Ahad, 30 November 2008

KENDURI DAN BANJIR

Semalam (sabtu) abang sulung kv berkenduri. Anak keduanya kawen.

Jumaat kv langsung takleh bangun. Tido sepanjang hari. So, pepagi sabtu dah harus lah kena sampai kan. Dah la hujan dr mlm tak henti2. Semua org basah kuyup.

Sesampai jek, tolong alterkan pelamin. Ni lah akibatnya nak jimat belanja. Keh keh keh. Pelamin pun buat sendiri. Kan senang pi tempah jer. Tak yah pening palo. Huhu

Lps tu tugas kv kembali ke rumah Kak M. Hias nasik pengantin.

Gambar hidangan sebelum di punggah ke rumah pengantin. Hujan mencurah2 tanpa henti. Masa ni air dah naik byk tempat. Huhu


Dah la punggah hidangan dlm hujan. Seb baik takde yg terpeleot bagai. Haha. Pastu harus siap kan meja pengantin la.



Khemah jemputan. Maaf gambar gelap sbb pakai phone kamera yg takdak flash. Dah la hari gelap guguk.


Pengantin lelaki dah sampai.


Pengantin perempuan kluar. Hiks


Posing dudlu sblm duduk.

Gambar tah pape.


Hantaran kedua belah pihak. Sori gambar kelam. Hihi


Tuan blog dan anak2.



Dina tunjuk perut dan danish jadik hantu.;P


Nak balik tu, kena riki jalan yg tak naik air. Punya la jauh pusing, siap kena masuk highway. Ambik short cut tapi hampeh, kena pusing balik sbb jalan dah putus takleh lalu. Hoho. Punya lah jauh mcm gi teganu puloks.

Ni yg kv sempat snap. Yg lain2 tak sempat. Gerun melihat air sungai naik dan arus deras.

Alhamdulillah hari ni banjir dah reda walopun ada hujan skt2.


moral of the story:
Jgn lah berkenduri di musim tengkujuh. Siksa wei!!

Khamis, 27 November 2008

KEPALA PECAH

Aku rasa mcm kepala aku nak pecah la!!

Asyik dok batuk kong kong 100x ni. Tapi tak sakit dada sgt pun. Kepala rasa mau pecah jer. Berdenyut nyut nyut nyut. Adoyaii.

Makan panadol pun tak jalan ni.

Awat selsema batuk lama sgt ni. Dah 3 minggu!!

Huhu..



update: Ptg khamis tu mmg kv sakit kepala, sakit muka, mata macam tersembul keluar (dulu masa peknen kan dina dah pernah kena sekali). Balik keje tu mmg niat terus ke klinik. Sakitnya sampai kv nangis2. Siap muntah bagai.
Jumpa doktor terus mintak doktor injek ubat tahan sakit. So dapat bekalan ubat selsema, batuk, antibotik dan panadine (panadol + codin).
Sampai ke rumah tarik selimut dan tido. Sedar dah ok. Wah, best nya. Alhamdulillah.
La ni tinggal dlm 10% lg. Ok lah kiranya. Masih ada batuk sket2 tp kepala dh tak sakit. Alhamdulillah. Syukur. Dah dapat kembali nikmat sihat.

CABUT GIGI

Weekend lps kv nak potong kuku danish. Dah jadi mcm kuku hantu.

Bila nak potong kuku kaki mmg dia selalu tak bagi. Geli.

Tapi dia tahan. Menggelupur kegelian.

Tetiba, muka dia terhantuk kt lantai. Menangis la puloks. Adeh.

Bila dia bengah (bgn) Kv perasan bibir dia berdarah. Ingat kan bibir dia pecah akibat terhantuk tu.

Check punya check. Rupanya gigi kapak dia yg tinggal tunggul tu yg berdarah.

Benornya gg kapak dia dah lama goyang. Cuma kv jer tak berani nak cabut. Sbb dia mmg penakut. Dah jadi gitu kv try cabut. Dapat separuh. Dia dah mula panik. Sbb makin berdarah. Meraung tak hengat. Haha. Kelakar pun ada. First time cabut gigi kan.

Pastu pujuk2 tak nak kasi gak. Kv suh dia buat sendiri. Tak jalan. Last2 kv pegang gg dia dan sentap kuat sket. Mudah jer. Heran dia gigi dah tanggal. Mmg kelakar lah wajah dia!

Pastu gigi nan sebatang tu kv simpan dlm botol. Biar besok2 dia tgk gigi buruk dia tu. Siap letak dlm lemari tau.

