Selasa, 8 Mei 2007

Makan - makan

Hmm... semenjak dah kurang tahap mabuk ni, asyik pikir pasal makan sajork. HIks, pagi2 dah plan nak makan nasi gulai itik. Tgh hari plk, makan nasik tom yam. Atau nasi goreng ikan masin.

Hari cuti pulak, gi pasar siti khadijah atau pasar jelawat nak cari lauk mentah. Sambil2 cari lauk tu, ada jugak makanan sampingan. Mee celup la. Mee goreng la. Kacang tanah rebus la. Donat la. Di samping buah - buahan. Buah pulak mcm2. Sbb selsema dan batuk, kena elak makan rambutan dan mangga. Walo pun kecur air liur, nafsu tetap kena tahan. Sbg pengganti, beli limau madu, limau jebur (jgn salah baca tau!), atau anggur. Nak kasi western skt, beli lai wangi. Hmm..lazat.

Lauk mentah pulak, carik yg best2. Kepala kerapu la. Mcm2 jenis. Spesis yg kv baru kenal keparu batu. Kaler hitam legam. Ramai org tak berani nak beli, tp kami tetap beli. Masak steam. Wow! Terangkat beb! Udang pulak kalo awal bulan mesti carik yg besor2 tu. Udang harimau atau udang akor. Hmm..sehingga menjilat jari.

Kalo dah boring tatau nak beli apa, beli ikan cencaru jer. Bakar tawar cicah air asam. Best! Atau ikan talapia. Masak goreng pedas kicap sambal belacan. Makan dgn nasik panas. Nyun nyum.

Korang pulak, macamana?

10 ulasan:

pB berkata...

Kak pB nak belajar masak ikan talapia . Biasanya kak pB dok bakar jer lepas tu jijah kicap.
Minta resepi masak goreng pedas kicap sambal..

Alinlai berkata...

perghhh makan KV jangan tak makan... lepas ni kena berpantang ke ke ke

Sastri berkata...

adeh, ni blog ke-4 citer pasal makanan... lapar nih... *pengsan*

kakLuna berkata...

ikan keli bakar sedap serta berlemak..

nak western sket?makan pakai sudu garpu..ha ha ha.. :)

oren berkata...

hahaha..tumpang dah lalu nak makan nih, balun sajalah...

apa kata, ikan cencaru tu buat masak belah belakang?? sedaaapppppp!!!

KV berkata...

kak pb,
senang jer, goreng garam kunyit biasa. Toskan. Pastu tumis bawang putih, bawang besar hiris, taruk sambal belacan, masukkan air (jgn byk sgt). Letak daun limau purut sikit. Tambah soso tiram dan kicap. Kalo nak letak kicap sotong atau perasa boleh gak. Awas dgn tahap kemasinan. Hahaha

alinlai,
mesti nak isi penuh2 ni. Buat 'bekal'. Hahahaha

sas,
jgn pengsan dulu, nanti tak boleh makan. Makan dulu baru pengsan.

kak luna,
hahahahahahaha. Western gak tu!

oren,
kv suka gak, tp hubby kurang gemar. Tu yg time rumah mak baru boleh makan.
Oren, apa blog hang? Bitau la! Emel kv at bandito_danish@yahoo.com

Eddie Putera berkata...

dik..kedai ikae kat jelawat mano ado jual donut..hok abae tau, laksae adalah..sedak laksae situ.

AppleB berkata...

wahh...kemain ko yach noks. asik makan je lah tau nya. tapi takpe, ko makan utk 2 orang kan hehheehehhe. selamat bermakan2

Eddie Putera berkata...

Gulai itik serati kat PCB sedap dik..adush..berair mulut kalau pikirkan..

KV berkata...

abe djinsakti,
pasar minggu jelawat hari jumaat tu ada org jual donat. Tp donat dia bukan bentuk bulat, bentuk pjg mcm cakui, cuma pendek skt. GUlai itik dekat pasir puteh pun sedap. Kerutup lg. Dekat kubang kerian pun sedap jugak.;)

apple,
aku kena kurangkan kuantiti makanan aku baru boleh makan byk item. Kalo tak badan aku harus mcm di pam2. Hahaha