Selasa, 14 Ogos 2007

kereta api THOMAS

Dekat kawasan rumah kv la ni ada funfair. Danish pulak, bila ada funfair mmg dia over excited ler. Selalunya pegi ronda, pusing2 dan tengok jer. Tak pernah pun main apa2 mainan yg ada kat situ sbb dia penakut sikit. Eksyen jer lebih.

Dah byk mlm hubby janji ngan dia nak bawak gi funfair. Selalunya tertangguh dan kdg2 dia sendiri pun terlupa.

Ada satu mlm tu, hubby boring sbb takde siri csi. So, dia ajak danish g funfair. Kv malas nak ikut. Lbh baik baca novel kat bilik jer. Hehe

Balik dr funfair tu, kat kat tangga dah dengar suara kecoh dia. Dia cakap yg dia naik kete api thomas. Keliru gak kv pd mulanya. Hubby pulak gelak2 tgk gelagat anak dia tu. Kata hubby "kalo bi tak snap gambar ni, may be mama tak percaya".

Hubby tunjuk gambar dlm henfon dia. Danish naik kete api thomas. Sakit perut kv gelak kan dia. Nampak sgt muka cemas. Hubby cerita yg danish sungguh2 mintak nak naik thomas tu (gara2 hari minggu dok tgk crita thomas lah ni). Memula tu hubby tak berapa yakin sbb dia tau yg anak dia tu mmg penakut. Tp dia tawakal jer lah sbb kesian tgk danish mcm nak sgt naik kete api tu.



Danish dok plg depan. Jadi driver kete api. Hehehe...

Mlm td pulak, che nak gi klinik. Kebetulan, klinik yg dia nak pegi tu, sebelah tapak funfair. Danish kemain lg la happy sbb dia sibuk nak naik kete api thomas.

Sekejapan dorang pegi tu, hubby sms bagitau yg anak dia dah menangis sbb berebut nak dok depan. Kebetulan dah org lain naik dulu. Last2 hubby usung dia bawak lari. Kalo pujuk kat situ pun mmg dah tak jalan dah.

Kv yg kat rumah ni rasa sedih pulak. Yer lah, budak tu kemain excited lg nak gi naik kete api thomas. Last2 jadi mcm tu plk. Kesiannya! Kalo kv ada kat situ, mesti bawak dia gi semula dan tunggu giliran lain. Lg pun org bukannya ramai pun.

Dlm setengah jam, kv sms hubby tanya "adik ok ker". Hubby balas balik "on d way balik". Kv dok terbayang dah muka danish. Huhuhu..

Dah sampai tu, bila bukak pintu kv tgk dia tersengih sengih. BIla tanya naik ker tidak kete api, dia ngan excited jawab naik. Siap naik kapal terbang lagi! Kv dah was2. Bila pandang hubby, hubby angguk dekat kv. Serta merta perasaan sedih dan kesian td hilang.

Rupanya, hubby pun tak sampai hati tgk dia diam jer masa kat klinik (lps menangis tak dpt dok seat depan tu). Mungkin dia sedih dan takut abah marah. Hubby bawak dia gi semula. Kebetulan hanya sorang jer penumpang yg nak naik. Dpt ler dia dok depan. Kemain suka lagi.

Dah siap turun kete api tu, abah dia offer naik kapal terbang pulak. Laju jer dia angguk. Hmm... agaknya sbb dia excited sgt, mmg dia control macho habis habisan la lawan rasa takut dia tu. Kalo sebelum ni mmg dia penakut habis. Org lain syok main, dia syok tgk jer. Hehehe

Turun kapal terbang tu, abah dia offer naik kete api lg. Tp dia dah takmo dah. Dah ajak hubby balik. Hehe..Bagus punya anak.

Hubby ada ambik gambar masa dia naik kapal terbang tu, tp kabel henfon terlupa bawak daa..

11 ulasan:

NBK466 berkata...

Wah jd drebar tuh...tapi kalau anak2 nak meragam cam tuh nak buek camno...t'paksa gak layan...tunggu jerlah next turn so buleh duk depan ek..

alia elena berkata...

kehkehkeh kat sinih pun ada funfair tau KV tapi tak pegi pung.. arituh lalu jerk anak2 ajak pegi ermm maybe next week kots..
tapi cam bestlah ada Thomas tuh..

Angah berkata...

Looking at our children face beaming with smile is priceless...

KV berkata...

abg shahrul,
tu ler, nama lg budak2. Pujuk suh dok belakang mmg tak mo. Hehe

bat,
kawasan kv ni takde benda yg menarik, sesekali ada funfair mmg kecoh ler. Seronok gak tgk budak2 main, kdg2 mak pak budak pun main jugak. Hahaha

angah,
mmg. Kv setuju sgt2. Kan?

Cik Tat berkata...

hehe..sama la cam kakak..penakut skit..tapi nak jugak naik mainan kat funfair..

NONIE AZIZ berkata...

Teringat aku masa bawa Syasya pergi kat funfair..risau gak pasal aak dara aku ni penakut rupa-rupanya kawan berani!!

HAPPYIRFA berkata...

SALAM KV..
anak2 saya semuanya suka sgt gi funfair.cuma mak ayahnya kenalah sediakan wang yg secukupnya sbb semua benda dia nak main..saya pulak yg gerun.

kasihlatifah78 berkata...

bestnya anak KV dapat jd drebar lagi.. tk tau bila dapat bwk anak KL gie funfair lak...

KV berkata...

jem,
anak kv tu mmg penakut sgt2. Mak bapak jd over excited plk bila tgk dia dpt mengatasi ketakutan tu. Hik hik..

mr,
mmg hubby aku dah nekad dah (katanya). Kalo anak dia meraung kat atas kete api tu, mmg dia masuk ambik. Hahaha

irfa,
kalu berani pun masalah jgk nak sediakan pitih nya. Hahah

KL,
kv kan dok kampung, so selalu ada funfair. Kdg2 kita pun muak jgk. Hehe

aNIe berkata...

Hehehe...senyum2 sendiri akak baca pasal danish kata dia naik keretapi Thomas...pandai2 aje bebudak ni kan..? Tapi memang muka ketapi tu macam si Thomas dlm katun tu...Dpt jadi drebar plak...lagi le seronok...

KV berkata...

kak lady,
sejak dr dulu lg dia mmg minat kete api. Nak2 plk lps tu ada siri thomas kat ch 24 tu, lg la dia kemaruk. Kemain bangga dpt jd driver. Hehe