Khamis, 29 Mei 2008

SELIPAR KU



Ahaha... kv rasa sungguh bengap mlm tadi.

Alkisahnya nak pi teman MIL nak beli henbeg kat kb mall. Kata lg tgh sales giler babas kt kb mall nun. Wah, mertua ngalahkan menantu ni. Ekeke


So, masak cepat2 sbb lps maghrib terus nak kluar. Takut dina meragam ngantuk pulak kan.


Punya la ramai umat sampai parking lot kt basement kb mall tu penuh. So, pi cari kt blkg bgn. Senang masuk kut pintu dapur kfc tu.


Bila nak turun tu, siap2 pakaikan dina kasut dan sarung baby carrier kt dia. Cari2 selipar kv ada sebelah. Huh, mesti dah tersorok bawah seat ni.


Turun la kv dgn sebelah sarung selipar dan sebelah lg kaki ayam. Dlm 5 minit hubby dok cari tp tak jumpa. Habis di bongkarnya.


Adui cemana ni! Malas dok pikir dah, teringat stok selipar jepun kv ada dlm kete. Tu pun kalo hubby tak buang. Cari punya cari jumpa la. Kalo dak, harus hubby kena gi beli selipar kt kv. Takleh nak bayang pesen mana yg dia pilihkan tu. Ahaha. Seb baik selipar jepun tu kartun mickey mouse. Takdelah selekeh sgt.


Adoii la. Haru betul. Pastu kami gelak abih abisan. Sambil tu masing2 wat teori kat mana la selipar sebelah lg tu.


Boring tunggu MIL yg rambang mata pilih henbeg tu, kv pun beli la sepasang wedges. Ari ni dh pakai mai keje tau!



Boleh lah kan? Lagi pun rege dia murah jer.

Selesai membeli dan membelah kt kb mall tu, kami pun balik. Tgk2 kat car porch ada la selipar kv yg sebelah lg tu (lupa nak snap gambar selipar tu).

Oho..penat gelak la pulak lps tu.

Buat malu sungguh kan?

Selasa, 27 Mei 2008

pening

Kv tgh pening nak pilih kaler apa utk hall n dining room. Dua tempat ni sebelah menyebelah.

Kaler apa yg best ek? Walo pun lambat lg nak masuk cat tp kena pilih la awal2. Kalo dlm bilik ke dapur ke tempat lain ke, tak yah kecoh sgt kan. Ikut je kaler tiles. Hehe

Nanti nak kena sesuai ngan perabut dan langsir. Sapa sini yg mahir decor2 or interior design, please help me!

Kaler tiles kt situ kv pilih yg kaler cerah. Hall granite putih tp campur kuning air. Dining lak, kaler putih campur hijau air. Sekali tgk cam sama jek.

Isnin, 26 Mei 2008

6th Anniversary


Pejam celik, pejam celik. Rupanya ari ni dah 6 tahun kami kawen. Fuh.. mmg mengasyikkan. Ekeke
Selama 6 tahun ni susah senang kami hadapi sama. Moga kami dapat terus bertahan. Insyaallah.
Selama 6 tahun ni byk perancangan kami yg masih belum terlaksana.
Selama 6 tahun ni byk perkara yg berlaku.
Selama 6 tahun ni byk perkara yg membahagiakan.
Alhamdulillah. Kami bersyukur sbb selama 6 tahun ni Allah kurniakan kami pelbagai perkara. Danish dan dina adalah hadiah paling hebat yg kami terima. Sungguh terindah.
Semoga kami terus mendepani hidup berumahtangga ni dgn berhemah.
Harapnya kami boleh meraikan tahun ke 66 nanti. Hik hik. Mana tau umur panjang kan.
Alhamdulillah. Terima kasih tuhan atas kurniaan yg hebat ini.

Ahad, 25 Mei 2008

short update

ari ni kv cuti. Kjp lg nak balik rumah arwah mak. Dah cuti skolah ni kan, kami sepakat buat kenduri arwah untuk kak N.

besok lah kita cerita pjg.

