Isnin, 2 Julai 2007

CEMAS

Pada detik ini, kv sentiasa berada dlm keadaan cemas. Bukan apa, kalo mengikut sejarah melahirkan danish dulu, minggu ke 30 ni adalah minggu yg kritikal.

Kebetulan pulak, jumaat lps, kv muntah dengan teruk. Lps tu senak ari2. Mmg risau sgt sbb simptom2 mcm tu jugak la mengandung sulung dulu. Dah la hari tu hubby penat bukan main. Kv suh dia tido kejap (ptg). Mana la tau kut2 apa jd, at least dia tak de la terhuyung hayang pening lalat. Kv jgk paksa diri utk tido. Alhamdulillah lelap kejap. Tubuh mmg penat dan lemah. Bangun tido tu dah hilang pening. Tp perut rasa memulas pulak. Risau weh. Cuba positif kan diri. Agaknya perut kv masuk angin kut sbb dok muntah2.

Sabtu tu rasa segar dan cergas. Perasaan kembali ke para normal. Siap gi pasar siti khadijah lg. Pastu balik masak utk lunch. Lps asar kami ke hospital raja perempuan zainab, menziarah kawan yg terjatuh pokok. Terseliuh tulang belakang. Pastu hang nadim sibuk ajak gi kb mall. Kejap singgah kat kb mall, kami balik. On the way tu, singgah makan chicken chop dekat simpang kubang kerian tu. Kv beli jgk doble cheese burger mcD. dr hari tu lg rasa nak makan. Hik hik..

Hari ahad, masuk kerja cam biasa. Tp mula la sakit pinggang tanpa henti. Kaki dan peha rasa cramp. Dan senak ari2. Kv tak bagitau hubby. Malas nak risaukan dia. Tp nak berjalan pun rasa sakit.

Balik kerja, perut mcm memulas. Masuk angin kut. Selalu nya kalo kena serang gastrik, senak ulu hati. Tp kali ni senak belakang pinggang pulak dah. Kv mintak ngan hubby nak gi berurut dgn bidan. Tp hubby tak kasi sbb danish dulu pun lps jer berurut, terus bersalin. Teruk kv kena marah ngan doc. Tp dah sampai masanya, tetap bersalin jgk walo pun kv tak gi berurut pun. Tp hubby mintak tangguh lg dua minggu. Dia nak urut sendiri. Tp takde la jamah perut bagai, tu kerja bidan. Huhu

Alhamdulillah lps urut peha dan kaki, rasa ringan jer. Urut belakang, dah kluar angin sesat tu. Lega rasanya. Hubby ckp, betis kv keras cam batu. Tu yg sakit sgt2 tu. Lps dia urut mmg rasa lega. Kv tido awal. Jam 10 dah ajak danish tido.

Kv sebenarnya mmg risau dan takut. Dulu, waktu bersalinkan danish rasanya mcm tak cukup pengalaman. Yer lah, 'terkejut' mcm tu dan proses bersalinkannya sekejap jer. Lg pun dia kecik jer. Cam tak 'terasa' gitew. Rasa mcm tatau la pulak. Hik hik. Kv byk bertanya member ofis. Ramai yg ckp, tanda2 awal sama ada 'turun air' atau perut memulas. Tp kv tetap rasa takut dan cemas. Mintak2 la Allah permudahkannya nanti. Amin..

Ibu2 yg byk pengalaman, sudi2 lah berkongsi dgn kv. Please!!!!!

18 ulasan:

oren berkata...

lain orang lain pengalamannya..dan lagi satu, setiap kelahiran anak akan berbeza..cuma doakan segalanya akan dipermudahkan..

tu jek la yang aku boleh share...

kakLuna berkata...

cuba makan kurma banyak2 dan selawat..untuk mudahkan bersalin :)

KV berkata...

oren,
yer lah, apa pun doa kena sentiasa. TQ naa

luna,
hubby kv pun ckp makan kurma. Ofismate kv plk ckp dia makan telur ayam kampung. Masalahnya kena makan mentah. Hohoho..entah aku boleh telan ke tidak.;)

HAPPYIRFA berkata...

hai kv..
CAMNERLAH SAYA BULEH KETINGGALAN.SELALU SAYA CLICK BLOG KV..KUAR YG KALER KUNING OREN TU..TUP2 DAH KALER HIJAU..SAYA YG SILAP ATAU APA YER?

NBK466 berkata...

Tah ler...den pun tak berpengalaman sangat pasal petua2 & tanda2 sbbnya both anak2 den dilahirkan secara paksa...

KV berkata...

irfa,
lahai...siannya. Blog oren tu blog lama. Kv sendiri pun tak leh masuk. Hak hak hak..tu yg tukaq blog baru. URL pun dah tukar tau! Hehe

nbk,
mm...semuanya kena paksa yer? Tp dr cerita abg shahrul ari tu, mcm abg shahrul sendiri yg bersalinkan naifal. Hahaha

AppleB berkata...

aku kan kalo perut memulas tu tandanya nk berak..oppsss *larikkkkkkk*

HAPPYIRFA berkata...

hai kv..
komen ke2 utk hari ni.akhirnya saya dapat kover balik citer2 kv yg lalu..rupanya saya yg ketinggalan..tk tahu dimana silapnya.bila klik kuar blog dulu jugak.hari ni baru ok.

Mummy Rizq berkata...

hubby KV pandai urut ko? Bestnya..

