Khamis, 28 Februari 2008

ANGGUR

Pagi ni kan pasar minggu depan ofis kv ni. Kecoh pasai ada peniaga lelong anggur. Memula tu tk percaya sbb mamat tu mmg jual brg lelong tp slalunya barang lain mcm kain baju, brg letrik, pinggan mangkuk dan alatan rumah lain. Brg banjir lah. Barang kedai terbakar lah. Tak pernah jual buah pun!

Tp bila tgk org lain bimbit berkotak kotak anggur, kami pun hehehe... berdesup pegi tgk sama.

Hoho...ada 3 jenis anggur. Merah, hijau dan hitam. Semuanya best. Tatau nak pilih yg mana. Last2 try punya try (hiks..tuan dia kedekut tahi idung masin, bagi sorang try sebijik jer), kami pilih anggur hitam.

Masa tu awal lg, so boleh pilih kotak yg masih elok. Kotak elok isi nya elok lah kan. Ceritanya, anggur2 ni nk di hantar kpd pasaraya giant tp lori terbalik. Terpaksa la tolak murah2. Satu kotak 4 1/2 kilo. Dorang jual ngan harga RM 25. Best kan. Murah sgt.

Kotak yg kv pilih tu langsung buah tak kemek. Best wooo. Terkejut badak hubby bila kv ckp anggur tu murah. Terus nk gi beli sekotak lagi. Tamak tu! Tp bila pikir blk, bukan nya abih makan pun kalo byk2 (tp kalo derma kt org baik juga kan =P). So tak jadi beli. Takut peti ais je dok makan.


Jemput lah makan anggur.;)

Rabu, 27 Februari 2008

SUATU PAGI DI BANK

Bukan pagi kut, dah pkl 11 lebih.

Kv dah lama berhasrat nk bukak akaun c*mb. BUkan ada kelebihan apa pun. Sekadar utk kemudahan tambahan buat kv n hubby. Kv hanya ada satu akaun selain asb. Akaun gaji. Itu pun bank org kampung. Hik hik

Masa skolah dulu kan terima biasiswa. Teruskan je lah akaun tu bila keje pun. Tp masa belajar kt skudai dulu ada bukak BBMB (zaman dulu dih) utk terima loan belajar. Abih belajar, akaun tu pun senyap mcm tu. Bila nk aktifkan balik, org bank ckp perlu aktifkan tempat akaun dibukak. Mamp*s kv nak pegi skudai balik semata mata nk aktifkan akaun tu. Huhu

Sekarang dah tukar sampai jadi C*MB pu kan. Hik hik. Punya la jakun tak hengat. Kv benarnya malas nak gi bayar bil2 kt kaunter. Kalo ada perbankan internet bolah bayar dgn klik jer kan. Hari ni, dgn semangat berkobar kobar, ajak hubby temankan (nak kena teman jgk tu). Padahal betul2 depan ofis jek.

Mula2 tu salinan ic kv bawak satu je. Kena kluar gi fotostat 1 lg sbb dia org nak pakai 2 salinan. Pastu dok isi form tu, baru perasan ic ori tertinggal kt mesin fotostat ofs. Hoho...rasa cam mengong jek. Hubby lak jd mangsa gi ambik ic tu. Pastu bila tgk alamat kv dlm jajahan kb, tak boleh la plk. Tukar alamat ofis. Kalo tak kena pi bukak kt kb nun. Satu kerja plk nak gi sana kan.

Ingatnya nak taruk RM 250 je utk bukak akaun. Tp hubby plaks tergatal tanya pasal deposit dream n drives tu (betul ke ni, hiks). Org tu ckp taruk 500 dh boleh buat satu cabutan. Taruk 4000 boleh 8 cabutan. Hah, yer lah tu! Tarikh tutup peraduan 29 ni. Lusa beb! Terus hubby berminat. Gi injek duit skt. Tak pasai2 kena potong singgit sbb ambik kt bank org kan. Eh, mana la tau kv menang merc a170 (ada ker?). Fuhh...angan2 sakan ni!! Hhaaha..doa kan kv yek!