Hmm.. puas hati stacy menang mlm td. Risau benor kut2 kalo nubhan yg menang. Ekeke

Besok lah kv lawat blog kenkawan.;)

Rabu, 21 Mei 2008

CERITA HARI INI

Pagi ni, hubby ada appoinment kt HUSM. So, kena lah teman kan dia. Cakap lg isteri mistali kan. Baru jer beberapa meter kluar dr rumah, tayar kete rasa cam tak best jer. Hmmm... dah bocor plk dia. Malas nak pusing blk rumah, terus tukar tayar tepi masjid tu.

Encik hubby tgh tukar tayar.


Dah tau mesti makan masa lama menunggu proses kt spital tu, harus bawak bekal kan supaya kurang bosan. Wanita ni kv blum belek pun lg. So, bawak dia je lah.

Wanita bulan Jun.

Sesambil tu sms kak bie sama ada dia bizi ke tdk. Lps dpt nombor kt pendaftaran, gi daftar kat klinik plk. Masa ni lama sket sbb doktor yg kena check hubby tu round ward dulu. So, temankan hubby gi sarap sbb dia takleh makan lewat. Gastrik katanya.

Kak bie sms dia lewat skt. So, kv decided ikut hubby pi icu kjp jumpa sedara dia. Ye la, time tu bkn waktu melawat kan, jumpa waris je lah. Borak2 tanya khabar, kak bie sms bagitau yg dia dh turun. Kv escape dulu tinggalkan hubby kt icu. Tgh dok mencari kak bie tu, hubby dah turun pi klinik.

Alhamdulillah, dapat la jumpa kak bie secara langsung. Walo pun dok dekat ni. Hihi. Sori yer kak bie. Selama ni mcm takde masa nak jumpa kan?

Minum kat oren cafe sambil borak2 prung prang prung prang. Lama ke kita borak ek kak bie? Tak perasan pulak. Pastu kak bie masuk keje, kv pi kat hubby semula. Kebetulan hubby dh siap. So pi daftar kat farmasi nak ambik ubat.


Nombor hubby. Ramai betul org!


Suasana kat farmasi.

Pastu gi beli stok susu dina. Sempat sambar blouse 2 helai. Ekeke. Ingat nak beli baju dina, tp mcm tak best pulak. Terus balik. Singgah kat MBJ nak beli cat under coat utk frame pintu dan tingkap.

Sudah kat situ singgah SSF. Layan perasaan dan beli brg skt. Jugak carik idea nak hias rumah nanti. Hihi. Angan2 tak sudah ni.

Pastu masuk ofis dan menaip en3 ni. Habis.

p.s: Kak bie, jgn serik jumpa kv lg tau! Hahaha

Selasa, 20 Mei 2008

APA APA HAL PUN JAWAB TAG DULU

Fuhh...kena tag lagi. Takpe, kita jawab dulu.

Mas n tiey tag kv pasai 5 hadiah impian dan sbb nya tu. Tp kv dah buat pun dulu. Cari sendiri lah ye sbb kv tak reti nak link. Huhu

ok, ni sambungan tag tu;

1. 5 Inspirasi terhadap org yg diminati (err...masalahnya hubby yg minat kv)
a. hensem (of course le supaya tido mlm tak lena, wakaka, perasan ni) Takde la. Sbb dia menerima kv seadanya. Baik dan buruk. Hodoh dan lawa. Hensem tu bukan penyebabnya tau. Biasa2 jer. Saja je kasi gempak. Hihi
b. Jaga solat (selalu kena leter sbb kdg2 sengaja melewatkan. Huhu. Bila la nak berubah)
c. Pembersih ( segan jugak tau sbb kdg2 angin malas tu mai sokmo)
d. Penyayang (selalu tunjuk dgn perbuatan)
e. Bertanggungjawab

2. Perkara hebat yg dilakukannya untuk anda
a. menyatakan dia menyintai ku dan berhasrat utk menikahi ku. Dibuktikan dgn akad (wakaka)
b. mengeraskan semangat menemani kv dlm labour room dan mengiringi kv ke bilik bedah (dah la masa tu dia sorang diri jer)
c. menjaga segala galanya ttg kv time kv sakit (berpantang dan sakit lain)

3. 5 ciptaan plg hebat (bukan hanya pasal teknologi)
a. hubby
b. danishn dina
c. internet
d. henfon
e. kapal terbang

4. Perkara yg plg dibenci
Kena 'kencing'!

5. Tag sesapa
a. cikgu cik pokok
b. ctnik
c. maksu
d. cikguzue
e. intan rosnita


Ni pulak, nak jawab tag cendwanintim. Huhu..