Semoga semuanya selamat!

pjoe berkata...

saya orang bujang...
hnya nak wish...semoga yang baik-baik itu milik kamu

take care
:D

Kaklong Syikin berkata...

salam,

cuba pakai selipar dlm rumah tu, takut angin masuk ikut kaki tu or kv rajin makan makanan2 sejuk ke?akak perasan, kalau jrg pakai selipar, mmg rasa urat betis tu kejang semacam.

betui cakap kv,akak melantak makan durian, sakit kepala you..hari ni, satu hari akak sakit kepala. sampai muntah2.takut bacaan darah naik aje..kena kontrol ni.

drp hari ni, hari2 doa minta bersalin mudah dan TAK KENA SAKIT PINGGANG masa bersalin. lepas bersalinkan anak sulung dlm keadaan sakit pinggang yg amat, akak start berdoa supaya krg sakit pinggang masa anak k2. syukur makbul doa tu. dan masa anak k3 n k4, akak doa tak mo sakit pinggang langsung masa bersalin. alhamdulillah mmg makbul. so, amalkan doa tu hari2 ya. bukan ada doa khusus pun, cuma mintalah Ya Allah, jgnlah bagi aku sakit pinggang masa bersalin dan mudahkanlah aku bersalin. itu aje.

hmm..nak tau kita start sakit bersalin. kalau contraction tu, kita akan rasa perut mengeras diikuti rasa sakit. biasanya mula2 terasa setiap sejam sekali, then turun selang 45 min ke, tp tak taulah berapa lamakan, hinggalah setiap 10 -5 minit, then masa tu taulah betul2 dah nak bersalin. ada gak org terkena false contraction.

ada gak yg alami pecah air ketuban.caranya sama ada terlalu kerap ke tandas buang air kecil atau terus selambak keluar air ketuban tu.masing2 punya pengalamanlah.

ada gak yg turun tanda darah dulu. akak alami yg ni utk semua anak2 akak,tp biasanya tak rasa sakit mana pun kecuali masa anak sulung akak dulu mmg sakit gila2, biasanya tu tanda pintu rahim dah mula buka, at least 1-2 cm..

so, kalau dpt salah satu tanda di atas, cepat2lah p ke hospital. kalau rasa malas nak ke hospitla dulu, bolehlah check kat klinik utk pastikan pintu rahim dah buka or belum. sebaiknya p klinik yg ada rawatan antenatal (check routine megnandung), doktornya bolehlah check kot2 pintu dah buka or belumkan.tp kalau tak berani, terus p ke hospitallah.

doalah minta boleh lepas 8 bulan utk bersalin, sbb kalau bersalin 30-35 minggu ni, tak cukup bulan maknanya, tp kalau 36 minggu ke atas, insyaAllah oklah baby tu sbb dah masuk 9 bulankan. akak doakan kv bersalin bila dah 9 bulan at least..or 9 bln 10 hari.

KV berkata...

apple,
ko keji noks!!!
aku pun kalo perut memulas, terus je konfius sama ada nak b#r#k atau benda lain. Siot betul. Haha

irfa,
rasanya irfa guna url kv yg lama, tu yg gi blog lama. Hehe

mar,
hubby kv takde la pandai mengurut, tp takat nak hilang kan kesakitan tu boleh lah.;)

nezjoe,
TQ

kak long,
terima kasih atas segala panduan. Mmg berguna sgt pd kv. TQ ya kak!

Angah berkata...

I'm back eheehe

Tanda bersalin yang common ada 3. Kuar darah, pecah ketuban, contraction.

Pengalaman angah ada 2. Masa Arief kuar tanda (darah) baru start sakit. Masa Adneen ni terus contraction,takde tanda pun.

Usually yang doktor cakap sakit nak bersalin ni start kat pinggang bawak ke depan, which I experience masa Adneen.

Selamat la semuanya ya..

KV berkata...

angah,
welcome back! Wah, dah masuk keje yer. Kejap jer rasanya. Nant post gambar adneen tau!

Zetty berkata...

salam ..

ehmm, takde pengalaman lagi .. jadinya tatau nak kongsi apa .. apa2 pun didoakan semoga segalanya selamat2 belaka .. insyaallah ..

mNa berkata...

ai akak..slalu je masuk sini..tp x penah tggl komen..

YuszTieY berkata...

salamz...moga kv sihat n x salin lagi.
Saya baca komen klong tu berguna gak buat saya..loni pun saya dok alami sakit pinggang yg amat sgt kalau dibandingkan dgn 2 kelahiran yg lps..nak tido terlentang sikit pun tak bly coz ader terjatuh.Buat mase skrg saya hanya amalkan telan pil habbatus sauda n minum susu segar ..ubat doc tak ader langsung..n kat sini bukan cam mesia check tiap bulan n minggu..sini terpulang..alhamdulilah keshtan saya stabil.ERMM..SATU LAGI MASE NAK BERSALIN N MASE RASE SAKIT TU SAYA DULU BYK BACA AYAT KURSI,TIGA QUL N DOA MUDAH BERSALIN SELAIN MINUM MINYAK SELUSUH...INSYALLLAH KITA AKAN DIPERMUDAHKAN SEMUANYA..AMIN YA RAB

KV berkata...

yatie,
Salam. Tak pe takde pengalaman pun, at least boleh jd panduan suatu hari nanti.

mas,
sihat ker, maklum ler org tgh bahagia. Hik hik

yusztiey,
awak pun jaga diri dekat sana. Kv ni, vitamin segala mak nenek ada. Sama ada rajin makan atau tidak jer. Hehe