Dah sudah tu, pegawai bank panggil plaks tanya pasai cc. Hoho..takmo lh, dah ada satu. Takmo tambah lg. Bukannya guna sgt pon. Tp kesian gak kt pegawai bank tu kan (mcm dia yg bayar gaji kv) hubby pun angguk kan aje. Lg pun dah kenal2 sbb dorang ni park kete dlm kawasan ofis kami. Free sepanjang hayat katanya (yuran tahunan la tu).

Alahamdulillah, dpt jgk setel kt bank tu before tgh hari. Huhu..dpt jgk kv akaun perbankan internet. Lps ni tak yah beratur di kaunter lagi. Best kan?

Isnin, 25 Februari 2008

putus

haiyyooh....2 hari (sehari setengah benor nya) tak boleh online, dunia ku rasa tak bermaya. Huhu....

Adik mas, sori putus ym kemarin ek!

Sampai nak wat en3 ni pun tatau nak taip apa. Byk benda nak cerita tp tak tau nak mula dr mana. Satu2 okeh!



Rabu

Tak sempat selesai gotong royong kakak kv call bagitau mak sedara kv meninggal. Huhu..Tuhan menguji takkan berhenti. Inalillah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat.



Khamis

Sekali lagi blk rumah arwah mak sbb kakak kv (yg sakit tu) makin nazak. Kesian melihat penderitaan dia.

Kak pb siap sms tanya bakpo tok wat en3. Huhu. Nasib baik alsan diterima. Kes kes kes.



Jumaat

Pegi tesco belah pagi. Cari barang dapur katanya.

Dua beradik tu kat tesco.


Petang plk cuba try test gi kampung hadhari. Hah..tudiah, jem berkilo kilo katanya. Terus pusing balik.

Sabtu

Lepak kat rumah belah pagi sambil main masak2.

Petang gi beli susu, baby bites dan pampers dina n danish. Sudah tu singgah kb mall jap. Layan perasaan. 'Gaduh' nak balik sbb dh lewat nak solat asar.



Ahad

Lewat masuk ofis sbb gi injek irdina maisarah imunaisasi 5 bulan. Terlewat sbb dina asyik demam jek. Doc tak injek dua belah paha. So, 2 minggu atau lebih kena dtg blk utk suntikan yg satu lagi.

Dina dah mula nak meragam. Boring tunggu doktor. Padahal dpt nombor satu tu

Bagi susu baru diam kejap.

Lps hantar dina blk terus nak gi kerja. Sampai area ofis, haha tudiah...kami sesat dlm 'kampung' sendiri. Nak masuk ofis tk dpt sbb semua jln depan ofis kv ditutup. Dah la jem tak hengat gara2 penamaan calon. Pusing2 sampai pening baru jumpa jalan masuk. Adventures sungguh!


Keadaan yg sikit kalut (sikit je tau!) on d way nk gi ofis kv tu.


Ingat nak layan tgk perarakan penamaan calon, tp non ado! Auditor plk yg mai nak meng odit. Huhu..lepak kt ofis sambil intai jauh2 org dok usung bendera hijau dan biru. Mcm2 pesen ada eh. Set2 puteri bergaya sakan beb! Mcm nk gi dinner bagai tuh. Hehe


Nampak tak set2 puteri tu? Hik hik

Rabu, 20 Februari 2008

LAYANNNN

Hikss...pagi2 dah wat en3 baru. Benornya, lps ni ada gotong royong ngan wirawan dan wirawati plkn. So, layan blog la dulu. ;P

2 hari lps, kv gi bundle. Hahaha...bundle lg!!! Takdak benda lain kan kv ni. Ala, kalo sempat jer kv singgah. Seronok juge beli mainan utk anak2.



Bola getah utk senaman. Masa kv beli tu, bola tu kempis. Sampai kembung hubby meniup nya. Ahahaha...
Harga: RM 1










Sandal timberland utk danish dan kasut pureen (yg masih baru/belum pakai) utk dina.
Harga: RM 2 setiap satu.


Sandal utk kv. Tak mau ketinggalan tu. Ada old navy, elle dan hippopo.

Harga: RM 2 setiap satu.


