Isnin, 6 Oktober 2008

Raya episod 1 - MALAM RAYA

Malam raya seperti biasa lah. Kelam kabut tu tak bley blah. Ahaha. Semua benda nak buat okeh. Dah la sorang diri. Seb baik hubby tolong gak.

Masa tu la nak susun perabut, masa tu lah nak kemas brg dlm lemari, masa tu lah nak taruk kuih tunjuk dlm balang, masa tu lah nak wat puding gula hangus, masa tu lah nak cincang ayam dan daging, masa tu lah nak gantung frame, masa tu lah nak main bunga api, masa tu lah nak gi ambik ketupat, masa tu lah nak gi beli bawang, masa tu lah nak gosok baju raya semua org. Wahaha...semua nak buat weh.


Lemari dah siap tenyeh debu dan masukkan barang.




Meja makan tak kemas siap lg. Baju melayu danish dok kat kerusi tak bergosok lg tu.



Sofa dah berkemas dah. Dgn bantuan hubby. Hik hik




Frame hubby dah siap gantung. Lenguh lengan asyik dok mengukur dan mendrill. Huhu



Pas tu mesti lak nak lps gian main bunga api kan. Tak syok aa, asyek asyek jiran sebelah je dok cucuh mercun. Huhu.


Irdina maisarah dgn kasut dan diapersnya (pakaian kegemaran tu..huhu) turut serta nak main bunga api tau.





Dua beranak dok sibuk cucuh bunga api stadium. Maafkan dorang yg tak berbaju tu. Huhu



Bunga api.



Lps tu kluar gi beli bawang dan ambik ketupat daun palas yg MIL tempah dari sepupunya. Balik tu iron baju. Sambung main bunga api lg. Pastu tgk tv. Pkl 12 dina tido. Pukul satu simpan puding gula hangus dlm peti kami pun masuk tido. Jam 3 pg mercun masih lg berdentum dentam. Tak mengantuk ke dorang ni?

4 ulasan:

atty's berkata...

lawanya rumah kv.suka kaler dia.
warna sofa pun lawa

Zareda Norman berkata...

ambui meriahnya raya KV, rumah pun cantik tu... tapi irdina tu tak berbaju lah pulak.. hihihiih

KV berkata...

atty's,
biasa je rumah kv tu.

kak zar,
dina dah lentok baru boleh pakaikan baju. Mmg tak dia tak suka berbaju kalo kt rumah. Rimas dan panas agaknya.

nanonano berkata...

wahhh..
umah besar..
perabot pun manyak ekk..
ske2..
:D