Isnin, 28 April 2008

update ringkas

huhu..baru sempat update. Kena gak update ari ni. Ekeke

sebabnya mlm ni sampai rabu kv kena gi kursus kt rennaisance kb. Pastu sambung khamis cuti buruh dan jumaat sabtu cuti mingguan. Ahad ni baru boleh online. Lama nya weh!

kursus ni sebab kertas kerja la ni kan semuanya online. So, kena lah memahirkan diri. Ekeke

Wahaha..mesti boring ni. Dah la ramai. Seluruh pantai timur katanya. Dah kv ni bidan terjun. (mesti kena bwk byk kudapan ni)

Benornya kv ganti sorang staff ni. Dia nak pencen tahun depan dah. Selalu dia yg follow kursus ni tiap2 tahun. Karang dia dah pencen takde org nak back up puloks.

Huhu...lps ni tatau la kut2 kv kena follow tiap2 tahun. Tahun ni nasib baik sbb kt kb. Tahun depan maybe kuantan or kuala terengganu. Takpe lah masa tu dina dah besar kan.

ok lah, sehingga jumpa lg. daaa

Ahad, 27 April 2008

LELONG

Td kv sempat gi tempat rorine buat jualan murah. Kv benornya bukan pengikut rorine. Hehe..saja ikut kawan.


Ni yg sempat kv beli.

Isi dlm plastik bag tu....


kaler coklat gelap.


kaler grey


kaler beige

Pastu dpt la free key chain ni. Stailess steel katanya. Okla, boleh taruk kunci kan.

Semua kasut/sandal tu hanya RM 15 sepasang. Murah kan? Kv beli pun sbb murah, Kalo standard harga mmg tak beli la uols.

P/s: masuk crita lain skt. Kelmarin (sabtu) dina dah boleh menyusur. Aduhai, suka nya hati. Tp kelam kabut lg. Nanti sehari dua lg maybe dah expert kan?

Khamis, 24 April 2008

8 perkara

Ada org tag kv pasai 8 perkara. Dah lama dia tag, tp asyik terlupa jek nak buat. So, kv bukan sombong yer, tp byk urat2 terputuih. Ahaha. Byk lupa daa...

1. Anak bongsu dlm 8 bradik ( tp la ni dah tinggal 6 sbb dua dh meninggal). Tp kv bukan jenis yg manja tau. Boleh berdikari kalo dlm keadaan tertekan. Tp kalo keadaan tak tertekan, harus lah buat2 lemau kan. Ehehe

2. Suami kv anak tunggal. So, faham2 sendiri lah masalah dgn anak tunggal ni. Mesti nak kena dok ngan family dia jgk (mil pun anak tunggal okeh). FIL dah takde. Kami buat rumah baru ni kena robohkan rumah lama. MIL tetap dok ngan kami jgk. Tp yg best, takde masalah ngan ipar duai belah hubby. Ahaha

3. Dah ada anak 2. Sepasang. Alhamdulillah.

4. Suka ckp lps (menegakkan kebenaran, chewah). Kdg2 tk perasan pun. Puas gak nak ubah, tp slalu terlepas pandang. Ekeke. Teruk kan.

5. Org slalu ckp muka kv masam jek. Huhu. Kena praktis senyum sokmo ni (karang krem rahang aku).

6. Boros gak. Tp tgk keadaan la. Alhamdulillah lps kawin ni, hubby byk guide perbelanjaan kv. Kalo tak langsung tak boleh nak menyimpan.;(

7. Penakut nak memandu. Dulu test memandu, terus beli kete kancil. Dah la masa blajar tu ngan kete kancil gak. Bila dh slalu bawak kancil, kete hubby langsung takut nak bawak. Huhu. Bila jual kancil kv, langsung tak memandu dah. Sampai lah kv paksa hubby belikan kancil utk kv. Mula2 nak start memandu blk tu mmg gabra giler la. Takat ni boleh ler bawak kt jln yg tak sibuk sgt. Penakut tak hengat ni!

8. Peramah dan penyegan. Entah lah, kv pun tatau kenapa. Ada keadaan kv boleh berubah jadi permah. Ada keadaan plk, kv ni jd penyegan sgt. Tah apa apa kan. Huhu

ok, daaa

Rabu, 23 April 2008

facebook

kv ni darat betul tau! Kalo sabit ngan it ni mmg weng skt aa. Ketinggalan jauh.

Seb baik lah ofis ni ada gak talian internet. Boleh le tau skt2. Tu pun byk try n error lah.

Pagi td kv trima satu mesej dr kawan lama. Dlm facebook tu. Ahaha..facebook kv takdak pape. Tak reti nak godek. Tp bila dah trima mesej kawan lama kan, terus semangat ni nak try itu ini dlm facebook tu.

Hehe..terima mesej dr kawan lama mmg rasa surprised sungguh. Awat la kawan2 lama kv semuanya dah jadi lawa2. Kb ni sorang jer yg makin di pam2. Ehehe

Yg bestnya, masing2 anak dah 2 tu. Ekeke

Opss, hanya ada sorang kawan (bukan yg kenal di alam maya lah) yg tau kewujudan blog kv ni. Karang ada kawan2 lama jumpa blog ni, malu weh! Malu sebab apa ek? tatau lah. Tapi segan lah. Kawan yg tau blog kv tu pun jenis bizi memanajang. So, dia takdak masa nak mengadap blog kv ni. Fuh..selamat lg ni. Ahaha

Selasa, 22 April 2008

PENAT SIH

Kv baru masuk ofis ekceli. Pagi td temankan hubby yg ada temujanji kat husm.