Set buku cerita bunny utk danish. Ada 4 biji dlm satu beg dia tu.

Harga: RM 3 satu set.


Ini pulak, barang utk dina. Ada rattle duplo, sikat hello kity, buku fabrik mothercare dan apa ek nama dia yg kita tarik tali bunyi muzik. Terkekek dina ketawa bila tgk mata bunny tu kelip2 dan telinga gerak2.

Harga: RM 2 utk semua barang tu.

Ni pun mainan utk dina jgk. Mcm2 ada. Ada rattle dan yg boleh pegang2 tu. Kv tatau la apa nama dia. Darat sungguh kan? Huhu

Harga: RM 1 utk semua tu.

Best kan shopping kat kedai bundle. Ye lah, org 'sesak' mcm kv seronok sakan la layan barang kat situ. Ahahaha

Selasa, 19 Februari 2008

JAMU SELERA

Semenjak sibuk ngan hal family, kami langsung takde masa utk benda lain. Tak pe la, tak selamanya kesusahan tu kan. Hehe





So, ptg kemarin, balik keje kami singgah minum kat gerai tepi jalan. Saja, layan blues. Aahaha..





Minum air nyior..sejuk tekak.






Menu kv : rojak buah. Tp rasanya tak pure mcm rojak buah johor. Rindunya rojak petis!!!

Menu hubby : popia. Mmg dia addict ngan popia. Ok lah, sedap jugak.;)

Pagi ni pulak, layan sarapan.

Teh kaw2 punya. Kdg2 order jgk teh tarik. Bila la nak kurus kan?

Roti canai kosong cicah kari ayam. Best.. best!

Ahad, 17 Februari 2008

BUNDLE

wokeh, kita tinggalkan sementara cerita2 sedih. Life must go on kan?.

So, takdak idea nak wat en3, kita layan jelah gambar2 ni k.

Dah lama kv gi bundle ni. Takde benda sgt yg menarik hari tu so, apa yg dpt? Roll ke bawah...

Telefon 2 way hello kitty. Mrasa kabel dia boleh pegi sampai 10 meter katanya. Clear betul mcm kita bercakap ngan telefon real walo pun hanya pakai bateri. Mula2 ngetest tu mmg danish excited banget. Hehe..
Harga : RM 5


beg tak byk pilihan. Kv sempat sambar henbeg fila. Kaler krim. Material baldu berjalur. Harga : RM 3

Satu lg tu beg baju kecil LA Gear. Boleh taruk baju selai dua. Harga : RM 4

Ha.. yg ni mmg havoc skt. Dah lama danish dok mintak nakkan lori pengangkut. Kemaruk dok tgk lori2 tu isi tanah dlm beam rumah. Kes kes kes..

Tp, sekali pikir, kalo beli yg buatan thailand tu tak boleh pakai lama. Kualiti tak berapa orait. Nak beli yg fisher price, mak oii...syg duit bah! So, kami buat bodo je dulu. HIks..

Tp kan, mmg dah rezeki danish kut. Masa kat lori lg kv terperasan benda ni. So, booking awal2 ngn bebudak angkut brg tu. Rasa cuak jgk kut2 budak tu tk ingat, karang dpt kat org lain plk. Hehe..teruk betul kv ni kan.

Danish posing ngan lori pengangkut little tikes. Hoho..bukan danish je yg suka hati. Mama ngan abah pun over excited tau! Harga: RM 15 je.

Dina pun sibuk nak main sama. Kv yg jd mangsa kena pegang dia. Terkekek kekek ketawa tu. Seronok sakan. (err...abaikan latar belakang yg semak samun tu yach! Ehehe)

Ok da..

Khamis, 14 Februari 2008

KELAM KABUT

Hmm..mcm en3 yg sebelum. Tuhan menguji, takkan berhenti.