Besoknya ahad. Dia tgh main2 kt laman sambil tgk pak cik Din tgh buat pagar. Kv panggil dia nak tgk gigi yg sebatang lg tu. Dah goyang jgk.

Dia dah takut dah. Sekali kv sentap terus tanggal. Terpelanting gg tu tatau ke mana. Lawak giler mencari gigi buruk dia dia. Haha

Akhirnya kv yg jumpa. Siap basuh dan simpan dlm botol bersama gg yg sebelum nya. Hihi

Tu lah pengalaman danish cabut gigi.

Lps tu semua org kena tgk gusi dia bekas gg tercabut tu. Lupa nak snap gambar!

Rabu, 26 November 2008

Selasa, 25 November 2008

MENUNGGU SANG SUAMI

Hiks... tadi kv mengekor encik suami pegi ke kota bharu.

Malas nak join dia jumpa someone, kv di drop kan dekat kb mall sementara.

Kv benornya nak beli hadiah utk anak buah yg nak kawen ujung minggu ni.

Boring jalan sorang2, tekak pun dahaga. Pi minum kat food court.

Dok sensorang cenggitu rasa pelik pun ada.



Pemandangan depan kv.


Pemandangan sisi kv.


Bukan minum je tau. Siap beli croissant, chiken pai dan tart telur. Tapi makan chicken pie jer sbb lunch nanti nak pow encik suami.


Pusing2 beli hadiah utk anak buah yg baru lahir. Pah tu encik suami call ckp dh nak ambil. Terus gi tesco. Dah lapar dah pulak perut aku. Huhu

Masuk kenny rogers. Sbb berdua kan. Kalo ngan dina haram nak makan. Harus habis dia tawaf. tak kuasa eh.


Suasana.


Motif apa tatau letak penghadang besi ni.


Minuman dan muffin?


My meal.


Encik suami meal.

Pastu bergegas gi beli hadiah sbb nak kejar masa masuk ofis semula.

Dan update blog. Hihi

DAN LAGI TAG TIG TUG

Pagi ni nak lesaikan hutang jasfyra plk.


Syarat2nyer.. SILA BAGITAU
1. Berat sebelum mengandung

* masa danish dlm 58kg kut (aku mmg asal dh gemuk tau)
* masa dina dlm 61 kg kut (lupa daa) dengan ketinggian 161 cm (pun lupa gak ni sbb ukur kt lain tempat, lain bacaannya)


2. Berat terakhir mengandung sebelum bersalin
* masa danish dlm 60kg kut (mabuk teruk sampai ke 7 bln, lg pun danish kan lahir awal)
* masa dina dlm 75kg kot (agak2 jer..lupa weh). Gemuk giler!!


3. Berat selepas habis pantang
* Masa danish mmg kurus sesangat (tp lupa la namun lps tu mencanak canak naik, tak turun2. Huhu)
* Masa dina walo pun sebulan tak selera makan (dlm pantang)ntapi berat turun sket jer. Dlm 65kg kut. Haha


4. Apa yang korang suka makan masa mengandung
* masa danish semua tak lalu. Takdak selera sungguh.
* masa dina suka western food. Tgh mabuk boleh makan roti bakar jer.


5. Hospital mana anda bersalin
* masa danish bersalin kat HUSM, Kubang Kerian. Kes kecemasan. Lahir premature.
* masa dina bersalin kat Pusat Perubatan An Nisa', Kota Bharu.

6. Tunjukkan gambar mengandung at least 5 kpg.. yg penting sekali gambar masa last pregnant


Gambar2 ni masa pregnant kan dina. Sayang sunguh masa pegnant kan danish takdak gambar. Mabuk teruk sampai tak terfikir pun nak bergambar. Rugi woo!!

Masa ni dlm 5 bln pregnant kut. Jalan2 ke terengganu. Time ni mabuk dah ok sket.





Ni pun pregnant 5 bulan lbh kurang. Bawak danish tgk burung unta.


Hah, masa ni mmg sarat benar. Tgh tunggu masa. Mmg buruk giler. Gemuk gedempol. Muka sembab, hitam (hangus), hidung besar. Haha. Sampai kena ejek ngan ofismate tau. Buruk sgt kaedahnya.

Ni pun satu lagi. Paksa gak hubby ambik gambar nak wat kenangan. Masa ni nak tgk cermin pun malas. haha.


Takpe lah, huduh ke, buruk ke, janji aku dah dpt baby girl. Hihi

"
"
"
"

Si bulu mata lentik ni ha!!!



ok, aku nak tag....