Soalan 1
Apa yg anda suka ttg suami anda
1. seorang yg lembut (bukan gemalai tau) tak pernah tinggi suara or marah2. Geram dgn bini pun sentiasa ckp elok2.
2. penyayang. Mmg dia penyayang. Suka tunjuk dgn perbuatannya.
3. bekerja keras. Nak tambah pendapatan selain makan gaji. Yg ni mmg kv respek betul kat dia. Kv pulak suka membebel kalo dia sibuk sgt. Huhu. Padahal dia cari duit utk kv dan anak2 jugak.
4. ringan tulang. Apa saja hal terutama soal rumahtangga mmg dia sentiasa membantu. Tak payah mintak tolong.
5. peramah. Dia jenis tak kisah. Boleh masuk ngan sesapa jek. Keluarga kv dan kawan2 kv. Boleh borak mcm dah lama kenal.

soalan 2.
Adakah anda seorang yg romantika?
Tatau ler. Huhu. Kdg2 kut.

soalan 3.
Luahkan perasaan yg lahir dari hati yg ikhlas utk org tersayang (pjg nya wei)
aku cinta kamu dunia dan akhirat (ewaaahh)

soalan 4.
Apa yg anda mahu dari pasangan anda.
Terima kv seadanya dan syg kv sampai mati dan tdk curang (fuhh)

Tag sesapa;
1. masbusan
2. yusztiey
3. yatie dubai
4. kak bie
5. ijah@fariza

Ahad, 18 Mei 2008

makan jom!

Ehehehe.. hari cuti kan takdak keje nak buat. Kalo jumaat harus sangap. Kalo sabtu hubby sibuk dok sembang dan lepak dgn tukang rumah. Lagi la sangap rasanya.

Kalo tak pi pasar (belah pagi) puas dok pikir nak makan apa for lunch kan. MIL sibuk suh sembelih itik sbb dia boring itik dia gatal dok main kat jalan. Karang kena langar kete harus mati itik ler itik tu.


Huhu...kjp lg, abih la nko!



hubby tgh ready tunggu che nak sembelih.


proses sembelih. Golok kena tajam. dan baca ayat yg sepatutnya.


hubby tgh menenangkan itik (darah tu membuak2 uols).

err..gambar itik menggelupur kv tak snap. Tak sampai hati. Huhu

ok, bagi terus kat MIL suh proses dan digulai. Jugak best kalo bakar atau goreng kunyit bawang besar. Mebeles uols.

Lagi satu, kan haruan besar yg hubby beli kat kawan dia. Sungguh besar okeh yg sekor tu. Pas tu siap bertelur bagai. Hubby 'sembelih' dia dan cuci siap2 then MIL masak sup. Waaahhh.. best nya makan nasik.

Maaf bagi yg kurang gemar itik atau ikan haruan yer. Kv kan org kampung harus makan semuanya. Tolak batu dan kayu jer. ;P

Khamis, 15 Mei 2008

8 BULAN











Pejam celik pejam celik, tak sangka dina dah berumur 8 bulan 12hb mei lps. Huhu..dah nak jadi anak dara dah ek.

Dah umur 8 bulan ni mcm2 kv dpt tgk pekembangan dia.
~ dah boleh merangkak
~ suka main kejar2 ngan abg dia (naik walker lah)
~ suka mengemas (sepah2) kat dapur
~ masih hobinya makan (asal makan terus tak meragam)
~ tido mlm tak suka buai tp time tido tetap kena pakai soother (huhu)
~ cam mama dan abah dari jauh
~ Tau org panggil nama dia DINA
~ pagi2 kalo mood ok, siap senyum2 kat mama n abah time nak gi kerja. Tp kalo mood meragam, susah nak lps. Asyik nak dgn mama jer.
~ suka jalan2 (terus tak meragam) ikut perangai sapa lah tu
~ suka memilih org kalo nak dukung
~ suka membebel dan jerit2. Satu rumah tu kecoh ngan bebelan dia jek
~ Owh, gigi dua batang tu dah tumbuh 'tinggi'
~ dah try nak bangun (pegang kt kerusi) tp masih lembik
~ tak suka naik kereta lama. Harus meraung sakan.
~ Suka mandi. Siap main air tu (tepuk2 air). Kalo bawak kluar dari tab mandi dia, mesti dia berusaha nak masuk balik. Ekeke
~ tak suka rambut di shampoo
~ muka pelik kalo gosok gigi
~ rambut dah kena tocang
~ dah boleh duduk sendiri. Tp kdg2 silap landing, tergolek dok. Ahaha
apa lagi ek, lupa lah. Ekeke