Selepas pemergian mak, tumpuan kami kami beralih pd kakak. Menjaga kakak membuat hati tak keruan. Berbanding dgn mak, rasanya menjaga mak lebih senang. Mak kv, semasa hidup nya seorang yg garang dgn anak2. Bercakap dgn nya perlu berhati hati agar tiada salah faham. Takde senda gurau. Semuanya serius. Tp bila dia sakit, perangai nya terus berubah. Mesra dan boleh bergurau. Hanya dok diam, cuma bersungut lenguh2. Takde apa yg pelik bagi kami. Cuma picit2kan badan dia dan uruskan berak kencing nya. Perasaan kami rasanya boleh dikawal. Takde istilah penat bagi kami. Asal boleh berbakti pd mak.

Tp kakak kv, sakitnya lain pulak. Dulu nya seorang yg periang dan cergas. Dlm sakit2 pun mmg dia ceria. Tp kini, sakitnya membuat kan kami rasa sedih dan sayu. Dlm satu hari entah berapa kali dia kekejangan. Kami dah biasa dgn keadaan dia. Tp walo pun biasa, mmg rasa macam tercekik leher. Nak menelan liur pun rasa tersekat. Kena ready kan towel kecik utk elakkan dia terkacip lidah.

Kesian sungguh melihat dia kekejangan. Setiap kali berlaku, air mata kv tak dpt di tahan. Masa tu, kv selalu berdoa supaya Tuhan ambil nyawa dia sbb terlalu seksa dia utk melepasi kekejangan itu. Boleh ke kv mintak mcm tu? Kami ajar dia mengucap, baca ayat kursi dan berselawat.

Tak sanggup melihat, namun terpaksa menghadapi. Kdg2 dia lupa. Dia pandang kami mcm org dia tak pernah kenal. Entah lah, kami pun tatau mcm mana nak berubat kan dia. Doktor just bagi ubat utk saraf. Tp bila makan, keadaan dia mcm overdose ubat. DIa akan khayal dan mcm hilang ingatan.

Bila kekejangan, kami hanya mampu picit2 kan dia dan lapkan air. Urutkan kepala dan kening. Hanya itu yg mampu kami buat. Lps kekejangan, dia akan tertido keletihan. Kena suapkan air sbb tekak dia kering. Lps tu dia terus lembik.

Kelmarin jgk, dlm dok kalut2 buat persiapan utk majlis tahlil dan uruskan kakak, kami terima berita anak buah abg ipar kami meninggal dunia. Dia sakit kanser paru2. Sekejapan itu, terima plk call dr abg kv bagitau bapa mertua nya juga baru meninggal sbb sakit gout. Dah lama dia menderita. Moga roh mereka ditempat kan bersama sama org2 yg beriman. Mmg kelmarin kami kelam kabut fizikal dan mental.

Tuhan menguji, takkan berhenti. Semoga kami kuat sbb kami tahu, Allah menguji kesabaran dan kewarasan hambaNYA. Insyaallah.

Rabu, 13 Februari 2008

PERGI TAK KEMBALI

Mak kv, pergi nya di usia 67 tahun pd tanggal 11 februari 2008 jam 12 tgh hari (mengikut sijil kematian). Alhamdulillah segala urusan jenazah dpt kami selesaikan mengikut perancangan. Terima kasih buat saudara mara dan jiran tetangga. Org kampung yg sama2 membantu dan mengambil berat menguruskan jenazah.

Mlm sebelum mak kv takde, kv mimpi pelik. Mcm alamat gitu, cuma kv rasa takmo pikir sgt. Pagi tu kv gi klinik kejap. Kv demam, dina pun sambung demam. Pkl 9 masuk pejabat kononnya nak setelkan skt kerja, pas tu langsung nak ke spital.

Baru je tiba kat opis, abang kv call bagitau mak koma. Kv terus blk rumah tukar baju (rumah hubby on d way nak gi spital). Bila sampai, adik beradik dan sepupu tgh baca yasin (dorang sampai awal sbb abg sulung kv call dorang dulu).

Terus gi ambik wuduk dan baca surah yasin sambil ajar mak mengucap.Kv langsung tak tinggal kan mak. Berada di tepi telinga mak dan sebut kalimah Allah. Makin lama nafas mak makin jarang. Bila tgk keadaan mak hampir nak pergi (walo pun tak biasa, tp naluri kv mcm mengerti), kv kuit semua supaya hampir dgn mak.