Hubby sakit batu karang. Puasa tahun lps dia kena. Mcm2 ubat dok makan tau. Yg klinik punya, yg farmasi punya dan herba2 tradisional. Tp sakit nya berulang ulang. Kencing pun tak lawas. Kesian dia.

Mula2 masa ultra sound, batu tu dlm buah pinggang. Patut arr dia slalu sakit pinggang. Pastu turun dlm saluran kencing dan ke bawah ke bawah lg. Ehehe. Tp batu tu tak kluar2 pun. PUnya lah siksa jiwa dan raga hubby ku sayang. Ewah.

Dia pun boring lah. Makan ubat bermacam2 plus injek tahan sakit jgk tp tak baik2 jgk. Batu tu still tak nak kluar kan. So, dia ambik keputusan nak check kat husm. Biar puas hati. Kalo masih ada maybe boleh laser atau apa ek proses yg lain tu. Selasa lps dah pegi, jadi hari ni kena pi x ray. Semalam dia kena puasa.

Sambil2 tu, dia pun google la cari apa petua yg best2 skt.

So, dia jumpa perubatan cina kuno. Katanya goreng walnut sampai garing. Pastu blend kan dgn gula. Makan utk 3 hari. Lps tu batu tu kluar. Kv pun penat la mencari walnut tu.Kemain susah kt sini nak jumpa benda alah tu oi! Seb baik ada. Tu pun sikit je tinggal.

Lps makan walnut tu mlm semalam, dia kata rasa pelik kt anu dia. Akaka. Lucah ke wei? Masa tuut tu, ada batu kluar. Jgn geli tau. Eiii..kv nak tgk pun geli sebenarnya. Ahaha. Besar hujung kelingking kv saiz batu yg kluar. Berduri duri lak tu. Tp dia ckp tak sakit masa kluar tu. Besar weh.

So, pagi td dia bawak batu karang tu pi jumpa doktor. Dlm filem xray tu dah tak ada batu dlm sistem badan dia. Tp doktor nak rujuk filem tu pd pakar jgk. So, kena wat ujian darah dan sebulan lg dtg balik. Doktor siap ambik batu tu utk wat kajian katanya. Melalui batu tu doktor boleh detect batu karang hubby sebenarnya berpunca dr garam atau asid urik. Temujanji nanti doktor bagitau makanan jenis apa yg hubby kena pantang. So, lesai satu kes. Alhamdulillah.

Pastu gi pejabat tanah kb sbb nak ambik geran yg kami daftar utk cop gadaian kt kerajaan malaysia tu. Nama lg buat rumah pinjam duit kerajaan. Ehehe. Loan masih blum dpt wei. Lambat sungguh. Huhu. Sesambil tu ambik gak geran2 tanah hubby (dulu nama MIL sbg pemegang amanah). Lesai satu kes lg.

Singgah pulak kedai mozek nak confirm kan granite yg kami mahu tu. Yg lain2 tu maybe ahad ni kami decided. Lesai satu kes lg.

On d way balik tu singgah makan nasi kak wok. Kalo org kelate mesti tau nasi ni. Ehehe. Dan air bandung kaler hijau. Mcm pelik jer. Alhamdulillah kenyang.

Isnin, 21 April 2008

JALAN2 KE KEDAI MOZEK

2-3 hari lps kami jalan2 ke kedai mozek. Survey harga katanya. Insyaallah, lg 1-2 minggu nak pasang mozek kt rumah kami tu.

mula2 tu gi MML dulu. Harga kilang katanya.



Syok masuk show room dia. Agaagaga.. mcm2 pesen ada. Tak termampu di buat nya aih. (lupa nk snap gambar)


Terberkenan dgn mozek kaler pink ni untuk bilik air master bed room. Lagi pun bunga2 pink tu comel kan. Hubby setuju je. Tgk lah nanti kut2 ada hat lain yg kami berkenan.

Geram tgk mozek granite. La ni takde lah mahal sgt mcm awal2 granite ni kluar kt pasaran. Ekceli bukan granite bebetul. Kalo granite betul hanya hotel2 yg pakai. Dan org yg ado2 sajork. Kan? So, pilih yg pesen2 gini je lah utk hall n dining. Tp bila check, stok tadak pulak. Awal mei baru ada. Tu pun kena kontek sokmo kut2 melepas lah kan.






Antara pilihan mozek granite.







Hehe.. yg ni comel je tau. Sapa minat meow2 ni mesti suka. Tp mahal sgt la. Sbb design kut.




comei kan. Siap ada anak 3 ekoq tu!
Pastu kami gi kedai lain. Siap ada offer lg sampai hujung bulan ni. Wuhuhu..awat harga kilang lbh mahal dr harga kedai biasa. Pelik ni! So, tak jadi lah kt kedai mula2 tu. Dah la takde service penghantaran. Kena bawak lori gi ambik sendiri.
Besok atau lusa kena gi balik kedai yg kami berkenan tu (Berkenan harga benornya). Nak konfem kuantiti, jenis dan kaler.
Eiii..tak sabar nak tgk mozek dipasang.