Alhamdulillah. Moga dina membesar dgn sihat dan ceria sokmo.;)

Isnin, 12 Mei 2008

TAG LAGI

Apple, sebelum aku terlupa baik aku jawab tag hang dulu noks. Karang urat ingatan weng, jgn ler ko meroyan occay!

Sapa lah yg tag ko menda alah ni. Huhu

25 steps i repeat every day on normal working day.

1. Goncang2 hubby sbb alarm henfon berbunyi. Huhu. Malas nak matikan sendiri.

2. Paksa hubby gi mandi dulu.

3. Hubby dah nak solat subuh baru sibuk nak bangun. Dgn rambut mengerbang carik towel.

4. Berjalan terjungkit jungkit gi bilik air. Kaki sakit la. Seharian menampung tubuh yg berat tak berapa nak ideal. Huhu..plan nak diet asyik kantaoi jek.

5. Sangkut tuala. Bukak paip.

6. Capai berus gigi dan gosok.

7. Mandi 3-4 gayung. Huhu. Sejuk ok!

8. Ambik wujuk.

9. solat subuh

10. On iron

11. Cari iron board bawah cot dina

12. Cari hubby punya baju keje

13. Cari kv punya baju nak iron hat mana

14. Cari tudung

15. Iron baju2.

16. Pakai deodorant n parfume

17. Sikat rambut.

18. Basuh popo dina (setiap pagi occay, berjadual sungguh ebok tu)

19. Pakai diapers n baju dina

20. taruk dina dlm walker

21. Pakai baju

22. Mekap skt. Kalo rajin tenyeh la apa yg patut. Kalo malas pakai lipstik je. Sempoi kan?

23. Cari henbeg mana yg sesuai ngan baju. Ewaah

24. Bagi duit skolah danish

25. Cari kasut mana yg sesuai ngan henbeg

26. Cium dan babai anak2.

27. Naik kete. Of course la hubby yg drive kan. Nama lg keje satu ofis.

28. Singgah beli sarapan nasik lauk itik campur kaki ayam gulai kat kedai che muda gulai kawah.

29. Panak cerek. Masak air.

30. Sarapan ler. Pastu wat la keje

Tudiah, sampai 30 aku kasi apple woi. Ahaha. Aci dak?

So, kv nak tag :
1. Kak PB (lama dah tak menyusahkan dia)

2. Luna (sbb dia bizi sokmo)

3. oren (sbb dia mesti kalut ngan anak2 kecik)

4. cendawan (saja nak nyusahkan dia)

5. kirana (kes balas dendam sbb dia tag kv, ahahaha)

ok, sila buat yer kenkawan!

Ahad, 11 Mei 2008

5 perkara yg dok idam

Ana, akak lupa la tajuk sebenarnya eh. Boleh tak main hentam gitu. Agak2 lah yer.

1. henfon
dah lama nak henfon baru. Henfon cap norkiah sabun ni dah berkurun kv pakai. Mmg tahan lasak dan tak pernah beri masalah pd kv. Tp kamera nya kurang terang. Pemilik blog kan sibuk nak snap gambar sana sini. Tp ada tak model yg kamera gambar yn terang tp takdak flash. Segan aa, nanti org ckp apa lak bila kv dok sibuk snap sana sini.;). Lambat nya nak tunggu hubby belikan.

2. Perabut
Kata nak naik rumah baru kan (insyaallah). So, nak la perabut yg mabeles uols. Huhu...mana nak cari pitih ni. Semua pesen nak beli. Jati lah, rotan lah, lorenzo lah, cavenzi lah. Oh, angan2 ku tak sudah.

