Mak kv tak berjaya dlm pembedahan kamera. Masa doktor pakar panggil waris mak selepas buat benda alah tu, hanya kv dan hubby yg ada kat bilik x ray. So, kv yg masuk jumpa pakar tu.
Doktor cerita detail pasal sakit mak. Dia pun ckp, nasib baik mak tak jadi di bedah (minggu lps) sbb berisiko tinggi. Ceritanya, setiap saluran dlm tubuh mak dah membengkak. Proses nak buat by pass kat saluran hempedu gagal sbb kamera tak sampai pun kat point tu sbb dah tersekat dr atas lg. Doktor ckp, dlm perubatan pun ada limit jgk. Dorang terpaksa stop sbb bila kamera sentuh jer, usus mak dah berdarah. Kalau paksa lg, may be pendarahan teruk dan membahayakan nyawa. Penyelesaiannya, mungkin kena 'tebuk' kut sisi perut atau rusuk utk ke saluran hempedu tu. Tp tatau lg bila nak buat.
Lps jalani proses tu mak sakit dada. Keletihan yg amat. Masa kv sudukan air pun boleh dia tertidur. Mmg dia terlampau letih. Ok, stop pasal cerita mak.
Sambung cerita kakak kv yg kat husm tu.
Sehari sebelum mak melakukan pembedahan kamera tu, kakak kv dah boleh discaj. On d way ke kereta (menaiki wheel chair), kakak kv kekejangan mcm kena sawan. Kekejangan yg teruk sekali (ini yg dah kali ke tiga). Terkancing (ada bahasa lain tak?) lidah sampai berdarah teruk. Berkejaran ke ER.
Dr jam 6ptg sampai 1pg baru keadaan dia pulih. 3 kali injek ubat apa ntah, baru reda. Doktor yg merawat suruh kami bawak balik. Katanya rawatan utk barah kakak kv dah selesai. Mmg shock bila diberitahu mcm tu. Macamana kami nak bawa balik dgn keadaan dia mcm tu. Apa yg boleh kami buat dekat rumah?
Kak M jumpa setiap doktor kat ER, semua tak berapa nak layan. Last2 turun doktor pakar, kak M mintak transfer kan kakak kv ke HKB. Senang dua2 kat HKB. Takde lah kami terkejar kejar ke hulu dan hilir. Doktor tanya kenapa nak transfer kan ke HKB, kak M terangkan yg mak kami pun tenat kat HKB. Doktor termenung pjg. Last2 doktor tk benar kan transfer ke sana. Sbb bila dah transfer ke sana HKB perlu buat semua prosedur rawatan dr awal. So, dia suh masuk wad 7.
Besok nya kv ke HUSM jenguk kakak (lps mak sudah kat bilik x ray). Kesian tgk keadaan dia. Hubby tak sanggup dok kat situ. Mcm2 alasan dia. Last2 kv suh dia tunggu kat luar. Kv urut dan lap kan dia air. Dia mintak nak makan buah prub. Bergegas anak sulung dia turun beli.
Cuti CNY (besoknya) kv jaga mak kat wad. Kak K crita yg kakak kv tu meracau racau mcm org hilang ingatan. (suami kakak kv ada call bagitau). Sedih kami rasa. Memikirkan anak2 dia yg masih kecil. Entah lah, kabur sungguh! Kuman kanser dah menyerang otak. Sentakan kuat masa dia kekejangan tu menyebabkan benda tu terjadi. Tp masa kv sampai ptg khamis tu kakak kv dah kenal semua org. Tp nampak mcm dia tak selesa. Anak sulung dia selalu sapu kan air yg kami buat solat hajat. Nampak tenang skt.
Entah lah, kami pun dah buntu. Doktor nak scan otak dia. Nak tau kat mana ada saluran tersumbat ke apa. Tp proses masih belum berjaya sbb kakak kv tak beri kerjasama (dia masih lupa2).
Maaf lah buat kawan2 blog. En3 kv selalu pasal keluarga. Hanya kat blog tempat kv meluah perasaan.;(
Tuhan menguji, takkan berhenti. Hanya ku pinta, berilah kami kekuatan fizikal dan mental. Amin ya rabbal alamin.