Ahad, 20 April 2008

NELAYAN SUNGAI

Hubby kan, kalo dgr sapa2 yg menjala ke, tahan pukat ke, mengail ke, dapat ikan, harus dia meroyan sakan tau.

Ptg khamis tu pak din bercerita yg dia menjala dpt ikan keli. Dan2 tu jgk paksa kv ikut dia pi tahan pukat. Siap paksa mil jaga dina tu. So, bila mil dah kena jaga dina, automatik danish kami kena bawak skali. Kalo tak mesti haru biru mil jadinya. Ekeke


Nampak tu dua beranak laju je jalan. Tertinggal kv kt belakang tau! Hubby tgh survey lubuk mana yg perlu ditahan pukat.



Starting.. Hubby tgh dok lerai kan pukat supaya senang nak bentang dlm terusan tu.

Sementara tunggu hubby abih bentang pukat, danish posing dulu. Hiks

Nampak tak, hubby nun jauh kat sana. Sawah padi pun saujana mata memandang jek. Ewah!

Ni bunga liar yg terdapat kt terusan tu. Tatau nama okes! Byk lg bunga, pokok dan buah pelik2. Nama pun lucu je (hubby bagitau). Tp tak snap gambar le.;)

Ni hasil tangkapan lps 5 minit pukat dibentang kan. Maeveles gak kan. Ada keli. Ada lampan. Ada tenggalang. Yg tak syok, byk ikat selat (belida kecik). Takpelah, dah rezeki nk dpt byk ikan selat.

Pagi besoknya byk kami dpt keli, puyu, haruan dan mcm2. Ptg sabtu (last) kami pegi tu, tgk2 pukat dh kt tebing terusan. Hancur pukat hubby dek penangan memerang. Huhu. Ikan abih kena makan kt memerang. Terpaksa la buang pukat tu. Dah rezeki kami takat tu je kan. Bersyukur!!

Rabu, 16 April 2008

bengang

yuhuu..baru dapat online katanya. Bizi skt ngan urusan keluarga td.

Err..nak crita pasal perasaan bengang lah. Kalo lambat cerita karang jadi basi pulak kan. Hehe

Kv bengang ngan pengasuh dina ekceli. Bengang tahap melampau dah. Hujung minggu ari tu lah. ni dah cool skt, so cover blk la tahap bengang tu kan. Saja nak crita kat uols.

Dah lama kv peratikan dia mcm malas nk jaga dina. Kv pun risau gak kan. Apa2 hal nanti cemana kv nak solve problem ni kan. Sapa nak jaga dina nanti kan. Tp kv diam jer, simpan dlm hati. Malas nk bincang ngan hubby dulu kan.

Sejak bersalin kan dina, kv byk masalah keluarga (belah kv lah kan) Dgn mak sakit, kakak sakit dan kenduri kendara dan mcm2 lg. Dah la dulu dina meragam tak hengat. Asyik meraung je kejenya. Masa tu mmg kv tension gilor sbb tatau nak letak dina kt mana. Ye lah, adik beradik lain siap ada jadual cuti masing2 dan bermalam kt wad utk jaga mak. Tp kv sorang je yg takde jadual plus tak blh bermalam kt wad.

Masa tu mmg tension takut adik beradik dok ngumpat kv tak jaga mak kan. Dorang tk ckp apa pun tau, tp kv yg over sensitif. Mana lah tau kan. So, stiap sabtu (dr tgh hari sampai ptg mmg kv jaga mak dekat wad). Masa nk pegi tu mmg mintak tolong la pengasuh dina ni handle dina skjp. Mmg rasa terhutang budi lah kan. Benda ni berakhir bila mak kv dah takde.

Lps tu mmg kv tak curi dh masa dia. Walo hari cuti atau susah payah cemana skali pun kv tetap tk hantar dina kt dia kalo bukan jadual mengasuh. Kalo apa2 mil dan hubby yg uruskan. Ada satu kes, kv mintak tolong dia jaga dina belah pagi sbb kv nak blk kampung ada kenduri anak buah. Kalo bawak dina mesti tak boleh nak menolong kan. So, mintak dia jaga skjp, bila tgh hari hubby dan mil akan bawak dina blk kampung kv plk. Sehari before tu dia sanggup jer. Lesai.

Tp baru je sampai kt kg, hubby sms bagitau yg pengasuh dina demam. Kv rasa tak sedap hati jer. Sbb kv tgk dia ok je dok lepak kt tangga. Bengang tp senyap je la. Hubby yg jaga dina. Mmg susah hati lah kan. Kut2 hubby tak boleh nak handle dina sendirian. Seb baik ada mil.