3. MPV
huhu..tak dpt dekat kv, dpt dekat hubby pun jadi lah. Dia kan supir. Kancil kv yg ada skang ni tak muat stroller dina. So, nak gi mana2 dukung dia guna baby carrier je. Fuh, nyesal beli stroller mahal2 tp tak leh nak guna. Sapa nak beli??

4. Orang gaji.
Huuhuu..kv penat lah nak uruskan rumah yg ada 2 budak kecik dan 3 org tua (tdk termasuk hubby tau). Kemas situ, sinun bersepah. Kemas sini, sana bersepah. Letih occay! Dah masuk rumah baru nanti, kena disiplin dorang cukup2. Kalo tak harus mcm kapal pecah. Tp situasi yg ramai org tua gini menidakkan hasrat kv nak pakai org gaji. Karang pening org gaji sbb terima arahan banyak sgt. Org tua kan, lu fikir lah sendiri (kata nabil).

5. Baucer tunai.
Huhu..alangkah bahagia nya jika menerima baucer tunai. Boleh la pi tebus utk shopping kasut dan henbeg yg menjad idaman. Bestnya. Best nya!

Khamis, 8 Mei 2008

SELAMAT HARI IBU

Kepada semua, kv ucapkan selamat hari ibu.

Bertuah rasanya terpilih bergelar ibu. Tiada perkataan yg dpt ditaip membayang kan betapa bahagianya dikurniakan sepasang anak yg keletah dan comel. Alhamdulillah.

Bila bergelar ibu baru kv tau apa perasaan mak (arwah) bila kv melawan cakap, memberontak dan buat tindakan bodoh. Kecik hati ibu. Tp dgn anak ni, perasaan kasih dan sayang itu mengatasi segala. Terus berdoa agar anak2 menjadi anak yg soleh. Huhu..

Kv dah takde ibu. Mak pergi menyahut panggilan Ilahi 12 februari yg lalu.

Masa mengkebumi kan arwah kak N 2 bulan slps itu, kv sempat singgah ke pusara mak. Titip kan doa dan surah al fatihah, dgn harapan ibu tenang 'di sana'.

Masa tu, kv berkata pada mak,
"Mak, kali ni kami menghantar kak N untuk bersama mak disana. Moga kak N pun beroleh kerahmatan dr PenciptaNya"
Selepas menutur kan itu, kv menangis terisak isak. Sedih, pilu, sayu. Entah lah (air mata bergenang nih)

Tiada org lain yg dpt mnggantikan tempat mak di dunia ni. Kv rindukan masakan mak. Kv rindukan perhatian mak. Kv rindukan segala galanya tentang mak. Ya Allah, tempat kan lah ibu ku bersama org2 yg soleh.

Hanya ini lah kenangan yg kv ada semasa ibu sedang bertarung dgn kesakitan. Dan kesakitan itu lah punca 'pemergiannya'. (segala sebab dan musabab telah ditentukanNYA).



arwah mak semasa dlm wad 28, HRPZ II, kota bharu.


Gambar ni kv snap semasa doktor sedang cuba masukkan drip.

Dewan bedah intan. Detik cemas menunggu semasa arwah mak di bedah.

Semoga mak tenang di sana. Amin.

Rabu, 7 Mei 2008

NAMA TIMANGAN

Korang ada nama timangan tak?

Hehe..kv takdak nama timangan ekceli. Tp anak2 ada. Hahaaha

Danish = Potet

Wakaka...pelik kan? Kv pun tatau apa maksud potet tu. Sepupu sepapat dia yg kasi. Kiranya nama manja lah tu. Maybe masa tu dia kecik sgt kut. Ye lah dia kan lahir tak ckp bulan.

La ni pun, kalo balik kampung mak, kalo jumpa sepupu2 dia (yg dah tua la) mesti dorang panggil potet, potet. Tp dia tau je dema tu panggil dia. Kikiki

Potet masa kecik.


La ni dah 5 tahun dan byk ragam sampai semua org tensyen.

