Ahad, 12 Ogos 2007

Kebun

Musim buah sudah di pertengahan. Buah rambutan byk yg sudah ranum. namun, kebun masih lg penuh dgn semak samun. Hahaha...

Nak mengelakkan tak jumpa jalan dlm kebun, setiap kali hujung minggu, hubby bawak mesin galah ke kebun. Mesin la semak samun mana yg patut. Walo pun tak boleh siap semuanya. 1 ekar setengah, mana la mampu. hahahaha

Kv ngan danish akan menyusul kemudian. Kalo ikut sekali ngan hubby, nanti boring menunggu. Walo ppun buah buahan kurang menjadi tahun ni, tp harga tetap murah mcm selalu. Yer lah, dah ramai yg tanam sendiri dan dah mengeluarkan hasil.

Cam biasa, kv ngan danish tunggu hubby kat bangsal. Sambil2 makan buah dokong. Ada jugak nenas hijau. Tp ya allah, masamnya. Hiks. Danish pulak, nak hilangkan boring, mcm2 dia main. Buat gayutan tarzan tak menjadi (hiks..kv ada snap gambar)








Antara gayutan tarzan yang tak berapa menjadi (hik hik... masih pakai baju tido sbb byk nyamuk kat kebun)


Pastu dia akan mencangkul ntah apa2. Puas larang takut kena kaki, tp tetap dgn cangkul buruk tu jugak. Last2 dengar dia meraung. Terkejut gak kv. Hah..dah kena kaki skt. Kv buat tak layan. Biar dia rasa! (Bukannya teruk pun..hehe). Terdengar dia mengomel sendiri " seb baik tak penyek kaki aku". Tergelak kv sensorang.

Lama menunggu abah dia abihkan kerja, dia dah boring dah. Asyik ajak kv balik jer. Last2 jumpa anak pacat, abih anak pacat tu dikerjakannya.

Sebelah petang pulak, MIL ajak hubby gi kebun nak panjat pokok dokong. Ada peraih yg nak dtg ambik. Nak tergelak kv. Hubby dah la membesar bagai di pam2, lagi pulak dah lama tak memanjat. Seb baik pokok2 dokong tu tak tinggi mana.

Mula2 hubby guna baldi. Kv ngan danish tunggu kat bawak pokok. Ada yg tak boleh guna baldi. terpaksa kv ngan MIL sambul pakai kain sarung tak nak kasi buah tu terlerai dr tangkai. Aduh..sampai semput kv di buatnya. Dah sarat ni, nak bergerak byk skt pun dah rasa lain macam. Padahal elok utk kesihatan.

Pagi ni hubby bersungut sambil tergelak yg kaki dia sakit. Katanya, 'gajah panjat pokok, dahan pulak dah la kecik, nak kontrol tu mmg ler sakit2 kaki dibuatnya'. Hiks

11 ulasan:

AppleB berkata...

ahahahhahhahah tak tahan dgn statement gajah panjat pokok tu

KV berkata...

apple,
kalo aku tak peknen, agaknya ada dua 'orang' gajah kat atas pokok dokong tu. Ahahahaha...
Kami pun penat gelak eh!

Mummy Rizq berkata...

seronok dengar bila ada kebun sendiri & bleh makan buah dengan sewenag wenangnya...

kakLuna berkata...

nmpk gaya cam..baby baru tu pun geng dgn 'abang tarzan tak berapa jadi' tu je...hehe

pjoe berkata...

wah bestnya ada kebun
rambutan anak sekolah ke kak?
hehe

KV berkata...

mar,
tu kebun hubby. Yer lah, dia kan anak tunggal. Byk tanah. Kebun arwah ayah kv pulak sekali setahun pun belum tentu sampai. Alhamdulillah tak payah beli kat kedai. Main petik jer.;)

kakluna,
hehe..mengikut rmalan bidan, dia ckp lelaki. Tp ofismate semua ckp pompuan. Tatau la. janji semuanya selamat.;)

joe,
ho lah, mok tae anok skolos ler. Baru cadang nok tanam mok tae kerok nyo.;)

Zetty berkata...

hahahaha .. statement gajah panjat pokok kelapa tuh cam sama jek ngan statement YUL from Survivor Season 13 .. dia ckp statement tuh masa tgh dlm game .. hahahaha ..

pB berkata...

Salae Kay Bi ....

wah , sedak nyor orghe ado kebun nie ....

nok mitok ata buoh pung jauh jelak..

KV berkata...

yatie,
dah mmg besar bagak. harus kena sedar diri! Ahahah

Kak pb,
duduk jauh sgt, kalu dok klate jugok kae sene. Ajak gi kebun jah, Kait sediri.;)

aNIe berkata...

Bila musim buah...kampung plak ade dusun buah memang syok...dpt makan buah yang terus dari pokok kan...fressh lagik...

Gelak akak baca komen abe KV yang last tu...perasan jugak dia gajah panjat pokok ye...hehehe

KV berkata...

kak lady,
musim buah, kalo dok kat kampung dan ada kebun sendiri mmg sendat perut, asyik makan jer. Sampai sakit perut dibuatnya. Heheh
Hubby kv mmg kelakar..tp dah mmg kenyataannya githoo..hik hik