Byk kes la dok jd gini. Mintak tolong, dia sanggup je. Tp sampai masa, mcm2 alasan dia bagi. Last2 mil jgk yg kena catch up. Dgn danish lg. Benarnya kv tak suka mil jaga dina. Bukan tak suka MIL ok! Tp mil dah jaga danish. Walo pun danish dh besar pjg tp perangai, aduhai mmg tak makan saman lah. Kesian mil tau! Pastu kalo tambah lg dgn dina, mesti lah haru kan. Nak masak utk atuk nenek lg. Kedai runcit lg. Tu yg kv sibuk cari pengasuh utk dina. At least, kurang skt lelah mil. Bila byk kes jd gini mmg kv susah hati lah kan. Huhu

Bulan mac lps, dia ckp ngan mil yg dia nk jaga dina sekerat hari je. Mcm cikgu. Habis tu hubby soal mil, so lps tu sapa nak jaga dina. MIL ckp yg dia sanggup jaga. Kami diam je dulu. Buntu sebenarnya. Pastu tak tanya pun soal bayaran bila dh sekerat hari tu. Pastu dia ckp plk kt MIL yg dia 'sudi' jaga dina cam biasa kecuali hari2 dia demam.

Dia sakit paru2 berair uols. Tu kes yg bertahun tahun dulu. Tp bila mengasuh dina ni penyakit dia dtg semula. Pelik kan? Ehehe. Tp masa jaga dina je dia sakit. Lps dina blk rumah, dia ok je. Siap ambik upah menjahit tulang belut dan sembat baju kurung lg. Sungguh pelik kan.

Last2 masa danish demam hari tu, kv cuti rabu dan khamis. Sepatutnya dia lah yg jaga dina kan. Sbb bkn hari cuti. Tapi masa kami sibuk ngan danish, mil yg kena jaga dina. Dia bagi alasan dia tak larat demam. Dua hari tu dia menyorok dr pandangan kami tau. Bila ptg2 skt baru dia kluar. Kv dah bengang tahap gaban tau! Kv mcm org gila dok ayun buaian tu kiri kanan. Danish meragam nak kv yg jaga. Dina pun bila tgk muka mama dia ni, ha, mama dia lah yg kena jaga dia.

Hari kakak kv meninggal tu, MIL mintak dia jaga dina skjp. Dia tolak mentah2 alasan tak larat. Padahal masa tu dia tgh naik basikal. Huhu. Sedih ok. Kv rasa nak menangis sbb bengang!!!

So, kv bincang ngan hubby. Takde guna gajikan dia sbb dia macam tak sudi dah nak jaga dina. Kami kena cari altenatif lain. Hubby ckp ngn mil suh cari pengasuh lain. Mcm2 alasan kami beri. MIL setuju mulanya.

Kv crita kt adik beradik. Dorang suggest kami antar nurseri je. Dekat ngan ofis kv. Senang crita. Benarnya bukan takat bayar upah ngasuh dia je. Makanan setiap minggu wajib kami beli. Kain baju setiap bulan wajib kv beli. Bukan dia yg mintak, tp kami yg beri. Dgn harapan dia akan kasihkan dina. Dan kami nak tunjuk kt dia yg kami pun pritahin kebajikannya jgk. Madu di beri tuba dibalas! Sungguh ku kuciwa!

BIla hubby tanya MIL semula, MIL ckp hold dulu rancangan kami tu. Hubby dah mula bengang dan dia bagi skt 'tekanan' kt mil. Ekekek. Gelak evil. MIL ckp, takpe, kita tgk dulu sbb masa nenek gi tanya kesihatan dia, dia ckp yg dia ok dan masih sanggup jaga dina.

So, mil segan la pulok. Kv n hubby punya alasan senang je. "Kesian lah dia terpaksa jaga dina kan. Dah la dia tak sihat." Mil mintak kami bertenang dulu. Huh.. sakit hati uols tau dak!

Tgk la, lps ni kalo dia buat perangai lg, atau mil sendiri angkat bendera putih, mmg kami angkut dina pi nurseri lah. Biar lah, bukan pilihan terbaik pun takpe. Nak kasi senang semua. Kami pun boleh kerja ngan hati tenang. La ni kami susah hati tau!

Lbh2 lg kv sakit hati pasal anak cikgu yg mak dia dok jaga tu. Siang malam pagi ptg mmg dok rumah dia. Kalo kluar negeri pun (negeri lain la) siap tinggal budak tu. Bukan 1 malam 4-5 mlm ok. Senang hati je dorang jaga. Siap jumaat sabtu. Full time. Hari biasa sampai maghrib baru gi ambik. Nak gi shopping pun tinggal. Kami angkut semua anak kalo nk gi shopping pun. Tak ke sakit hati uols?

Kami ni, pagi pukul 10 baru hantar pukul 4 mil dah gi ambik. Jumaat sabtu atau cuti am lain langsung tak ganggu dia. Kalau mintak tolong dia jaga utk hari cuti sekejap je (bukan penuh cam selalu) dia tolak. Tak sanggup. Fuh... mmg mendidih lah kan.

So, keputusan kv n hubby tunggu dan lihat. Kv dah fedup. Tgk reaksi mil je nanti. Sabar dih!

Selasa, 15 April 2008

danish n dina


Byk crita nak taip, tp tak best kalo takdak gambar. Kv tak sempat nk upload buat masa skrg. So, crita terbaru pasal danish n dina je lah.