Dina = ebot/ mek bok

Ahaha crazy teruk nama dia kan. Dina dpt gelaran ni sbb dia debab atau dlm bahasa kelantan di sebut debot ( huruf t tu ada sabdu tau).

Hehe... time geram grrr kt dia mesti panggil ebot.


Ebot tgh tunggu nak makan. Ekeke


Hubby pun kv ada nama 'comei' utk dia. Dalam henfon kv taruk nick name dia hubby butet. Aahaha. Dia tgk jer, tp tak pernah tanya. Napa ek? Oh, suami ku! Butet tu bagi kv comel, kiut dan sewaktu dgn nya. Tah cemana la dpt idea butet tu.

Anak buah kv pun ada nama timangan masing2. Biasa ah, pak/mak sedara jaat kan. Wahaha...sesdap jer memasing bagi nama gelaran.

Antara yg best Peat (fahmi anak bongsu arwah kak N). Tp kami eja pet jer. Dia dpt nama ni sbb masa baby dia suka meraung dan asyik bertempik saja kerja nya. So kami gelarkan dia pet. Ahaha. Sampai kan sepupu2 yg lbh muda hanya tau nama dia pet.

Korang lak cemana? Saja suka2 kan.

Selasa, 6 Mei 2008

ARE YOU SMARTER THAN A 5TH GRADE

Sapa suka tgk program ni? Kv baru perasan ada program ni kat channel StarWorld. Menarik sungguh kv rasa. Tp, takat ni takde lg yg dh menang 1 juta. Plg best hanya 500k. Byk tu wei. Byk benda boleh beli kan. Tp peserta dia bukan org kita lah sbb bukan program kita. Ekeke

Bunyi nya senang je kan. Soalannya berkisar matapelajan gred 1 - gred 4. Pastu ada bebudak gred 5 (comel2 weh) yg bijak boleh membantu. Mmg seronok dan berdebar. Jugak kelakar.

Nampak senang tp mmg susah. Fuhh!!!!!

Bila tgk rancangan gini kan, teringat pasal danish. Punya lah malas nak buat keje skolah. ABC n 123 pun berterabur. Hari ni ingat, besok lupa terus. Satu hal plk sibuk nak recall. Nak menulis pun malas. La ni kv mmg jarang sgt 'layan' dia. Selalu MIL yg tolong2 tgk kan. Jgk Tok nyang (cik) dia. Baru je tulis seketui dua terus lari main lori lah, main basikal lah. Bengang je semua org dgn sikap dia.

Tu la pasai kv cukup kagum bila anak kwn2 pandai dan rajin membaca. Tp danish, huhu..sedih nak cakap tau! Org lain umur 5 tahun mcm dia byk benda dah boleh buat, siap boleh menulis lg.

Tatau la kan, sbb perkembangan budak2 ni tak sama. Tp kalo dekat skolah (recci ngan cikgu2 dia) dia ikut je arahan cikgu, suh menulis, suh mewarna. Tp kalo dekat rumah, mmg hampeh la.

Kv ingat yg kv dulu gi skolah tadika masa umur dah 6 tahun. Tp belum pun habih tadika kv dah boleh menulis, siap boleh buat ayat lagi tu (wah, sila kagum). Tp rasanya, bukan sbb cikgu pandai mengajar kut, tp mmg bakat semulajadi. Sbb dlm ingatan kv, masa tu takde lah cikgu tadika ni mengajar mcm pesen skrg kan.

Masih ada lagi tulisan kv masa tadika kt dinding dapur arwah mak. Ayat yg kv tulis "emak ada rumah, ini rumah emak". Wakaka. Nak tau tulis dgn apa? Maskara arwah kak N kv pulun. Masa tu, tatau pun menda alah tu maskara. Fuh.. kenangan sungguh! (sedih n sayu plk rasanya). Marah sungguh kak N kt kv masa tu. Habih maskara dia rosak.

Bila borak ngan sorang kamceng kv (ex utm) pasal akedemik anak2 ni (dia pensyarah poly), dia pun bermasalah mcm kv jgk dgn anak2 dia. Wuhu...kita serupa kaedahnya. Ada satu hari tu dia risau tahap gaban sampai mau menangis katanya, sbb sepupu anak dia (anak buah suami dia) sama umur ngan anak dia, siap boleh mengeja, membaca dan menulis. Tension beb!

