungguh takdak perasaan okeh!

Hehe.. padahal berbakul bakul hubby membebel sbb dia tgh 'kering'. Claim rumah tak dapat lg weh! Terpaksa guna duit sendiri dulu. Tp, dgn jampi serapah mak enon, maka hubby pun setuju lah. Ekeke

So, dia suh kv pilih sendiri apa yg kv nak. Kata sayang bini kan!

Kv pun apa lagi, berdesup ajak pi kb mall. Hehe. Dah lama nak membeli nya tp sayang nak keluarkan duit sendiri.

Lg kv meroyan sbb mek alin jgk ada satu. Tp dia punya kaler hitam.;P. Ahahaha, masalahnya dah bertimbun timbun koleksi dia.;P

Ni lah barang nya. Huhu. Tq bi! Sayang bi! Mmmuuahhhh!!!!!!


Tp dasar tak pernah cukup kan. Dah lesai mengepow hubby ngan benda tu, ada lg yg kv nak. Hubby angguk kan aje. Yeaaahoooo!!!! Yabedabedu!
Dapat ler sepasang. Kaler maroon. Boleh lah kan.

Lg pun kv tak suka yg material kain tu sbb kat kelantan ni byk jenis yg jual kat pasar malam. Nanti kan tak pepasal kita beli mahal2, tp makcik2 beli kat pasar malam jer.

Hehe.. hari ni kv cakap tak suka yg material kain tu. Karang kalo hubby nak kasi harus kv terima jer. Ahahahaha.

Ahad, 1 Jun 2008

KENDURI SANA SINI

Woohoo... kenyang perut makan nasik kenduri. Hari2 ada je jemputan kena penuhi. Ni pun kv baru lps blk dr rumah abang long. Gulai kambing katanya.

Kami ni biasalah, time cuti skolah ni la dpt berkumpul ramai2. Kebetulan ramai anak buah kv yg jd cikgu (anak buah lbh besar dari mak sedara yer, sila maklum, ekkeeke).

So, kesempatan gini abg sulong buat la majlis makan2 anak beranak katanya. Gulai kambing campur buah ara. Gulai ayam kampung. Teresek jantung pisang campur ayam kampung. Ayam goreng. Acar jelatah dan sambal belacan. Fuhh.... mmg selesai makan tu tak larat nak angkat montot.

Lbh2 lg bila makan dlm suasana seronok dan meriah gitu kan, apa lagi selera bertambah tambah la. Ekeke.

Ingat nak sambung 'perhimpunan' dgn berkelah n barbeku kat pantai ke, kat air terjun ke, tapi mcm tak sempat la puloks. Ada ptg ni dah bertolak balik. Ada yg besok. So, kena kensel lah gamaknya. Bila tak cukup ahli rasa mcm tak best la pulak.

Kjp lg nak gi cari hadiah pulak. Kenduri ofismate terima menantu. Huhu. Rasanya on d way balik nanti boleh la singgah. Segan lak kalo tak hadir. Hari2 dok mengadap muka dia kat ofis ni kan.

Sori yer, syok borak. Sampai lupa nak snap gambar. Kelmarin pun kenduri bertunang anak saudara Kak K (anak sauadara suami dia). Besar besaran jgk. Maklum ler anak General Manager katanya. Tumpang buat kt kampung. Ambik peluang jemput org kampung sekali sbb bila majlis kawin nanti buat kat kl nun.

Aduh..penat nya berkenduri kendara. Kan?

Tahniah lah pd pengantin - pengantin baru atau yg dah selamat bertunang tu. Moga bahagia kekal abadi katanya. ;)