Danish

Semenjak tak sihat hari tu kan, dia langsung tak boleh nak menyusu. Kami tukar dgn milo tp tak bagi dlm botol. Masa tu dia terima apa saja sbb dia takut sgt kalo muntah. Hehe


So, hikmat disebalik kejadian dia tak sihat tu, sampai ke hari ni dia tak nyonyot botol dah. Tapi, mmg kesian tgk gelagat dia. Mcm mat gian. Wakaka. Bila dh sihat skt, mula la dia teringat kat botol susu dia tu. Kami tak layan, buat keras hati. Mmg kesian tgk dia yg penasaran tu. Hik hik


Ada satu kes, masa kami blk rumah arwah mak (tahlil arwah kakak). Sepupu dia nyonyot susu coklat. Masa tu dia dah tak keruan. Kv panik gak. Tp kami tak bawa bekal susu dan botol dia. Dia mintak milo tapi nak taruk dlm botol susu. Pujuk2 pun tak jalan. Last2 kv wat donno. Ahaha. Akhirnya dia mintak nak minum milo dlm cawan. Selamat!


Sehari dua tu mmg dia nanar betul. Tp alhamdulillah lah masih bertahan. Harapnya kekal lah kan. Dah besar panjang masih nak nyonyot botol tu, mam tak sesuai lah kan. Ada peluang gini boleh lah kami ambik peluang kan.


Bila dah tak menyusu, kerja dia asyik laparrrr sajok. Makan dan makan dan makan. Nak tergelak pun ada. Sampai kan nak muntah sbb terlalu kenyang. Kemaruk betul budak tu. Tu masa permulaan la, lps tu dia dah boleh bajet skt. Kikiki. Suka hati betul bila dia mintak nak makan nasi. Selalu mmg paksa cemana sekali pun dia takkan makan. Alhamdulillah. Tapi tatau la kut, karang terlepas kawalan, sambung plk nyonyot botol. Insyaallah tidak lah kut.;)


Dina

Tak padan dgn gegirl. Lasaknya aduhai, mencabar sungguh. Selalu happy jek. Dah tau bila org sebut DINA, mesti dia cari sapa yg memanggil. Mcm dia dh faham org panggil dia.


Masih tak boleh menyusur. Huhu. Lambat betul. Tapi eksyen tu mcm nak merangkak. Cuma pinggang masih lembik (kata MIL). Berundur. Hehe


Suka makan. Asyik nak makan je kerja dia. Tgk makanan mcm excited gilerrrr. Hehehe. Sampai kena control kuantiti makanan dia. Apa saja org makan mmg kecoh dia nak makan sama. Alhamdulillah setakat takde alahan ke apa. Sbb hobi dia suka makan, susu dia kurang. Jarang sgt minum susu. Kdg2 tido pun without susu. Takpe lah, sbb dia dah makan kan, kenyang lah agaknya tu. Apa saja yg tercapai dek tgn, sure dia nak makan. Kotak paku pun dia nak makan you all. Extreme sungguh! Ahahah


Plg best dah tumbuh dua batang gigi bawah. Alhamdulillah tak demam lg setakat ni time tumbuh gigi tu. Kelakar bila kv gogok gigi dia. Riak wajah dia mcm terkejut dan pelik. Sakit perut gelak kan dia. Last2 dia pun terkekeh gelak sama.


Sebagai ibu, sungguh bahagia rasanya bila anak sihat dan riang. Rasanya sanggup berkorban apa saja demi mereka.;)


Alhamdulillah syukur kerana tuhan menghadiahkan kv sebuah keluarga yg bahagia. Insyaallah, Kwn2 doakan sama ek. Amin.

Ahad, 13 April 2008

TUHAN MENGUJI TAKKAN BERHENTI

Kv lelah fizikal dan mental buat masa skrg. Hanya blog tempat luah perasaan. Ujian bertimpa - timpa. Kv tau, Tuhan takkan menguji jika kita tdk mampu menghadapi. Kv pinta moga Tuhan tabahkan hati kv, beri kan kv kesihatan yg baik dan tunjukkan jalan dalam menempuh setiap dugaan. Amin.

Dalam masa 2 bulan ni, kv kehilangan ramai ahli keluarga (waris terdekat). Bemula dgn mak sendiri, sambung dgn biras mak (FIL abang kedua), sambung dgn anak buah abg ipar, sambung dgn mak saudara (isteri abg arwah ayah). Sambung lg dgn FIL kakak, sambung dgn sepupu arwah ayah, sambung lg dgn adik mak saudara(isteri abg arwah ayah). Baru je selesai tahlil 7 hari arwah pak da ghani, KV kehilangan kakak tersayang.

Kak N telah pergi menyambut panggilan ilahi pada tanggal 11 april 2008 jam 7 pagi, genap2 2 bulan pemergian arwah mak. Ya Allah, tabah kan lah hati kami.

Seminggu kv tak sempat mejenguk arwah kakak. Ahad isnin dan selasa kalut dgn audit campur2 danish tak sihat. Kv cuti rabu dan khamis sbb danish masih tak sihat. Risau sungguh ngan kesihatan danish. Last2 doktor masukkan antibiotik kut montot baru nampak ada perubahan. Alhamdulillah.

pukul 6.15 pagi jumaat kv terima call dari kakak suh blk segera. Katanya kak N dah nazak. Tgh di ajar mengucap. Kalut2 tu, ye lah risau kan danish yg masih blum sihat sepenuhnya, kv redah subuh dinihari seorang diri. Hubby kv mintak uruskan anak2 sementara. Memandu dlm keadaan gelap dan sunyi begitu mmg menggerunkan. Huhu. Chaiyok.