Masa dok meroyan tu, suami dia ckp, 'alah, yg dok sibuk nok risau tu bakpo. Kalu pun dia pandai sekali pun, dia kena tunggu anak kita jgk. Bukannya dia (sepupu anak dia) boleh terus jadi Perdana Menteri'

Gelak sakan kv dengar ayat suami dia tu. Wahahaha. Lps tu dia pun cool, kv pun cool sama. Alah, bebudak tu kecik lg kan. tatau lg cemana. Just guide je mereka.

Tu lah, hubby pun ada ckp, yg kami ni tak boleh nak mengharapkan akedemik je utk anak2 ni. Mana lah tau kut2 takde rezeki dlm akedemik kan, kena lah cari kaedah lain utk teruskan kelangsungan hidup. So, kena kerja keras lah utk anak2 kan. Maybe bukak perniagaan ke, apa ke. Tp dlm angan2 lah. Bukannya dah jadi pun. Ekeke.

Harapnya yang terbaik lah untuk anak2 kita kan.;)

Isnin, 5 Mei 2008

MINAT

Gambar kat bawah tak kena mengena langsung dgn tajuk kt atas tu ek. Gambar ni tesco kota bharu. Dah berapa kali ctnik mintak kv publish gambar tesco kota bharu kt blog ni. Ekeke..sori yek ct. Gambar nya akak dah lama snap tp asyik terlupa nak publish. Harapnya, hilang lah kempunan tu. Balik malaysia nanti (kota bharu esp), harus pi serbu kan.




(maaf kualiti gambar kureng)



Ok, masuk fasal minat. Dari baby lg danish ni mmg minat sgt ngan machinery yg pelik2. Mmg addict la! Masalahnya dia penakut kalo tgk benda2 tu dekat. Mesti meraung sakan dan degupan jantung mesti 95/minit. Ekeke


Pastu hobi dia suka melaksanakan apa yg dia tgk. Sama ada tgk live atau tgk kt tv.

Gambar kren ni dh kv taruk dlm blog ni dulu. Mesti meroyan kalo tgk menan jenis2 kenderaan berat ni.


Mesti tools yg kecik2 kena beli kan kt dia. Contoh, lampu suluh, cangkul, tukul dsb(gambar lupa nak snap). Tape ni dia jumpa kt billion. Mmg excited sgt la. Bila tako beli, muka dia dah cebik2 bibir. Buruk betol!


Tape kaler hijau tu abah dia punya. Dia punya yg kecik tu.



Kalo dpt brg yg dia nak, mesti hepi sakan kan.

Ni pulak, teka apa yg dia lukis. Sapa dapat jawab?






NI, dia paksa kv lukiskan lori utk dia. Buruk kan? Ekkeke





La ni tgh dok wat rumah kan, dia pun nyibuk sama. Tgk la apa yg dia dok buat tu.;)


Hik hik..




Tgk la apa aktiviti dia ptg2. Ni mesti dok berangan nak konkrit bagai ni. Huhu..

Yg best nya, kalo tgk lori;

danish: mama, abe nok jadi loghi (lori)

mama: Hmm..yer ler (harus di ia kan tau!)(ajaran sesat budak tu)

tgk kren

danish: mama, abe nok jadi keren (kren)

mama : ho lah

aduiiii...budak2 kan.

Ahad, 4 Mei 2008

CERITA BERGAMBAR

Gambar2 yg sempat kv snap sekitar kursus ari tu.;)



Meja kv



Depan KV.




Kertas yg kv conteng. Hiks




Asam boi yg sempat kv seludup masuk. Ekeke



Kat lobby.




Antara lunch menu kami.


Masuk crita lain pulak.

Kv dah terima kad undangan perkahwinan dr mas. Eheehe. Insyaallah kalo takdak aral, akan akak sampai ke majlis tu.;)


Senyum temewek (kata org klate)



p/s: harap maaf sbb kualiti gambar kurang memuaskan. Nanti lah kalo ada duit lbh, kv beli henfon baru yg kamera nya canggih. (bi, bila nak belikan mama henfon baru ni?)