1. mama risya riana aka nonie
2. kak bie
3. kak ungku (ada tak gambar ngandungkan anjib??)
4. cendawan intim (lagi2 ko yg kena. Haha)
5. Sitilina (hiks, buat tau)

ok daaa!!

sapa lg yg telah tg kv??

sila bagitau yer!! Hehe

Isnin, 24 November 2008

LAGI TAG TIG TUG

Hadoii...apa2 pun aku nak bayar hutang dulu. Karang ada yg sentap dgn meks, meroyan kalu. Wakaka!!

Dulu, dh penah buat benda alah ni. Tapi tanda sokongan buat kenkawan, buat lagi lah. Tak gitu??

Memula sekali, syarat dan peraturan.


Rules & Regulations :
  1. Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.
  2. People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird things/habits/little known facts as well as state this rule clearly.
  3. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.
  4. No tags back!

Apa yg pelik ttg aku pun tatau. Belasah jer!

1. Suka makan sambil membaca atau menonton. Nak2 kalo makan sensorang. Rasa cam pelik (sedikit mcm org gila) bila time makan sorang2 tu tadek buat pape. Paper wat lapik makan pun aku layann.

2. Malu tak bertempat. Tp kdg2 frendly tak bertempat gak. Ikut mood. Tah pape jek! Ngan adik beradik ke anak buah ke kdg2 aku malu. Apatah lg ngan kawan, sedara mara, sales girl or sesapa. Hiks. Tah pehal tatau.

3. Sejak dina ada ni, suka nau geget pipi dina. Bam bam. Geram weh!

4. Suka makan makanan eksotik. Wakaka. Perut ikan ke, perut lembu ke, aku baham semua. Mata ikan pun siap berebut rebut ngan tok laki. Wahaha. Selekeh kan?

5. Suka tgk drama melayu walo pun selalu di ejek tok laki. Sbb nya aku suka tgk baju yg dorang pakai, fesyen nya, rumah dorang, taman dorang. Aku punya suka lah!

6. Sangat addict dgn majalah. Janji beli, baca kemudian or bila2 pun takpe. Pastu simpan mcm harta karun. Masalahnya, lemari buku dan majalah sampai ke hari ni tak beli2 lg. Bertimbun timbun dah nu.

7. Sangat addict ngan henbeg dan kasut. Selalu kena sound ngan hubby. Marah2 syg katanya. Kih kih kih. So, nak mengelakkan yg mahal, kv slalu beli kat kedai bundle. Plg mahal pun 5 hengget jek. Tapi, dok bertimbun dalam bakul. Tak pakai2. Cita2 nak beli lemari utk henbeg pun belum kesampaian. Kena masukkan dlm wish list gak ni!

8. Sgt malas nak basuh baju, or jemur baju or gosok baju atau lipat atau simpan. Asal berkaitan ngan baju lah. Kalo kena basuh tgn, byk hari gak la dok berkepam baru nak basuh. Sungguh dasyat perangai ku ini. Jgn ikut yer wahai anak2 dara sekelian. Kdg2 MIL suka basuh tangan baju cucu2. Cucunya tu maknanya anak i lah uols! Hehe. Kalo meks, meks humban dlm mesin basuh sajork. Tak kuasa aku nak menyental bagai. Hohoho..sgt pemalas okeh.
Err...ni bukan tabiat pelik dah, tabiat buruk jadinya. Kikikiki

9. Malas nak pikir pasai duit ke harta benda ke (mcm byk sgt). Sbb dah ada tok laki yg tolong uruskan. So, sbg bini wa goyang kaki je lah,kan? Tak kuasa aku nak mikir kan semua. Barang kemas pun kena tanya dia kat mana dia simpan. Sbb dia selalu ubah kedudukan. Hah, tu tabiat pelik sang suami pulaks. Haha

10. Sgt penakut nak pandu kereta. Hanya boleh bawak kete kancil jer. Cakap degar2 kan, tapi hampeh. Err...motor pun tak reti bawak tau. Sungguh sedey, okeh! Bila pegang stereng jer, harus dup dap dup dap, gemuruh bagai. Malu kt budak!

11. Masak lah korang, org mintak 10, 11 aku kasik. Sgt la broken berbahasa inggeris. Memalukan okeh. Sungguh rendah diri. Dah i asal dr kg, skolah kg, takde pendedahan. Bila keje pun kt kg, gomen lak tu. Hancuss. Nak masuk kelas dewasa pun takdak kat sini. Kesian i kan?

Selesai.

So, malas nak tag sesapa lah. Boleh?


Err..korang rasa 11 yg kv senarai kan tu pelik ker? Lantak pi lah pelik ke tdk. Janji lps hutang. Ye adik manis?



ok, lps ni nak bayar hutang sapa tatau. Nanti i recall balik memori yg berkepam ni. Huhu.