Hampir 3km nak sampai kakak kv call lg bagitau yg arwah dah pergi. Kv tatau nak ulas cemana perasaan kv. Sedih sayu, pilu, terkilan dan mcm2. Fikiran kv, biar lah dia pergi. Dah tak sanggup melihat dia menangis saban waktu kerana tak tertanggung sakitnya. Hanya tinggal kulit dan tulang. Mintak di ngereng selalu. Biasanya tk sampai pon seminit dan menangis kesakitan.

Kenangan last kv bersama arwah pd khamis lps (sebelum danish sakit tu). Kv sempat suap kan makan dan minum. Urut (gosok sebenarnya) dan tukarkan lampin. Masa tu dia boleh bercakap lg, cuma raut wajah sentiasa berkerut menahan tangis. Dia dah taktau nak cakap bahagian mana tubuhnya yg sakit.

Kakak crita pd ahad lps, dorang mandikan dia. Sudah mandi tu, arwah mintak jgn tinggalkan dia dulu. Suh gosok2 badan dia. Selalunya dia tak macam tu. Selalunya dia senyap je takmo menyusahkan org. Cuma kami je yg dungu. Tak faham. Huhu

Mlm jumaat tu dia langsung tk bercakap. Ditanya tanya pun senyap je. Sudukan susu pun dh tak tertelan. Kluar balik. Masa tu kakak dah tak sedap hati. Namun dia masih bertahan. Jam 4 pg anak arwah tersedar (dorang tido2 ayam je sokmo ) Arwah dah terpejam mata, namun masih bernafas. Di ajar mengucap pun dah telor sebutannya. Jam 5, adik beradik lain (dorang dok kawasan tu jgk, kv sorang yg jauh skt) dah penuh. Masing2 baca surah yassin dan ajar arwah mengucap.

Jam 7 nadi arwah dah takde. Dia pergi dgn senyap. Dgn tenang bertemu Penciptanya.

Kv mmg sedih dgn pemergian arwah. Tp kv plg sedih menatap wajah anak2 arwah. Yg sulung perempuan baru habis diploma poly. Yg kedua lelaki tingkatan 5. Yg ketiga perempuan tingkatan dua. Dan yg bongsu lelaki darjah 6.
Sewaktu jenazah dikapan kan dan saat mengucup buat kali terakhir, kv menangis, menangis dan menangis. Tak pasal2 dpt pelukan hubby depan org ramai. Huhu. Sedih sungguh! Bukan tdk redha dgn pemergiannya, tp terlalu sedih dan sayu menatap wajah sembab anak2 arwah. Tatau lah nasib mereka lps ni mcm mana. Kami kena bincang nanti.

Byk kenangan terindah antara kv dgn arwah. Masakannya plg kami tak lupa. Dia lah chef dlm keluarga. Anak2 buah pun, asal balik bercuti je mesti cari masakan MAK CHIK sampai ibu2 sendiri kecik hati. Arwah ayah dulu pun mmg gemar apa saja masakan kakak. Kenangan sungguh.

Arwah org nya cool. Selalu kena marah dgn mak (mak kv kan garang) Kalo kv dan yg lain mesti nk menjawa. Biasalah masa tu darah muda, bodoh. Tp kakak cool je. Walo pun dia terasa hati. Tak pernah nak berdendan ngan sesapa. Apa saja masalah dia mmg jenis cool. Sampai dia tahu kanser dia dh stage 3 pun dia cool je. Sabar sungguh org nya.

Dia dulu merupakan jurubank kv. Dok ulang alik dr jb ke rumah dia di seremban. Kalo bulan puasa tiap2 minggu menepek kt rumah dia. Hehe. Sungguh kenangan.

Kalo nk cerita kt sini mmg la tak tertaip. Kv berdoa agar roh nya dicucuri rahmat. Di tempatkan bersama org2 yg beriman. Amin.

Selasa, 8 April 2008

HARU

Tgh hari kelmarin kv mintak excuse ngan big boss kjp. Danish masih meragam. Dah tak popo. Tp asyik nak muntah dan start demam.

Segan jgk nak mintak blk sbb takut org fikir kita ni sengaja reka alasan kan. Tak tenteram sungguh rasanya.

Blk tu, kv ajak danish gi klinik semula. Dia langsung tak makan. Tak de selera kan. MIL bagi susu terus muntah. Lembik dia.

Doc ckp bukan wabak kut sbb ni bukan musim taun. Tatau ler, sbb mmg kawasan tu bebudak baya danish kena jangkitan ni. Kami syak maybe sbb masalah angin pasang dia. Tp doktor ckp, bukan. Huhu. Mati la tak nak percaya ckp doktor ni. Wahaha

Doc injek ubat tahan muntah. Masa kt klinik tu dia dh kebah demam. Kami injek kut montot before pegi klinik tu. Meraung sakan dia. Balik tu tido je. Pujuk suh minum milo, beberapa sudu je dia minum.