Walo pun kv cuba tabah, cuba kuatkan semangat, tp air mata kluar jugak. Suara rasa tercekik di tekak. Abg2 kv berkali kali pesan agar kv jgn putus sebutkan kalimah Allah di telinga mak.

Akhir nya nafas mak hilang. Doktor dtg mintak kami biar kan dulu. Tp kami dah tau mak dah 'pergi'. Pergi utk selamanya. Lps tu doktor dtg sahkan mak dah takde.

Abg2 kontek sepupu2 supaya uruskan semua kat rumah. Kami uruskan mak kat spital dulu. Alhamdulillah kenderaan jenazah cepat dpt.

Sampai kat rumah, semua saudara mara dan org kampung menunggu. Kv berpeluang ribakan kepala mak semasa proses mandikan arwah. Lps tu, kami adik beradik dan yg berkaitan diminta mengucup mak buat kali terakhir slps proses mengkapan selesai.

Kv iringi jenazah mak ke kubur. Mendengar talkin dibacakan dan menyiram air mawar ke pusara mak. Alhamdulillah, semua urusan selesai sblm jam 7 ptg.

Tahlil kami buat jgk mlm tu walaupun makanannya ala kadar. Insyaallah akan di teruskan sampai ke hari ke tujuh dan hari jumaat slps nya. Terima kasih pada semua yg sudi hadir.

Doa kv moga Allah ringankan siksa kubur buat mak, dan Allah tempatkan roh arwah di kalangan org2 yg beriman. Amin ya rabbal alamin.

Terima kasih pd kak pb yg sudi memberitahu rakan2 blog. Terima kasih buat yg sudi meng sms dan menalifon. Insyaallah kv tabah dan redha.




Kenangan dgn arwah mak semasa di HRPZ II. Al fatihah buat arwah.

Ahad, 10 Februari 2008

TUHAN MENGUJI

Mak kv tak berjaya dlm pembedahan kamera. Masa doktor pakar panggil waris mak selepas buat benda alah tu, hanya kv dan hubby yg ada kat bilik x ray. So, kv yg masuk jumpa pakar tu.

Doktor cerita detail pasal sakit mak. Dia pun ckp, nasib baik mak tak jadi di bedah (minggu lps) sbb berisiko tinggi. Ceritanya, setiap saluran dlm tubuh mak dah membengkak. Proses nak buat by pass kat saluran hempedu gagal sbb kamera tak sampai pun kat point tu sbb dah tersekat dr atas lg. Doktor ckp, dlm perubatan pun ada limit jgk. Dorang terpaksa stop sbb bila kamera sentuh jer, usus mak dah berdarah. Kalau paksa lg, may be pendarahan teruk dan membahayakan nyawa. Penyelesaiannya, mungkin kena 'tebuk' kut sisi perut atau rusuk utk ke saluran hempedu tu. Tp tatau lg bila nak buat.

Lps jalani proses tu mak sakit dada. Keletihan yg amat. Masa kv sudukan air pun boleh dia tertidur. Mmg dia terlampau letih. Ok, stop pasal cerita mak.

Sambung cerita kakak kv yg kat husm tu.

Sehari sebelum mak melakukan pembedahan kamera tu, kakak kv dah boleh discaj. On d way ke kereta (menaiki wheel chair), kakak kv kekejangan mcm kena sawan. Kekejangan yg teruk sekali (ini yg dah kali ke tiga). Terkancing (ada bahasa lain tak?) lidah sampai berdarah teruk. Berkejaran ke ER.

Dr jam 6ptg sampai 1pg baru keadaan dia pulih. 3 kali injek ubat apa ntah, baru reda. Doktor yg merawat suruh kami bawak balik. Katanya rawatan utk barah kakak kv dah selesai. Mmg shock bila diberitahu mcm tu. Macamana kami nak bawa balik dgn keadaan dia mcm tu. Apa yg boleh kami buat dekat rumah?