Letih meks, uols!




BAJU GANTI

Akhirnya, kv dh beli baju raya ganti untuk dina. Yippie.

Anak tadek pape, mama dia yg kecoh lebih. Haha

But i cannot help my self la!!!

Bila tgk baju budak pompuan cantik2 dan murah2, harus tak boleh nak tahan nafsu! Huhu. Mesti nak beli byk!





Ni baju harian dina. Beli baju jer sbb baju lah yg selalu kotor dan pudar. Sluar nya ok2 jer. Hik hik.

Ahad, 23 November 2008

BAYAR ROADTAX

Lunch hour tadi, kami sempat ke terengganu.

Wah, jauh tu!!

Hik hik..benornya ke jerteh jer. Dah terengganu lah tu kan.

Kalo nak kira, jerteh lbh dekat dr kota bharu kalo dr ofis kv ni tau! Kata keje area sempadan kan. Harus dua negeri ku takluki jua. Kaedahnya!!!

Pi tgnu nak byr road tax dan insuran body.

Alah kete kanchel ku yg sedey tu lah.

Yg bestnya. Siap dpt untung 200 tu. Hik hik. Tak sabar minggu depan nak claim rebate. Nak shopping apa yer?

Bi, please bagi kt mama duit tu, Boley?? AHaha


Kami ke sini.




Menunggu makcik (makcik ker?) baju merah ni mmg hazab. Sampai naik pening nak muntah aku. Lama benar siot!!


Wah, giliran hubby. Lps tu, bersusun susun deme menunggu giliran. Nasib lah korang.

Balik tu, singgah makan nasik ulam dan ikan darat kt sempadan. Sayang siput baruh gulai takdok. Huhu. Keciwa!!

p/s: malu nak snap menu sbb takut org ckp aku jakun. Wohoho

BANJIE SEGEGOK

Wakaka...segegok katanya.

Tu bahasa kampung kelate.

Maksudnya, tiba2 dan sekejap.

Hari rabu lg dah hujan. Dua hari dua mlm tanpa henti. Ptg khamis tu, Air dah penuh kt kawasan lembah. Naik cecah jalan dh. Byk tempat air dah melintas jalan.

Gambar2 kt bawah ni kv ambik masa on d way blk keje. Kononnya takmo lalu jalan besar (utama) nak elak banjir. Tapi jalan altenatif pun banjir katanya.


Ni jalan gunung - kota bharu. Kg Pauh Lima.







Besoknya air makin surut. Dan surut. Pastu panas, pastu hujan. Hari ni pun mcm tu ler.

Dah musim tengkujuh pun kt sini.

Kesian pulak dekat org yg berkenduri. Hmm..

Khamis, 20 November 2008

TOLONG LAH!!!!!!

Eiii....kv menyampah tatau nak cerita camana!!!

menyampah nya alahai !!!!!

Tuhan jer yg tahu.

Masalah ni dh lama. Bukan masalah kv pon. Masalah org lain.

Tapi kita ni ada mata melihat, ada telinga mendengar. Tetap tak terlepas dr pengetahuan tau.

Dah tau kita ni bini orang, kenapa masih sibuk nak mencari pasangan??? Nak berpacaran macam anak dara??

Adakah terasa diri terlalu laku sampai tak ingat dosa pahala??

Atau pun rasa best sbb asyik dibelanja???

Malu la sket dgn title dan tudung tu!!!!


p/s: bukan aku jeles,k. Tapi menyampah dgn org yg tak sedar diri ni!

INI TAK ADIL!!!!

Ini tak adil.

Mentang2 lah kv ni baby girl (wah, baby girl! tu!). Hahaha.

Unit kv ni, kalo musim tengkujuh harus dibahagikan boot dan baju hujan seunit sorang. Tiap2 tahun semua ahli unit dapat, tapi tahun ni kv dan kak Y tak dapat (kami je baby girl unit kami ni). Hoho

Kenkononnya, kami ni baby girl (lagik?) tak yah berjaga jaga untuk banjir. Abih tu, Masuk kan nama kami dlm senarai petugas banjir tu kenapa???

Wah, nak marah ni!!

Masalahnya, my hubby pun dapat walo pun dia unit lain. Iskhh!!! Jeles ma!!


Boot hubby.


Baju hujan hubby.


Ahahaha... tadek la nak marah sgt pun. Lagi pun bkn kv pakai pun boot tu. Baju hujan pun humban dalam lemari jer.

At least tukar la ke sesuatu yg best ke kan? Tudung bawal ker? Wakakaka

Eh, kalo dapat, best tu!!!!