Mlm nya hubby bagi susu. Terus muntah. Teringat yg bebudak cirit birit tak elok minum susu. Terus kami stop. Bila urut perut dia, angin penuh satu perut tu. Grup grap, grup grap bunyi nya. Sampai pagi asyik berjaga sbb dia slalu rasa nak muntah. Dah kembung perut kan. Dua hari tak makan tu.

Entah la, di saat beku cuti begini anak pulak tak sihat. Mmg bercelaru fikiran. Kesian kan anak. Tanggung jawab keje lg. Masa depan kami jgk. Mintak lps hari ni jer baru lega skt. Bkn apa, senang nak cuti kalo apa2 hal.

Pagi td kv tgk danish cam aktif skt. Lemah tu biasa lh sbb dia tak mo makan kan. Sempat suap nasi 2 suap terus dia takmo. Kv pujuk suh minum teh o. Dia ckp tunggu sejuk dulu. So, kami tinggal kan dia begitu. Dgn doa semoga tak jadi apa2 yg membimbangkan pd dia lah.

Terima kasih atas pandangan dan doa kawan2. Hilang skt rasa risau kv ni.;(

Isnin, 7 April 2008

SIRIM DAN WABAK

Uols, hari ni ofis kv akan di audit oleh sirim. Hmm tatau ler. Harapnya semua ok2.

Kelmarin tak sempat nak melawat blog kwn2 dan jgk buat en3. Bizi skt kaedahnya. Yer lah, walo pun rasa dah abih pulun, ada jgk yg masih tertinggal kan. Manusia. Biasa lah tu.

Tgh dok kalut2 wat persiapan terakhir tu, hubby ajak balk. Danish muntah2. Teruk jgk MIl ckp. Susu pn takmo minum. Aduhai, risau lah pulak.

Sampai kt rumah terus bawak dia g klinik. Doc ckp tk membimbang kan. So, doktor bagi ubat muntah dan popo. Dia cirit birit sbb salah makan kut. Pastu doc suh pujuk dia makan.

Blk tu mmg lembik terus. Nak buka mata pun tak larat. Asyik nak muntah ker. Sepanjang hari terpaksa pakaikan dia diapers.

Mengikut crita jiran, seminggu dua ni bebudak kawsan tu ramai yg kena cirit birit. Mungkin kah wabak? Maybe dia kena kt skolah ke. Mana tau jangkitan kan. Sbb pagi semalam dia muntah teruk kt skolah.

Mlm td dia tk meragam sgt. Tp asyik ngadu nk muntah. Kv rasa sbb dia tk makan apa pun satu hari kan. Mesti lah perut dia kembung. Jam 4 pg dia mintak nk susu. Lega dgr walo pun dia minum skt je.

Rasa risau jgk kalo2 dia meragam lg sbb sampai ke hari rabu kv dan hubby tak dpt nk cuti. Hmm.. ujian sungguh kan. Harapnya takde apa2 lah.

Oh ya, org sirim tu akan tiba maybe jam 10.30 or 11 pg nanti. Harapnya tak byk lah dpt major ncr. Wakaka. Kenaling weh!

Khamis, 3 April 2008

PMS

Kv tatau napa sehari dua ni kv cepat sgt rasa bengang. Cepat terasa hati, geram, marah dan macam2. Sindrom PMS kah? Jahat sungguh PMS ni yer.

Benornya begini. Isu soother si dina tu. Masa baby, dina ada satu sifat suka nak menyonyot. Mula2 kv tak perasan. Lg pun mmg takde dlm perancangan kami nak bagi dia benda alah tu. Danish dulu pun tak pernah kenal soother tu.

Tp masa baby tu dina selalu nak menyusu. Lps menyusu kjp terus muntah. Tidur langsung tak nyenyak. Masa tu dia belum start melalak lg. Kami pun mati kutu sbb dia selalu muntah2. Apa taknya sbb menyusu sokmo kan.

Sampai sakit2 pinggang kv menyusu kan dia. Tak puas2. Last kv dok bincang ngan hubby. Kebetulan ada hanper baby yg ada soother. Kami try bagi. Dia terus nyonyot dan tido dgn lena sekali.

Sejak tu mmg kalo nak tido kena bagi soother tu baru dia nyenyak. Dlm 1/2 jam lena baru boleh cabut. Hehe. Tp kalo nak pi mana2 mmg kena bawak bekal la sbb takut dia meragam ke apa kan. Bukannya sengaja kami nak sumbat kan mulut dia tu. Mmg dia pun hanya nyonyot masa tido jer.

Nak jadi cerita, kv bawak dia gi pasar mlm mlm td. Dah ptg mmg dia akan meragam skt sbb ngantuk kan. So, bawak lah bekal. Tgh dok beli nasi kerabu tu, penjual tu tegur. Mengejek kami. Betul uols, nada dia mmg mengejek kami. Katanya anak dia, dia tak ajar hisap puting. Kv pun masih berbahasa lah, 'takpe lah kalo budak nya jenis tak meragam byk'. Dia menjawab dan menjawab lg sampai hati kv jd panas. Tu kata si suami. Di sambung plk dgn si isteri. 'Eh, org tak bagi lah benda ni kt beby, nanti mulut (mulut ke uols?) tak lawa' sambil gelak2.

Waduh2. Geram kv nak sumpah seranah dia tau. Dlm perut kv "takpe, aku nak tgk sepandai mana ko ajar anak ko!!!" Geram weh.

