Selasa, 24 Julai 2007

UPDATE SIKIT

Pagi ni lps sarap kv gi klinik ibu dan anak. Routine check up. Ramainya umat. Selalunya takde la ramai cam gitu sekali.

Nak jadi cerita. Misi yg check blood pressure tu naik angin. Gaduh ngan member2 dia depan2 patient. Ade ke? Malu la skt. Tak pasal2, terus dia ambik borang cuti dan blah. Eee..menyampah pulak tgk nya. Cepat2 misi lain ambik alih.

Pastu plk, puak2 misi ni dok kalut pulak yg doktor tak masuk kerja sedangkan patient yg nak direferkan pd doktor mmg ramai. Naik sakit jari jemari misi menelefon. Tdk berangkat. Nak kata cuti, tak de inform pun. Tgh misi check kv, ada doktor call, bertanya pasal doktor bertugas tak masuk tu. Rupa2 nya bos doktor tu, so dia gantikan kjp. Seb baik dia baik hati nak gantikan.

Ish..kalo ikutkan hati, rasa nak report jer. Dah berapa kali kv kena. Tunggu punya tunggu, tp doktor langsung tak masuk. Ni nak komplen skt, kalo nak kerja ngan gomen, nak2 pulak jenis kerja yg berdepan dgn org ramai gitu, buat la perangai elok2. Kv pun keje gomen gak (wah...isytihar ni). Cuba la duduk tempat org ramai tu, kalo kita diperlakukan sedemikian, mau tak rasa marah dan geram.

Seb baik tak payah tunggu lama giliran kv utk jumpa doc. Tp hari ni tak jd scan sbb minggu dulu kv dah jumpa doc dan takde masalah. So, doktor ganti ni bagi ubat utk masalah ke******* (masalah biasa bg org peknen).

Pastu plk, gi la farmasi nak ambik ubat yg doc sarankan tu. Ahli farmasi plk hilang. Gi minum. Masa tu dlm 10.30. Kv dah call hubby suh gi ambik sbb selalunya kat farmasi kjp jer. Haru btul. Lama gak nunggu sampai hubby mai. Kv call hubby suh tunggu kjp. Tetiba keluar sorang misi dr bilik ujian pap smear. Dia lah yg tolong berikan ubat pd kv.

Adoi..haru biru betul.

Oh ya, masalah pening2 lalat dan nak pitam kv tu, misi nasihatkan supaya kv makan skt2 dan kerap. Jgn tunggu sampai lapar. Lps tu kalo berdiri atau berjalan, jgn lama2. Kena duduk kjp. Sbb nya tekanan darah dan urin test semuanya ok.

6 ulasan:

pB berkata...

Biaso lah tu ...

ado hok molek.
ado hok tok comel.

bakpo tok g cek kat klinik swasta?

pah ni nok branok mano??

Husm?
Perdana MC ?

Eddie Putera berkata...

ceh ceh ceh..kat sini pun pB jugok sampai duluh..ceh

dakpo dik, sabar dan sabar lagi. Dugaan ni macae macae. Tengok pB tu, anok berderet deret and masih dok buat lagi anok. tok serik serik.

Bilo lagi gak nok tubik anok tuh ? jatae ko ttino ? kalu jatae bubuh namo Abdul Adiejin deh.

oren berkata...

sejak2 aku balik kampung nih, dah tak sakit jiwa bila buat check-up..last year check kat sg buluh..pegi awal camanapun, mesti abes check kul 1..huhuhu..tapi kat sini, kadang tak sampai sejam dah abess...

err..aku rasa org2 gomen front line nih kena pi training kat kompeni swasta la..baru depa tau camana berharganya 'pelanggan'..

pB berkata...

Tahu tahu ajor lar abe djin tu ...

alia elena berkata...

semoga sumernyer selamat occay KV.. tekanan darah rendah kots..

KV berkata...

kak pb,
malas nak gi klinik swasta sbb sejarah mengandungkan danish dulu. kalo apa2 kena refer usm jgk. Tp kalo kandungan ni ok jer, ingat nak gi annisa atau annur. Tp tgh survey lg. Takut ada masalah kena ke husm gak. Tgk la nanti.

abe djin,
aduh..bakpo gak berehi kosek kak pb kito tuh? Hahaha
jangko tubik lambat lagih. Nyambut poso ni. Jate tino pun tak tau lg. Scan ari tu tok napok. Hiks

oren,
nasib kurang baik gaknya ari tu. Selalunya dlm sejam atau sejam lbh dah selesai. Misi2 takde masalah. Dugaan skt tu, saja jer kv nak menceceh. Hik hik
Mmg dorang ni kena di motivasi kan. Kalo tak mampu jgn dok front lina, kan?

mama bat,
kv agak lah, may be kv ni kena alahan semula kut. Sbb hari2 lagu tu. Time maghrib langsung muntah dan pening. Blood pressure mmg ok sgt2.