Kak M jumpa setiap doktor kat ER, semua tak berapa nak layan. Last2 turun doktor pakar, kak M mintak transfer kan kakak kv ke HKB. Senang dua2 kat HKB. Takde lah kami terkejar kejar ke hulu dan hilir. Doktor tanya kenapa nak transfer kan ke HKB, kak M terangkan yg mak kami pun tenat kat HKB. Doktor termenung pjg. Last2 doktor tk benar kan transfer ke sana. Sbb bila dah transfer ke sana HKB perlu buat semua prosedur rawatan dr awal. So, dia suh masuk wad 7.

Besok nya kv ke HUSM jenguk kakak (lps mak sudah kat bilik x ray). Kesian tgk keadaan dia. Hubby tak sanggup dok kat situ. Mcm2 alasan dia. Last2 kv suh dia tunggu kat luar. Kv urut dan lap kan dia air. Dia mintak nak makan buah prub. Bergegas anak sulung dia turun beli.

Cuti CNY (besoknya) kv jaga mak kat wad. Kak K crita yg kakak kv tu meracau racau mcm org hilang ingatan. (suami kakak kv ada call bagitau). Sedih kami rasa. Memikirkan anak2 dia yg masih kecil. Entah lah, kabur sungguh! Kuman kanser dah menyerang otak. Sentakan kuat masa dia kekejangan tu menyebabkan benda tu terjadi. Tp masa kv sampai ptg khamis tu kakak kv dah kenal semua org. Tp nampak mcm dia tak selesa. Anak sulung dia selalu sapu kan air yg kami buat solat hajat. Nampak tenang skt.

Entah lah, kami pun dah buntu. Doktor nak scan otak dia. Nak tau kat mana ada saluran tersumbat ke apa. Tp proses masih belum berjaya sbb kakak kv tak beri kerjasama (dia masih lupa2).

Maaf lah buat kawan2 blog. En3 kv selalu pasal keluarga. Hanya kat blog tempat kv meluah perasaan.;(

Tuhan menguji, takkan berhenti. Hanya ku pinta, berilah kami kekuatan fizikal dan mental. Amin ya rabbal alamin.

Rabu, 6 Februari 2008

chinese new year

tahun tikus katanya.

tp kv tahun kuda. Haha. Apa istimewa tahun tikus ek?

neway, slamat cuti raya cina buat semua. Moga cuti ni mampu diisi dgn aktiviti menarik. Makan limau lokam tu hati2, karang sakit perut.

ramai tak yg dpt angpau? Kv tak dapat pun, tp hubby dpt. Tak per, nanti kv pau angpau dia. Kes kes kes

Isnin, 4 Februari 2008

DUHAI HATI...

Duhai hati..tabah lah. Moga aku terus mampu menempuh ujian dari MU ya ALLAH. Hanya itu yg bermain di fikiran kv.

Dua hari (jumaat dan sabtu) dina demam. Kv langsung tak kontek family tanya fasal mak. Selalunya ari sabtu kv ambik giliran jaga mak dekat wad. Tp kv takde jadual. Anak kecik, mana boleh susun jadual.

Hari ahad (kelmarin) masuk kerja. Tetiba MIL kakak kv (kami keje 1 ofis), bertanya tentang mak kv yg katanya tetiba uzur. Terkejut gajah kv di buatnya. Mmg shock betul!! Rasa kecik hati terus bersarang dlm dada. Kenapa they ols tak inform kv? Rasa sedih dan terpinggir. Nak release tension kv ngadu kat hubby. Berubah muka hubby. Hubby pujuk kv. Katanya tak baik bersangka buruk. Kv pun malas nak sesakkan dada. Ofismate ckp, tak yah pikir karang 'strok' otak pulak. Huhu

Last2 kv tumpang kete ofis ke kota bharu. Abg (no 2) dan wife kv punya giliran. Tgk muka mak entah warna apa. Kalo selalu kuning, dah bertukar jd hijau, biru, ntahapahapntah. Rasa sedih giler. Jujur, mmg rasa nak menitik air mata. Dia nak buka kelopak mata pun tak boleh.