Kami bkn sengaja bagi dina soother. Kami TERPAKSA!!!!. Mmg lah bagi org yg anak nya takmo soother, walo disua macamana sekali pun dia takkan mau. Tp dina ni mmg takkan tido kalo takdak soother. Kv nak wat macamana uols??

Dah la budak tu tido 2 kali sehari (siang hari) dan tempoh tido hanya sejam tau! Kalo tak bagi menda alah tu mmg meragam lah satu hari. Sapa yg sudi nak ngasuh kan anak kv sedang kan kv sendiri kdg2 mengeluh penat??

Eeeiii...memang naik darah betul lah!

Uols ada cadangan tak cemana kv nak free soother utk dina. Kv dah try tidor kn dia tanpa soother. Tp mmg dia melalak sakan lah. Dah bagi terus dia pejam mata dan tido.;(

Rabu, 2 April 2008

LAWAT KAWASAN

Wakaka..tajuk mcm gempak. Mcm YB ok! Hiks

Dah lama janji ngan danish (padahal mama an abah pong sama) nak tgk lampu lip lap dan pintu gerbang berhias.

Biasa lh setiap tahun akan ada benda ni sempena keputeraan sultan kelantan.

Lps maghrib terus kluar mlm td.

Ni gambar masa perjalanan pegi.
Danish sibuk nyonyot botol. Huhu..dah besar gajah pun botol takmo tinggal tu.


Adik dah lentok awal2. Hihi..senang mama dan abah nak menikmati panorama katanya.;)


Antara pintu gerbang berhias. Kv lupa lh jabatan mana yg ambik bahagian.;(






Rasanya yg ni juara bagi tahun ni kut. Tak sure ok. Hehe
Ni depan SUK. Kota Darul Naim. Ramai nya org. Ntah apa depa buat tatau. Siap ada jual belon bagai tu.;)



Ni pulak panorama depan istana kubang kerian. Ramai gak org. Kami tgk dari kete je. Malas nak turun. Tema biru diraja katanya.


Selasa, 1 April 2008

CUTI KEPUTERAAN

4 ari cuti uols. Masak okeh.
Cuti keputeraan 2 hari. Tp jumaat sabtu kn cuti mingguan terus sambung ahad isnin.
Jeles ngan kwn2 n ofismate makan angin merata rata. Pi cameron lh, pi langkawi lh, pi kl lh. Tp kv n co telan air liur sajork.
Takpe, sabar, sabar. Tunggu dina besar sket lg. Kesian budak tu nk bwk berjalan jauh jauh kan.
Panas nya dok kt rumah tk boleh nk cerita. Tk sabar nk tunggu ptg. Hari teduh sket. Dh la rumah kami tu macam rumah kongsi la ni. Sempit mak aii. Tak sabar nya tunggu rumah baru siap. Sabar! Sabar!

So, aktiviti kv n co sepanjang cuti 4 hari. Boring uols.

Jumaat.

Ptg kb mall. Huhu..takdak tempat nak pegi okeh!

Danish mintak makan kfc. Layan je lah. Seb baik dina ok jer. Tp sibuk nk makan sama.



Sabtu.

Belah pg gi pasar jelawat. Kalo pi sini mmg kv meroyan sakan uols. Semua benda nak beli.


Suasana kt pasar jelawat. Kampung adiejin kah?

Plg best terjumpa buah kuini. Dah la bukan musim buah kan, tp makcik tu jual sungguh murah. 3 ringgit je sekilo. Kalo musim pun biasa 4 ringgit sekilo. Nyesal tak borong byk2. Huhu


Sedap tau! Baunya sungguh harum. Semerbak peti ais kv okeh!


Ptg nya atas permintaan danish kami gi pantai bachok. Pantai irama katanya. Alah, pantai tu je yg plg dekat ngan rumah kami.


Main ombak. Tp takut. Ahaha

Lepak kt bangku.


Abang main gelungsur.


Adik layan makan2 dulu. ;)

Ahad.

Pagi tu MIL sayur air kulat pusu (cendawan busut). Bes uols. Cendawan ni akan ada pd musim2 tertentu j. Pd permulaan angin barat dan permulaan angin timur jer.

Pengasuh dina yg sedekah kn kt kami. Busut tepi rumah dia tumbuh dgn byk sekali. Berebut okeh. Ahahaha....

Cendawan busut dan daun cekak manis sedia utk di masak.

Ptg plk dah mati kutu tatau nk pi mana. Pi tesco kjp. Borink. Danish ajak pi expo kt staium. Kami sengaja tk bawak dia gi kawasan funfair. Gi sini je lah.


Hubby tgh dukung dina tu.;)

Isnin

Lambat nya abih cuti!!!! Boring tau!

Gi kb mall lg. Kesian kt budak2 tu. Tatau nk bawak gi mana. Hehe

Balik tu goreng mihun utk dinner.

Ingat nya mlm nk kluar gi tgk lampu lip lap dan pintu gerbang. Tp penat lh puloks. Tk jadi pegi. Dh la jammed teruk katanya. Tgk mlm ni lah kalo larat.

Byk acara sempena keputeraan ni. Kalo kv sempat pegi nanti kv update dlm blog.

Daaa...