Abg kv crita yg mak mula beronar pagi sabtu (masa tu giliran abg sulung ngan wife dia). Darah tak stabil. Tinggi sgt dan rendah sgt. Mak terketar ketar tak sedar kan diri. Langsung dah tak kenal org. Abg sulung call abg kv yg ni dlm pkl 1 suh dtg segera sbb dia risau keadaan mak. Tp pkl 3 dia call blk ckp yg mak stabil. Kv pun pikir mungkin dorang tak nak nyusahkan kv kut. Yer lah, dah la susah hati dgn anak demam kuat, tetiba dpt berita gitu lagi la kacau bilau kv jd nya. Di persimpangan dilema. Nak berlari pd mak, anak yg demam sapa nak jaga, kan? So, perasan kv pulih serta merta.

Hubby sms tanya khabar betul ke mak spt yg MIL kakak kv ckp kan tu. Kv terus call hubby. Senang crita. Malas nak sms nnti kena taip pjg2 plk. Petang skt mak makin ok. Darah pun dah stabil semula. Mak dah kenal kv. Plg kv rasa nak menitis air mata masa mak mintak kv jgn balik dulu. Kv sms hubby suh call MIL tanyakan khabar dina. Kalo dina ok maybe kita org blk lewat skt. Alhamdulillah dina ok.

Dlm pkl 6++ kv n hubby balik. Masa tu mak tgh tido. Malas nak kejutkan dia takut dia sedih tgk kv nak balik. Kv pun harap mak dan family faham sbb kv ada komitmen lain. Kalo dina dah besar, tak kisah lah kalo kv berkampung kat spital.

Balik tu dina dok menangis. Mengantuk dan lapar. Segera mandikan dia dan suap nestum. Alahai...kesian anak dara kebuluran. Huhu. Sori syg! Pas tu suapkan ubat dan terus dia tido. Alhamdulillah tido nya tak byk ragam. Cuma batuk ada skt2 tp lps sapu vicks dia ok.

Besok, insyaallah kv dan hubby cuti sbb doktor nak buat pembedahan berkamera utk batu karang dlm hempedu mak. Mengikut doktor, may be mak kv letih sgt akibat drp itu. Lps buat besok (tu pun kalo mak stabil), doktor nak tgk plk sama ada mak mampu utk di bedah.

Oh ya, hikmah disebalik kejadian pembatalan operation tu, pakar bius bagitau yg dia rasa konfius dgn tahap kesihatan mak. Rasanya tubuh mak dah tak mampu utk di operate (tgk keadaan skrg). Mungkin akan berlaku kegagalan paru2. Lega kami dgr.

Kakak kv (yg sakit kanser pangkal rahim tu) pun dah 2 minggu di HUSM. Kv tak sempat jenguk sgt dia kat sana. Tumpuan semuanya lbh pd mak. Nasib baik anak sulung dia yg jaga (baru habis diploma poly). Dah dua kali tak sedar kan diri. Doktor ckp kurang protein dan kalsium.

Ya Allah, Kau tabah kan lah hati kami menempuh segala dugaan ini. Amin.

Ahad, 3 Februari 2008

MUSIM

Hmm.. dah tiba musim demam ek? Dina pun dah kena demam selsema. Agak teruk jgk. Hari rabu lg kv perasan idung dia mula berair. Balik keje ari khamis tu dah tersumbat idung dia. Badan pun dah panas. Tp dia tak meragam sgt.

Mlm tu, hah ambik ko, sampai pagi kami tak tido. 5 minit sekali dia berjaga. Malalak sakan. Dia marah idung dia tersumbat. Lg satu, kami agak perut dia jgk kembung kut. Ptg sblm nya kv tak suap nestum sbb dia sibuk nak tido. Waktu yg sepatut nya makan dia tido la pulak. Kv pun hati kayu betui, terlupa nak taruk nestum dlm susu dia. Aduhai, sian anak dara ku itew!

2 hari cuti (jumaat dan sabtu) kv rasa mcm nak pengsan. Asyik kendong dina jek. hoho..takpe, pengorbanan ibu yer. Demi utk anak2 tersayang. Walau pun ari sabtu tu dia dah tak demam sgt, tp merengek dan meragam, rasa geram nak cubit. Ahahaha..acah je. Bukannya buat pun. Tak sampai hati nak dera anak okes!

Hari ni rasanya dia dah ok. Harapnya ok lah kan.